3.45 petang semalam kami ke People's Health Center, bawa Safiyyah for 1-year checkup. 8.1 kg berat Safiyyah sekarang. Tingginya 29 inci. Dr Brooke kata berat Safiyyah menurun, tak ikut chart tapi bila saya refer growth chart of breastfed babies (girls) yang ini dan yang ini, menaik je ikut graf (masa Safiyyah 9 bulan, beratnya 7 kg). Mungkin Dr tersilap plot agaknya. Saya pun tak tengok betul-betul. Ataupun, chart yang Dr guna tu bukan untuk Asian. Orang Asia kan majoritinya bertubuh kecil. Ummi dan papanya ni pun kurus aje. So tak kisah la, janji Safiyyah aktif, menyusu dan makan macam biasa .
Lagipun Safiyyah ni jenis makan sikit je. Kalau makan nasi tu ada la dalam 2-3 sudu besar nasi je. Pastu dia tak mau (dia luahkan kalau dia dah tak nak makan) dah nasi. Nak makan lauk sahaja atau sayur je. Nasi tak nak. Alhamdulillah la dia suka makan sayur. Antara yang dia suka celery. Boleh makan macam tu aje macam ulam sampai papanya kata, "Ni nak jadi Wonder Pets ke ni?"
Sebelum Dr masuk tu happy je dia. Duk pusing-pusing je dalam bilik kecil tu. Macam tengah buat kerja pun ada bila tengok gayanya tu .
Staf People's Health Center yang baru
Bila Dr masuk pun still ok lagi tapi start je Dr sentuh dia, menangis-nangis dia . Appointment kali ni banyak juga la yang Dr tanya, nak tahu perkembangan Safiyyah setakat ni. Ye la, last jumpa untuk checkup masa Safiyyah 9 bulan dulu. Dr mention nanti nak ambil darah Safiyyah sikit untuk check Hb dan bagitau yang Safiyyah akan diberi 4 shots. Huhu...gerun lak dengar 4 shots tu. Pastu tiba-tiba je sorang staff nurse masuk, dia macam confuse tengok immunization record Safiyyah sebelum ni. Ada vaksin yang sepatutnya Safiyyah dapat masa umurnya 6 bulan, 'tercicir' sebab masa tu kami baru sampai di US ni. Tercicir masa diorang nak selarikan rekod di Malaysia dengan di sini agaknya.
Bincang punya bincang dengan staff nurse tu, Dr kata nak diberi 6 shots pulak! Masa tu saya tengok suami, suami tengok saya. Banyak tu 6 shots! Dah la Safiyyah ni kecik aje. Then Dr bagi pilihan sama ada nak buat 4 shots dulu atau nak buat 6 shots sekaligus. Dia perasan agaknya perubahan riak muka kami. Kami pilih 4 shots je, bakinya buat minggu depan. Tak sampai hati nak biar Safiyyah disuntik sampai 6 kali. Dah settle semua urusan dengan Dr, baru staff nurse ambil alih tugas.
Bawah ni pulak staff nurse duk ambil darah Safiyyah. Dia menangis tu bukan sebab sakit kena cucuk jari. Menangis sebab takut dengan stranger. Dalam nangis-nangis tu sempat lak tu tengok-tengok pamplet
Pastu baru la Safiyyah diberi 4 shots: MMR (measles, mumps, rubella) vaccine, Varicella Chickenpox vaccine, Pneumoccocal Conjugate vaccine (PCV) dan H1N1 vaccine. Vaksin H1N1 tu Dr bagi pilihan sama ada nak buat ataupun tidak. Kami kata buat je la, as a precaution and prevention.
Mula-mula 2 orang staff nurse je yang nak uruskan suntik-menyuntik tu tapi diorang terpaksa panggil sorang lagi staff nurse untuk bantu sebab Safiyyah kuat sangat meronta. Safiyyah ni nampak je kecik tapi tenaga kuat betul. Setiap hari kena 'bersilat' dengan dia tiap kali nak dipakaikan diaper dan bajunya tu. Memang letih sangat rasa lepas siap-siapkan Safiyyah . Kuat sangat dia meronta! Kadang-kadang aje la senang nak siapkan dia tapi most of the time memang kena 'bersilat' dulu. Sebab tu saya selalu suruh suami siapkan Safiyyah, tak terlarat rasanya nak handle dia. Huhu..
