BBQ ni adik-adik undergrads punya idea. Raihan rasanya pencetusnya. Boleh dikatakan BBQ kali ni adalah sebagai meraikan Syafiq yang masa tu bakal pulang ke Malaysia 2 hari berikutnya (sekarang ni dah pun selamat berada di Malaysia) setelah berjaya menamatkan 3 tahun pengajiannya di sini dalam bidang Actuarial Science.
Seperti biasa, Holmes Lake menjadi pilihan untuk dibuat BBQ secara besar-besaran. Selalunya aktiviti BBQ dibuat hujung minggu tapi memandangkan hari Sabtu tu Syafiq dan suami saya perlu ke Kansas City, makanya masing-masing bersetuju dibuat BBQ selepas solat Jumaat (1 Jun 2012) dalam pukul 3 petang.
Saya sekeluarga datang lambat hari tu. Suami saya ke kedai dulu selepas solat Jumaat. Sampai je sana, masing-masing tengah ambil makanan. Pelbagai juadah ada. Masing-masing bawa makanan (potluck). Nasi lemak ada, popia goreng ada, kuih serimuka ada, salad, nasi impit...macam-macam ada! Saya pun tak ingat sangat semua juadah. Tak sempat nak ambil gambar makanan.
Saya hanya bawa kek (birthday cake Shakir) dan lasagna ini sahaja. Percubaan pertama buat lasagna. Alhamdulillah menjadi walaupun rupanya tak menarik ^_^.
Antara tukang bakar ayam. Ayam ni pun potluck juga. Setiap rumah kena bawa ayam yang diperap untuk dibakar. Memang banyak la jadinya. Tak habis bakar semua pun. Ayam yang saya perap tak sempat dibakar pun. Bawa balik semula ke rumah. Esoknya buat pula BBQ di rumah kami tapi bakar dalam oven je ^_^.
Safiyyah dan Shakir mengamuk pula masa tu. Huhu. Shakir mengamuk sebab dia moody, baru kebah demam. Tak mahu diletak langsung. Nak berdukung je. Safiyyah pula mengamuk sebab nakkan kek Shakir tu. Pening kepala dibuatnya. Safiyyah memang suka kek terutama yang ada krim. Jangan la bagi dia nampak. Kalau nampak, masa tu juga dia nak. Pujuk bagi benda lain pun tak jalan.
Saya yang tengah makan 2-3 suap terpaksa berhenti makan. Dah kedua-duanya mengamuk, macam mana nak makan..uhuk! Dah la masa tu suami saya balik ke rumah sekejap, ambil barang yang tertinggal. Mujur juga ada playground berdekatan. Saya bawa la dua beradik ni ke situ dulu. Baru la Safiyyah dan Shakir senyap.
Tengok Safiyyah dan Shakir dah ok, saya minta Fatin tolong tengok-tengokkan Safiyyah di playground. Hajat di hati nak sambung makan semula tapi tak kesampaian juga. Shakir sambung mengamuk pula. Dia tak bagi langsung umminya duduk. Uhuhu..
Suami saya sampai semula baru la dapat habiskan makanan. Sejuk dah pun makanan dalam pinggan saya. Lepas tu terus hilang terus keinginan saya nak makan lagi. Letih melayan ragam anak-anak. Saya hanya makan nasi lemak dan kuih serimuka je. Yang lain tak sentuh pun :(.
Warna-warni farewell BBQ 2012.
Kawan-kawan dari Indonesia :).
Istimewanya BBQ kali ni, ada tetamu dari jauh yang turut serta. Ibu ayah Raihan serta keluarga Firyal yang datang nun jauh dari Malaysia.
Raihan (kanan) bersama ibu dan ayahnya.
Firyal sekeluarga. Firyal bertudung ungu. Bertudung kuning tu mummy Firyal, yang berdiri tu daddy Firyal, 2 orang lagi tu adik-adik Firyal (yang di belakang tu tak termasuk ye :p). Eh, baru perasan seorang lagi adik Firyal tiada dalam gambar ni.
Ditakdirkan, hujan turun pula masa kami tengah makan. Mujurlah hanya gerimis dan sekejap sahaja turunnya. Sejak pagi cuaca mendung. Yang seronoknya, cuaca dingin begini la yang kami nantikan. Dah berminggu cuaca terlalu panas. Alhamdulillah, lepas hujan cuaca jadi cerah dan warna langit yang suram bertukar menjadi biru. Cantik! Lepas hujan berhenti la baru meraikan Shakir (potong kek je pun :p).
Bubbles time! Giliran suami saya pula melayan Safiyyah. Saya tak terlarat dah nak melayan kedua-duanya yang meragam serentak.
Dah kenyang, main bola tampar pula. Safiyyah pun sibuk duduk di tengah gelanggang. Dia sibuk nak main pasir tu. Suruh main di sebelah tepi tak mahu. 2-3 kali bola terlantun padanya. Sikit pun tak menangis. Semua orang risau tapi dia tenang je...macam tak ada apa-apa berlaku :p.
Bergambar sebelum balik. Masa ni ramai juga yang dah balik rumah. Hampir pukul 8 baru kami balik. Pukul 8 macam pukul 6 petang. Waktu siang panjang.
Saya suka gambar ni! Ceria je semuanya ^_^.
16 comments:
macam2 ragam anak ye..mesti bila balik rumah, teringat2 makanna yg xsmpt di jamah tu hehe
ho3... sok balik malaysia kiter wat potluck eh? :)
sy lak yg terasa keseronokannya...
Bila anak meragam memang hilang selera makan Nadiah... tak pe lah pengorbanan ibu kan :D
syoknya.... :)
memang bnyk gambar tu. buat kenang2an gitukan. yg best bila ramai2 buat potluck rasa mcm hotel buffet gitu eh. hehe..
bestnye makan ramai2 camtu. sronok tgk saffiyah, cute sgtt
meriah nyer
ramai mesian kat sana ekkk
x der buhsan sgt
ai loikeee potluck
kira nak makan jer la ni ngeee
ramainya m'sian, sure seronok bila gether2.
nampak sedap lasagna nadiah tu. Bila di rantau, berkumpul ramai2 macam ni yg buat kita seronok dan hilang rindu pada keluarga sendiri di tanahair kan nadiah.
tak la sunyi sgt even duk luar negara nih kan...sebab byk gak yer warga malaysia kat situ...
kalau anak2 tgh meragam mmg camtulah kan... nak makan pun jadi terbantut..
suka bila berkumpul macam i,sebbanya dapat berammah mesra dan makan mcm2 potluck..*xsudah2 dengan makan*
p/s:suka dengan baju safiyyah.kawaii
Meriah nampaknya gathering ni.. Makanan enak2 belaka.. Safiyyah comel sangat masa main bubbles... Dress dia cantik sangat!!
sedihnya bila baca perkataan farewell ni.. sebabnya tak lama lagi kami pula menyusul...:(
meriahnye kak nadiah...
:D.... iza ingt kak nadiah x perasan ladybird's life milik sape.. hihi
Post a Comment