Pages

Showing posts with label jiran. Show all posts
Showing posts with label jiran. Show all posts

Sunday, June 28, 2020

Chocolate Chips Muffin

Seawal 5 pagi semalam gigih masuk dapur semata-mata nak buat Chocolate Chips Muffin. Sekali-sekala bersarapan dengan muffin. Anak-anak tentulah gembira. Resipi ni saya dah banyak kali ulang. Asalnya, ini adalah resipi Vanilla Muffin yang saya ambil dari blog Nina Mirza. Ditambah coklat cip, jadilah Chocolate Chips Muffin. Hehe.

Ada beberapa langkah yang saya langkau. Nak cepat..hehe. Tapi hasilnya sama sahaja. Nak tengok langkah penuh, rujuk blog yang berkenaan ya. Kali ni saya buat 2 adunan sebab nak beri juga pada jiran-jiran yang baik hati. Satu adunan boleh dapat dalam 24 biji untuk bekas muffin saiz kecil.




Bahan-bahannya. Esen vanila tak ada. Tak ingat stok di rumah dah habis.


Chocolate Chips Muffin

Bahan A
1 biji telur
1/4 cawan minyak jagung
1-1/4 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula (saya guna 3/4 cawan sahaja)
3 sudu kecil baking powder
Secubit garam
1/2 cawan coklat cip

Hiasan: coklat cip (jika suka)

Cara-caranya:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C - 190'C.
  2. Gaulkan bahan B dalam satu mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya.
  3. Dalam mangkuk lain, kacau sebati bahan A.
  4. Tuangkan bahan A ke dalam bahan B. Sebatikan dengan cara kaup balik.
  5. Masukkan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 3/4 bekas.
  6. Tabur coklat cip di atasnya.
  7. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga keperangan.

Sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar.


Siap!


Nota:
  • Suhu tu bergantung pada ketuhar masing-masing ya. Kalau ketuhar di rumah ni, panasnya kuat. Jadi, saya kena turunkan 20-30 'C daripada suhu asal dan saya bakar lebih kurang 25 minit supaya bahagian atas muffin sedikit garing. Ini tekstur yang saya sukalah. Kalau tak suka, cukup sekadar 15-20 minit.
  • Sebelum tabur coklat cip untuk hiasan tu, gaulkan sedikit dengan tepung gandum supaya coklat cip tu tak tenggelam.


Friday, June 19, 2020

Kek Marble

Petang semalam saya buat kek marble. Projek yang tertangguh sebenarnya ni. Raya hari tu saya dah buat sebiji kek marble untuk dibawa ke rumah adik ipar. Tapi yang itu tak ingat nak ambil gambar. Disebabkan tak puas hati dengan tekstur kek tu, saya rancang nak buat sekali lagi kek marble guna resipi berlainan. Boleh juga dikongsi dengan jiran-jiran. Beberapa hari tertangguh, akhirnya jadi jugalah dibuat semalam.

Kali ni saya berpuas hati dengan tekstur keknya. Gebu dan lembap. Cuma pada saya, rasa kek ni agak manis. Mungkin disebabkan saya tak guna serbuk koko seperti yang tercatat dalam resipi berkenaan. Lain kali kena kurangkan sedikit sukatan susu pekat tu.

Menurut Puan Azie, ada dua kaedah untuk buat kek marble ni. Kaedah pertama kena asingkan telur putih dan kuning. Kaedah kedua sama caranya macam buat kek biasa. Pendek kata, lebih mudah. Pastinya saya pilih kaedah yang lebih mudah..hehe. Kalau nak tengok kaedah pertama tu, rujuk blog Puan Azie ya. Di sini saya catat kaedah kedua. Senang untuk rujukan sendiri.


Separuh kek dibahagi kepada jiran-jiran. Separuh bahagian lagi jadi habuan kami anak-beranak.


Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
8 oz/227 gm mentega
6 oz/170 gm tepung gandum
6 oz/170 gm gula kaster
5 biji telur
3 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
3-4 sudu besar serbuk koko -diayak (guna coklat emulco) - saya ganti dengan pewarna makanan sahaja


Cara cara:
  1. Ayak tepung bersama baking powder. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan ovalette, susu pekat dan esen vanila. Pukul rata.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan dan pukul lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul hingga adunan sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan masukkan warna atau emulco pilihan anda.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang 8 inci secara selang seli dimulai dengan adunan asal. Lorek dengan menggunakan chopstick.
  7. Bakar pada suhu 180C selama 45 minit atau sehingga masak. Saya guna suhu 170C selama 50 minit. 


Ini rupa bawah kek. Macam corak bola..hehe..


Selamat mencuba!



Thursday, October 4, 2012

Diari Ramadhan 1433H

Baru berkesempatan nak mencatat aktiviti kami di bulan Ramadhan lepas. Bukan setakat Ramadhan, Syawal pun dah berakhir baru dapat dibuat catatan ni. Secebis kenangan di rantau orang :).


11 Ramadhan 1433H (30 Julai 2012)
Iftar MSA pertama

Muslim Student Association (MSA) menganjurkan potluck iftar buat kali pertama bagi Ramadhan 1433H. Ramai yang hadir termasuk beberapa orang non-Muslim. Makanan pun meriah! Majlis dimulakan dengan ceramah berkaitan Ramadhan oleh salah seorang jemputan. Selepas berbuka dengan kurma, kami solat Maghrib berjemaah. Usai solat barulah kami menikmati hidangan yang tersedia.




18 Ramadhan 1433H (6 Ogos 2012)
Iftar MSA kedua

Seminggu berikutnya, MSA sekali lagi menganjurkan potluck iftar. Kali ni tak ramai yang hadir. Kalau potluck iftar pertama dibuat di dewan kuliah, yang kedua ni dibuat dalam kelas sahaja. Kali ni juga tiada ceramah. Berbuka ringkas, diikuti dengan solat Maghrib berjemaah dan kemudian menjamu selera.




22 Ramadhan 1433H (10 Ogos 2012)
Iftar jama'ie di rumah

Tercapai juga hasrat untuk mengadakan iftar jama'ie di rumah sendiri. Turut hadir, tetamu-tetamu dari Malaysia, juga 2 buah keluarga Muslim (berasal dari Saudi dan Syria) merangkap jiran-jiran kami. Ini pun dibuat secara potluck juga. Seronok dapat berbuka puasa beramai-ramai begini.



Alang-alang dibuat majlis berbuka, kami raikan sekali adik-adik yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Ogos. Juga meraikan adik-adik yang bakal bergraduasi keesokan harinya.

Toasted butter pecan cake yang sarat dengan tulisan bagi meraikan kesemua mereka. Mulanya saya bercadang nak buat dua jenis kek. Satu kek khas untuk yang bakal bergraduasi, satu lagi untuk mereka yang lahir pada bulan Ogos tapi saya tak sempat nak buat sejenis lagi kek. Hanya itu yang termampu.


Adik-adik yang diraikan. 2 orang lagi tak dapat hadir.



23 Ramadhan 1433H (11 Ogos 2012)
Majlis graduasi Fatin dan Irfan

Setelah dua tahun berhempas-pulas, akhirnya Fatin dan Irfan berjaya menamatkan pengajian mereka dalam bidang Actuarial Science. Tahniah Fatin! Tahniah Irfan!

Di tengah itu adalah kakak sulung Irfan; Rifhan namanya.


Atas: Saya sekeluarga bersama Fatin dan Irfan.
Bawah: Bergambar beramai-ramai sesama Melayu Lincoln.



25 Ramadhan 1433H (13 Ogos 2012)
Iftar MSA terakhir

Buat kali yang ketiganya, MSA menganjurkan potluck iftar. Juga merupakan potluck iftar MSA yang terakhir bagi Ramadhan tahun ini. Kali ni pun tak ramai juga. Jumlah kehadiran lebih kurang sama dengan potluck iftar yang kedua.


Bergambar kenangan beramai-ramai sebelum beredar. Tiada dalam gambar; suami saya merangkap jurugambar dan Safiyyah yang sememangnya susah untuk diajak bergambar.