Campur suami saya, 4 orang diperlukan untuk kawal Safiyyah. Suami pegang tangan, sorang staff nurse pegang kaki, 2 orang lagi duk suntik secara serentak peha kanan dan kiri Safiyyah sambil pegang lututnya tak nak bagi kaki bergerak sangat. Selalunya 2 orang staff nurse cukup dah..sebelah tangan diorang suntik, sebelah tangan lagi pegang kaki tapi diorang surrender tak mampu nak buat macam kebiasaannya, tu yang kena panggil sorang lagi tu. Bayangkan la betapa kuat tenaganya...dan bayangkan situasi saya tiap kali nak pakaikan diapernya tu..uhuk!
Sebelum balik tu staff nurse bagitau result Hb Safiyyah. Alhamdulillah Hb Safiyyah dalam normal range...11.6 gm/dl (untuk budak-budak, normal range: 11-13 gm/dl)
36 comments:
Tak padan kecik comel yer safiyyah... tapi kuat! :)
tanya tau h1n1 vaccine tu binatang apa guna.. ehem tau tau je laa..omputih ni bukan sedar pon halal haram
mcm MMR tu ada unsur telor...
walaupun berat safiyyah lbh kurang khadijah, tp safiyyah nampak tembam lah..
nadiah, nak tanya sikit, kalau compare ngan check up di malaysia, kan.. ada beza tak (dari segi shots/ suntikan) untuk babies di sana dengan di sini...?
wah, 4 orang kna pegang..sama gaya ngn zara..:)
salam nadiah..
klau saya kan msti xsmpai ati nk tengok anak ronta2 camtu tapi msti nk curi2 tgok masa dia kena injection...
ni kes brani2 takut arr...papepun sekejap je dah setahun yer, kiranya lebih kurang sama la imunisasi sana ngan m'sia tu yer?
wohho...if i were u..i just can't imagine how could i control the situation..cukup for 1 jab pon I dah tak tertahan esp bila my little boy menjerit nangis sakit..huwaa...ksian...xsanggup..but have to la kan..
safiyyah ni senang nak makan ubat tak, kak nadiah?
Agak-agaknyer datuk2 dan nenek2 Safiyyah ni terpaksa gak pegang kuat papa dan umminya, masa dia orang nak disuntik dulu kut......
aahla kuat Safiyyah ni. Pasal chart tu jgn risau, diaorg ni selalu tengok chart diaorg. mana nak banding dgn kita org Asian. Hafizah yg mmg lahir kat sini(NZ) pun banyak juga kena suntik. Tapi dah habisla masa dia umur 15 bln. (sorry pjg komen.hehe)
oo akak xleh ek tgk ank kena cucuk? so far Iman alhamdulillah..walau kena 4 shot pon, dia nangis kejap je.yg biasa satu shot dia xnangis.iza biasa2 je ms iman kena shot.
semalam baru cek berat Iman, eeh sama dengan Safiyyah.cuma Iman berat sikit.dalam 0.1-0.3 kg bertambah.heheh
p.s: gmbr last tu, nurse yg kt tenagh tu baik sgt, Crystal namanya. Sangat jaga msa iza pregnant dan skg.Skg dh jrg jumpa dia.huhu~~ sukala pregnant sini..;))
dah cucuk ye..makk oii..sekali kena 6..yang kat sini, 1 pun jenoh meraung..demam tak Safiyyah la ni
pipi labuh..cubit kang baru tau.
tak padan kecik, kuat betul smp 4org dewasa ken apegang dia hehe
ummumishkah: a'ah..mmg tak pdn dgn kecik pun :D
jiji: thanx 4 the reminder jiji dear! :)
mirah: hehe..mmg ramai yg tertipu dgn pipinya tu :)
zuhaini: beza jgk la sikit :)
arin: zara tu logik gk kak arin..bam bam..yg ni kecik je tp tenaga blh tahan!
sari: sama la kita..takut2 berani ;)
imma: tu la, mmg kesian sgt..huhu..
sarah: so far takde ubat lg kena bg dia. ada la bg ubat demam skali dulu tp ubat tu manis dia suka la. hehe..
studioukm: haha..tak tny lak tp rsnya tak kuat mcm safiyyah. papanya tak tau la pulak :p
temp. hw: tak cukup pjg lg kak komen tu :D
izza: bkn takleh tgk cuma tak smpai hati. kesian je rs..huhu. safiyyah dulu pun kena inject nangis kejap je cuma dh besar ni je. bkn nangis sbb kena cucuk sgt tp dia takut dgn staff nurse tu semua
dayah: alhamdulillah safiyyah tak demam :)
yatie: hehe..tu la, nmpk je kecik
Nadiah..
