Pages

Showing posts with label winter. Show all posts
Showing posts with label winter. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Spring is here!










Nota:

  1. Kesemua gambar diambil oleh suami saya. Saya tukang upload dalam blog je...hihi..
  2. Dah masuk musim bunga pun salji masih turun lagi. Terakhir adalah pada Khamis lepas. Panjang pula musim sejuk kali ni (musim sejuk di musim bunga?). Masing-masing dah tak sabar nak panas. Dah panas nanti masing-masing tak sabar nak sejuk pula ^_^.
  3. Tak sabar nak habis pantang...nak ambil gambar dan menikmati musim bunga sepuas hati. Musim bunga ni insyaAllah musim bunga terakhir buat kami sekeluarga...sob, sob...



Tuesday, February 26, 2013

Ribut salji di bulan Februari

Angin berblog dah kembali suam-suam kuku. Dari sehari ke sehari nak update blog, akhirnya seminggu juga blog ni terbiar. Nak blogwalking pun terasa liat sangat >_<.

Ribut salji ni berlaku hari Khamis lepas, 21 Februari 2013. Alhamdulillah tak teruk pun. Tebal salji pun sekadar 6-8 inci sahaja (paling tebal setakat ni di Lincoln untuk musim sejuk tahun 2012/2013). Cuaca panas dah beberapa minggu sebelum tu. Tiba-tiba pula dapat amaran ribut salji.

Lebih kurang seminggu sebelum tu bahagian Eastern New England dilanda ribut salji; Winter Storm Nemo (comel je nama ribut salji :p). Teruk juga ribut salji di sana. Ada kawasan yang tebal saljinya mencecah 40 inci! Dalam masa sehari je salji turun tu. Boleh baca laporan ringkas berserta gambar di link ni: Winter Storm Nemo: Snow, Wind, Coastal Flood Reports.

Kalau di New England area dinamakan Winter Storm Nemo, di sini pula Winter Storm Q. Winter Storm Q bermula dari West Coast lagi sampailah ke Midwest ni. Laporannya boleh baca di link ni (tak rajin nak tulis panjang-panjang :p): Winter Storm Q: Snow Reports and Notables. Bawah ini pula gambar-gambar yang saya ambil semasa dan selepas berlakunya Winter Storm Q:








Keesokan paginya...








Ada juga orang berbasikal dalam keadaan jalan yang masih diselaputi salji. Sewaktu gambar ni diambil, basikal tu hampir tergelincir tapi alhamdulillah lelaki tu dapat seimbangkan basikalnya.





Nota:
Saya hampir-hampir tak boleh nak melangkah balik ke rumah dah selepas ambil gambar di luar pagi tu. Sebelum keluar rumah, terasa sakit sikit sewaktu melangkah tapi saya fikir ok kot...lagipun bukan nak pergi jauh. Masa nak patah balik ke rumah...ya Allah...semakin sakit ketika melangkah! Nak menangis rasa. Bertambah sakit sewaktu naik tangga (mujurlah tangga tak banyak!). Masuk rumah memang rasa tak boleh nak melangkah langsung :(. Berhari-hari sebelum tu kesakitan macam tu dah tak menyerang. Sekali kena, teruk dibuatnya. Sampai ke malam masih sakit. Sepanjang hari banyak berbaring je. Duduk ok, tapi bangun je daripada duduk, berganda balik sakitnya. Sudahnya, katil je la tempatnya sehingga ke malam. Pagi esok baru pulih. Sendiri yang cari nahas, sendirilah tanggung! Huhu..

Monday, February 4, 2013

Family Play Space

Salah satu tempat yang 'wajib' pergi sewaktu musim sejuk. Sekurang-kurangnya sekali mesti bawa anak-anak bermain di Family Play Space ni setiap kali musim sejuk. Bagus juga ada tempat begini. Lepas tu boleh terus pergi window shopping :p. Family Play Space ni letaknya dalam bangunan Getaway Mall (sebelum ni dikenali sebagai Westfield Mall) di Lincoln ni.




Safiyyah yang gembira :).


Anak teruna ni dalam suasana bingit pun dia boleh lena. Mengantuk sangat akibat bangun awal di waktu pagi. Lama juga dia tidur :D.


Safiyyah paling suka main gelongsor ni.


Tempat ni dah makin cantik berbanding 2 tahun sudah. Tahun lepas rasanya baru tempat ni direnovasi. Lebih luas, lebih ceria, lebih menarik.


Dah puas main gelongsor, baru Safiyyah main benda lain.


Buat macam rumah sendiri pula dia.


Bangun juga akhirnya Shakir. Dia dapat main sekejap je la.


