Pages

Showing posts with label hari ibu. Show all posts
Showing posts with label hari ibu. Show all posts

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu 2012, saya dedikasikan lagu ni buat semua yang bergelar ibu/mak/mama/ummi. Ini lagu kegemaran saya buat masa ni. Harap kalian pun suka :)




Video ni buat saya insaf dan memuhasabah diri kembali. Jadi ibu memang kena banyak bersabar dengan ragam dan karenah anak-anak, kan? Adakalanya rasa geram sangat dengan anak-anak. Rasa nak gigit-gigit je :p. Waktu sweet memang la tersangat sweet. Tapi....waktu buat perangai....boleh mendidih darah dibuatnya :p.

Lepas tengok video ni, saya terfikir macam mana la ragam saya masa kecil dulu. Mesti banyak menguji kesabaran mak. Mungkin juga banyak buat mak menangis. Huhu. Sekarang ni saya dah jadi seorang ummi, tahulah saya betapa perlunya saya mendidik diri menjadi seorang yang betul-betul penyabar. Bukan senang. Dah la bersama dengan anak-anak 24 jam. Lagi la kena banyak bersabar :p.

Tak apa. Bersabarlah sedikit masa lagi sementara mereka masih kecil lagi ni. Nanti la mereka dah ada anak sendiri....haaa baru tahu macam mana kita rasa dalam menghadapi karenah mereka ketika kecil sebagaimana yang kita rasa sekarang. ^_^.

Selamat Hari Ibu semua! :)



Nota 1: Setiap kali tengok video ni, tak sah kalau air mata tak mengalir :p

Nota 2: Hari Ibu ada, Hari Bapa pun ada. Hari Atuk dan Hari Nenek tak ada ke? :p


Monday, May 9, 2011

Sempena Hari Ibu...

...saya dapat kad ni:



Daripada Safiyyah dan Shakir :p. Tak sabar nak dapat kad yang betul-betul anak-anak bagi. Seronok tengok kawan-kawan dapat handmade card daripada anak-anak diorang :)


...saya juga dibelanja makan kat luar!

Suami saya bawa saya ke restoran Arab (Sinbad Restaurant). Patut la pagi Ahad tu dia kata tak payah masak..nak belanja makan rupanya ^_^


 
Ni makanan saya. Chicken Tikka Rice. Nasib baik mintak small size! Punya la banyak nasinya. Saya berjaya habiskan separuh je. Separuh lagi bungkus bawak balik


Ni pulak makanan suami saya. Combo Sinbad. Nasinya sikit je. Lauk bukan main banyak lagi. Side dishes kami sama je..salad dan bean soup. Saya tak makn bean soup. Suami yang perabiskan. Dia kata sedap
 

Safiyyah pulak? Tak pandang pun nasi. Roti Arab yang dia berkenan. Roti Arab tu diberi. Saya yang suka roti tak berkenan pulak roti Arab. Liat rotinya


Suami saya beli sekali baklava ni sebab Safiyyah suka makan baklava


Shakir??

Lena! :D


...saya dibawa pergi shopping lepas makan! ^_^

Suami saya suruh pilih 1 benda sebagai hadiah hari ibu tapi kesudahannya saya tak beli apa pun. Tak jadi nak beli bila tengok harganya. Mahal sangat. Takde sale pulak tu. Pastu suami saya kata takpe la, hadiah untuk hari ibu beli kemudian :). Window shopping je la jadinya ;)

Safiyyah cukup suka main train ni. Kalau pergi mana-mana kedai yang ada mainan ni mesti dia leka main


Lepas main train, main benda ni pulak


Pastu main botol air. Sedap je duduk atas lantai..macam kat rumah je :p


Gigih pegang dua-dua botol tu. Sebelum tu banyak kali dia cuba angkat dua-dua botol tapi tak berjaya sebab berat. Tapi tetap tak putus asa Akhirnya dia berjaya jugak :)


 Letih main, tengok kartun pulak


Shakir ni pulak kejap je dia nak duduk dalam kedai. Pastu melalak-lalak. Bawak keluar terus senyap. Bukan kaki window shopping kot..ehe..


p/s: thank you abang! ^_^

Monday, May 10, 2010

Happy Mother's Day: Gifts and virtual card

Kejutan yang saya terima petang tadi!


