Duk di negara non-Muslim ni jauh bezanya dengan Malaysia mahupun negara-negara Muslim yang lain. Sini mana la ada surau dan masjid merata-rata tempat. Kalau jalan-jalan, mesti takleh lama-lama. Balik sebab nak tunaikan solat. Dah balik rumah, tak rajin la pulak nak keluar semula. Suami saya kalau dia keluar sorang-sorang atau dengan kawan-kawan dia, diorang solat kat kaki lima kedai je (semuanya kaki shopping...kalau keluar tu memang berjam-jam..kalah orang perempuan! ). Takpun kat fitting room. Bawak la baju ke fitting room konon-konon nak try pakai, padahal sebenarnya nak solat kat situ .
Saya lak malas nak solat kat luar. Pertamanya, segan nak solat depan khalayak ramai, lagipun memang tak berapa molek pun dan yang keduanya, sebelum solat mesti nak ke restroom (sebut restroom sedap sikit daripada toilet ) dulu. Kat sini mana la ada paip air dalam setiap 'bilik kecik' tu. Huhu..tak best langsung! Tu yang cepat-cepat aje balik dan solat kat rumah je.
Sepanjang semester lepas, suami saya hanya ada kelas hari Selasa dan Khamis je tapi jadual packed dari pagi sampai ke petang. Tengahari ada la senggang masa sekejap tapi tak berbaloi nak balik ke rumah sebabnya kelas di City Campus, bukan di East Campus ni (tapi ada la beberapa kelas di East Campus). Kalau jalan kaki, memang jauh la. Biasanya suami saya naik bas je. Nak drive, parking space untuk students tak banyak (selalunya parking memang penuh) dan parking kena bayar hatta dalam kampus sekalipun! Agak mahal juga la bayaran parking (5 sen untuk 3 minit) dan paling lama boleh parking, 2 jam je! Tu yang suami saya naik bas aje ke kelas. Dan dah jadi rutin setiap Selasa dan Khamis saya siapkan bekal untuk suami saya. Masak yang simple aje pun. Sini mana la boleh nak makan kat kafe atau kedai-kedai makan. Restoran Arab ada la tapi tak kena selera pulak.
Minggu-minggu pertama start kelas, tak tertanya pulak pada suami saya dia solat di mana, dah beberapa minggu berlalu baru saya tanya suami saya.
"Abang solat kat dalam kelas yang kosong. Alas dengan kain bersih je..." jawab suami saya bila ditanya.
Ye tak ye jugak. Tak terfikir lak saya boleh solat dalam kelas kosong. Saya duk bayangkan, suami saya solat di koridor dengan orang ramai yang lalu-lalang duk perhati je .
Sebelum sampai di US ni, antara perkara yang saya duk runsingkan pasal makanan la. 'Isy...nanti kat sana nak makan apa?' 'Ada ke dijual bahan-bahan mentah dan bahan-bahan masakan yang halal?' Persoalan-persoalan macam tu kerap bersawang dalam minda saya. Bila ditanya suami, mudah aje suami saya jawab..
"Jangan risau la pasal makanan...abang dah tanya dah kawan abang yang pernah belajar kat US dulu.."
Memang tak puas hati langsung dengan jawapan suami saya tu. Jawapan yang bukan berupa jawapan . Bila dah sampai sini, baru la suami saya bagitau pasal kosher food. Boleh refer di sini dan di sini. Alhamdulillah, banyak juga kosher foods & products kat sini. Pasal makanan memang takde masalah kat sini. Ayam dan daging lak beli di kedai Arab je. Sini banyak juga kedai Arab sebab orang Arab memang ramai kat sini. Saya dimaklumkan, Lincoln ni merupakan tempat pelarian orang-orang Palestin, Iraq dan lain-lain...tu yang ramai orang Arab kat sini.
