Pages

Monday, November 9, 2009

Makan malam di Antelope Park

Jumaat lepas kami ke Antelope Park; makan-makan dan sembang-sembang senyumkenyit. Department suami saya (entomology) organized dinner untuk semua staf dan graduate student entomology. Kami pun turut serta juga. Bertolak dari rumah lepas solat Maghrib, dalam pukul 6 lebih. Luckily for us, waktu solat Maghrib sekarang ni semakin cepat, takde la kami kelam-kabut sangat encem.

Waktu solat terkini di Lincoln


Sampai-sampai je dewan, dah ramai dah orang. Terus kami letak dan susun makanan atas meja yang disediakan. Oh ye, untuk dinner tu setiap orang bawa makanan masing-masing; pot luck style. Saya hanya buat bihun sup dan bingka jagung je. Psstt...bingka dalam bahasa Inggeris apa ye soal. Dah tak tahu sangat, saya tulis je corn cake. Ehe...pandai-pandai je! jelir

Setiap orang diberi kepingan kertas kecil macam atas tu untuk tulis nama makanan


Sementara tunggu semua orang sampai, semuanya duk sembang-sembang. As usual, Safiyyah nangis bila ramai-ramai camtu lebih-lebih lagi bila orang duk tegur/agah dia. Dari awal kami sampai, suara dia je dengar...huhu. Tak pasal-pasal ummi dan papanya jadi glamour sengihnampakgigi. Masa duk melayan Safiyyah, ada sorang budak perempuan ni datang tegur saya...

Girl: Helo!

Me: Helo!

*sambil-sambil agah Safiyyah, dia sembang dengan saya*

Girl: Oh, I like this (refer to my brooch)...it's beautiful! (credit to Dr. Coswald @ Nasri for those brooch...hadiah sempena hari perpisahan saya dulu senyumkenyit)

Me: Thank you senyum

Girl: Why is she crying? I think she's hungry...

Me: Oh no, she's not hungry senyum

Girl: Or...maybe she wanna sit in there (refer to the car seat). Put her in there and I'll bounce her...

*rasa serba salah lak nak menghampakan permintaan budak tu, saya ikut je la* kenyit

Girl: See...I told you...she wanna sit in here...

Hehe...senyum je la saya masa tu. Safiyyah senyap hanya beberapa saat je pun, lepas tu sambung balik nangis.. nangih

Girl: What is your name?

Me: Nadiah senyum. What's yours?

Girl: *alamak, saya lupa la nama budak tu*...I'm Dr. Fred's granddaughter. There...he's stand over there...

Me: Ooo...how old are you?

Girl: I'm 10 years old...


Baru 10 tahun rupanya hah! Ramah sungguh! Cara dia cakap macam orang dewasa je. Tak macam budak umur 10 tahun pun star.

Tak lama lepas tu pulak dengar suara emcee. Ayatnya lebih kurang macam ni:

Emcee: ...It's 7 now and everyone's here. So, let's eat!

*Semua orang bertepuk tangan tepuktangan*.

Dalam hati saya masa tu: "Hah? Macam tu je?"

Saya duk bayangkan ucapan-ucapan yang berjela-jela panjangnya sama macam dalam program-program yang pernah saya attend sebelum ni. Serius! Tak kira la program tu namanya Jamuan Aidilfitri sekalipun, semuanya ada sesi berucap. Sekurang-kurangnya 3 orang mesti bagi ucapan; emcee, pengarah program dan presiden kelab/ketua jabatan. Ucapan masing-masing dah le berjela panjangnya, paling sekejap pun 5 minit tapi selalunya lebih daripada tu. Perut masa tu tengah berkeroncong, tak fokus pun apa yang diucapkan. Untuk 2-3 minit pertama, orang dengar la jugak ucapan-ucapan tu tapi lepas tu semuanya tak senang duduk dah.

Masing-masing duk berbisik, "Lapar la...bila boleh makan ni...?" Al-maklum le, dari awal lagi dah kosongkan perut...mana le tak lapar! lapar

Foods


Sesi mengambil makanan


Saya terpaksa makan bergilir-gilir dengan suami saya sebab Safiyyah tak nak diletak langsung. Saya hanya makan nasi beriani dan ayam percik Hafiz/Izza je. Yang lain-lain tu tak berani nak makan sebab tak tahu ingredients makanan-makanan tu semua. Mujur le Hafiz pun 1 department dengan suami saya. Kalau tak jawabnya...sendiri masak, sendiri bawak, sendiri makan! sengihnampakgigi

Giliran papa Safiyyah pulak makan. Safiyyah masa ni tengah makan baby carrot


Bingka jagung = Corn cake...? jelir


Bihun ada lagi tapi supnya (dalam periuk - Dah takde mangkuk besar, dengan periuk sekali kami bawa senyumkenyit) dah habis! Diorang ambil bihun sikit (sangat) je tapi supnya penuh 1 mangkuk sengihnampakgigi


Lepas makan, slot persembahan lak. Wakil setiap negara buat persembahan masing-masing. Suami saya mulakan dengan cerita serba ringkas tentang Malaysia dan lepas tu diikuti dengan nyanyian lagu Rasa Sayang beramai-ramai...



