Pages

Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Raihannah kesedihan



Raihannah sedih sebab ummi tak siap-siapkan lagi entri kelahiran Raihannah ye...?

Yalah, yalah...nanti ummi siapkan ye...

:p


Nota:

  1. Setiap kali tengok video ni mesti tergelak :p. Comel sangat tengok mimik muka Raihannah yang tengah sedih. Nampak bersungguh dia nak cerita kenapa dia tengah sedih ^_^.
  2. Budak-budak buat mimik muka macam mana pun, nampak comel je. Mencebik pun nampak comel ^_^.
  3. Raihannah dah 2 bulan tapi entri kelahirannya tak siap-siap lagi. Kurang rajin nak menaip dan mengarang panjang-panjang sekarang ni...huhu..



Thursday, May 9, 2013

Made by Malaysian



We are Malaysian.
Say no to racism ^_^.


Nota:

  1. Video lama Mat Luthfi tapi sangat kena dengan situasi sekarang ni. Hentikan sentimen perkauman ye :).
  2. Alhamdulillah PRU-13 dah pun berakhir dan keputusannya pun dah diketahui umum. Harapan saya, dengan berakhirnya PRU-13, berakhir jugalah politik lucah sampai bila-bila. Ianya sangat menjengkelkan :(.



Tuesday, April 30, 2013

Nak undi siapa ye?

Hari pengundian bakal menjelang beberapa hari sahaja lagi. Kalau yang di perantauan, dah pun selamat melalui proses pengundian (undi pos) pada 28 April lepas. Saya dan suami terlepas peluang untuk mengundi kali ni. Nak undi pos kena pergi ke pejabat Kedutaan Malaysia di Washington D.C. sana nun. Jauh...huhu. Tambahan pula sekarang ni pula minggu exam di sini. Alahai...rugi benar rasanya tak dapat mengundi kali ni. Kena tunggu pilihanraya umum akan datanglah jawabnya.

Buat para pengundi yang masih belum ada keputusan calon mana yang harus dipangkah pada 5 Mei ini, saksikan video di bawah. Tips ringkas daripada Mat Luthfi dalam memilih pemimpin. Selamat mengundi! :)





Nota:
Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja di Malaysia! Err...Hari Surirumah tak ada ke? :p


Sunday, April 28, 2013

Gwiyomilah pula...

Macam-macam zaman sekarang ni ye. Lepas satu trend, trend lain pula yang muncul. Pastinya akan ada yang meniru dan mengikutinya. Sebelum ni heboh dengan Gangnam Style. Belum pun reda, timbul pula Harlem Shake. Yang terbaru ni Gwiyomi pula. Dengan adanya butang 'share', mudah sahaja benda-benda macam ni disebarkan.

Setakat ni saya belum lagi tengok ketiga-tiga video berkenaan. Tak tergerak pula tangan ni nak klik butang play. Tahu pun sebab ramai yang share di Facebook wall masing-masing. Viral kata orang. Daripada saya teringat-ingat selepas menontonnya, ada baiknya saya tak tengok langsung.

Oh, tapi saya tengok satu video Gwiyomi! Versi Mr.Bie. Jauh lebih bermanfaat. Selamat menonton ;).



Kpop datang, telan Kpop.
Gangam Style datang, telan Gangnam Style pula.
Harlem shake datang, telan harlem shake pula.
Gwiyomi datang, telan Gwiyomi pula.

Aduhai, kasihan ummat ini.

Apa saja yang tersebar sekarang semuanya nak cepat tiru. Pendirian kita tidak dibina atas prinsip kebenaran, tetapi dibina atas ikut-ikutan terhadap arus.

Kalau arus baik, tak ada masalah.
Tetapi kalau arus tak baik, ikut jadi tak baik juga, kan masalah tu.

Kita ni ada masalah kekeliruan identiti barangkali.
Apa saja datang daripada orang, kita nak tiru dan buat.

Comelkah kalau perempuan-perempuan bertudung membuat gaya-gaya 'comel' di depan kamera untuk ditonton oleh ramai orang termasuk lelaki?