Kosher symbols
Yang biasa jumpa, simbol yang ke-2, ke-3 dan ke-4 daripada kiri (baris atas sekali). Simbol yang lain-lain tu jarang/tak pernah jumpa lagi
Yang biasa jumpa, simbol yang ke-2, ke-3 dan ke-4 daripada kiri (baris atas sekali). Simbol yang lain-lain tu jarang/tak pernah jumpa lagi
Rasa bersyukur sangat. Walaupun tempat ni ala-ala kampung, bab makanan memang tak menjadi masalah kalau nak dibandingkan dengan tempat lain yang terpaksa drive selama 2 jam semata-mata nak beli daging/ayam halal! Sebelum ni tak pernah tahu pun wujudnya Nebraska di US! Memang tak glamor macam New York, Los Angeles tapi takpe la, janji makanan halal senang nak dapat
* credit pictures to Google
18 comments:
salam kak..
sy jadi rindu life sy kat egypt bile bace tulisan2 kisah perantauan ni..
ade rezeki dan kelapangan, inshaAllah sy plan nak g US juge. tp buat mase ni blm pasti bile.
cousin sy ade kat montana. keje kat sane. InshaAllah ye kak, klu Allah izinkan dlm mase tdekat ni gi sane, bolehla kirenye berziarah tmpt akak..
klu nak kirim ape2 dr sini, bolehlah klu btl jadi gi ni..huhu..mano tahu nok make budu ko...ike masing ko..hee
akak..sebenarnya xde masalah pon.ms kami ke travel midwest hr tu, on da way ke Iowa, kami berhenti kat hentian solat atas rumput. Kat hentian memang xde org kan.highway kan.
kat Iowa, kami sewa hotel. okla tu. pi chicago duk umah MSD tu, tp masa g outlet tu, kami solat di resting room. ada je mat saleh tengok tapi diorg buat dek je.
kt sini org xkisah pon, kalau kt malaysia memangla, semua nak mengata. takat ni iza travel alhamdulillah, xde masalah. org pon hormat kt nak solat. tapi beg iza bw tu semua ada..telekung, towel kecik, pendek kata semua ada. suhaizi pon sm. abgfiz ada bw sejadah kecil yg mama poskan dr malaysia.
iza sebelum dtg sini, xrisau apapon selain makanan. dah dtg sini alhamdullillah, jumpa suhaizi dan dia tunjukkan tempat makanan halal etc
Awal dtg, Dr kamble dtg amik. mmg sgt lapar ms tu, bayangkanla xmakan apapon kan, dari pgi ke, lupa dh.dia letak kami kt hotel (dia yg bayarlaa). ptg tu ajak kami ke kedai india di mana xingt. kami makan ansi je.hehe.nasi beriani.esok nya, xberani nk tidur hotel lg, kami msk umah yg memang kosong, xde makanan.. perut berbunyi, xde tel nk tel suhaizi, xde internet. mmg sgt tension! lepas tu abgfiz contact xin rou (presiden numsa) dia dtg bw kami ke apt dia di sini la..(apt A). masa tu perut tengah berkeroncong, haha lawak tol smpi si xinrou tu dengar. dia masakan maggi utk ktorg. then br suhaizi dtg..heheh lawak dan sedih juga bila teringat..
abgfiz pula, sem 1 lepas, memang blh kata 2-3 kali je solat jumaat. nak buat macam amna kelas ms tu kol 1. hbs nye kol 150.abgfiz berkejar juga ke masjid.sampai2 org dh aminkan doa, kdg tu dh bersurai pon.memang xkesempatan nk solat jumaat, solat zohor je. nak buat mcm ne.
Skg pon, abgfiz sentiasa ada wudu'.then kalau kelas di city campus, memang dia solat di rumput, mana2 tempat lapang.(mmg dlm beg dia ada sejadah). tpalhamdulillah org xckp papepun.kalau diorg ckp pon biarla..nk buat mcm ne kan..
itula serba sedikit pengalaman nk dikongsi (ecece mcmla dh lam sgt duk sini). dh msk negara org kan..
