Si dia.
Si dia yang dimaksudkan adalah sang suami :).
Tanggal 25 Jun 2012, genaplah 31 tahun usia suami saya.
Tiada majlis yang dibuat. Hanya diraikan dengan kek sahaja. Memandangkan suami saya adalah penggemar cheesecake, saya buatkan Cranberry Orange Cheesecake untuknya. Sedih tengok kek ni. Sebelum sempat saya hias, Safiyyah dah korek kek ni terlebih dahulu..huhu. Habis berlubang-lubang jadinya kek ni >_<.
Malam tadi pula ada kejutan buat suami saya. Daripada 5 orang adik-adik undergrads. Hari sebelum tu Irfan mesej saya. Nak buat surprise untuk abang zaki katanya. Dia beritahu saya supaya saya tak terkejut nantinya. Dah saya tahu, rasa tak sedap pula kalau tak jamu apa-apa untuk adik-adik ni. Saya masak macam biasa cuma dilebihkan kuantitinya. Punya la berdoa supaya suami saya tak perasan yang saya masak banyak :p. Memang mustahillah dia tak perasan. Dah nama pun duduk serumah.
Banyak kali suami saya tanya kenapa masak banyak. Jenuh nak fikir jawapan. Rasanya dia boleh agak sesuatu cuma apabila sampai ke malam tak ada sesiapa yang datang, dia rasa pelik la. Mesti dia ingat saya buang tebiat masak banyak-banyak :p.
Pukul 10 malam baru adik-adik ni sampai. Terjawablah sudah teka-tekinya ^_^.
Yang meraikan dari kanan: Ain, Fatin, Muaz, Alif Roslan dan yang duduk tu Irfan.
Safiyyah tiada dalam gambar sebab dia dah lena sewaktu mereka sampai.
Pada awalnya, saya fikir nak buat kejutan untuk suami tapi memandangkan hari lahir suami saya jatuh pada hari Isnin, saya batalkan sahaja hasrat saya tu. Kalau nak buat juga, saya kena minta tolong daripada adik-adik undergrads untuk masak seorang sedikit untuk dibuat jamuan kecil-kecilan. Kalau saya yang masak, memang takkan jadi kejutan. Hari Isnin adik-adik undergrads ada kelas. Tak sampai hati pula nak minta mereka masak. Macam mementingkan diri pula. Tak sangka pula ada adik-adik undergrads yang nak buat kejutan. Terharu.
Terima kasih Irfan!
Terima kasih Alif!
Terima kasih Muaz!
Terima kasih Ain!
Terima kasih Fatin!
Jazakumullahu khair (Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan). :)
19 comments:
ontanjoubi omedetou
sweet 31 gituew mudah lagik
same age wit u ker????
rajinnyer baking mcm2 cake @.@
besntya adik2 tu siap buat suprise. apsal adik2 undergrads kat sini xpernah buat surpris ekat kitorg eh? hehehehe
cumil gmbr si kenit shakil yg first tue! dgn curly hairnye!cubby nyer
chomeinye saffiyah and syakir...
rambur currly gitu.. hehe
belated b'day kt hubby u yea..
hahahaah... pandai diorang datang lewat sikit, at least suami tertanya-tanya la sikit kan apsal masak lebih..
anyway happy belated bday to ur hubby ^_^
budak2 mmg excited kalau ada kek. hehe sampai berlubang2 kek ayahnya.
hepi belated besday buat suami awak...very young...
Nadiah dan suami masih muda lagi.. Moga kalian berdua bahagia hingga ke syurga..
happy besday~
sernok//duduk jauh diperantauan pun, dpt kejutan..mmg terharu tu..
selamat hari lahir buat suami nadiah.
seronok tgk diorang sporting..
suami kak ida pun besday bulan jun.. hehe..
cheese cake mcm biasa.. terbaik!!!
bestnya dpt surprise!!! btw wish happy belated birthday to your husband
Kadang-kadang memang camtu Nadiah, bila dah duduk serumah susah pulak nak buat surprise kan.. ehe..
Happy belated birthday utk en suami Nadiah ^__^
hepi belated besday dari kami. :)
suker tgk nad. rajin wat kek. :)
Wah ader suprise party lagi....
happy belated birthday utk suami...semoga panjang umur dan murah rezeki...amin...
wah kek birthday buek sendiri...terbaiklah!!
budak2 yang lahir bulan june ni comel-comel kan... hihihihihi me 24th, cik abg tu 25th. weeee!
salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
ditunggu kunjungan baliknya gan .,.
family yg satu dikalangan adik UG yg ada mmg menyebabkan diorg akan ingat kat kita kan. saya pun satu family je ada kat sini, pernah dpt suprise jugak oleh adik2 prmpuan. mmg terharu yg amat. Alhamdulillah..:)
Post a Comment