


Majlis bermula pukul 7 malam. Kami keluar rumah dalam pukul 6.45, budget dapat sampai tepat jam 7 tapi kami sesat pulak! Huhu. Suami bawa sekali salinan peta tapi duk pusing-pusing tempat yang sama, tak jumpa-jumpa jugak WSI Hall tu. Lebih malang lagi, handphone suami takde bateri dan saya pulak tak bawa handphone! Memang le takleh nak call sape-sape, dah le tak hafal pun phone number orang (phone number sendiri pun tak ingat sebab jarang guna handphone kat sini). Suami ada berhenti tanya orang, tapi malangnya (sekali lagi) orang tu pun tak tahu mana letaknya WSI Hall tu.
Sampai suami kata, "Kalau tak jumpa jugak, kita balik rumah je la."
Entah macam mana, masa duk pusing-pusing sebelum berputus asa nak balik, saya terpandang 1 bangunan yang ditulis 'WSI Hall'. Terus saya bagitau suami. Suami pun patah balik la, masa tu dah terlajak ke depan. Harus la kami tak perasan bangunan tu. Kelilingnya dah la gelap, bayangan cahaya dalam dewan pun tak nampak! Nak masuk dewan pulak ikut pintu belakang


Masuk je dewan, semua orang tengah beratur nak ambil makanan. Kami sampai pukul 7.20. Malas la kami nak beratur, kalau beratur pun akan jadi last sekali jugak. Suami pun ambil kesempatan ajar diorang macam mana nak makan satay dan explain sikit-sikit apa itu satay dan apa di sebelahnya (kuah kacang)

Turn kami nak ambil makanan, banyak yang dah habis termasuklah roti jala Izza

Lepas makan, ada acara cabutan bertuah. Pendek cerita, malam tu memang tuah tak memihak pada kami. Kami sampai pun lambat, takde pun nombor yang diberi pada kami. Awal-awal lagi dah tahu tak bertuah (dah nombor pun takde, macam mana nak jadi bertuah pulak

Habis sesi cabutan bertuah part 1, acara penyampaian award pulak. Sape yang terpilih, dapat la Salsa Award (dinamakan salsa award sebab semua yang terpilih tu akan dapat sebotol salsa


Masa ni Dr. Robert Wright (lebih dikenali dengan nama Bob Wright) terima Salsa Award dan hadiah-hadiah lain. Selamba je diorang pekena lecturer sekali 

Habis semua pemenang terima award masing-masing, staf lak buat persembahan..


Majlis berakhir dengan acara cabutan bertuah part 2. Hafiz dan Izza antara yang bertuah la malam tu sebab nombor diorang berdua dicabut...dapat la sorang satu sebotol salsa




***************************
Keesokan harinya kami semua ke Lincoln Airport, menghantar Suhaizi yang nak berangkat pulang ke tanahair tercinta. Bertolak dari rumah dalam pukul 8.40 pagi. Flight Suhaizi pukul 11, pergi awal takde la kelam-kabut nak check-in.


Selamat jalan dan selamat kembali ke Malaysia Suhaizi! Pergilah dulu, kami akan menyusul kemudian (pinjam ayat Pali

