Pages

Monday, December 7, 2009

Salji dah turun!

Salji dah turun semalam! Sekarang ni dah masuk musim Winter. Sejak minggu lepas lagi suhu negatif memanjang...ada la sekali je suhu 4 darjah celcius...yang lain semuanya bawah daripada 0 darjah celcius. Buka pintu je pun dah terasa sejuknya...kalau keluar, apatah lagi! Tengahari semalam salji mula turun...tak berhenti-henti sampai la ke malam. Pagi ni tengok dah tebal dah salji tapi tak keluar pun...malas pulak. Nanti-nanti la. Satgi nampak sangat lak kita ni tak pernah jumpa salji ihikhik.

Macam ni la rupa kebanyakan pokok di penghujung Autumn lepas. Hanya tinggal dahannya je. Dah nampak macam pokok mati padahal pokok ni hidup lagi


Masa ni salji baru turun. First time tengok salji turun depan mata. Masa salji turun sekali musim Autumn lepas tak dapat tengok sebab salji turun waktu malam...dah tidur masa tu. Sedar-sedar je dah putih dah kat luar. Sekali tengok macam habuk berterbangan, rupanya salji berguguran~


Main di playground masa salji tengah turun! Oh, itu bukan saya mahupun Safiyyah. Hehe. Ternampak masa duk tengok-tengok di tingkap belakang. Tunggu Safiyyah besar sikit boleh bawa dia main di playground kenyit


Ni view pagi tadi. Dalam pukul 7 lebih kalau tak silap. Tebal dah salji! Nak dekat 4 inci kot tebalnya. Suami la kata. Saya tak tau sebab tak turun


Masa ni dalam pukul 9 lebih. Tiba-tiba ada matahari! Dah beberapa hari matahari tak keluar...mendung aje cuaca di luar...pagi tadi keluar pulak tapi suhu tetap -13 darjah celcius!


video
Video ni pulak dirakam malam tadi. Papa Safiyyah ambil semangkuk salji kat luar. Konon-konon nak 'mengenakan' Safiyyah. Sekali Safiyyah suka lak main salji tu! Cool aje dia main salji tu, tak macam papanya yang tak tahan 'pegang' salji jelir. Macam tak sejuk je gayanya. Bila dah tak bagi main, marah lak dia! Haih...sabar je la. *masa dia marah tu tak record lak sebab tak sangka reaksi dia macam tu* Nampak gayanya boleh dibawa main salji nanti. Tunggu papa dia habis exam dulu baru boleh gi main salji. Oh ye, next week final exam kat sini, pastu cuti. Yay! *macam saya lak yang dapat cuti* ihikhik

22 comments:

Ummu Ammar said...

Nadiah..seronoknya! Salji dah turun..akak ni bila la nak merasa salji agaknya..

Tahan sejuk ye Safiyyah ni..stgh bdk kalo sejuk2 ni tak nak pegang ...ala comelnya..!

ummumishkah said...

Nak main salji jugak!! :)

Hamizah said...

wah merasa juga nadiah tgk salji..terigin sangat nak tgk salji turun dgn mata sendiri..kat oz tak byk tempat yg bersalji

ibunafis said...

eeii besnyer dpt rase duk tpt ada salji..rugi la nadiah x turun menikmati salji tuu..safiyyah dah get ready dh tu..

Ummu Iffah said...

Saya rasa, budak2 baby ni memg suka sejuk2lah..

Iffah suke sgt main air batu. Setiap kali dengar abah dia ketuk pecahkan air batu kat dapur, mesti cepat2 pergi tengok. Pastu sibuk2 nk pgang.

Yg hairannya, mrk ni macam takde receptor sejuk plak. Saya pun tak tahan pgang air batu lama2.

Iffah pun suka jugak letak air batu tu dalam mulut dia. Hm, lg lah hairan..

Gemuk la pipi safiyyah tu. Macam nak pecah jer. Hehe

arin said...

nanti leh gie bawak safiyyah gie memana mountain.bleh naik tobaggon..seronot nye..

NORHAYATI BERAHIM said...

masa akak nampak salji mula2 memang seronok tapi dah kena dua minggu, menangis rasanya..nak balik Malaysia! Tahun ini suami ajak balik kg masa winter pun..tak ingin..he.he.

ibu emy efy eqy said...

bestnya kalau akak dapat pegang salji ni...

kiranya teror jugaklah safiyyah main kat playground. tak sejuk ke dia?

cik oryza said...

wahhh!!! steady je safiyyah pegang salji!

Nadiah Sidek said...

ummu ammar: tu la..tak sangka lak dia suka main salji tu..ingtkn bila dia sentuh sekali tau mau pegang dh..hehe

ummumishkah: mari la ;)

hamizah: mai la sini..blh tgk salji turun ;)

ibunafis: malas nk turun sbbnya kena pakai baju tebal2 & berlapis2..ehe..

Nadiah Sidek said...

ummu iffah: a'ah..pelik la, kn?

arin: erk..ada ke mountain kat sini? mcm takde je. hehe..tak tau la..byk tmpt tak gi lg..

NB: hehe..betul2! sbb sejuk sgt..kita org asia mala la tahan :D

ibu emy: meh terbang ke sini..blh pegang salji ;)

cik oryza: haha..mmg steady!

LOVE2COOK said...

Wow bes kan winter season! Love never had the chance to see snow, except for the Genting one la! kekeke!

But my hubby been to snowy countries alot...promised to take us one day! :)

Cutenya Safiyyah! geram tengok! ;)

meenlove said...

Akhirnya dpt gak akak tgk salji turun ek..
Bila lak turn sy..
Huhuhu.

Jiji said...

Time musim sejuk ni la paling tak suka, last time masa kat london habis bibir ku pecahpecah masa tu masih late autumn tp sejuk mak aii!

Nadiah Sidek said...

love: baru2 seronok la..lama nnt dh tak mau salji kot..hehe..

meen: nnt further study sini la ;)

jiji: betul..betul..musim sejuk habis kulit kering

ukmstudio said...

Ermmm....cuma tinggal bawak air sirap dan straw je keluar kan???

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: nasib baik sirap takde..kalau tak mmg dh keluarkn! :p

yatie chomeyl said...

safiyyah mesti ingat salji tu mcm toys dia.. tu yg nak main je tu hehe

Nadiah Sidek said...

yatie: ye la tu kot..hehe

boundaries said...

relax betul la...safiyyah yg comel ni....ish...aunty huda jelos la kat safiyyah...kecik2 dah pegang salji..hihihi..aunty huda main salji yg dlm frezer jer...hihihihi..frezer lab..kih kih kih..

Nadiah Sidek said...

boundaries: hehe..ok la tu..

蛋餅不加蔥Amber said...

,徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社