Pages

Sunday, January 20, 2013

Safiyyah's 4th birthday bash

Majlis yang serba sederhana dan ringkas untuk anakanda yang sulung sempena 4 tahun usianya :). Betul-betul ringkas kali ni. Jemputan tak ramai, juadah juga yang ringkas sahaja. Jadilah, janji dapat juga Safiyyah diraikan seperti 3 tahun sebelum ni :). Hari lahir Safiyyah 2 Januari tapi majlisnya hanya dapat dibuat pada 11 Januari; semester baru dah bermula pun masa tu.




Menu yang ringkas. Saya hanya masak bihun goreng dan lasagna sahaja. Yang lain tu dibuat oleh orang lain. Makaroni bakar daripada Kismi, burek/borek (makanan Turki) daripada Husna dan roti jala daripada Elfha. Elfha macam tahu-tahu je saya teringin makan roti jala ^_^. Terfikir juga nak buat roti jala untuk majlis Safiyyah ni tapi difikir-fikir balik, tak jadi. Tak larat nak berdiri lama-lama 'menjala' di dapur. Dapat tahu Elfha nak buat roti jala, gembira rasa hati ^_^.


Birthday girl.


Dua jenis kek lagi yang dicuba kali ni. Caramel praline cheesecake (kanan) dan Coconut-filled nut torte (kiri). Suami saya sukakan kedua-dua kek ni! Dua-dua sedap katanya, alhamdulillah :). Resipi insyaAllah saya kongsikan dalam entri lain :)


Sesi potong kek.


Mereka yang juga diraikan. Raihan (tengah potong kek) dan Alif Roslan (berdiri di kiri) yang sudah pun menamatkan pengajian dalam bidang masing-masing. Tahniah Raihan! Tahniah Alif! Di saat ni Raihan dah pun selamat berada di Malaysia. Alif pula insyaAllah akan pulang ke tanahair sebelum hujung bulan ni.






12 comments:

nad said...

Seronok safiyyan diraikan =)

Saya mati-mati igt alif tu org jepun, hehe

bunga_rose said...

happy belated birthday Safiyyah, moga jadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat. aminn..

athirahariffin said...

rajinnya akak masak. terliur je org kat malaysia ni hehe.

happy birthday safiyyah comel. moga jadi anak solehah ye sayang :)

Anonymous said...

baru nampak muka nadiah (dan perut yer juge)..hihi..

aLyNnZ said...

majlis yang ringkas tapi penuh makna..seronok tgk family nadiah yang semakin berkembang..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedap akak tengok kek tu Nadiah.. cepat2 lah bagi resepi ye...

Tahniah utk semua yg diraikan :D

Affieza said...

Wow...merahnya birthday girl...hihi

lady lavender said...

Hepi besday safiyyah comeyy!!
Dlm pada tak larat tu sempat jgk nadiah buat 2 bijik kek :)

nurbijen said...

jangan lupa up kan resepi kek tu... nampak cantik dan semestinya sedap :)

Siti Asiah said...

Hepy belated besday Safiyyah...;)

Unknown said...

wah,rajin ummi buat kek..bestnya:)

Ummi Salsabila said...

Kek birthday ummi buat lagi! Akak mmg selalu rajin! ;)