Pages

Saturday, April 7, 2012

Hotpot potatoes

Resipi ni saya dapat dari blog Irma. Lama dah saya ambil resipinya dan dah beberapa kali saya buat (semalam pun saya buat sekali lagi ^_^) cuma baru kali ni teringat nak kongsikan di blog. Saya pernah buat sekali masa jamuan di rumah ni dan ramai yang kata sedap. Suami saya pun kata sedap. Kalau dah buntu tak tahu nak masak apa, boleh la cuba resipi ni...senang dibuat dan sedap dimakan :)


Bahan-bahan :
500 gram daging ayam/ lembu - didadu atau dicincang.
1 labu bawang besar - didadu
3 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar serbuk kari
1 mangkuk sayur campur ( kacang peas, carrot dan jagung )
1 tin tomato yang dicincang ~ saya guna sebiji tomato dan dipotong dadu
1 sudu teh mixed herb ~ saya guna Italian seasoning
1 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar air
Minyak zaitun untuk menumis
1 kiub ayam
2 biji cili dipotong nipis ~ saya tak letak
Garam


Topping :
5 biji kentang dihiris nipis. Gaulkan bersama minyak, garam dan pepper (saya guna black pepper). Kalau suka kentang lebih. Boleh tambah lagi.
Keju Mozarella
Parsley. Takda pun tak pa ~ saya tak letak


Cara-Cara :
Bismillahirrahmanirrahim..

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing. Masukkan rempah kari. Kacau dengan api perlahan.
  2. Masukkan tomato dalam tin. Kacau sampai sebati.
  3. Masukkan ayam, mixed herb dan kiub ayam. Masak sampai kering.
  4. Campurkan tepung gandum dan air. Kacau sambil selawat. Tuangkan dalam kuali. Kalau rasa kering boleh tambah sedikit air.
  5. Masukkan sayur campur. Perasakan dengan garam. Tunggu 10 minit. Sampai semuanya masak dan sebati. Boleh tutup api.

Leserkan loyang dengan minyak. Tuangkan inti dan ratakan.


Kemudian, susun kentang secara bertindan-tindan


Dari sisi tepi


Taburkan dengan parutan cheese Mozarella atau cheese biasa pun boleh.
Bakar dengan suhu 180'C selama 50 minit atau 1 jam (saya bakar selama 45 minit...lebih daripada tu memang boleh jadi rentung :p. Bergantung pada oven masing-masing).


Dah siap dibakar.
Pembantu saya tu tak habis-habis lagi buat kerja :p


 Sedia untuk dimakan! ^_^
Boleh ditabur dengan parsley semasa menghidang.


Nota: Kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah kek atau pavlova, boleh juga tempah dengan Irma. Jenguk di blog dia untuk hubungi empunya diri :)


17 comments:

Amie said...

Assalamualaikum Nadiah,
sedapnya,... terliur2 tengok hopot potato yu..cheeseeeeee....

sweet life said...

sedapnyer...
masak camni senang kan kak..
lempar.. lempar.. masak..
Dah siap!!

kalo melayunya...
waduhh.. tu kena siapkan..
ni plak nak kena siapkan...

contohlah... nasi ayam...
ehhehe

incik said...

slm..akak...nk tipsnk dpt baby comel mcm safiyyah n shakir!dulu sy mintak,akak suruh kawen dulu..skrg dah boleh mintak da..hehe=D

Fazlinil Irma said...

sedapnya nadiah tgok HP awk. sy ni dah lama x masak. stkt makan sorg sy masak sardin je selalu. :)

terima kasih tolong promotekan bisnes sy. :)

transformed housewife said...

knur selalu buat mcm Sheperd's pie ata cottage pie guna mashed potato. Kalau bakar potato dihiris nipis2 ni ada satu lg jenis namanya "potato gratin".

HuMayRah HaYatI said...

nampak sedap..terliurlah pulak...nti bila Nadiah balik Malaysia..boleh masakkan utk k yati yer..:-D

Syigim said...

sedap ni!!! nk try! :D thanks for sharing the recipe nadiah :)

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnyaaaa... Nadiah minta akak sepotong... boleh berjiran dengan Nadiah ni.. rajin masak ^__^

Anonymous said...

akak, kentang tu rebus dulu ke cmne? eheh mcm shepherd pie plak :D

Unknown said...

wow... macam best jerk... leh try tp kat umah xder oven.. huhu

Hanis MY said...

yumyum...terliur plak hanis tgk...

Nadiah Sidek said...

amie: hehe..minat cheese ye?

sweet life: a'ah, masakan melayu renyah

incik: hehe..baby semua comel ;)

irma: alang-alang tu promote sekali :)

kak nur: pernah juga dengar potato gratin tu tapi tak cari pula resipinya

kak yati: kak yati la masakkan untuk nadiah :p

Nadiah Sidek said...

syigim: you're most welcome :)

nur hayati: rajin masak?? oh tidak. angin rajin datang je baru rajin..hihi..

anonymous: tak perlu rebus. lepas dah potong dan gaul dengan minyak, garam, pepper...susun je atas adunan daging tu. bakar nanti kentang tu masak la :)

masz: takpe, simpan je dulu resipi ni ;)

hanis: nanti buat la..senang ;)

fathni said...

salam kak nadiah.
nak tanya, kalau tak letak mixed or / italian seasoning tu takpe ke ?
ada beza ke rasanye nanti ?

hudatripleH said...

kak nadiah saya cedok resepi ni yee...elok pulak potato tu bulat2 sama je hehe; )

Nadiah Sidek said...

fathni: takpe rasanya. tak jauh sangat rasanya bezanya. cuma baunya nanti lain la sikit. kalau letak mixed herb baunya harum :)

hudatripleH: sila..sila..bukan resipi akak pun..hihi..

Siti Asiah said...

PERNAH BUAT HOT POTATO NI...MANG SEDAP...;)