Jamuan di rumah Fatin

Selepas berakhirnya potluck iftar, kami singgah sebentar ke rumah Fatin. Fatin dan teman-teman serumahnya; Ain dan Firyal mengadakan jamuan perpisahan sebelum Fatin berangkat pulang ke Malaysia 2 hari berikutnya.

Sempat bergambar dengan Fatin dan anak-anak dara yang lainnya. Inilah gambar kenangan terakhir bersama Fatin sebelum Fatin pulang ke Malaysia.



27 Ramadhan 1433H (15 Ogos 2012)
Fatin pulang ke tanahair

Sampai juga saatnya Fatin pulang ke Malaysia setelah 2 tahun berada di bumi Lincoln. Tak dapatlah Fatin beraya dengan kami tahun ni. Dia pun memang tak sabar dah nak balik dan beraya Malaysia. Seperti biasa, saya tak dapat turut sama menghantar Fatin ke lapangan terbang memandangkan flight seawal jam 6 pagi.

InsyaAllah, ketemu lagi suatu hari nanti Fatin!
Semoga Fatin terus cemerlang dan berjaya dunia akhirat, ameen..



30 Ramadhan 1433H (18 Ogos 2012)
Iftar terakhir

Lepas Zohor di hari terakhir Ramadhan, saya mula buat persiapan memerap satay. Beberapa orang adik-adik undergrads turut datang membantu. Tugas utama mereka...potong ayam ^_^. Alhamdulillah, adanya bantuan mereka, cepat je kerja memotong ayam selesai. Lepas kerja-kerja memerap satay siap, terus mula memasak untuk berbuka sambil dibantu oleh Fizah dan Hasanah.

Wajah-wajah pembantu yang berdedikasi ^_^.
Terima kasih Fizah, Hasanah dan Fido. Juga terima kasih buat Alif Sophian yang tolong ke kedai. Jazakumullahu khairan kathira.


Alhamdulillah, berpeluang buat kali terakhir berbuka puasa beramai-ramai. Kali ni tak seramai sebelum ni, hanya beberapa orang sahaja diajak terutama yang menghulurkan bantuan disebabkan lewat petang baru dibuat keputusan untuk berbuka puasa secara berjemaah.



Sekadar itu catatan ringkas aktiviti-aktiviti kami di bulan Ramadhan tahun ini. Mudah-mudahan diizin Allah untuk bertemu dan melalui Ramadhan tahun depan..ameen.

Thursday, May 17, 2012

3 perkara, 2 kali seminggu

Ada 3 perkara. Dibuat 2 kali seminggu. Apakah ia? Sampai tahun depan la tak ada orang boleh bagi jawapan tepat. Hihi. Bukan nak suruh berteka-teki. Saje je buat intro begitu ^_^. Saya terperasan ada 3 perkara yang saya/kami buat 2 kali dalam tempoh seminggu. Pertamanya BBQ, yang keduanya kek dari resipi yang sama dan yang ketiganya pavlova.


BBQ
Hujung bulan April lepas (28 April 2012; Sabtu), kami buat BBQ untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya yang dah pun tamat pengajian, dah bergraduasi, dah bergelar Doktor (doktor falsafah) dan mereka dah balik ke negara asal masing-masing pun di saat entri ni ditulis. Kami buat majlis kecil-kecilan je pun. Hanya jemput jiran-jiran kami sahaja.

Yang diraikan; Dr. Kim (dalam gambar atas berbaju hitam) dan Dr. Silvana (berbaju hitam dalam gambar bawah). Kim dah pulang ke Thailand pada 1 Mei lepas. Silvana sekeluarga pulang ke Brazil pagi tadi (sekarang ni masih dalam kapal terbang agaknya)


Saya masak yang mudah-mudah je. Hotpot potatoes, pengat pisang dan fudge layer cake. Yang dalam gambar sebelah kanan bawah sekali tu Silvana yang bawa; makanan Brazilian yang kedua-duanya berasaskan ubi kayu




Jumaat berikutnya pula (4 Mei 2012), sekali lagi kami buat BBQ. Tak ada apa yang diraikan. Sekadar suka-suka atas permintaan adik-adik undergrad yang dah habis exam untuk Spring semester. Kami buat pada hari Jumaat petang memandangkan keesokan harinya saya sekeluarga merancang untuk ke Fort Collins, Colorado. Itu pun hampir-hampir tak jadi buat BBQ ni sebab hari yang sama NUMSA menganjurkan majlis Spring Graduation.