Kadangkala orang tak boleh beza antara 'comel' dengan 'gedik'.

Sigh.

(Afdholul Rahman CA)



Wednesday, January 16, 2013

Wednesday, December 12, 2012

Penangan nak dapat adik

Mencabar sungguh melayan anak teruna yang seorang ni. Ada sahaja perkara yang menguji tahap kesabaran. Boleh dikatakan hampir setiap hari akan ada babak-babak drama yang membuatkan darah ummi mendidih. Memang boleh hilang sabar dibuatnya. Hebat betul penangannya nak dapat adik. Sangatlah berbeza sewaktu Safiyyah nak dapat adik dulu. Manja sangat agaknya :p.

Bab cemburu usah ceritalah. Bukan setakat dengan Kak longnya, dengan papanya pun cemburu. Tak boleh tengok papa duduk dekat-dekat dengan ummi. Terus datang menyelit dan tolak-tolak papa dia :p. Papanya pula kuat menyakat...sengaja tak berganjak. Apa lagi...melalaklah anak teruna tu. Sekarang kuranglah sikit cemburu dengan papanya. Dengan Kak longnya yang masih banyak cemburunya. Kesian juga Safiyyah sebab asyik disuruh mengalah dengan Shakir.

Awal-awal dulu memang selalu stress dengan ragam Shakir. Geram. Selalu jugalah dia kena marah tapi lepas tu lagilah bertambah protesnya. Lagilah saya bertambah stress. Ada sekali tu sampai dah tak larat dah nak melayan tantrum Shakir. Pujuk macam-macam cara tapi tak jalan. Sudahnya saya biar je dia melalak meraung. Tak lama lepas tu terus senyap dan behave macam biasa. Barulah saya tahu cara nak handle tantrum Shakir. Silent treatment is the best ^_^.

Lepas tu barulah rasa lega. Dah semakin tenang sewaktu Shakir 'buat perangai'. Dilayan dan dipujuk dengan baik tak jalan...satu sahaja caranya. Buat tak peduli je dengan tingkahnya. Lama-lama dia ok sendiri. Nak cari perhatian je yang sebenar-benarnya.



Salah satu 'drama' Shakir. Beria-ia ajak turun ke basement Dahlah pakai sandal papa dia ^_^. Kalau ada benda menarik di basement tu tak apa jugalah. Tak dilayan, melalak-lalak tapi menangis betulnya sekejap je (menangis betul sebelum mula rakam). Lepas tu buat-buat menangis dan 'menangisnya' bersambung-sambung (dah berhenti menangis boleh pula sambung menangis :p). 
'Drama' yang ni tak adalah rasa stress. Rasa kelakar adalah..hihi.



Nota:
Fikir-fikir balik...teringat pula yang Shakir hampir 2 tahun usianya. Mungkinkah dalam masa yang sama, dia sedang berada dalam fasa terrible twos?


Thursday, November 22, 2012

Akhirnya..."No!"

Al-kisah anak teruna ni di rumah minggu lepas...

Punyalah tak nak melayan ummi. Macam-macam isyarat dia buat yang dia malas nak layan ummi tapi ummi ni tak faham-faham juga.

Akhirnya...

"No!" Keluar juga perkataan ni dari mulunya.

Hihi. Sabar je la.

Mana taknya, ummi asyik suruh sebut perkataan-perkataan yang sama berulang kali sampai dia pun malas nak layan :p.



Sebelum tu elok je dia melayan tapi terlupa nak rakam. Bila mula rakam, dia pun dah penat dan malas layan ummi ^_^.


Wednesday, September 26, 2012

Hukum berkaitan kanak-kanak

Ilmu yang sangat penting untuk ibubapa khususnya.




Perkara-perkara yang dihuraikan melibatkan:


  1. Air liur / Muntah.
  2. Air Kencing.
  3. Khitan.
  4. Menyentuh Anak Kecil Dalam Solat.
  5. Saf Kanak-kanak dalam Solat.



Wednesday, July 18, 2012

Biggest event: Are you going to win?


