"akan menyampaikan sesuatu pada semua walaupun pahit & memilukan...nantikanlah..."
Awal bulan baru ni saya terbaca 2 ayat tu di status salah seorang kawan di Facebook. Masa tu memang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apa sebenarnya yang dia nak sampaikan. 5 hari lepas baru la dapat tahu...ada orang dah menipu rupanya! Bawah ni cerita lanjut yang saya copy paste (dengan izin) daripada Facebook Saiful...sebagai pengiktibaran buat kita semua...
Assalamualaikum & salam sejahtera
Kepada yg berkenaan.
Saya Md Saifullizan Bin Razali merangkap Exco Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang secara peribadi memohon maaf atas penyebaran memohon bantuan kewangan pembiayaan kepada Mohd Naim Bin Mohd Nasir bagi rawatan serta kos pembedahan jantung di IJN, saya lampirkan laporan polis & surat penafian yg di faks kan oleh pihak IJN...
MT & AJK Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang telah serta merta membuat keputusan mengugurkan keahlian saudara Mohd Naim serta merta.
Tujuan memaklumkan di dalam FB ini adalah rasa tanggungjawab saya utk memaklumkan kepada semua pihak untuk menghentikan penyaluran sumbangan kepada akaun Mohd Naim...
Erti persahabatan & ukhwahfillah adalah bermakna tetapi janganlah kita menyalahgunakannya.Semua di dalam FB ini mungkin boleh merasai perasaan kami semua sekiranya anda diperdayakan oleh seseorang yang bergelar KAWAN/Sahabat ..membantu di kala susah...
Sebelum ni memang saya maklum cerita si Naim tu yang sakit jantung. Saya tak sempat kenal pun dengan si Naim tu sebab saya dah tak aktif dalam KRL sejak kahwin tapi atas dasar kemanusiaan, saya turut menumpang simpati atas 'keuzuran' dia. Sekali dapat tahu rupa-rupanya dia menipu! Terkejut, geram, marah - semuanya bercampur aduk!
Bawah ni laporan polis yang telah dibuat:
Then saya mesej salah seorang lagi AJK KRL, nak tahu cerita macam mana si Naim tu boleh terkantoi. Sebelum diorang dapat tahu yang sebenarnya si Naim tu menipu, AJK KRL dan NISA' dah bersusah payah dapatkan bantuan kewangan untuk si Naim tu, siap lancar tabung khas untuk dia lagi. Tak lama lepas tu ada orang bagi maklumat...katanya si Naim tu kaki tipu. Masa tu pulak diorang dah bagi RM 2,500 kat Naim tu...
Bila ada orang bagitau yang si Naim tu kaki tipu, diorang pun faks la surat yang diorang dapat daripada Naim (refer surat di bawah) ke IJN. Memang betul la rupanya dia menipu je! IJN dah sahkan yang dia takde dalam senarai pesakit.
Lepas tu, diorang pun gi cari Naim dan dapat tangkap dia. Lepas duk bersoal jawab, diorang terus bawa si kaki tipu tu ke balai. Rupanya, semua yang dia cerita tu semuanya tipu! Sekarang ni tak tahu la apa kesudahannya. Masih di balai atau dah dilepaskan...wallahua'lam...
Insiden ni betul-betul jadi pengajaran buat kita semua. Sebelum buat keputusan atau ambil apa-apa tindakan, kena selidik dulu betul-betul. As for him (Naim atau sesiapa sahaja yang suka menipu)...dia dah meragut kepercayaan orang padanya. Andainya 1 hari nanti dia betul-betul perlukan bantuan...masa tu takde sape dah yang akan tolong dia. Bukan saya doakan, tapi itu fitrah kehidupan...hidup ni kan ibarat roda...ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah...what goes up must come down...
Mudah-mudahan dia sedar akan kesilapan diri dan insaf atas perbuatannya tu...
21 comments:
Disebabkan dia sorang yg menipu, kesian orang lain. Mesti urusan nak memohon bantuan agak sukar lepas ni.. Isyh2 xpatut la, pentingkan diri sendiri.
mcm cerita budak yang minta tolong dari org kampung ada serigala nak makan kambingnya...last2 bila betul2 serigala datang, takde sapa nak datang tolong lagi....
betul kata meen
kalau betul ada orang yg perlu sangat bantuan,mest org sangsi nak tolong
mungkin naim tu terdesak nak duit, tapi jgnlah menipu..duit tak halal buat apanya
macam2 manusia kat dunia nie... tak ingat akhirat ker? hanya ingat dunia semata2
sangat geram org sebegitu... x pk org lain yg lbh memerlukan.... sgt2 selfish smpai sanggup menipu penyakit kronik... kena sakit betul2 br th...
bahay btul org mcm ni...sggup guna org lain utk kepentingan sendiri. kesianlah org yg ikhlas gi derma kat dia..alih2 kena tipu. mesti rs mcm xmo tolong dah pasnih
Ish, macam2 la ragam orang karang nih. We gotto be real alert all the time.
bak kata pepatah, "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua."
kita boleh ambil iktibar dari kes ni. kadang-kadang sifat pemurah orang kita senang diambil kesempatan oleh individu-individu yang begitu. kadang dilakukan oleh orang yang kita kenali. kena lebih berhati-hati sekarang ni.
Astagfirullah!
Salam Nadiah..
Pengajaran buat kita..Sebijak manapun manusia menutup keburukan atau tipudayanya, Allah akan membukanya..sbg balasan di atas perbuatannya..
orang skrg menipu dengan bermacam2 cara sehingga kita bimbang mahu menderma, tak apala itu urusan dia dengan ALLAH, kita sebagai manusia teruskan menderma dan bersedekah..
aje x patut.. takut nnt apa yang dikata jadi kenyataan waktu tu sapa nak tolong dia...???
Ermmm...doakan saje dia taubat dan berubah sikap, mane tau mungkin dia berubah satu hari nanti, kan gitu....
Tak kena tangkap lagi sekarang. Polis tengah kumpul bukti. Bukti belum cukup. Surat dari IJN tu just fax je.. so tak boleh nak jadikan bukti kukuh. So skrng KRL n Nisa' Penang tengah tunggu surat rasmi dari IJN. IJN pun akan saman dia.
Lihat http://nisapp.blogspot.com untuk keterangan lanjut. Keratan akhbra sebalum kejadian pun ada. Satu pengajaran buat kita semua.
meen: betul tu meen..
sitisifir: mgkn dia tak pernah terfikir kot..
anasfadilah: tak tau la terdesak ke apa..
nadnye: entahlah kak..
ashanas: tu la..mmg geram
yatie: dia ambil kesempatan atas kebaikan org
love: yup..have to be alert & careful..
kakchik: mmg kena sgt la pepatah tu
jiji: hmm..
ummu ammar: a'ah..jd pengajaran buat kita semua..
NB: tu la kak..kes2 mcm ni la org jd sangsi je nk menderma
miela: wallahua'lam..
ukmstudio: mdh2an dia insaf..
radieah: tq for those info ya!
mmg sedih kalau orang yang kita anggap kawan menipu cam gini... kita niat nak tolong kawan2, skali dia menipu...
semoga orang macam ni cepat2 insaf..
husna: tu la psl. hrp dia insaf
hurmm..huda yg pernah kenal dia..pernah bercakap dgn dia ni.... terkejut dengar....pastu terfikir mmg huda tak tau byk tentang dia ni...tiap kali nampak dia kat programm terfikir eh budak ni org mana??belajar kat mana...pasni sape yg masuk memang kami akan taaruf berlebihan...
boundaries: yup...setuju! taaruf lebih2 skit
Post a Comment