Oleh sebab ada beberapa orang yang tak pergi ke majlis NUMSA tu, akhirnya dapat juga buat BBQ petang tu. Memang tak ramai la masa tu. Sebahagian besarnya menghadiri majlis NUMSA. Ditakdirkan juga, perancangan kami untuk ke Fort Collins hanya tinggal angan-angan sahaja. Saat akhir kami terpaksa batalkan hasrat untuk ke sana. Suami saya ada kerja yang perlu disiapkan pula. Sob, sob. Tak apalah. Manusia memang hanya mampu merancang sahaja, kan?



 Yum yum! Banyak juadah ada. Ni la untungnya buat potluck ^_^


Fudge layer cake
Kek ni mulanya saya buat untuk meraikan 2 orang office-mates suami saya tu. Tengok dari luar macam kek coklat biasa tapi yang membuatkan saya tertarik untuk buat kek ni, filling kek ni yang lain daripada yang lain. Suami saya yang tak minat kek coklat pun kata kek ni sedap. Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba. Lepas tu suami saya minta saya buat sekali lagi kek ni. Dia tak puas makan.  Memang betul-betul sedap di tekaknya la tu. Kebiasaannya, dia hanya jamah sikit je kek coklat.

Memandangkan topping kek ni masih berbaki, saya buat sekali lagi 4 hari yang berikutnya (hari Rabu; 2 Mei 2012). Asalnya buat untuk makan sendiri. Kebetulan pula hari Jumaat 2 hari selepas tu kami buat BBQ sekali lagi, saya hidangkan juga kek ni sebagai tambahan juadah yang sedia ada :).

Fudge layer cake. Kalau ikut resipi, kek ni dibuat 3 lapisan tapi saya buat 2 lapis je. Tak berani nak potong kepada 3 lapisan. InsyaAllah nanti saya kongsikan resipinya ye :)



Pavlova
Saya buat pavlova sebagai juadah pencuci mulut masa aktiviti BBQ dengan adik-adik undergrads. Esoknya suami saya minta dibuatkan pavlova sekali lagi :p. Tapi saya tak buat pun keesokan harinya tu. Ada bahan yang tak cukup. 5 hari berikutnya baru saya buat pavlova untuk kali kedua dalam tempoh seminggu. Kebetulan pula hari tu ada tetamu datang ke rumah. Jadi rezeki mereka juga la :). Err..2 hari selepas tu buat pavlova lagi tapi dah kira minggu lain la. Saya buat untuk di bawa ke rumah Fido dan Alif Sophian yang buat acara makan-makan. Suami saya yang minta saya buatkan lagi. Saje guna alasan untuk dibawa ke rumah mereka padahal dia yang nak makan :p.

Yang atas tu saya letak buah strawberi, blueberi dan raspberi. Bawah tu pula saya tak letak raspberi. Ganti dengan mangga. Ceria sikit jadinya ^_^


Nota: InsyaAllah bulan Jun nanti buat BBQ lagi ^_^

Wednesday, July 27, 2011

BBQ 2 hari berturut-turut

Aktiviti kami hujung minggu yang lepas...


23 Julai 2011
Petang Sabtu kami buat BBQ untuk meraikan tetamu dari Tucson, Arizona. Buat di belakang rumah je pun. Juga meraikan sambil kenal-kenal dengan adik-adik undergrad yang baru sampai Lincoln beberapa minggu lepas. Bertambah ramai la adik-adik undergrad kat sini. Dengan kata lainnya, bertambah la muka-muka Melayu di Lincoln :). Lebih seronok lagi kalau ada pertambahan keluarga Melayu juga di sini. Entah bila la agaknya...