InsyaAllah, Ramadhan bakal tiba dalam sehari dua sahaja lagi. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan! Selamat datang wahai Ramadhan! Sama-sama kita berusaha untuk menjadikan Ramadhan kali ini Ramadhan terbaik buat kita. Jadikan bulan Ramadhan sebagai pesta ibadah, bukan pesta makanan :). Selamat melangkah ke madrasah Ramadhan semua!




...Are you going to WIN?



Nota:
  1. InsyaAllah kami di sini akan mula berpuasa pada hari Jumaat. Doakan kami tabah harungi puasa selama lebih kurang 16 jam setiap hari.
  2. Maafkan saya andai ada di antara coretan saya di blog ini mengguris hati sesiapa. Mohon maaf juga atas segala kekhilafan diri. Salam Ramadhan 1433 H daripada kami sekeluarga :).

Sunday, July 1, 2012

Ada apa dengan 1 Julai?






Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini


Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr. Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia, Micheal Jackson, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberi keterangan ke atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.


[sumber]


Nota: Kisah yang sangat menyayat hati :'(. InsyaAllah, syurga Allah buatnya..

Sunday, May 13, 2012

Hari Ibu 2012

Sempena Hari Ibu 2012, saya dedikasikan lagu ni buat semua yang bergelar ibu/mak/mama/ummi. Ini lagu kegemaran saya buat masa ni. Harap kalian pun suka :)




Video ni buat saya insaf dan memuhasabah diri kembali. Jadi ibu memang kena banyak bersabar dengan ragam dan karenah anak-anak, kan? Adakalanya rasa geram sangat dengan anak-anak. Rasa nak gigit-gigit je :p. Waktu sweet memang la tersangat sweet. Tapi....waktu buat perangai....boleh mendidih darah dibuatnya :p.

Lepas tengok video ni, saya terfikir macam mana la ragam saya masa kecil dulu. Mesti banyak menguji kesabaran mak. Mungkin juga banyak buat mak menangis. Huhu. Sekarang ni saya dah jadi seorang ummi, tahulah saya betapa perlunya saya mendidik diri menjadi seorang yang betul-betul penyabar. Bukan senang. Dah la bersama dengan anak-anak 24 jam. Lagi la kena banyak bersabar :p.

Tak apa. Bersabarlah sedikit masa lagi sementara mereka masih kecil lagi ni. Nanti la mereka dah ada anak sendiri....haaa baru tahu macam mana kita rasa dalam menghadapi karenah mereka ketika kecil sebagaimana yang kita rasa sekarang. ^_^.

Selamat Hari Ibu semua! :)



Nota 1: Setiap kali tengok video ni, tak sah kalau air mata tak mengalir :p

Nota 2: Hari Ibu ada, Hari Bapa pun ada. Hari Atuk dan Hari Nenek tak ada ke? :p


Monday, April 16, 2012

Demonstrasi teh tarik oleh Safiyyah

Anda tahu macam mana nak menghasilkan teh tarik? Jom saksikan demonstrasinya ;)


Penuh konsentrasi


Video ni dirakam sewaktu majlis Malaysian Night hujung bulan lepas. Oppss..saya memang belum tulis lagi entri Malaysian Night. Kalau rajin, ada la nanti entrinya. Kalau tak, takde la :p. Masa ni dah kemuncak majlis. Sebelum majlis berakhir, semua hadirin diberi teh tarik. Teh tariknya dah nampak macam teh biasa je..dah tak ada buih-buih tu. Makanya, Safiyyah atas inisiatif sendiri, tarik semula teh tu agar ia nampak seperti teh tarik yang sebenar ^_^


Itu antara aktiviti kesukaan Safiyyah di rumah. Tak ada siapa pun yang ajar dia. Mulanya dia belajar tuang air dalam cawan. Lepas tu, dipindahkan air dari satu cawan ke satu cawan yang lain. Dah mahir, baru dia belajar pegang kedua-dua cawan dan buat macam ala-ala nak buat teh tarik. Safiyyah cermat orangnya. Tak tumpah pun air tu tapi kalau Shakir nampak..habis la ditarik cawan atau tangan Kak Longnya. Daripada tak tumpah, jadi tumpah :p.

