Pages

Tuesday, November 17, 2009

Gugur

Lately ni ramai sungguh kawan-kawan saya yang pregnant termasuklah teman-teman blogger. Macam musim mengandung pulak senyum. Saya pun turut rasa gembira dengan berita tu. Semua yang kahwin, semuanya nak anak, kan? Ada ke yang kahwin tapi tak nak anak...? Yang tu tak tahu la saya. Yang dah ada anak pun mesti nak menambah anak, kan? Tapi tak semua yang bernasib baik...mungkin belum ada rezeki. Ada yang dah kahwin bertahun-tahun tapi masih belum dikurniakan cahaya mata dan ada pula yang keguguran.

Hari tu saya terbaca blog Dayah...dia cerita pasal kawan dia yang keguguran di usia kandungan mencecah 6 bulan. Walaupun saya tak kenal, tapi perasaan sedih tu tetap ada. Bayangkanlah...masa tu dah boleh rasa dah pergerakan baby dalam rahim. Waktu tu hanya Allah yang tahu betapa indahnya perasaan bila dapat rasa baby bergerak...tiba-tiba keguguran...mesti rasa sedih sangat...

Dan semalam, saya terima 1 lagi berita sedih tu. 'Adik' saya keguguran di usia kandungannya 10 minggu (2 bulan lebih). Memang terkejut sangat. Saya tak tahu pun dia mengandung, tiba-tiba dia khabarkan pada saya yang dia keguguran. Rupanya masa dia tahu dia pregnant, dia ada mesej saya, bagitau yang dia pregnant. Saya rasa dia mesej tu masa handphone saya tak bercaj lama...ada dalam 2 minggu kot sebab jarang sangat dapat call dan mesej, saya pun jadi malas nak caj bateri handphone tu. Patut le saya tak dapat mesejnya tu!

15 November lepas saya mesej dia, wish birthday dia tapi dia tak balas pun. Saya expect dia takde kredit sebab selalu kalau saya mesej dia, dia akan balas. Tup..tup..esoknya baru saya dapat mesej dari dia. Dia kata semalam (15hb tu) dia celebrate birthday dia kat hospital...dia keguguran rupanya. Patut la dia tak balas mesej saya! Sedih sangat bila dapat berita tu. Saya tahu, dia memang nak sangat anak tapi dah bukan rezeki dia...

Katanya, pagi Ahad tu dia sakit perut dan keluar darah beku. Pastu dia gi hospital. Sampai-sampai sana, keluar semua sekali dengan uri. Doktor bagitau dah gugur...missed abortion. Ya Allah, tak dapat saya bayangkan situasi tu sedih.

Types of abortion
[
source]


Mudah-mudahan 'adik' saya dan suaminya tabah hadapi ujian dan mudah-mudahan juga cepat dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah...

11 comments:

ummumishkah said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul kan?
Moga Allah beri kekuatan buat mereka..

yatie chomeyl said...

kesiannya..semoga 'adik' nadiah tabah

um. masyitah said...

Salam Nadiah,
memang sedih melalui detik-detik itu.kena berpantang lagi ketat dari berpantang bersalin.semoga mereka yang diuji Allah dengan abortion ini tabah..

Nadiah Sidek said...

ummumishkah: mdh2an hendaknya. ameen..

yatie: tu la..hrp dia tabah..

um.masyitah: oo..ye ke? tak tau pun kalau org yg keguguran kena pantang lebih lg dr org bersalin..

ibunafis said...

salam,smoga 'adik' nadiah sentiasa tabah dan sentiasa ada org2 tersayang di sisi sbb time ni emosi kita terlalu 'kacau' (pngalaman member)tmbhan lg br nk rase sronok dpt zuriat..mdah2an dimudahkan lg rezki olehNya..

Nadiah Sidek said...

ibunafis: ameen..

Dayah said...

takziah utk 'adik' sekeluarga..takpa..insyaAllah..ada rezeki tu lagi..anak 1st dia ke..??

kwn dayah tu..mmg tengah menjalani pantang 2bulan la..kesian pulak ..boring pantang tadak anak..

boundaries said...

tu la...kak sedih huda dengar...smg Allah tabahkan hati dia dan permudahkan segala urusan dia lepas ni..

boundaries said...

tu la...kak sedih huda dengar...smg Allah tabahkan hati dia dan permudahkan segala urusan dia lepas ni..

Nadiah Sidek said...

dayah: a'ah, anak 1st

boundaries: ameen..

husna said...

semoga mereka tabah dengan ujian Allah ni..
walaupun saya tak penah mengandung ke apa.. saya juga turut merasa sedih dan hiba bila dengar cerita cam gini...
husna pun sama..ada la juga 2 3 orang husna dengar yang keguguruan dalam tahun ni.. sedih..