bab makanan tu mmg awal2 termakan juga yg xhalal.esp yg ada gelatin. lepas tu search kt internet jumpa msg (muslim consumer group).iza senaraikan benda yg xleh makan. kalau beli brg mmg bawa buku tu. kdg tu mono & di gliseride mmg yg babi punya tapi, ada juga yg haiwan lain. ada juga yg vege (yeke?? akak kan bidang kimia, lebih tau dr iza..haha betulkan ye kalu salah maklumla..KTT dan KOT x paham pon..haha)
ala kt msia tu banyak je makanan xhalal, cuma kt kt msia yg rata2 Islam melayu ni, anggap semua halal. padahal ade je xhalal kan.
sekian dahulu entry yg cukup panjang.jhahhahahahah..maafla akak..duk menumpang blog akak je..
p/s: akak, xtakut pon nk spy iza.. ;p
Seronok baca pengalaman Nadiah ni..byk info yg akk dapat..Moga tabah dan dpt adaptasi kehidupan dengan baik di bumi org..pengalaman bharga tu..
good posting. sonok baca. pls write more on ur adventures duk kat kg nebraska! hihi..
masa saya blaja di melbourne dulu, penah solat ramai2 kat padang.. ade la sket pengalaman solat di tmpat awam.. :)
Kata orang jauh berjalan luas pengalaman... moga dpt manfaatkan peluag ni sebaik mungkin!
Islam itu universal,indah..makanya di ceruk mana sekalipun kita terdampar, tanah mana sekalipun kita berpijak, ia tetap sama dan indah jika kita tahu bagaimana menghayatinya...
Manfaatkan peluang sebaiknya..moga ia jadi panduan untk generasi seterusnya..
p/s : apsal tiba2 komen dayah mcm bagusss je... ??huhihuhi
deena: ok, nnt kalau jd nk ke sini, roger akk ye. blh la akk kirim mcm2 smpai penuh beg deena. kejam betul! ngee~
izza: mmg takde mslh nk solat kat mana2 cuma akk je la mls skit. ahaks!
ummu ammar: nadiah pun mmg suka baca pengalaman org lain ;)
syigim: seronok tu solat ramai2 kat tmpt awam! pengalaman berharga tu. kalau solat sorg2 kat tmpt awam segan skit..ekeke..
ummumishkah: insyaAllah :)
dayah: betul..betul..Islam itu indah :). dh dayah mmg bagus orgnya..komennya pun bagus la jgk ;)
salam Nadiah,
akak biasanya turun pg2 kalao nak ke mana2 sblm asar blk utk zohor kat rmh..stakat ni xpenah solat kat luar
Nasib baik ade kedai Arab tuk beli lauk..kalu tak haru jugakkan ...
Chik Na pun ade pengalaman sembahyang kat negeri orang... Chik Na pernah ikut hubby dok kat Dubai & Istanbul..memang nak sholat senang sebab rata-rata ade masjid tapi yg berlainan nya depa selalunya sholat pakai jubah dan stoking je.. so tiap kali singgah sholat, Chik Na mesti jadi perhatian sebab kita kan pakai kain telekung putih dan tutup habis tinggal muka je :-)
respectlah akak kat Nadiah dan suami.
walaupun dah berjaya ke menara gading, namun ISLAM tetap bersemadi kukuh di dalam jiwa kalian.
pandai2lah menjaga diri di tempat orang ye.
hamizah: sy pun setakat ni tak pernah solat kat luar lg ;)
chik na: ye la..diorg mana pakai telekung..harus la jd perhatian ;)
ibu emy: insyaAllah kak :)
mcm yatie plak, selalu bwk panty liner utk tukar bila masuk restroom yg xde air pancut tuh.
pastu, klaua nk senang nk wudhuk, bawak botol spray yang mcm gun autk isi air nak iron baju tu. sng nk wudhuk esp nk basuh kaki.
yatie: a'ah la..pakai botol spray tu senang skit
ann: good luck ya!
YC: kt serupa..tapi iza bw botol air mineral.ahahha mmg utk solat dan istinjak.yela..neg sini kan, mane nk ade air..huh..xsuke betul.pantyliner pon bw lebih2 skit.wakaka
thanks izza bagi info pasal keju halal nih..akak nak try order nanti..senang la hati sikit nak buat pizza ke cheese cake ke...dapat yg betul betul halal..
salam nadiah, cerita la lagi pasal kosher food.
Post a Comment