Pages

Tuesday, June 12, 2012

Bersantai di Leadership Garden

Leadership Garden ni letaknya dalam kawasan hospital (Saint Elizabeth Regional Medical Center). Betul-betul bersebelahan kafetaria hospital. Kecil je taman ni. Disediakan juga meja dan kerusi. Ada pilihan la untuk makan dalam kafetaria atau makan di luar (di taman ni) sambil menghirup udara segar.

2 kali ke hospital menghantar Shakir berjumpa pakar kulit, hati saya terpaut dengan keindahan bunga di taman ni tapi masa tu hanya memandang dari jauh sahaja. Dari tingkat atas boleh nampak taman kecil ni. Kali ke-3 (juga merupakan kali terakhir) ke hospital barulah kami berkesempatan bersantai di taman ni.


Bunga ni la yang membuatkan hati saya terpikat. Dari jauh terserlah keindahannya.




Close-up. Bunga ni ada pelbagai warna. Merah jambu ada, ungu ada, biru pun ada!


Hydrangea namanya. Saya tahu nama bunga ni pun sebab pernah terbaca dalam majalah. Tak tahu macam mana saya boleh ingat nama bunga ni. Agaknya sebab bunga ni cantik padahal masa tu tengok dalam majalah je. Tak sangka boleh tengok dengan mata sendiri.


Selain bunga hydrangea, ada bunga ni juga. Tak tahu bunga apa. Spesies ros ke?


Tapi bunga hydrangea ni juga yang menjadi pujaan hati saya. Tak jemu mata memandang.


Taman kecil yang mendamaikan.


Saya suka gambar ni! Kebetulan pula Safiyyah dan Shakir bertentang mata. Sweet je ^_^. Susah nak ambil gambar 2 beradik ni macam ni. Kebetulan juga kami 4 beranak pakai baju biru. Dah sampai hospital baru perasan kami semua pakai baju biru tapi sayangnya tak ada gambar berempat.


Shakir main batu. Masa ni la saya ambil gambar tangan Shakir yang dah pulih tu.


Ok, jom balik rumah!



14 comments:

Fazlinil Irma said...

seronoknya dah masuk musim bunga.. lpas ni roses pulak menyusul kan.. :)

yatie chomeyl said...

yatie pun suka hydrangea...mmg cantik sangat2..mcm2 warna ada tp asyik lupa je nak snap, kat apartment yg kitorg duduk ni pun ada banyak pokok2 hydrangea ni tgh berbunga mekar skrg

hasnisyakila said...

lama tak tinggal jejak.. ^^


alhamdulillah shakir dah recover..
well done shakir ^^

Amzar said...

mmg cantik bunga tu....mcm2 warna lg...segar mata memandangkn.......

sweet life said...

comeinye pakai biru...
kamu semua nampak biru...
hehehe

+ e.z + said...

bunger 3 musim tuh kan? mam eB suker :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Subahannalah cantyik sungguh bunga tu Nadiah... dalam satu kelompok tu ada berbagai warna ye...

Seronok tengok musim bunga indah dan mendamaikan :))

anumuchan said...

aa kat jepun pn byk bunga ni.mmg suka tengok..tp skang takdapat dh nk tgk..huhuu

Nur-nba said...

Subhanallah cantik benar bunga tu.. Warnanya pelbagai.. Suka sangat melihatnya..

Sedondon biru.. so sweeeeettt!!!

transformed housewife said...

Alhamdulillah Shakir dah ok.

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lega tgk tangan shakir tue dah makin oke...la mmg byk bunga sana sini khen...ai sukerrrrr berseri2 gituew khennnn @.@

Teratak Hami said...

Bunga tu macam ada kat m'sia ke? Macam pernah tengok.

Unknown said...

indah yer hospital tuh...:)

Affieza said...

Kalau dtg hospital ni, mesti tenang je kan tgk bunga2 yg cantik tu...hehe