Pages

Sunday, June 24, 2012

Alhamdulillah, menang!

Pagi tadi sedang saya melayari Facebook, ada sahabat yang memaklumkan tentang pengumuman Presiden Mesir yang baru. Terus saya klik link Al-Jazeera yang diberi. Tak sabar nak tahu keputusannya! Makin ditunggu, makin berdebar rasanya. Banyak pula analisa yang dibentangkan. Saya tak fokus pada analisa berkenaan, yang saya mahu tahu di saat itu hanyalah keputusannya.

Akhirnya, keputusan diumumkan jua. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dr. Muhammad Mursi menang! Secara rasminya, beliau ditabalkan sebagai Presiden Mesir bagi tahun 2012-2017. Allahuakbar. Ia adalah perkhabaran yang menggembirakan di awal Syaaban ini. Bergenang air mata saya tatkala mendengar sendiri berita kemenangan Dr. Mursi. Sebak dan gembira bercampur menjadi satu!


Mursi menang!


Aneh. Seolah-olahnya Mesir adalah tanahair saya sedangkan hakikatnya, belum pernah sekali pun saya jejaki bumi Mesir. Kemenangan Dr. Mursi adalah kemenangan buat Islam. Maka seharusnya saya juga turut merasa gembira dengan berita ini.


Jutaan rakyat Mesir sujud syukur di atas kemenangan Dr. Mursi.
MasyaAllah, indahnya suasana begini.


Sebahagian penduduk Mesir yang turut sujud syukur di tepi-tepi jalan.
Fenomena luar biasa yang mengagumkan.


Dr. Mursi solat sunat sebagai tanda syukur pada Yang Maha Esa atas kemenangan beliau.
Tenang rasa hati mendapat pemimpin begini.


Tahniah Dr. Mursi! Tahniah rakyat Mesir! Semoga Allah merahmati kalian. Semoga dengan kemenangan ini, Mesir bebas daripada cengkaman regim yang zalim sampai bila-bila dan Islam kembali dijulang tinggi di bumi Mesir..ameen.


Nota: Kesemua gambar saya ambil dari Facebook yang dikongsikan sahabat-sahabat lain.

10 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Terharu juga akak membacanya Nadiah.. Alhamdulillah menang juga Dr Mursi.. Semoga Mesir akan aman damai di bawah pentadbirannya...

HeNRieTTa JoSe said...

Salam perkenalan....di terjah dari blog rakan....terberkenan dengan nama blog....hehehe....

sweet life said...

alhamdulilah menang...
tak de rusuhan, peperangan dan kekejaman lagi..
InsyaAllah

+ e.z + said...

kiter doakan jugak :)

transformed housewife said...

Alhamdulillah.

zietyrahman said...

alhamdulillah...harap2 negara islam tak ditindas lagi..

Nur-nba said...

Alhamdulillah... Mudah-mudahan kepimpinan beliau dapat membela nasib rakyat Mesir.

Unknown said...

alhamdulillah..gembira juga utk rakyat mesir..oh kalaula malaysia pun..hehe

Teratak Hami said...

Alhamdulillah ...

Nieda said...

tAHNIAH juga