Pages

Wednesday, January 12, 2011

Bumi Lincoln dah putih diliputi salji!!

Sebelum ni ada yang tanya mana entry saya pasal salji/winter untuk tahun 2010-2011 ni. Bukan saya tak nak cerita...salji yang tak turun-turun. Sabtu lepas baru salji turun. Tahun ni lambat pulak turunnya. Winter lepas, seawal bulan Disember salji turun (read: Salji dah turun!). Winter kali ni bulan Januari pulak turunnya. Bulan lepas ada juga salji turun 2-3 kali tapi tak lebat dan sekejap sangat. Sehari je dah cair. Tak sempat nak main salji pun.

Ni salji dah tebal pun tak main jugak lagi :p. Nanti-nanti la. Selsema pun belum hilang sepenuhnya lagi ni. Lama dah tak diserang demam dan selsema...sekali kena lambat pulak sembuhnya. Mudah-mudahan ujian kesihatan ni jadi kaffarah dosa-dosa terdahulu...

Sepatutnya hari Isnin (10 Januari) suami saya dah start kelas untuk semester ni tapi dapat pulak sambung cuti untuk 2 hari lagi gara-gara salji semakin tebal dan turun tak henti-henti. Seronok la dia dapat cuti lagi :p. Tapi esok takde cuti dah..dah kena gi kelas dah..hehe..


8 Januari 2011. Masa ni salji baru memunculkan diri


9 Januari 2011. Lincoln dah semakin putih


Masih 9 Januari 2011. Salji turun lagi masa ni


10 Januari 2011


10 Januari 2011. Gambar-gambar yang diambil di belakang rumah (kecuali gambar bawah belah kiri)


Gambar-gambar tu semua saya ambil dari dalam rumah je. Malas nak keluar..hee~

17 comments:

yatie chomeyl said...

I pun x update2 lg cerita salji sbb salji turun then stop..lepas 2-3hari turun lagi then stop lg...confused jadinya nak update ke x hehe

Izan Ishak said...

mmg dah tebal salji tu ye. takpe2..nnti kalau dah baik demam selsema boleh je main salji ye nadiah~

fatonah said...

wahhh...sronok2...:))
*mode berangan*

Ummi Shira (AshAnas) said...

best je tgk gmbr, dr kosong, makin putih dan makin putih...

lady lavender said...

lambat pulak turun snow kat sana. kami kat sini dah menggunung..cantik area student apartment kat sana :-)

Ina Hashim said...

brrrrrrrrr....terbayang kesejukannya

Unknown said...

sehari sebelum salji turun pasti sejuk giler kan..

Teringat masa di Sheffield dulu...:)

Love2cook Malaysia said...

Where is the Snow Princess??? Missed her!!! :D

Unknown said...

wah...akhirnya..salji turun gak..hehehe.
kami kat cn maen air banjir..:p

Tyra Hanim said...

akak,


seronok, cantek, comel, menarik, nice shoot.


Jealous la kite akak! (=

Affieza said...

Siap sedia kak, nk main salji pasni...hehe

Nadiah Sidek said...

yatie: kat fukuoka pun sama gak ek salji turun tak menentu?

k.izan: tak setebal tahun lepas :)

k.fatonah: hihi..meh jln2 sini ;)

ashanas: yup, makin lama makin putih

lady lavender: tu la, tahun ni lambat pulak turunnya

k.ina: mmg sejuuuuukkkk!

Nadiah Sidek said...

yus: hee..tak perasan pulak sbb duk umah je pakai heater :D

sis love: ada je dia ;)

sini banjir gak..banjir salji..ekeke..

tyra: kumpul duit nnt boleh jln2 kat sini ;)

affieza: hehe..

||aLeaSaRa|| said...

slm persahabatan..br je on9 he3....wah..subahanallah bestnya tgk salji..sepupu kite yg duk london 4 tahun br je blk bercuti di msia.best katanya kena matahari msia he3...adik lelaki kite pulak kat moscow mengadu ngan mak selalu tergelincir masa nak gi praktikal(course medic)..kdg2 jatuh juga.sejuk sampai skt bdn.krm slm utk si comel ye..suka lpk sini.

Unknown said...

mak buyung tak main salji ke tahun ni... ;)

wan syamilah said...

wahhh..tebalnya salji...

boundaries said...

ambik dari dalam umah pun lawa^_^