Pages

Showing posts with label politik. Show all posts
Showing posts with label politik. Show all posts

Thursday, May 9, 2013

Made by Malaysian



We are Malaysian.
Say no to racism ^_^.


Nota:

  1. Video lama Mat Luthfi tapi sangat kena dengan situasi sekarang ni. Hentikan sentimen perkauman ye :).
  2. Alhamdulillah PRU-13 dah pun berakhir dan keputusannya pun dah diketahui umum. Harapan saya, dengan berakhirnya PRU-13, berakhir jugalah politik lucah sampai bila-bila. Ianya sangat menjengkelkan :(.



Friday, May 3, 2013

PRU-13: Debaran kian terasa

Kurang dari 12 jam pengundian akan bermula. Berdebar pula rasanya nak menanti keputusan bagi PRU-13 ini. Semoga proses pengundian dan pengiraan undi berjalan lancar hendaknya. Buat kesekian kalinya...Selamat Mengundi buat warga Malaysia!



Tuesday, April 30, 2013

Nak undi siapa ye?

Hari pengundian bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Kalau yang di perantauan, dah pun selamat melalui proses pengundian (undi pos) pada 28 April lepas. Saya dan suami terlepas peluang untuk mengundi kali ni. Nak undi pos kena pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia di Washington D.C. sana nun. Jauh...huhu. Tambahan pula sekarang ni pula minggu exam di sini. Alahai...rugi benar rasanya tak dapat mengundi kali ni. Kena tunggu pilihanraya umum akan datanglah jawabnya.

Buat para pengundi yang masih belum ada keputusan calon mana yang harus dipangkah pada 5 Mei ini, saksikan video di bawah. Tips ringkas daripada Mat Luthfi dalam memilih pemimpin. Selamat mengundi! :)





Nota:
Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia! Err...Hari Surirumah tak ada ke? :p


Thursday, April 4, 2013

Macam nak raya!

Kelmarin FB timeline penuh dengan status pembubaran parlimen. Ramai yang excited. Dah macam nak raya dah gayanya ^_^. Saya yang jauh ni pun turut teruja. Lama sangat agaknya menanti tarikh pembubaran parlimen sampai masing-masing rasa gembira dan kelegaan. Sekarang ni saya yakin ramai pula ternanti-nanti tarikh pengundian :).

Nak diikutkan, tahun ni sepatutnya kali ketiga saya mengundi tapi sayangnya buat kali pertama tak dapat mengundi :(. Ruginya rasa tak dapat mengundi kali ni. Setiap kali pilihanraya umum saya mesti teruja. Tak sabar-sabar nak memangkah calon pilihan. Bertambah tak sabar menunggu keputusannya. Teringat dulu sanggup bersengkang mata mengadap TV dengan mak ayah semata-mata menunggu keputusan penuh diumumkan. Sejak dah boleh mengundi, lagilah bersemangat nak tahu keputusan pilihanraya.

Pertama kali mengundi rasa excited. Masa tu saya masih lagi seorang penuntut universiti. Rasa macam dah dewasa sangat dah bila dapat mengundi ^_^. Walaupun di kampus juga ada pilihanraya, perasaan tu tak sama. Rasa lebih berkobar-kobar. Punyalah berhati-hati sewaktu mengundi supaya undi saya tak jadi undi rosak. Sebelum pangkah tu pun baca nama calon berkali-kali, takut tersalah pangkah calon lawan.

Tahun kedua pula saya dapat satu lagi pengalaman. Bertugas jaga 'pondok panas' ^_^. Nama je pondok panas, tapi tak panas pun...hihi. Saya masih ingat lagi. Waktu tu tahun 2008. Ayah tanya boleh ke kalau saya tolong jaga pondok panas waktu pagi sebab pagi hari pengundian tu tak ada siapa yang boleh jaga. Saya setuju je. Sambil-sambil tu boleh tengok suasana di hari mengundi.

Hampir tengahari jugalah saya duduk di pondok panas tu. Dah ada orang datang ganti, baru saya pergi mengundi. Tempat saya membuang undi betul-betul depan pondok panas yang saya jaga je ;). Check nama, nama saya tak ada pula! Padahal dah check sebelum tu lagi, itulah tempat saya mengundi, sama je tempatnya waktu saya mengundi bagi pilihanraya umum tahun 2004. Kecewa betul masa tu. Geram pun ada. Entah macam mana nama saya boleh tercicir.

Balik rumah, mengadu pada mak. Kebetulan mak pun baru balik dari mengundi. Saya, mak dan ayah masing-masing tak sama tempat mengundi. Pelik. Padahal di bawah alamat yang sama. Mak ayah saya kena mengundi tempat yang jauh dari rumah. Saya mujurlah dapat tempat yang dekat dengan rumah. Nak pergi mengundi jalan kaki je.

Mak saya cadangkan pergi ke tempat pengundian satu lagi. Dekat juga dengan rumah. Kiranya rumah saya di tengah-tengah antara 2 tempat pengundian tu. Mulanya saya malas. Buat penat je pergi kalau nama saya tiada juga di situ tapi mak suruh pergi juga. Rugi undi nanti katanya. Betul pun apa yang mak kata tu. Beza satu undi sekalipun, besar maknanya.