Dari kiri: Muzammil, Suhaizi, Hafiz, Syafiq, suami saya dan Sek Yee
Sek Yee, suami saya dan Hafiz je student entomology, 3 orang lagi diimport khas untuk nyanyi lagu Rasa Sayang
sengihnampakgigi


Diorang mula nyanyi je Safiyyah pun mula menangis padahal sebelum tu dia ok je. Nampak sangat diorang nyanyi tak sedap ihikhik. Meh tengok video bawah ni:




Tak dapat rekod sampai diorang habis nyanyi sebab Safiyyah menangis...semua orang duk tengok...Silvana pun duk tergelak-gelak...huhu...Safiyyah ni saje je buat ummi dia jadi tumpuan malu. Visual tak berapa elok sebab sebelah tangan dukung Safiyyah dan sebelah tangan lagi pegang kamera..

16 comments:

puan oryza said...

kalau dr mase kak nadiah kt sini rjn buat mkn2 kn best:(

Pija Madzlan said...

owh ingatkan kalau kat sana makan2 sesama bangsa aje...tp tak merasa lah ek air tangan kawan2 yang lain...

mirah said...

oh senangkan takde protokol mereka tu. Skrg ada lecture series kat ofis ni, speakers semua foreigners, mesti mereka pelik tgk flow majlis perasmian siap 2,3 org bercakap. Hihi..

yatie chomeyl said...

sebenarnya safiyyah nak nyanyi gak tu, bukan dia nangis ;)

daud.montak.zakaria said...

Kumpulan dari Malaysia yang buat persembahan tu ape nama kumpulannya, siap dengan 'sound effect' lagi....heh...heh....heh

Unknown said...

Akak,
sound effect lagi kuat, tenggalam sore orang yg nyanyi kat depan..haha.

Nadiah Sidek said...

cik oryza: alahai...dulu tak berani & tak reti masak byk2. al-maklum le, keluarga akk kecik je. selalu duk set mind kata nnt tak jd kalu masak byk :p

sitisifir: a'ah kak..tak dpt la nk mkn mknn diorg

mirah: tu la...better ms prgm jamuan tak pyh ada ucapan2 tu semua

yatie: dia menyanyi skali sbb diorg nyanyi tak sedap..ehe..

ukmstudio: sound effect yg sgt menjadi tumpuan :D

meen: hehe...sbb tu la org duk pndg ke belakang...tak pndg pun kat diorg yg duk nyanyi tu

Ummu Ammar said...

Salam Nadiah..

Pandai Nadiah masak..hmm..corn cake..sedap tu! :D

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

NADIAH lain kali kalau nadia buat bingka lagi..nadia letak Malay Corn Cake..barulah glamour kat negara orang..he.he
akak kalau apa2 orang tanya, mesti cakap..malay cake, malay biscuit, malay..semua bantai malay..ha.ha

Unknown said...

sy x pndai nk komen tp nmpk sronok la nadiah dpt pengalaman duk negara org..apepun,corn cake tu nmpk sedap..nyam2..

Nadiah Sidek said...

ummu ammar: kalau sape yg suka jagung kata sedap la..kalau tak suka mesti kata tak sedap..ehe..

NB: hehe...idea yg manarik!

ibunafis: ;)

husna said...

bingka jagung=corn cake=hebat!
malay corn cake? betul betul... bunyi cam menarik gak

Za's said...

"Diorang mula nyanyi je Safiyyah pun mula menangis padahal sebelum tu dia ok je. Nampak sangat diorang nyanyi tak sedap ihikhik."

hihi...sgt suke ayat nie..

Nadiah Sidek said...

husna: good idea, kn? :D

za's: hehe...

sarahfazalul said...

akak, nyanyi lagu rasa sayang pun kena tgk lirik ke? (^^,)

Nadiah Sidek said...

sarah: oh..sbb nyanyi skali dlm version tamil, cina, sabah, sarawak. ada lirik tu pun terkial2 diorg nk menyebutnya..hehe..