Masa sekolah rendah saya bersekolah di SK (2) Taman Keramat, KL. Habis je UPSR saya dan keluarga pindah ke Serdang, tu yang lost contact dengan diorang semua. Hanya 5-6 orang je yang saya masih keep in touch melalui surat (zaman saya sekolah rendah dulu mana la ada emel dan mana la ada yang pakai handset ...zaman sekarang ni rasanya budak sekolah rendah pun dah pakai handset, mungkin lebih canggih lagi dari handset kita ).
Masa sekolah menengah dulu rajin juga la duk berutus surat tapi makin lama, makin malas pulak. Tapi setiap tahun kami tak pernah missed bagi kad raya. Bila dah masuk KMPP (Kolej Matrikulasi Pulau Pinang) dan USM, saya lost contact pula dengan kawan-kawan saya tu. Entah kat mana silapnya tak pasti pula saya. Hanya 2 orang je yang terus berhubung dengan saya; Kam Maria dan Zurina Azita.
Lepas tu saya 'jumpa' balik dengan Aina Fazlina dan Siti Zuhaini. Tak ingat lak saya macam mana saya boleh berjumpa dengan Aina. Zuhaini ni dulu antara yang saya duk contact guna surat tapi lepas tu tiba-tiba je dia 'hilang' tanpa khabar berita. Tup, tup, dia terjumpa blog saya! Tak sangka sungguh!
Ada pulak yang memang saya jumpa betul-betul depan mata. Kalau tak silap, masa tu saya 1st year student di USM dan tengah jaga kaunter persatuan...pastu tak semena-mena ada sorang student lelaki datang kat kaunter tu. Lebih kurang macam ni la dialog antara kami:
KA: Awak ni dulu masa sekolah rendah sekolah kat Taman Keramat, kan? SK (2) Taman Keramat...
NS: *hanya mengangguk kepala*
KA: Ni Nadiah, kan?
NS: *angguk-angguk lagi kepala*
KA: Ingat saya lagi tak?
NS: *geleng-geleng kepala*
KA: Ashraff...ingat tak? Ketua kelas dulu...
NS: Tak...
KA: Ingat tak lakonan cerita Snow White dulu? Yang jadi prince tu...?
NS: Ooo...baru ingat! Eh, macam mana boleh cam saya pulak?
KA: Muka awak tak berubah...sama je macam masa sekolah rendah dulu..
Hehe...haru sungguh masa tu. Memang saya tak ingat langsung sape ketua kelas saya dulu. Bukan tu je...saya langsung tak ingat pun nama Khairul Ashraff tu! Rasa macam tak pernah wujud je dalam kelas saya dulu nama tu . Teruk betul la saya ni! Tapi tu la...sebenarnya banyak memori masa saya sekolah rendah dulu yang saya tak ingat. Tak tau la kenapa. Lagipun saya ni jenis pendiam...bukan jenis rajin bersembang, apatah lagi dengan kawan-kawan lelaki! Mana le saya nak ingat. Nasib baik saya ingat lagi cerita Snow White tu . Tak ingat la lakonan tu sempena apa tapi saya memang ingat sape yang pegang watak hero dan heroin masa tu. Saya tak terlibat pun dalam lakonan tu, jadi penonton je .
Tak sangka kami boleh jumpa di USM. Lepas kahwin, baru saya tahu yang KA (Ashraff tu lebih dikenali dengan nama KA kat USM) tu baik dengan suami saya...1 school lak tu! Yang lawaknya, masa dia datang ke kenduri di Serdang dulu (kawan-kawan suami saya ramai yang datang ke Serdang sebab Kelantan jauh), baru dia tahu nama Nadiah yang tercatat dalam kad kahwin tu saya orangnya!
KA: Le...Nadiah ke...?
Hehe...ingat lagi ayat KA masa tu. Dia tak sangka kot kawan dia (suami saya) kahwin dengan saya. Masa tu KA pun dah nak kahwin dah dan sekarang ni dia pun ada anak sorang .
