Pages

Sunday, April 22, 2012

Pulut dwi warna dan rendang ayam

Ni adalah menu kami seminggu yang lepas :D

Pulut ni suami saya yang buat. Dah berminggu saya teringin nak makan pulut kuning tapi tak terbuat. Akhirnya suami saya yang buatkan ^_^. Tiba-tiba je angin rajin dia datang malam tu. Tengah mengukus pulut ni la siren amaran tornado berbunyi. Oh, saya memang dah tidur masa tu. Tidurkan Shakir, harus la saya terlena sekali :p. Sengaja suami saya buat 2 warna. Nak bagi nampak berseri agaknya. Suami saya nak buat warna kuning dan merah tapi yang warna merah tu jadi warna merah jambu pula


Suami saya bentukkan pulut macam ni supaya saya tak marah tengok dapur berkecah keesokan paginya -_-". Tak ramai lelaki pandai kemas dapur lepas guna, kan? Yang pandai kecahkan dapur ramai la :p


Keesokan harinya baru la saya masak rendang ayam. Dimakan dengan pulut dwi warna. Alhamdulillah, tertunai dah hasrat di hati nak makan pulut bersama rendang :)



14 comments:

yatie chomeyl said...

ngidam eh nadiah? shakir nak dpt adik ye..woot woot ehehe

Siti Sifir said...

haha.. sama la suami k.pija pun... bukan takleh masuk dapur, tp kalau masuk... huhuhuhu

Siti Sifir said...

haha.. sama la suami k.pija pun... bukan takleh masuk dapur, tp kalau masuk... huhuhuhu

KakAsma said...

waa untung nyer hb rajin buatkan pulut gini,kalau akak mimpi siang hari pun takkan dapat punye..
betul la nadiah,tukang serak kan mmg kerja lelaki ,tapi ada gak yang pandai kemas juga.

sedap kan sesekali layan pulut nie dgn rendang..bila2 nnti nak laa buat gak..

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) said...

Pandai suami Nadiah masak pastu pandai pula ambil hati supaya tak kena marah ehe...

Acik Erna said...

Nadiah..pandai suami kukus pulut ye..alhamdulillah dapat la nadiah makan pulut kuning/merah.

Izan Ishak said...

untungnya nadiah dapat suami yg rajin masak2 ni. nmpak menarik betul pulut dwi warna ngan rendang tu!

Papa Mifz said...

suami buat pulut kuning tuh...wah hebat la suami kamu...:)

SiTi AiSya mzm-fc said...

salam..wah sedap molek pulut kaler pink ! romantik gitu suami dia..

Nida said...

amboi... berwarna warni gitu.. pandai Nadiah, kreatif.

Hanis MY said...

nak komen mcm yatiey chomeyl jugaklah boleh hik2...

transformed housewife said...

first time nampak pulut warna pink. hehe

azy said...

wah..syoknya encik somi buatkan pulut..tetiba tekak nk makan pulut la..xpenah buat lg..kena blajar ni hee

So Shy Lady (SSL) said...

ya ampun suami isteri neh...sorang wat pulut sorang wat rndang jeles akk tau!