Pages

Tuesday, January 25, 2011

Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #4

Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming
Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #2

Winter Trip 2010: Colorado & Wyoming #3



......sambungan......


Dari 16th Street Mall, kami teruskan perjalanan ke Garden of the Gods, salah satu tarikan yang ada di Colorado Springs. Asal usul nama Garden of the Gods:

The name of the park dates back to August 1859 when two surveyors helping to set up nearby Colorado City were exploring the nearby areas. Upon discovering the site, one of the surveyors, M. S. Beach, suggested that it would be a "capital place for a beer garden." His companion, the young Rufus Cable, awestruck by the impressive rock formations, exclaimed, "Beer Garden! Why it is a fit place for the gods to assemble. We will call it the Garden of the Gods." The beer garden never materialized, but the name stuck. [source]


Central Garden Area, Garden of the Gods. Letih berjalan kat sini! Sejam lebih juga la kami nak menghabiskan 1 pusingan. Ingatkan kecik je tempatnya...rupa-rupanya lain yang disangka. Takpe la, exercise :p








Pemandangan di Garden of the Gods






Lagi gambar pemandangan indah Garden of the Gods


Gambar-gambar ni dari kamera Fizah (Fizah...halal ek akak letak gambar-gambar ni kat sini! Nanti akak belanja coklat sebijik..ngee~)


Dalam perjalanan nak keluar dari Garden of the Gods ni. Berhenti sekejap sebab terjumpa 1 lagi tarikan kat sini


Batu belakang tu la tarikannya. Balanced rock namanya


Kami semua berlatar belakangkan balanced rock


Gambar ni lebih jelas lagi. Itu la balanced rock




Lebih kurang 2 jam juga la kami berada di Garden of the Gods. Luas tempatnya! Tak semua tempat kami explore, tak cukup masa. Lepas tu kami terus cari tempat untuk solat dan cari kedai makan untuk mengisi perut..

Usai makan, kami singgah di rumah kak Tip yang kami kenal di rumah Bada/Lida tempohari. Kak Tip tahu perancangan kami nak ke Colorado Springs, dia ajak la kami datang ke rumahnya. Lama dah kak Tip duduk di US ni, suaminya orang sini. Tapi kalau baru kenal dengan kak Tip, takde siapa pun boleh sangka yang kak Tip kahwin dengan mat salleh. Dia cakap dengan kami guna loghat Penang. Pekat pulak tu loghat Penang kak Tip! Takde la lidah terbelit-belit nak cakap Melayu walaupun bertahun-tahun duduk di US ni. Syok je sembang dengan kak Tip. Terasa macam kami berada kat Penang pulak ^_^


Di rumah kak Tip. Kebetulannya keluarga mertua kak Tip datang bercuti sempena krismas kat rumah kak Tip. Dapat la kami berkenalan dengan diorang. Ala..takde pulak gambar kak Tip


Belah kiri ni anak kak Tip yang ke-2, Adam namanya. Yang dengan Fatin tu pulak Anna, anak bongsu kak Tip


Dari rumah kak Tip kami terus cari motel untuk bermalam. Dalam perjalanan tu kami duk bincang sama ada nak ke lapangan terbang hantar Tok Mek atau tak. Hari sebelumnya suami saya tiba-tiba suarakan pada saya yang dia terfikir nak 'hantar' Tok Mek yang dah nak balik ke Malaysia keesokan harinya. Balik dari rumah kak Tip baru berbincang dengan adik-adik undergrad. Dah sampai depan Super 8 motel pun kami masih tak dapat buat keputusan. Adik-adik undergrad semuanya setuju nak ke lapangan terbang tapi yang menjadi masalahnya, abe Jie tak berjaya dihubungi. Banyak kali call rumah abe Jie tapi tak berjawab. Hampir sejam juga la kami termenung depan Super 8 tu :p.