Lepas makan tengahari (pukul 2 dah masa tu), tiba-tiba suami saya kata nak bawa Safiyyah jalan-jalan kat bawah sekejap. Saya biarkan aje la. Tak terfikir apa pun masa tu. Dah habis basuh pinggan, kemas meja dan dapur pun suami saya tak naik-naik. Bila intai keluar...eh...kerata suami saya takde! Nak merajuk le dah masa tu jelir sebab duk ingat suami gi jalan-jalan tinggalkan saya. Dah la sebelum keluar tu kata nak ke bawah je.

Masuk je rumah, suami saya kata, "Nah ummi, Safiyyah ada something nak bagi kat ummi. Happy Mother's Day ummi!"

Terus menyengih sampai ke telinga bila nampak paper bag yang berisi macam-macam benda dalamnya! Hilang terus merajuk sengihnampakgigi


Mug & TJ-MAXX's gift cardMug dan TJ-MAXX's gift card. Ada 20 dollar dalamnya...untuk saya shopping apa-apa kata suami senyumkenyit


greeting cardGreeting card


Ni bahagian dalamnya


Muffins resipes bookNi yang paling saya suka! Buku resipi muffin. Saya suka buat muffin sebab muffin antara favourite saya (suka tak bermakna rajin ye..eheh..). Suami saya kasi buku ni sebagai hint supaya saya lebih rajin buat muffin kot sengihnampakgigi


Resipi Mother's Day muffin pun ada! Esok pagi Abang nak tolong buatkan muffin ni untuk Ayang bagi pihak Safiyyah kan..? senyumkenyit


Terima kasih Abang! Terima kasih Safiyyah! Love both of you lovecium


************************************

Semalam saya call mak saya. Antara perbualan kami 2 beranak semalam...

Saya: Tengah buat apa mak?

Mak: Takde apa...baru nak baca suratkhabar..

Saya: Ooo..

Mak: Happy Mother's Day!

Saya: *terkekek-kekek gelak*

Terbalik pulak. Patutnya saya yang wish kat mak saya, ni mak saya yang wish kat saya! Apa punya anak la ihikhik. Memang tak ingat langsung nak wish. Sebelum call tu ingat, bila call lupa pulak. Birthday ayah saya bulan 4 lepas pun macam tu jugak. Call rumah ingat nak wish birthday ayah tapi bila dah call tu terus lupa! Tarikhnya memang saya ingat tapi tu la..bila call je tak ingat je nak wish sebab duk ralit sembang benda lain jelir.

Dalam keluarga saya, takde la celebrate Mother's Day ke Father's Day ke. Cuma kalau teringat tu, just wish aje. Saya sendiri tak ingat tarikh Mother's Day yang sebenar bila. Tahu pun sebab ramai kawan-kawan blogger buat entry pasal Happy Mother's Day.

Apa pun, jangan kita lupa doakan mak ayah kita setiap hari sudah la. Itu lebih bermakna lagi kenyit


*************************************

Yang ni daripada kak Love:



Thank you sis!


p/s: Happy Mother's Day to all mommies around the world!

Sunday, May 10, 2009

Hadiah Hari Ibu

Hari Ibu tahun lepas suami saya menghadiahkan saya sebuah buku, sekeping kad dan tiga kuntum bunga ros warna pink, merah dan jingga (masa tu baru je dapat tahu yang saya hamil)...






Tahun ni pula saya mendapat sepasang kasut...





Bersama sekeping kad...





Juga sepotong kek!





p/s: hubby dear...thank you so much!