20 comments:
slamat pulang ke malaysia suhaizi! :) hang bila nak balik msia meh..?? :)
cute safiyyah..
sekali lagi acara makan..=)
and lirik lagu yang menarik
Nadiah..
Apa agaknya reaksi Mat Salleh makan makanan kita ni..? diaorg bleh telan ke?
ajenya selamba jer mat salleh tu celup sate ye..xper2 janji promosi mknan menjadi...tetiba plak rasa nk mkn sate..kuikuikui
kalau buat satay mmg takkan cukup. Knur pun pernah menjamu satay masa raya puasa thn lps. ramai tetamu yg kempunan. nasib ada mee bandung utk yg tak dpt rasa satay.
bestnya asik berparty je ye..
safiyyah nak ngorat anak Dr tu ye eheh
nanti balik sini, mesti Nadiah berisi sikit kot..asyik makan je kejanya...
zuhaini: jangan le tanya bila nak balik malaysia..lambat lagi lorr..huhu..
sarah: macam takde aktiviti lain, kan? :p
ummu ammar: oh, diorang ni asyik kata 'it's nice' kalau makan makanan kita. lots of kind words la diorang ni. berbudi bahasa kot :)
sari: kami biarkan aje diorang celup sebab diorang tak jamah lagi pun satay tu :)
temp.hw: tak larat la nak buat banyak2 satay tu kak :p
hamizah: macam berjoli pulak bunyinya padahal jamuan je pun :p
yatie: hehe..
dayah: tak tahu la tu. biasanya makan pun seciput je :D
camana awak boleh dapat idea dan kekuatan menulih text panjang2 mcm ni...dan SANGAT BEST bila di baca?
Bila baca mcm karangan skema, tapi ada irama..just nice gitu.
makcik ni, biasanya kalau entry panjang berkilo-kilo meter mcm ni...jgn harap tau makcik nk baca. kat belog kamuni, habih tiap2 butir makcik telek.
safiyyah dah besar nanti mesti rasa bangga baca karangan mak dia yg best laguni. tulis lagi dan lagi yaaa..dan sila perbanyakkan gambar [makcik sukaaa cuci mata tgok gambar] tambah2 lak gambar org2 yg duduk over the sea nih.. i jeles tawww. skolah tak pandai, tak dpt pi sambung blaja obersi.
iskk..makcik dah melalut dahhh...ok. ok. sekian. cubit manja pipi montel safiyyah utk makcik rehan.
salam akk setelah sekian lamanya...
haha sy nak feedback apa yg makcik rehan ckp, mmg betul pun akk...u r gud in writing...
br2 ni balik rumah bkk tenet ajak mak tengok gambo iza sbb mak nak nengok gambo iman pastu bukak lah blog akk...
mak suka blog akk mak kata best ;) pastu adalah terbaca pasal ada kenduri yg tak dapat makan langsung...mak kata inilah pertama kali mak dengar...
tak sangka ada jugak jadi mcm tuh hehe...
apepun best lah akk cuma jarang dapat bc hr2. kalo ada kelapangan saya ziarah lagi...
salam buat cik safi drpd tanter
salam akk setelah sekian lamanya...
haha sy nak feedback apa yg makcik rehan ckp, mmg betul pun akk...u r gud in writing...
br2 ni balik rumah bkk tenet ajak mak tengok gambo iza sbb mak nak nengok gambo iman pastu bukak lah blog akk...
mak suka blog akk mak kata best ;) pastu adalah terbaca pasal ada kenduri yg tak dapat makan langsung...mak kata inilah pertama kali mak dengar...
tak sangka ada jugak jadi mcm tuh hehe...
apepun best lah akk cuma jarang dapat bc hr2. kalo ada kelapangan saya ziarah lagi...
salam buat cik safi drpd tanter
yey dah leh tgk video^_^
MR: haha..entry ni 2 hari baru siap la kak. taip sikit, buat keje rumah pulak pastu sambung balik :D. memang agak skema pun..ahaks. ni style saya kot. tak reti la nak tulis bersahaja macam blog akak tu
maryam: mak maryam pun baca ke? hehe..segan pulak
boundaries: yay!
Salam Nadiah..
Jelesnya orang yg selalu menang cabutan bertuah ni.. sebabnya nombor akak jarang yg amat untuk terpilih..
Yang menghantar org balik mesia tak sedih ke? hihihi.. ingat kenangan dulu2 time hanto org kat epot.. jiwa mmg melayang kat kg halaman ah.. :)
nida: sama la kita kak..memang jarang bertuah..hehe..
ummumishkah: hihi..normal la tu jadi anak rantau
nadiah,
dok di rantauan ni makin hebat bab2 memasak ni ehh.... ;)
Dah kembali sorang warga msia kat sn. warga usm gak ker die tu?? erk.
Makan2 dah jadi perkara wajib ek kat sn.. Best2..hik3.
Post a Comment