Pages

Showing posts with label media. Show all posts
Showing posts with label media. Show all posts

Sunday, July 1, 2012

Ada apa dengan 1 Julai?






Memperingati As Syahidah Dr Marwah Al Syarbini


Dunia dikejutkan dengan pembunuhan kejam pada 1 Julai 2009 terhadap Dr. Marwah as-Syarbini kerana tudungnya. Tidak banyak liputan TV mengenai Marwah as-Syarbini, seorang ibu yang mempunyai seorang anak, sedang mengandung tiga bulan, mati akibat ditikam 18 kali oleh seorang pemuda Jerman keturunan Rusia yang anti islam dan anti muslim. Tidak ramai pula di kalangan orang islam sendiri sedar tentang tragedi kejam ini. Yang mereka lebih tahu ialah kematian raja pop. Itu pun kerana media, terutama TV melampau-lampau liputannya. Berhari-hari bahkan berminggu-minggu masih belum reda isunya.

Ribuan penduduk Mesir menghantar jenazah Marwah ke tempat pengebumiaanya. Beliau tidak sepopular artis tersohor dunia, Micheal Jackson, tetapi pastinya beliau tersohor di kalangan penduduk langit kerana mempertahankan harga diri, maruah dan agamanya melalui tudungnya.

Marwah ditikam di ruang mahkamah kota Dresden, Jerman sebelum memberi keterangan ke atas kesnya. Ia mengadu tentang seorang pemuda Jerman Alex W yang kerap menyebutnya "terroris" hanya disebabkan beliau berjilbab. Dalam suatu kesempatan, pemuda itu bahkan pernah menyerang Marwah dan berusaha melepaskan jilbab Muslimah berasal dari Mesir itu. Di saat berada di mahkamah itulah, Alex kembali menyerang Marwah, kali ini ia menikam Marwah berkali-kali. Suami Marwah yang berusaha melindungi isterinya, terkena tembakan pihak berkuasa yang berdalih tidak sengaja menembah suami Marwah yang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital Dresden.

Dalam sejarah Islam, seorang wanita Islam cuba dicabul kehormatan dan maruah dirinya oleh seorang Yahudi. Lantas pemuda islam tangkas membantu hingga menyebabkan pergaduhan antara Yahudi dan orang Islam. Di zaman khalifah Mu'tasim, seorang wanita meminta tolong dengan berkata "waa Mu'tasimah". Mu'tasim yang berada jauh darinya, apabila mendapat berita tersebut terus menghantar bantuan untuknya.

Umat islam kini, apa yang dibuatnya? Media dunia umat Islam sendiri hanya pentingkan berita pengebumian raja pop Micheal Jackson sendiri. Tiada liputan besar-besaran untuk Marwah melainkan media Islam khususnya di internet.

Untuk memperingati peristiwa ini, hari jilbab sedunia dicadangkan bagi mengenangkan Marwah as-syarbini.


[sumber]


Nota: Kisah yang sangat menyayat hati :'(. InsyaAllah, syurga Allah buatnya..

Thursday, May 3, 2012

Akhbar yang memualkan

Seminggu blog ni sepi. Bukan sibuk. Bukan juga tiada idea. Saya juga tak ke mana-mana pun selama seminggu ni. Cumanya, dada saya terasa sesak. Sesak bukan dalam erti kata yang sebenar. Mengikuti isu semasa tanahair menjadikan saya 'kelemasan' sehinggalah yang terkini, perihal akhbar yang menjelikkan. Rasanya ramai yang dah sedia maklum akhbar mana yang dimaksudkan dan pasti juga ramai terkejut melihat muka hadapan akhbar berkenaan.

Saya juga turut terkedu. Macam tak percaya hal yang sebegitu dan gambar yang tak senonoh begitu menjadi pilihan untuk dimuatkan di dada akhbar. Lebih memualkan, ianya terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan! Dah jadi macam bahan lucah pula. Sedih.

Tak terfikir ke mereka akan akibatnya terhadap generasi pewaris negara akan datang? Sudah la akhlak muda-mudi sekarang ni merosot, ditambah pula dengan perkara sebegini. Apa pula nak dijawab kalau anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia bertanya perihal gambar-gambar tersebut???

Sedihnya negara sendiri jadi begini :(.


"Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad."
(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

"Slm, sebagai seorang Muslim, saya mengingatkan setiap umat Islam agar menentang usaha mnyebarkan prkr fahisyah (lucah), kerana Allah swt Berfirman Dlm surah al Nur ayat 19, maksudnya, sesungguhnya orang2 yang suka menyebarkan perkara keji (fahisyah) dalam kalangan orang2 yg Beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia & akhirat, Dan Allah swt mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
(Ustaz Zahazan Mohamed)


Nota: Jangan sesekali mengundang bala Allah kerana bala Allah tak mengenal sesiapa. Semua akan kena :(