Isrimewanya di rumah, bukannya Safiyyah buat teh tarik tapi air kosong tarik ^_^


Tuesday, March 6, 2012

Tertidur atas buaian lagi

Termasuk petang tadi, dah 2 kali Shakir tertidur atas buaian ^_^. Kali pertama ada saya ceritakan di entri Musim sejuk yang panas. Kedua-duanya atas buaian yang sama. Buaian tu 'berhantu' agaknya :p


Betul-betul lena masa ni. Saya panggil namanya pun dia tak sedar. Cuit tangan dan pipinya pun Shakir tak sedar ^_^





Aktiviti-aktiviti Shakir sebelum terlena atas buaian:

Cabut rumput, masuk dalam mulut -_-"


Perhati Kak Long yang tengah meneliti rumput


Main di tepi kereta



Berjalan-jalan di sekitar kawasan tempat letak kereta


Naik buaian sekejap


Turun dari buaian main 'kuda' ni pula


Memasak ^_^


Kak Long pun tolong memasak juga ^_^


Sementara Kak Long main gelongsor...



...Shakir belajar mengenali batu. Caranya: kutip satu batu, masuk dalam mulut. Ummi tak bagi, ambil pula batu lain...masuk dalam mulut lagi. Prosesnya diulang tanpa jemu :p



Sudahnya ummi letak semula Shakir atas buaian. Senang hati ummi :p. Tak lama lepas tu la Shakir mula tersengguk-sengguk dan terlena beberapa saat kemudian ^_^


Monday, February 27, 2012

2 video yang menusuk jiwa

Video pertama: Insan yang tak punya tangan dan kaki



Berlinang air mata saya tengok video ni. Malu rasanya dengan diri sendiri. Berbeza sungguh dengan insan yang tak punya tangan dan kaki dalam video tersebut :(. Walaupun anggota fizikalnya tak lengkap, fikiran dan hatinya sangat positif. Sentiasa tersenyum. Tak kisah langsung dengan 'kekurangan' diri sendiri. Malah, dia boleh melakukan banyak aktiviti tanpa tangan dan kaki! Allahuakbar!

"Be thankful". MasyaAllah...rasa terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut insan tersebut. Dia mengingatkan orang lain bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan dirinya sendiri tak punya kaki dan tangan. Allah, malunya rasa. Kita yang dilahirkan sempurna terlalu banyak keluh-kesah. Terlalu banyak mengeluh. Sentiasa memikirkan benda yang tak dimiliki padahal nikmat yang Allah kurniakan buat kita terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga tak mampu kita menghitungnya. Mudah-mudahan selepas ini kita jadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya.


Video kedua: Rakyat Syria bersumpah untuk syahid



Berderai juga air mata saya menonton video ni. Kagumnya dengan semangat juang mereka menentang kezaliman regim Basyar al-Assad. Betapa dambanya mereka terhadap syahid. Betapa kuatnya pergantungan mereka terhadap Allah. Terfikir sejenak...sejauh mana dan seutuh mana pergantungan saya terhadap Allah? Adakah pergantungan terhadap manusia melebihi pergantungan terhahap Allah? Siapa yang saya cari dahulu ketika ditimpa masalah? Manusia lainnya atau Allah? Allahurabbi. Semoga Allah mengampunkan saya atas kelalaian dan kedhaifan diri sendiri..ameen.

Marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Syria yang berjuang menegakkan keadilan dengan menumbangkan regim Basyar al-Assad. Sekalipun tidak beroleh syahid, mudah-mudahan Allah nilai ia sebagai usaha tak seberapa kita dalam membantu mereka di sana...


Thursday, February 23, 2012

Shakir gelak besar




Ni la aktiviti 2 beradik malam tadi. Yang sulung cuba nak pecahkan plastik tu, adiknya pula jadi tukang gelak. Hihi. Entah apa la yang menggelikan hati Shakir sampai gelak besar dia tengok Kak Long dia pijak plastik tu. Tak pasal-pasal ummi pun tergelak sama ^_^


Monday, December 12, 2011

Short Film - Tomato




Saya suka video ni! Pertamanya, mesejnya yang bagus. Keduanya, ada bahagian dalam cerita ni membuatkan saya mengimbau beberapa kenangan manis saya bersama sahabat-sahabat saya di alam kampus dahulu.