Alhamdulillah, tak sia-sia saya pergi! Nama saya tersenarai di tempat pengundian tu. Dapat juga mengundi bagi kali kedua tapi rasa geram masih bersisa lagi. Rupanya, ramai lagi alami nasib yang sama seperti saya pada pilihanraya umum kali tu. Ramai juga yang marah, lebih-lebih lagi yang tak dapat mengundi langsung. Entah ke mana-mana je nama pengundi dicampak...huhu.

Itulah pengalaman saya sebagai pengundi berdaftar :). Kalian bagaimana? Ada pengalaman menarik atau yang tak dapat dilupakan sebagai pengundi? :)


Nota:
Bulan yang sama waktu pilihanraya umum 2008 itu jugalah saya menikah ^_^. Mujur tarikh pengundian jatuh pada awal bulan Mac, bukan penghujung Mac ^_^.


Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah, menang!

Pagi tadi sedang saya melayari Facebook, ada sahabat yang memaklumkan tentang pengumuman Presiden Mesir yang baru. Terus saya klik link Al-Jazeera yang diberi. Tak sabar nak tahu keputusannya! Makin ditunggu, makin berdebar rasanya. Banyak pula analisa yang dibentangkan. Saya tak fokus pada analisa berkenaan, yang saya mahu tahu di saat itu hanyalah keputusannya.

Akhirnya, keputusan diumumkan jua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dr. Muhammad Mursi menang! Secara rasminya, beliau ditabalkan sebagai Presiden Mesir bagi tahun 2012-2017. Allahuakbar. Ia adalah perkhabaran yang menggembirakan di awal Syaaban ini. Bergenang air mata saya tatkala mendengar sendiri berita kemenangan Dr. Mursi. Sebak dan gembira bercampur menjadi satu!


Mursi menang!


Aneh. Seolah-olahnya Mesir adalah tanahair saya sedangkan hakikatnya, belum pernah sekali pun saya jejaki bumi Mesir. Kemenangan Dr. Mursi adalah kemenangan buat Islam. Maka seharusnya saya juga turut merasa gembira dengan berita ini.


Jutaan rakyat Mesir sujud syukur di atas kemenangan Dr. Mursi.
MasyaAllah, indahnya suasana begini.


Sebahagian penduduk Mesir yang turut sujud syukur di tepi-tepi jalan.
Fenomena luar biasa yang mengagumkan.


Dr. Mursi solat sunat sebagai tanda syukur pada Yang Maha Esa atas kemenangan beliau.
Tenang rasa hati mendapat pemimpin begini.


Tahniah Dr. Mursi! Tahniah rakyat Mesir! Semoga Allah merahmati kalian. Semoga dengan kemenangan ini, Mesir bebas daripada cengkaman regim yang zalim sampai bila-bila dan Islam kembali dijulang tinggi di bumi Mesir..ameen.


Nota: Kesemua gambar saya ambil dari Facebook yang dikongsikan sahabat-sahabat lain.

Tuesday, July 14, 2009

Pilihan Raya Kecil Manek Urai

Oh...pilihan raya kecil DUN Manek Urai dah pun selesai. Keputusan pun dah dapat. Tahniah kepada pengundi yang keluar mengundi dan sekalung tahniah dan takziah kepada calon yang memenangi kerusi - Mohd Fauzi Abdullah. Bukan senang tau nak jadi wakil rakyat! Amanah yang terbeban tu harus digalas dengan penuh tanggungjawab.

Suami saya memang sibuk la ambil tahu perkembangan pilihan raya di Manek Urai ni sebabnya...dia pengundi berdaftar bagi Parlimen Kuala Krai dan DUN Manek Urai. Kampungnya, Temalir termasuk bawah DUN Manek Urai...tu yang sibuk-sibuk nak tahu tu. Pagi-pagi tadi lagi (masa tu di Malaysia malam...dalam proses pengiraan undi) duk tanya siapa yang menang..heh.

Hari tu suami saya terima beberapa SMS memintanya balik mengundi. Oh ye...kat Lincoln ni Maxis dapat coverage...tu yang suami saya boleh dapat mesej tu tapi Celcom takde coverage *sigh*. Huhu...kalau dekat memang dah balik dah. Rugi dah 1 undi :p

Sunday, March 29, 2009

15 calon


Nampaknya Malaysia mencatatkan 1 lagi sejarah apabila 15 orang calon bertanding dalam pilihan raya kecil di Bukit Selambau. Seorang calon dari BN, seorang calon dari PKR dan bakinya adalah calon bebas.

sumber




Tak pernah ramai sangat calon yang bertanding macam ni. Selalunya kalau ada pun calon bebas, hanyalah seorang dua je. Ini sampai 13 orang.



Andaian yang boleh dibuat:



  1. Calon bebas saje suka-suka masuk bertanding
  2. Calon bebas ditaja untuk memecah undi
  3. Saje nak peningkan pengundi
  4. Nak glamor barangkali...?



Apa-apa pun, selamat mengundi kepada pengundi Bukit Selambau! Jangan pening-pening ye! :)