Pages

Showing posts with label summer. Show all posts
Showing posts with label summer. Show all posts

Monday, September 24, 2012

Rotary Strolling Garden & Hamann Rose Garden

Ini sebenarnya entri kesinambungan Hamann Rose Garden. Sengaja dibuat dalam entri berasingan. Lagipun, entri tu dah terlalu sarat dengan gambar. Entri ni pun lebih banyak gambar daripada tulisan :). Rotary Strolling Garden betul-betul bersebelahan Hamann Rose Garden. Kecil je kedua-dua taman ni tapi nampak luas sebab tak ada sempadan antara keduanya.

Masa kami pergi ni cuaca tak terik tapi tersangatlah panasnya. Semata-mata nak ambil gambar, rela berpanas.










Dalam entri Hamann Rose Garden tu, tak ada sekeping pun gambar Shakir. Saya turun berdua dengan Safiyyah je mulanya. Shakir lena dalam kereta ditemani papanya. Ni muka baru bangun tidur la ni. Panas sangat agaknya, tu yang cepat je Shakir terjaga. Pipi pun kemerahan.



Bicentennial Cascade Fountain - nama air pancut tu. 


Daffodil! Dalam banyak-banyak bunga (selain bunga ros), saya hanya tahu nama bunga ni je ^_^. Bunga-bunga lain ada yang pernah saya tahu namanya tapi dah tak ingat.


 Dah masuk ke Hamann Rose Garden semula.






 








Thursday, July 26, 2012

Motivasi berpuasa di musim panas

Membaca tulisan Ustaz Hasrizal dalam entri blognya yang bertajuk Puasa Zama' al-Hawajir dan Olimpik 2012!, secara tak langsung menyuntik motivasi dalam mengharungi puasa di musim panas ni. Seperti tahun lepas, Ramadhan di US kali ni juga jatuh pada musim panas. Lebih mencabar, siang di musim panas adalah panjang waktunya

Cumanya, saya kira kami sedikit bertuah kerana hanya perlu berpuasa selama 16 jam lebih jika hendak dibandingkan dengan negara-negara Eropah yang berpuasa di antara tempoh 18-20 jam. 20 jam! Tak dapat saya bayangkan bagaimana keadaannya berpuasa dalam tempoh sepanjang itu. Pasti mereka yang terpilih untuk melalui puasa dalam tempoh yang panjang begitu bukan calang-calang orang. Mereka pasti manusia hebat yang dipilih Allah!



Kalau nak diikutkan, saya tak terasa sangat cabaran berpuasa di musim panas sebab saya hanya duduk di rumah sahaja. Rasa panas sikit, pasang penghawa dingin. Aduhai, rendahnya tahap kesabaran saya menghadapi cuaca panas dalam keadaan berpuasa.

Buat teman-teman yang juga turut berpuasa di musim panas termasuk suami saya sendiri yang terpaksa berpanas di ladang demi research, semoga terus tabah meneruskan ibadah puasa sehingga ke akhir Ramadhan. InsyaAllah, kalian adalah manusia hebat dan luar biasa pilihan Allah. Saya sarankan kalian baca sendiri tulisan Ustaz Hasrizal yang berkenaan.

Saya akhiri dengan petikan ayat yang saya ambil dari blog Ustaz Hasrizal...


Abu Darda’ sendiri pernah berpesan:

صوموا يوما شديدا حره لحر يوم النشور وصلوا ركعتين في ظلمة الليل لظلمة القبور

Berpuasalah kamu pada hari yang panas, pada memikirkan panasnya Mahsyar itu nanti. Dirikanlah solat dua rakaat pada malam yang gelap, dek memikirkan gelapnya liang lahad di alam kubur nanti



Nota: Sekejap je seminggu Ramadhan berlalu.

Tuesday, July 17, 2012

SL: Garden of the Gods, Illinois



Hari kedua yang juga merupakan hari terakhir di Carbondale, Abang Syam dan Kak Chah bawa kami ke Garden of the Gods - Shawnee National Forest. Sebelum ni yang kami tahu, Garden of the Gods hanya ada di Colorado Springs, Colorado sahaja. Tak sangka pula di Illinois pun ada Garden of the Gods. Kedua-duanya ada daya tarikan dan keunikan tersendiri.