Oh...berbalik pada 'pertemuan' saya dengan kawan-kawan sekolah rendah saya di Facebook...macam-macam la yang kami duk sembang. Masing-masing duk imbau balik peristiwa masa sekolah rendah dulu dan baru saya dapat ingat sikit demi sikit kenangan di waktu sekolah rendah dulu. Ada yang mencadangkan buat gathering tapi nak kumpul lebih ramai lagi yang masih hilang jejak. Dalam kami duk sembang tu, baru dapat tahu salah seorang dari kami dah pergi mengadap Ilahi. Arwah Abu Zahar meninggal beberapa tahun lepas, accident langgar lari...inna lillah wa inna ilayhi rojiun...moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama insan-insan yang beriman...ameen...
Gambar-gambar bawah ni la yang dah 'mempertemukan' kami semula. Kredit buat Faezan sebab bersusah payah scan gambar-gambar ni dan upload di Facebook. Saya amat menghargai photo tagging di Facebook. Melalui photo tagging tu la kami 'bertemu' kembali...after 15 years!
Harapnya saya dapat bertemu dua mata dengan diorang semua 1 hari nanti. Rindu pulak zaman sekolah rendah dulu...
13 comments:
Hi Nadiah...Wow bes kan dpt jejak kawan2 lama dulu! ;)
Nadiah, Love nak minta tolong sikit, boleh tak! Hihi. Bukan apa...Love tgk Nadiah ada letak emoticons kat posting Nadiah semua. Nadiah ambik scriptnya dari which site erk?
Coz Love pun pernah letak emoticons, tapi payah tul nak masuk blog Love lah. Script dia takes too long to load...makes the page hang. So, smlm Love dah delete script emoticons dia.
Love dah try scripts from various sites, tapi same je. Some scripts doesn't work at all pun. That's y Love mintak favour dari Nadiah coz page Nadiah tak hang pun bila kita bukak, though ada script.
Pls assist yer! Tenkiu in advance.
betul tuh, fesbuk tempat jejak kasih!
yang darjah 5 tu saya ada! ahaha :)
ah.. "hilang" sebab susah nak beli stem la.. nak pos lagi.. sorry sangat ya!
:)
eh, asyraf yg putih2 tu.? dia ada FB tak..? :)
Wah! terkenal betul hang ni masa sekolah, dah lebih 10 tahun pun orang masih leh cam lagi muka hang...
mmg seronok dpt jumpa kwn2 lama balik..memori2 yang dah hilang pun dtg semula.
hik3..
same la kita kak Nadiah.
Min pon dapat jumpa kawan2 sek rend
yg dah 11 taun lost contact kat fb..
Excited sangat tgk pic2 diorang..
Klu yg laki dah lain sgt rupe die dr zaman sek2 dl..haha.
aLamak nadiah~
ni mmg nostalgic sungguh~ gambar2 ni ade dlm fb ker? jgn kate bwk g usa! :P
Adeh... sape leh touch up kan tudung utk kte? ihiks... :D
love: mmg best! ;)
arin: yup...setuju!
zuhaini: hehe...takpe...dh jumpa blk dh pun. ashraff ada gk FB. dia guna nama Khairul Ashraff :)
ukmstudio: oh..sy ni dulu antara yg low profile. tu yg terkejut ada org blh ingt sy..
yatie: betul tu...rindu betul bila duk imbau balik memori2 tu :)
meen: kwn2 akk pun ada yg dh lain dh muka..mmg tak cam..hehe..
miss pooh: hehe...betul la ada dlm FB. kite tak bwk la gmbr tu ke US ni. mmg sgt nostalgic! ;)
Nadiah!!! Tenkiu so much! hehehe :)
B4 this script yang Love letak, boleh letak emoticons kat comment form gak. Tapi sll hang.
Love pernah buat the same yang Nadiah rekomen tadi, but it was from different site, scriptnya tak parsing.
Karang Love dah try site yang Nadiah bagi nih...okey! ;)
Cuma takde emoticons kat comment form tuh..But nvm, as long as it doesn't hang my PC!...
tks alot ya! ;) Appreciate ur help..
love: no big deal ;)
FB mmg berbaloi-baloi..sy pun dpt jejak kwn2 lama kat FB..thanx pd sape2 yg cipta FB ni..
sangat best kan.. bila jumpa balik kengkawan sek yang dah lama tak jumpa.. pastu sembang pasal kenangan dan cerita2 lama... tambah best bila gosip yang tak diketahui kewujudannya masa bersekolah, dibukak balik bila jumpa....
ibunafis: seronok, kn dpt jumpa blk kwn2 lama :)
husna: betul, betul, betul! ;)
Post a Comment