Pages

Monday, January 7, 2013

Ketiga: Pemeriksaan prenatal bagi trimester kedua

Catatan pemeriksaan prenatal bagi trimester kedua:


21 September 2012
Prenatal check up kali kedua. Usia kandungan 14 minggu. Berat = 98.4 lbs (44.6 kg). Kali ni midwife Nancy Peterson yang in-charged. Selepas pemeriksaan fizikal dilakukan, Nancy terus buat ujian pap smear. Aduh, tak bersedia rasanya sebab saya tak dimaklumkan terlebih dahulu yang ujian pap smear akan dilakukan. Memanglah tak sakit tapi emosi perlukan persediaan juga...huhu.



Selesai check up, terus bergegas ke bangunan lain yang menempatkan bahagian Lab and Radiology untuk diambil sampel darah dan urine. Di Heart and Hands Womancare tiada makmal sendiri. Jadinya, terpaksalah ke makmal khas. Leceh sikitlah.




25 September 2012
Temujanji pertama dengan Dr. Sean Kenney; Maternal-Fetal Medicine Specialist di Saint Elizabeth Regional Medical Center (nota: saya dirujuk jumpa pakar disebabkan saya pembawa talassemia). Ultrasound pertama dibuat bagi kehamilan kali ni. Hasil scan, alhamdulillah semuanya ok. Berat baby masa ni 5 oz (141.7 g).

Dalam bilik ultrasound ni ada TV. Nak bagi budak-budak ralit daripada mengusik macam-macam benda dalam bilik tu dan tak mengganggu sewaktu ultrasound dijalankan, dipasanglah rancangan kartun ^_^.



19 Oktober 2012
Check up kali ketiga, usia kandungan masuk 18 minggu. Berat = 99.6 lbs (45.2 kg). Check up kali ni sehingga check up kelima, Jearlyn yang in-charged. Ini merupakan kali terakhir buat prenatal check up di Heart and Hands Womancare.




19 November 2012
Bermulanya check up di tempat baru. Masih midwife yang sama cuma bangunan berbeza. Namanya pun bukan lagi Heart and Hands Womancare. Dah jadi Physicians for Women. Bukan midwife sahaja yang ditempatkan di sini. OB/GYN dan semua pakar yang melibatkan hal kesihatan wanita duduk di bawah bumbung yang sama. Senang, semuanya di satu tempat. Tempat baru ni lebih besar, selesa serta ada makmal sendiri. Dah tak perlu ke Lab and Radiology lagi.



Masa ni usia kandungan 22 minggu. Di tempat baru ni kena tinggalkan sampel urine sebelum bertemu dengan midwife. Sepatutnya memang macam tu cuma sewaktu di Heart and Hands Womancare tu sahaja yang berbeza disebabkan ketiadaan makmal sendiri. Berat kali ni = 105.6 lbs (47.9 kg) Naik hampir 3 kg dalam masa sebulan! >_<

Sebelum balik, saya dibekalkan dengan minuman berperisa fruit punch ini. Bukan sebarang minuman. Ianya air gula untuk glucose-screening test ;). Diminta minum setengah jam sebelum datang check up seterusnya (lagi sebulan). Saya rasa kalau air gula di Malaysia diberi bawa balik, alamatnya ibu-ibu mengandung tak minumlah gamaknya :p.



20 November 2012
Bertemu Dr. Kenney buat kali yang kedua. Juga di tempat baru. Dr. Kenney telah berpindah ke Bryan Medical Center pula. Pertama kali menjejak kaki di Bryan Medical Center. Lebih cantik berbanding Saint Elizabeth Regional Medical Center sampaikan terasa nak bersalin di situ :p. Alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik dan berat baby pun dah cecah 1 lbs 4 oz (567 g).

Menunggu giliran sambil menemani anak-anak di play area.


Sebelum sonographer masuk, sempat ambil gambar dalam bilik ultrasound ^_^. Bilik ultrasound di sini lebih besar berbanding di hospital satu lagi.


17 Disember 2012
Prenatal visit yang terakhir untuk trimester kedua. Usia kandungan 26 minggu. Sebelum keluar rumah, minum air gula yang diberi sebulan lepas. Berat badan masa ni = 110.4 lbs (50 kg). Dua kali hamil sebelum ni, lebih kurang itulah berat akhir saya sebelum bersalin tapi ni kandungan baru 6 bulan! Huhu. Selesai check up, saya dipanggil ke makmal untuk diambil sampel darah bagi glucose-screening test.




Berakhirnya trimester kedua, berakhir jugalah check up sebulan sekali dan bermulalah check up 2 minggu sekali :).



Nota:

  1. Bagi kehamilan ketiga ni, saya mula merasakan pergerakan baby ketika usia kandungan 15 minggu.
  2. Mudah bawa anak-anak sekali sewaktu check up di sini...anak-anak tak mengamuk kebosanan...ada buku dan mainan yang disediakan untuk budak-budak termasuk di Lab and Radiology tu. Malah di beberapa tempat disediakan ruang khas (play area) untuk kanak-kanak. Dalam bilik pemeriksaan pun turut disediakan buku atau mainan kecuali dalam bilik ultrasound :).



11 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Leka budak2 tu main jadi tak lah mengganggu kita kan...

Semoga segala urusan dipermudahkan. Ameen :D

UMMI YL said...

Assallamualaikum nadiah..

wah, comfynya kat sana..kalau kat sini cenggitu, seronok je nak tunggu lama2 wat checkup baby..

alhamdulillah sor far macam semuanya sihat je kan..:)

kakyongnida said...

lamanya tak singgah sini. tak sangka safiyyah n shakir nak dapat adik =)
tahniah !

Nieyla Nadia said...

cantik...leka bebudak tu main...:)

aLyNnZ said...

best sbb setiap sesi checkup nadiah ada note..semua akan jd kenangan kan..semoga nadiah n baby sihat yer..

alia azri said...

akak, besnye check-up tak de org! klu klinik kat sini confirm ramai n kena tunggu lama...kenapa kat m'sia ni tak bleh mcm kat us?

nurbijen said...

ringannya berat mama, baru 50 kg even pregnant :)
best nyer merasa pengalaman mengandung tempat orang, teringin juga nak pregnant tapi kena tahan dulu sbb dah janji dgn penyelia

Unknown said...

selesa nampaknya nak buat check up kan..kat sini kalu nak selesa kena pergi swasta la,klu gov mmg susah la sikit..
diharap semuanya akan berjalan lancar

Myra Jay said...

Lama tak singgah sini..

Tumpang happy dengaq akak pregnant..

Tahniah ye :D

Izan Ishak said...

suka k.izan tgk anak2 nadiah... leka betul dpt main kat play area tu kan. dorg pun takdelah bosan menunggu kan.

nadiah sama cam k.izan... pregnant yg last aritu (kalau takde lagilah) berat mmg naik beberapa kg lebih dari yg sblm2nya... masih gigih nak turunkan bbrapa kg lagi nih... huhu...

Mama Marcello said...

salam.
lama saya tak jengok blog akk..tup2 dapat th brite gumbira...hehe pegnen anak ke3 ye kak...hehe hepy saya...eh,..sy plk yang over kan kihkih...(^_^)

Tahniah untuk akk sekeluarga