Saya tak nak ulas jalan ceritanya. Kalian boleh tengok sendiri dan fahami sendiri mesej yang ingin disampaikan. Cukup saya katakan, perkara sebegitu kerap kali terjadi terutama dalam kalangan keluarga sendiri. Saya juga tidak terkecuali melakukan kesilapan yang sama. Kena lebih banyak muhasabah diri.

Saya tertarik dengan bab makan dalam talam/dulang dalam cerita tu. Benar-benar menggamit memori. Seingat saya, saya mula 'diperkenalkan' makan dalam talam ketika saya di alam sekolah menengah. Kurang ingat pula saya sama ada di tingkatan 3 atau tingkatan 4. Waktu itu saya mengikuti kursus motivasi. Lupa pula saya siapa penganjurnya.

Dalam program tu, setiap kali waktu makan, memang kami akan makan dalam talam. Satu talam berkongsi 5-6 orang. Mulanya terasa geli. Al-maklumlah, itulah kali pertama makan dalam talam beramai-ramai. Tapi lama-lama seronok pula ^_^. Talam licin. Tiada pembaziran.

Itulah kali pertama dan itu juga kali terakhir saya makan dalam talam sehinggalah saya menjejakkan kaki ke alam kampus. Seingat saya, kali pertama saya makan dalam talam di kampus adalah di masjid dalam bulan Ramadhan. Selepas tu dah tak terkira dah berapa kali saya makan dalam talam secara berjemaah ^_^. Anehnya, walaupun makanan dalam talam sikit, ia cukup untuk membuatkan semua orang kenyang. Mungkin ada keberkatan di situ.

Di penghujung cerita ada satu perkara yang membuatkan saya rindukan sesuatu. Rindu makan bersuap dengan sahabat-sahabat saya. Dah jadi lumrah bagi kami makan bersuap setiap kali makan dalam talam. Mula-mula belajar makan bersuap pun saya geli juga..hihi. Saya kira itu perasaan biasa yang semua orang alami ketika baru belajar makan bersuap sesama sahabat/kawan (sejantina ye!).

Rasanya makan bersuap hanya lumrah bagi sesama wanita tapi janggal bagi sesama lelaki macam video tu. Biasa la, wanita kan kaya dengan emosi dan perasaan ;). Lelaki sifatnya lain. Tu pun dalam video tu suap guna sudu je. Kalau disuap kawannya dengan tangan, saya cukup yakin 'pelakon' tu geli nak buat..hihi..



Nota 1: Saya menaruh harapan tinggi agar cerita sebegini diterbitkan dan ditayang di kaca TV suatu hari nanti

Nota 2: Sekalung tahniah buat semua yang menjayakan video ni. Semoga Allah memberkati usaha mereka

Nota 3: Video ni bukan sahaja berjaya mengganit memori tapi juga membuatkan air mata saya menitis :p



Tuesday, December 6, 2011

Salji pertama bagi tahun 2011-2012

Pejam celik pejam celik dah pun masuk 11 Muharam 1433 H. Saya kira masih belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah buat semua. Terlupa nak ucap dalam entry sebelum ni. Sedikit masa lagi berganjak pula kita ke tahun baru Masihi.

Alhamdulillah buat tahun yang ketiganya diizin Allah untuk merasa salji di bumi US ni. Hari demi hari menanti turunnya salji dan akhirnya turun juga pada 3 Disember yang lalu. Teruja! Bagaikan pertama kali melihat salji turun. Sungguh indah! Subhanallah.