Lepas tu bawa anak-anak naik carousel ni pula. Ini pun dalam Mall juga. Pernah bawa Safiyyah naik sekali carousel...melalak-lalak dia. Entah apa yang ditakutkan sangat entahlah. Ni saje cuba nak tengok reaksinya kali ni.




Alhamdulillah, dah tak takut! Lepas ni boleh cuba bagi naik kuda betul pula ;).



Nota:
Mood berblog tak tahu dah terbang ke mana..huhu..

Friday, February 1, 2013

Salji di bulan Januari 2013

21 Januari 2013
Dengan tak disangka-sangka salji turun pagi tu. Dalam pukul 10.30 pagi tergerak hati tengok di luar, tengok-tengok salji turun. Halus je saljinya. Tak ada pula weather forecast mengatakan yang hari tu salji akan turun. Masa salji turun tu sekali lagi saya tengok weather forecast, tiada juga salji dilaporkan. Hanya dicatat sebagai cloudy sahaja. Sejam dua selepas tu barulah dicatat light snow di weather forecast. Kata suami, orang yang bekerja di weather forecast tidur agaknya..hihi..


Masa ni dah tengahari. Cuaca macam ni memang tak boleh nak beza sama ada pagi, tengahari atau petang.


Tak tebal pun saljinya. Esoknya cair dah.


29 Januari 2013
Sekali lagi salji turun. Saya sangkakan 21 Januari tu salji terakhir untuk musim sejuk kali ni. Ada lagi rupanya. Tak pasti pukul berapa salji turun. Yang pastinya, waktu malam :). Buat kali keduanya salji turun lebat bagi musim sejuk tahun 2012-2013. Tebal salji kali ni lebih kurang 3-4 inci.

Gambar-gambar di bawah diambil pada keesokan harinya...

Seluas-luasnya Shakir tarik blinds tu semata-mata nak tengok salji di luar ^_^.


Cantik pula saya tengok pokok yang diselaputi salji ni. Pokok ni depan bangunan Physicians for Women. Kebetulan hari tu saya ada temujanji untuk prenatal checkup.


Gambar tong sampah pun ambil..hihi..


Antara gambar yang sempat diambil dari dalam kereta dalam perjalanan pulang ke rumah selepas prenatal checkup...








Cukup suka tengok salji yang menebal atas picnic table ni. Seolah-olah macam kusyen :). 



Nota:

  1. Musim sejuk di Lincoln bagi tahun 2012-2013 memang betul-betul rasa seperti musim sejuk. Suhu negatif sahaja memanjang. Tak seperti tahun sebelumnya, musim sejuknya panas [Musim sejuk yang panas].
  2. Walaupun suhu negatif hampir setiap hari, hanya dua kali (setakat entri ni ditulis) sahaja salji turun lebat. Yang lain hanya light snow sahaja.



Sunday, January 20, 2013

Safiyyah's 4th birthday bash

Majlis yang serba sederhana dan ringkas untuk anakanda yang sulung sempena 4 tahun usianya :). Betul-betul ringkas kali ni. Jemputan tak ramai, juadah juga yang ringkas sahaja. Jadilah, janji dapat juga Safiyyah diraikan seperti 3 tahun sebelum ni :). Hari lahir Safiyyah 2 Januari tapi majlisnya hanya dapat dibuat pada 11 Januari; semester baru dah bermula pun masa tu.




Menu yang ringkas. Saya hanya masak bihun goreng dan lasagna sahaja. Yang lain tu dibuat oleh orang lain. Makaroni bakar daripada Kismi, burek/borek (makanan Turki) daripada Husna dan roti jala daripada Elfha. Elfha macam tahu-tahu je saya teringin makan roti jala ^_^. Terfikir juga nak buat roti jala untuk majlis Safiyyah ni tapi difikir-fikir balik, tak jadi. Tak larat nak berdiri lama-lama 'menjala' di dapur. Dapat tahu Elfha nak buat roti jala, gembira rasa hati ^_^.


Birthday girl.


Dua jenis kek lagi yang dicuba kali ni. Caramel praline cheesecake (kanan) dan Coconut-filled nut torte (kiri). Suami saya sukakan kedua-dua kek ni! Dua-dua sedap katanya, alhamdulillah :). Resipi insyaAllah saya kongsikan dalam entri lain :)


Sesi potong kek.


Mereka yang juga diraikan. Raihan (tengah potong kek) dan Alif Roslan (berdiri di kiri) yang sudah pun menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tahniah Raihan! Tahniah Alif! Di saat ni Raihan dah pun selamat berada di Malaysia. Alif pula insyaAllah akan pulang ke tanahair sebelum hujung bulan ni.