Oh ye, dari Blueberry Hill Farm, kami ada singgah satu tempat lagi tapi cerita yang itu saya skip la. Gambar yang diambil di sana pun banyak yang gelap.




Beza utama kedua-dua Garden of the Gods, adalah ini. Garden of the Gods di Colorado tak perlu didaki bukit-bukitnya tapi di sini perlu mendaki (atau lebih tepatnya, memanjat batu) untuk sampai ke puncak. Saya yang dah lama meninggalkan aktiviti hiking, terasa juga lelahnya walaupun bukan sepanjang masa di sana kena mendaki.




Seperti yang saya katakan, bukan dari awal hingga ke akhir kena mendaki. Ada juga laluan begini. Lega sikit rasa masa tu. Ingatkan memanjang kena mendaki. Mahu pengsan dibuatnya. Itu pun, alhamdulillah Abang Syam tawar untuk kendong Shakir. Kalau tak alamatnya, tak terdaki agaknya saya.










Yay, berjaya sampai di puncak! Ada banyak puncak bukit yang boleh didaki tapi disebabkan kami kesuntukan masa, ini sahaja yang dapat kami tawan. Jadilah, janji dah ada kenangan di sini dan sekurang-kurangnya juga kami dapat lihat sendiri perbezaan antara kedua-dua Garden of the Gods.








Aksi Safiyyah di atas bukit. Kena berjaga-jaga sentiasa kalau bawa anak kecil di sini.


Dari Garden of the Gods,sempat juga kami ronda sekitar SIUC (Southern Illinois University Carbondale).

Hanya kami berdua sahaja bergambar. Anak-anak lena dalam kereta.


Bergambar kenangan di hadapan rumah Abang Syam dan Kak Chah sebelum memulakan perjalanan balik ke Lincoln.



Nota:

  1. Gambar-gambar di Garden of the Gods, Colorado Springs boleh ditengok dalam entri Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #4.
  2. Tak puas rasanya pergi Carbondale. Banyak lagi tempat menarik di sana yang kami belum pergi. Kalau ada rezeki, insyaAllah nak ke sana lagi.



Monday, July 16, 2012

Berkelah sambil menikmati keindahan alam

8 Julai lepas, Islamic Foundation of Lincoln (IFL) menganjurkan Annual Community Picnic. Ini kali pertama saya sekeluarga turut sama dalam acara tahunan ni dan juga merupakan kali kedua saya menyertai program anjuran IFL. Suami saya dah biasa terlibat dengan program IFL. Saya dan anak-anak jarang dapat peluang untuk bersama dengan aktiviti yang dibuat oleh IFL. Selalunya, tak kena masa dengan masa tidur anak-anak.

Perkelahan kali ni dibuat di Oak Lake Park, lebih kurang 10 minit perjalanan dari rumah kami menaiki kereta. Sampai je, terus nampak taman permainan yang cantik. Haruslah bagi anak-anak main dulu kalau tak nak mereka mengamuk.


Safiyyah la yang paling suka dan seronok. Macam-macam permainan yang dicubanya. Paling dia suka, gelongsor kuning tu.


Kak long main, Shakir pun nak main juga!


Yang berbumbung tu tempat perempuan. Yang lelaki duduk di bawah pokok sahaja.


Bahagian muslimin.


Bahagian muslimat.


Safiyyah makan tembikai je. Itu pun cepat-cepat. Tak sabar dia nak ke tasik.


Solat Asar berjemaah.


Khusyuk Safiyyah memerhatikan api tu. Makin lama makin dekat dengan api tu. Berani sungguh. Kita yang risau. Api masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan tau Safiyyah. Tiba-tiba teringat kejadian kebakaran di Ames, Iowa tempohari.


Tersengih saya melihat gambar ni. Budak perempuan tu mulanya nak peluk dan cium Shakir tapi sebaik sahaja ternampak saya dan suami memerhatikan gelagatnya, terus dia malu-malu dan tak jadi peluk Shakir..hihi..


Selain kami sekeluarga, 2 orang bujang; Fido dan Alif Sophian turut serta juga dalam program ni. Kami ni wakil dari Malaysia la kiranya :p.


Bawah ni antara pemandangan sekitar Oak Lake Park yang sempat saya ambil. Pada saya, Oak Lake Park ni ada keunikan tersendiri. Cantik di mata saya. Suasananya sungguh mendamaikan.