Hujung kiri dan kanan...adik-adik undergrad baru...Jaafar a.k.a. JJ dan Hanafi


Bertudung biru tu pun adik baru juga. Elfha namanya





Tetamu dari Arizona yang diraikan



24 Julai 2011
Paginya sempat la tetamu kami bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Colorado...


Shakir dan Tasneem. Beza lebih kurang sebulan je si kenit berdua ni. Shakir lahir bulan 3, Tasneem bulan 4





Tasneem nak tarik perhatian Shakir :p
Dah transfer gambar ni dalam komputer baru saya perasan Tasneem tarik baju Shakir. Hihi..comel je


Kami berlapan


Saya dan Shakir bersama Esfa dan Tasneem


Petangnya pulak kami buat BBQ sekali lagi. Kali ni sempena meraikan jiran kami yang dah habis PhD dan dapat kerja di Madison, Wisconsin. Merangkap jamuan perpisahan juga la. InsyaAllah pertengahan bulan depan diorang sekeluarga akan berpindah ke Madison. Entah siapa pulak la yang bakal jadi jiran kami lepas ni. Harapnya dapat jiran yang baik juga la macam diorang...


Suami saya ajak juga adik-adik undergrad yang tak dapat datang semalam. Kebetulan diorang sampai Lincoln petang tu dari Chicago


Sebahagian daripada jiran-jiran kami. Kami buat pot luck ni. Masing-masing buat dan bawa makanan sorang sikit. Saya hanya buat karipap dan kek batik Marie je. Ayam kami yang sediakan semua


Kami sempat makan kat luar sekejap je pastu semua berlari masuk rumah. Hujan!! Ayam dalam dalam 10 ketul tak sempat bakar tapi yang dah siap dibakar ada berlebih



Aktiviti makan diteruskan dalam rumah :)


Zibala (anak buah jiran sebelah) main dengan Shakir




Tengok-tengok kat luar ada pelangi! Bukan satu...tapi dua pelangi! Subhanallah. Dalam gambar tak nampak sangat pelangi kedua tu. Pelangi kedua atas sikit dari pelangi yang nampak jelas dalam gambar


Sedap je Safiyyah bersandar kat orang :p. Dah la bersandar kat orang (Firdous a.k.a. Fido)...siap disuap ayam lagi :p. Safiyyah jarang-jarang nak dengan orang lain. Siapa yang dapat 'tackle' Safiyyah kira hebat la :D




Monday, July 18, 2011

Birthday party @ Holmes Lake Park

Ni cerita 10 Julai lepas. Kami sekeluarga menghadiri birthday party anak jiran kami yang dibuat di Holmes Lake Park.


Birthday girl depan sekali ni. Zilala namanya. Lengkap dengan pakaian tradisional negaranya





Sepupu birthday girl. Juga lengkap dengan pakaian tradisional. Comel sangat!





Birthday cake. Sedap!





Masa untuk makan!


Antara makanan yang ada yang dimasak sendiri. Semua boleh dimakan sebab jiran kami ni Muslim


Kawan-kawan birthday girl. Sebahagiannya kawan-kawan Safiyyah juga...merangkap anak-anak jiran


Masa ni diorang persembahkan tarian tradisional. Safiyyah pun ada menyelit sekali :p


Sesi buka hadiah. Birthday girl dah tukar baju dah masa ni


Shakir pun nak menyelit juga! ^_^


Susah nak ambil gambar Safiyyah dengan budak-budak tu. Disuruh berdiri sama-sama dengan budak-budak tu dia lari-lari pulak :p


Akhirnya mahu juga Safiyyah bagi kerjasama! ;)


Ni pulak giliran birthday girl bagi hadiah kat kawan-kawan


Saya, Silvana dan anaknya, Mariana. Dah nak sama tinggi dah Mariana dengan saya. Baru 11 tahun usianya. Terasa kerendahan diri :p


Saya dengan mak birthday girl yang juga memakai pakaian tradisional


Dengan jiran kami serta saudara-mara mereka