15 minit pertama turunnya salji


Kawasan depan rumah


Salji dah mula banyak


Permukaan meja dan bangku dah jadi putih








Masa ni lebih kurang jam 4 petang. Salji masih turun tapi dah sabar nak keluar bergambar dan main salji (ummi yang tak sabar :p)


Kali pertama Shakir mengenal salji


Shakir dan Mr.Snowman


Si puteri salju yang tak mengenal erti beku. Ummi dan papa dah tahan sejuk...dia masih tak nak masuk rumah





Snowflakes yang dah 'pecah'. Ni je gambar terbaik yang dapat saya ambil menggunakan kamera kompak


Gambar ni dan gambar-gambar seterusnya saya ambil keesokan paginya. Pertama kali bersemangat keluar rumah pagi-pagi dalam musim sejuk ^_^


Sebahagian salji di ranting mula cair


Salji di dahan pokok








Nota: Main salji memang seronok. Kesejukannya yang buat tak tahan. Suhu di saat entry ni dibuat adalah -13'C. Boleh beku dibuatnya kalau berlama-lama di luar



Tuesday, November 29, 2011

Tertidur ketika makan

Tarikh kejadian: 27 November 2011

Waktu saya suapkan Shakir makan masa tu lebih kurang sama je dengan hari-hari sebelumnya. Entah kenapa Shakir nampak mengantuk masa tu. Matanya digosok tanda mengantuk tapi saya terus je menyuap. Dalam pada tu la dia tertidur. Makanan pun masih ada dalam mulut. Cepat-cepat saya ambil kamera! Hihi..

Mula-mula tertunduk begini. Kemudian kejap-kejap tersengguk


Tak lama lepas tu...begini pula ^_^


Gambar ni diambil dari sisi atas. Kepala mendongak macam ni pun masih tetap lena. Hihi. Mengantuk sangat la tu


Sempat juga saya rakam. Hihi. Shakir besar nanti insyaAllah boleh tunjuk pada dia. Kalau cakap je mesti dia tak percaya :D


Tak pelik sangat Shakir tertidur masa makan sebab....




Kak Long dia macam tu juga dulu! ^_^

Ni Safiyyah di usia 9 bulan. Tertidur masa tengah makan biskut. Hihi..


Shakir menurun Kak Long dia la :D. Agak-agaknya 2 beradik ni menurun perangai siapa ye? Papa diorang kot! Ummi kata papa, papa kata ummi :p. Jangan-jangan ummi dan papa macam tu. Hihi..




Tuesday, October 25, 2011

Shakir berkelah di belakang rumah

Aktiviti Shakir petang tadi :). Selalu saya buat entry cerita-cerita yang dah basi. Kali ni tulis cerita baru pula. Bak kata omputih...fresh from the oven...sebelum sambung balik cerita-cerita basi. Hihi..





Mula nak meneroka ;)


Apa benda la hijau-hijau ni ye? Itu la agaknya yang Shakir fikirkan sampai berkerut keningnya


Cuba rasa rumput :p


Keletihan :)
Beberapa kali letak Shakir atas kain merah tu tapi nak ke rumput juga dia. Sudahnya biarkan je dia meneroka


 
Shakir meneroka dan mengenali rumput :)


Sambil-sambil tu ambil gambar-gambar pokok dari sekitar laman belakang


Cantik! Subhanallah. Maha Suci Allah





Masa untuk makan! Ummi baru nak bagi makan...patut la duk makan rumput tadi :p





Nota: Masa ni Safiyyah tengah tidur dalam rumah...tak dapat la dia nak berkelah sekali :)


Sunday, September 25, 2011

Video raya Lincoln

Aidilfitri tahun ni meriah sangat berbanding 2 tahun sebelum ni! Alhamdulillah. Video raya pun ada tau ;). Atas inisiatif Syafiq, terhasillah video raya untuk tahun 2011...



Saya tak berucap pun dalam video ni...saya segan..


Saya hanya tengok sekali je video ni...tak boleh nak tengok untuk kedua kalinya. Sebak! *Air mata dah mengalir pun masa tengok video ni...huhu*. Entah apa sebabnya pun saya tak tahu. Yang pastinya bukan kerana lagu. Ada sesuatu yang buatkan hati terasa pilu dan sebak. Sesuatu yang saya sendiri tak dapat rungkaikan.......


Nota: Berterima kasih pada Syafiq atas penghasilan video raya 2011

Nota 2: Ada sesiapa kenal wajah-wajah dalam video tu? :)