4 org nurse untuk 4 suntikan..agaknya kalau 6 suntikan?
byknye safiyyah kena suntik.skali 4 vaccine tu.aufa ritu doc suh amik satu2 dulu.selang by a month.mahal x sume vaccine tu kt sana?
safiyyah sgt comel berjln2 tu.geramnye:)
Salam dik Nadiah..
Wah.. makan sikit pun pipi dah chubby, kalau makan banyak macam mana agaknya ye... tak larat ler umminya nak dukung gamaknya
come style safiyyah. mcm robin hood..ehek.
comeynye safiyyah ngan gaun merah tu..byknye safiyyah kene suntik..
Comeynyer safiyyah... suka la baju merah dia tu.. cutee.... Hehheheheheh safiyyah pun makin bam bam.. Khayra dulu suka dnegan celery.. sekaarang ni sayur dia dah kurang sikit. carrot dengan brokoli je la pun kalau nak makan.. :)
Kesiannyer safiyyah kena inject 4 dos skali..tp xper smua tuh kebaikan safiyyah..
alin jd risau plak mcmane lar danish inject nanti ms inject ms umur lebih kurang 5 6 bln tuhh pun 4 org pegang trmasuk alin..
safiyyah lebey krg cam danish lasaknyer time nak siapkan pkai bj ngan pampers..xnak baring langsung..rgm anak2 kan..
alin br nk tanya nadiah resepi bubur yg nadiah bg pd safiyyah..safiyyah semangat montel mesti suke mkn nasi tp apa resepinyer..
Danish pun boleh thn ssh gak nk mkn nasi puas da cuba mcm2 resepi tp x berjaya gak..klau nestum laju jer telan..sumbat roti putih kosong pun danish nak tp jgn larr nasi susah sgt..
alin da tgk video ms safiyyah kena amik darah..siannyer..xsampai hati nk tgk..alin fobia ms anak alin kena demam kuning ngan paru2 kena kuman..sedih..
Salam Ziarah. Emm memang ibu kena melalui process penjagaan anak berbagai bentuk, especially medical.
haaa irfan kalau nak kena cucuk gitu gak gayanya hahaha
safiyah bole tahan kuat eh, sampai 4 orang kena pegang heeeee
ganasssz.. ehehe, salamm ummsyuhada tewww..
ummu ammar: 6 org la kot kak..hehe..
US: tu la..1st time ni kena suntik smpai 4..kesian je rasa
nida: zat semua gi kat pipi dia dulu kot, tu yg chubby tp bdn kurus :D
husna: robin hood ye? hehe..
ibunafis: a'ah, byk, tu pun nasib baik Dr bg buat 4 dulu..
ummikhayra: harap2 safiyyah suka la makan sayur sampai dia besar :)
alynnz: kalau budak lelaki lagi la kuat tenaganya :). oh, sekarang safiyyah makan nasi biasa yang sama kitorang makan. cuma masak tu bagi lebih air sikit, tak nak bagi nasi tu keras. lauk pun sama yang kami makan cuma kurangkan garam, tak macam selalu. safiyyah tak suka benda lembik2 ni. kadang2 bagi pasta (sama ada goreng atau buat sup), dia suka. dulu bagi oats, awal2 je la nampak dia macam suka pastu dia tak nak langsung dah
marina: betul..betul..! thanks sudi ziarah ke sini :)
drama mama: hehe...mmg tak padan dengan kecik safiyyah ni :D
en_me: ganas?? hehe. salam kembali :)
alaha kesiannya bila bdk2 kecik kena inject..
wahhhh..ramainye sampai 4 org pegang...memang kuat safiyyah ni...serikandi ummah la katakan...
sian dia kena shot sampai 4...huda 1 pun dah tutup mata rapat2 hihihihi
video pertama tu mcm wat semakkan peralatan lak, pamplet tu mcm checklist...hihihi...pandai pandai
sian dia nangis...tp yg best tu smbil tgk pamplet...
gerammnya tgok safiyyah ...
Post a Comment