Entri kali ni banyak gambar je pun. Kalau dalam entri lepas dah tengok serangga dan ulat, kali ni cuci mata dengan gambar-gambar bunga pula ^_^. Kesemua gambar ni diambil di Love Garden (Taman Cinta ^_^) pada 19 Mei yang lalu.
Bunga ni namanya Paprika Yarrow. Saya suka bunga ni. Warnanya cantik menyerlah.
Yang ini pula 'bunga sulung' di hati saya ^_^.
Dari pagar masuk Love Garden. Bangunan dalam gambar adalah Love Library (Don L. Love Memorial Library).
'Bunga kedua' di hati saya ^_^.
Scarlet O'hara Poppy.
Lamb's Ear. Telinga Biri-biri..?
"They are named lambs ears because of the curved shape and white, soft, fur like hair coating." [sumber]
"They are named lambs ears because of the curved shape and white, soft, fur like hair coating." [sumber]
Siskiyou Evening Primrose.
Close-up bunga Siskiyou Evening Primrose.
Darwin's Blue Speedwell. Panjang-panjang nama bunga. Susah nak ingat. Bunga telinga bebiri tu juga senang diingat ^_^.
Basket-of-Gold. Dalam gambar ni baru berputik sahaja.
Inilah rupanya bunga Basket-of-Gold. Kalau semua bunganya dah kembang, mesti cantik!
Kalau tak silap, nama bunga ni Zagreb Coreopsis. Perasan tak ada lebah di bunga tu? :)
Ni satu lagi saya berjaya ambil gambar lebah di atas bunga.
Stella d'oro Daylily.
Meadow Sage.
Bunga yang Safiyyah pegang tu namanya Pineleaf Penstemon.
Blue Flax. Banyak kali juga saya jumpa bunga ni cuma baru kali ni saya tahu namanya.
Salji-di-musim-panas ^_^.
Husker Red Penstemon
Dark Reiter Cranesbill.
Bunga poppy.
Close-up. Suka tengok bahagian tengah tu. Cantik!
Red Valerian.
Nampak tak Shakir dalam gambar ni? Seronok pula dia duduk di celah-celah rimbunan pohon tu.
Dah nak balik baru ambil gambar papan tanda ni :p. Di sini ditulis The Garden je tapi kalau dalam laman web, ditulis Love Garden. Mungkin nama Love diambil bersempena Love Library tu agaknya.
Nota:
Puas hati pergi Love Garden ni! Walaupun bunga tak sepenuh taman, tapi bunganya pelbagai dan ada banyak jenis. Yang penting, diletak sekali nama-nama bunga! Suka sangat. Barulah saya tahu kebanyakan nama bunga. Kalau tak, sekadar ambil gambar sahaja. Tak tahu pun nama bunga.
16 comments:
wah!manyak nyer bunga...cantik2 siap ngan 2 model lg kat taman tuh..hehehe...tomey aje....:)
si kaka dressing curlastt sgt ala2 mcm suri anak tomkatie tue...kawaiiii @.@...si adek plak mcm anak mat saleh gebuzzzz giler grm tgk ngeeee *_____^
alahaiiiii cantiknye semua bunga2 tu, bertuahkan berpeluang stay kat sana
kitorg pun suka gi garden yg ada label nama bunga. barulah bertambah pengetahuan..idokla kena susah payah serach and google nk tahu nam abunga2 tu kan? ;)
Nadiah, pakai camera jenis apa ni, cantiklah gambar2 yg diambil.
Safiyyah tu pinjam sunglasses Nadiah ke? Cute je tengok girl dressing gitu. Tapi akak dah ada 3 girls la ...
pelbagai jenis bunga ado yer...tapi bunga-bunga di hati tuh yg paling comel..:)
Cantiknya gambar2 bunga ni.. Thanks Nadiah kerana berkongsi ilmu dengan kami.. Suka sangat2..
Sungguh bergaya Safiyyah dengan speknya.. :D
Safiyyah pakai cermin mata terbalik ke tu? hehehe..
Bunga di sini semuanya dah gugur.. pokok pun dah banyk togel...
comel sungguh dua dua bunga di hati nadiah tu :D
cantik la bunga2 tu kt Malaysia takde kan..
js jugak duk tunggu time floria baru dpt tengok bunga mcm2..
salam kenal awak..kalau sudi jom la singgah kt blog js...
Cantik2 bunga tu...baca blog akak blh jgk kenal ngn nama2 bunga ni...hehe
ooo.. baru tau camtu rupanya bunga primrose..
selalu pandai suruh orang pi beli jer evening primrose oil tu.. haha
Aahla bagus Love Garden ni ltk nama bunga. Mcm izu ni knl bunga raya dgn bunga ros je kot dulu2 hehe. Nway comelnya Shakir dok dlm bushes tu ;)
bunga2 kat situ semuanya cantik2 dan takde kat malaysia kan.
safiyyah semangat pakai glasses sampai terbalik ye...
red valerian tu bunga jenjarum kan? sya suka cabut jrum tgh2 bunga tu..hehe..bunga poppy tu mcm bunga apa tah dlm movie yg tebukak then makan org tu...erkkkkkkk!!!!!
cantiknya bunga2an tu...anak kamu pun comel2...geram tengok...:)
Post a Comment