Tiba-tiba teringat status abe Jie di Facebook...abe Jie ada dinner malam tu. Andaian kami, telefon tak berjawab sebab abe Jie sekeluarga pergi dinner. Lepas tu baru la kami sebulat suara bermalam di situ. Dah dapat call abe Jie nanti baru buat keputusan sama ada kami ke lapangan terbang ataupun tidak. Oh, kami tak jadi menginap di Super 8 tapi di Days Inn sebab harganya lebih murah (45 dollar per night including tax). Tak sia-sia la suami saya pergi tanya kat Days Inn yang terletak bersebelahan dengan Super 8 motel. Yang lebih seronoknya...salah 1 bilik dinaik taraf ke bilik eksekutif dengan harga yang sama! Mungkin sebab kami tempah 3 bilik sekaligus..tu yang dapat 1 bilik eksekutif. Saya sekeluarga la duduk bilik eksekutif tu ^_^


Bilik eksekutif, Days Inn. 2 malam kami di sini *wink*


Rehat-rehat sekejap, suami saya call abe Jie semula. Alhamdulillah, dapat juga bercakap dengan abe Jie! Dah tahu Tok Mek naik flight apa dan pukul berapa, kami berpakat bertolak ke Denver International Airport lebih kurang jam 4 pagi.


....bersambung...


p/s: gambar-gambar kesemuanya dari kamera Irfan, kecuali yang ditulis nama Fizah

15 comments:

Love... said...

SALAM.. THANX SUDI SINGGAH UMAH ILHAM YG VIRTUAL NIE...

SALAM PERKENALAN

shahrilhakime said...

waaaahhhhh syoknye dapat bejalan akt tempat oghang yeeee

yatie chomeyl said...

baguslah bnyk berjalan, nanti senang nak bersalin hehe

h4ni3 said...

mak buyung exercise??
seb baik tak terberanak dikkk!!
hehehe

Unknown said...

assalam nadiah..bestnyer jln2 suka tgk gambar view kat sana...btw nadiah sihat ke?kuat lagi yer jln2 tu..

Anonymous said...

sejuk ke tak ni? nmpk matahri bersinar jer tp kdg2 tu sejuk nak giler...
akak x der winter trip tahun ni, suami memulun!

Ummi Salsabila said...

Mase preggy Adam kuat berjln.sbb tulah Adam suke bjln..huhu.thanks bwk kiteorg jln2 tgk sana jugak.huhu

Anak Kak tip hensem n lawa.mix tu...;)

Unknown said...

cantiknya tempat tu..

lady lavender said...

soalan naif: nadiah caman nak tepek gambar sebelah nyebelah camtu heehee..jgn gelak akak yea..

Aleyn said...

Sangat jeles tengok gambar2 tu sumer....bila la nak dapat peluang ek...

Anyway..nice pics...

Unknown said...

nadiah menang di sini
http://ourdreamsoflife.blogspot.com/2011/01/keputusan-penuh-happy-baby-contest.html

Nadiah Sidek said...

love: terima kasih juga singgah ke sini :)

dkosonglapan: iye...sementara masih duduk di sini..boleh la jln2

yatie: awal sgt exercise :p

h4ni3: kalau exercise masa dah 9 bulan harus kot terberanak..hihi..

nieza: alhamdulillah sihat :). masa tu larat lagi..skrg ni tak tau la..ehe..

Nadiah Sidek said...

k.fa10: sejuuuukkkk sgt. nmpk mcm tak sejuk tapi sampai ke tulang sejuknya. dah la tak pakai gloves..tahan je la

ummi salsabila: raudhah mmg kuat jln :D

kakyong: yup :)

lady lavender: hihi..nadiah pakai photoscape kak ;)

aleyn: mana tau ada rezeki nnt dtg ke sini ;)

cikpuanhady said...

lawa-lawanya gambar..

Tolong boleh :Jom Vote Zahra yang tengah syok tido

nba-Nur said...

Nice picture.. Seronok tengok gambar2 Nadiah pergi melancong... :)