Pages

Monday, April 16, 2012

Demonstrasi teh tarik oleh Safiyyah

Anda tahu macam mana nak menghasilkan teh tarik? Jom saksikan demonstrasinya ;)


Penuh konsentrasi


Video ni dirakam sewaktu majlis Malaysian Night hujung bulan lepas. Oppss..saya memang belum tulis lagi entri Malaysian Night. Kalau rajin, ada la nanti entrinya. Kalau tak, takde la :p. Masa ni dah kemuncak majlis. Sebelum majlis berakhir, semua hadirin diberi teh tarik. Teh tariknya dah nampak macam teh biasa je..dah tak ada buih-buih tu. Makanya, Safiyyah atas inisiatif sendiri, tarik semula teh tu agar ia nampak seperti teh tarik yang sebenar ^_^


Itu antara aktiviti kesukaan Safiyyah di rumah. Tak ada siapa pun yang ajar dia. Mulanya dia belajar tuang air dalam cawan. Lepas tu, dipindahkan air dari satu cawan ke satu cawan yang lain. Dah mahir, baru dia belajar pegang kedua-dua cawan dan buat macam ala-ala nak buat teh tarik. Safiyyah cermat orangnya. Tak tumpah pun air tu tapi kalau Shakir nampak..habis la ditarik cawan atau tangan Kak Longnya. Daripada tak tumpah, jadi tumpah :p.

Isrimewanya di rumah, bukannya Safiyyah buat teh tarik tapi air kosong tarik ^_^


11 comments:

yatie chomeyl said...

wah boleh order teh tarik dgn safiyyah la lps ni hehe

Izan Ishak said...

comelnya kakak safiyyah! kecik2 dah terer buat teh tarik... cermat sungguh dia ye.

teh tarik satu!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Pandai safiyah buat teh tarik yer..

Buat satu untuk auntie ^__^

dear anies said...

cumel gitew

Teratak Hami said...

mmg concentrate terlebih sampaikan ketap bibir + pipi kembung :-)

Asmara said...

pandainya tak tumpah pulak tu, penuh konsentrasi nih. hihi..

Kamalia said...

safiyyah,auntie nak teh tarik satu..hehe
sangat bagus tau kalau dia punyai kosentrasi yg tinggi..
pssstt..dari aritu nak cakap..auntie suka tengok baju kebaya safiyyah tu..nak pinjma boleh?:)

transformed housewife said...

clever girl!

Nida Mohd said...

cermat betul dia tuang air tu..dah besar nanti boleh buat teh tarik untuk famili..order kat Safiyyah je :)

Unknown said...

hee...bagus kaklong,xtumpah pun:)

risau jugak kalau panas air teh tarik tu,

Chik Na said...

can ne la rasa air kosong tarik safiyyah tu yer... pandai dia tarik air tu.. tak tumpah