Pages

Monday, December 14, 2009

Drama/movie kegemaran

Dulu saya suka tengok cerita-cerita penyiasatan. Mula-mula suka dengan siri CSI (tak kira la CSI New York ke..Miami ke..Las Vegas ke...semua saya tengok) tapi bila dah mula 'kenal' dengan Criminal Minds, saya prefer lagi Criminal Minds berbanding CSI sebabnya saya tak berkenan betul dengan salah 1 main character dalam siri CSI yg slow motion. Jalan pun slow je (aduh..rimas la tengok orang lelaki jalan slow)...yang takleh nak terima tu...boleh dia berjalan perlahan-lahan masa kat tempat kejadian adus. Part tu saya rasa sangat tak logik. Saya rasa dalam dunia realiti takde pun macam tu. Mungkin nak tunjuk effect lebih kot...tak pun director yang arahkan camtu. Peminat CSI sekalian...jangan la marah saya ye peace..hehe..



Sebab ke-2, bila saya tengok Criminal Minds, automatik minda saya terarah ke 1 column dalam Metro Ahad yang cerita pasal penjenayah dan jenayah yang dilakukan. Tak ingat pulak column tu nama apa. Benda-benda yang kita rasa tak masuk di akal (kekejaman yang melampau), sebenarnya betul-betul berlaku dalam dunia realiti. Dan yang pentingnya, takde character yang slow motion sengihnampakgigi. Psstt...sampai sekarang saya tak pernah ingat nama-nama watak dalam CSI mahupun Criminal Minds walaupun suka tengok cerita-cerita tu jelir



Tapi, sejak saya duk di US ni malas pulak rasanya nak tengok siri-siri penyiasatan macam tu. Semua cerita bersiri pun saya malas nak tengok. Lebih suka tengok cerita yang digarap daripada kisah benar (based on true story). 2 jam aje ceritanya dan takde sambung-sambung. Yang sebenarnya, saya takde minat yang khusus terhadap mana-mana drama/movie. Kalau rasa nak tengok, saya tengok. Kalau tak, memang saya takkan tengok walaupun semua orang duk heboh kata cerita tu best. Contohnya Nur Kasih la sengihnampakgigi. Sempat la juga saya tengok 1-2 episod kat Malaysia sebelum fly ke US ni. Then malas nak tengok sebab ceritanya bersambung-sambung dan ditayangkan hanya sekali seminggu je penat! Dah sampai sini...tak kuasa la saya nak tengok kat internet.

Cerita yang saya tengok tu yang berlaku di US ni la. Macam-macam jenayah yang berlaku kat sini. Daripada kes bunuh-membunuh (bunuh-membunuh ni common sangat kat US ni) sampai la kes jual baby. Kalau yang melibatkan pembunuhan, macam-macam punca suatu pembunuhan tu boleh berlaku. Nak balas dendam, nak cepat kaya, ada affair dengan perempuan/lelaki lain (yang ni yang dah kahwin la) dan 1 lagi yang kerap berlaku adalah sikap terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali.

Memang pelik betul la. Kebanyakan cerita yang saya tengok, diorang ni mudah sangat percaya dengan seseorang padahal baru beberapa minit je kenal. Siap boleh ajak tidur kat rumah lagi. Tapi memang sikap yang ditunjukkan si talam 2 muka tu semua orang boleh cair. Bak kata pepatah "pijak semut pun, semut tak mati". Pandai betul ambil hati semua orang terutama kanak-kanak. Bila mak ayah budak tu nampak anak dia suka dengan orang tu, terus jadi cair. Serta-merta suka dengan orang tu dan terus mesra macam keluarga sendiri. Dah lama pastu baru la tahu yang sebenarnya dia tu ada niat jahat.

Zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati la. Tak boleh nak percaya orang bulat-bulat terutama yang baru je kita kenal. Bukan nak berprasangka buruk, cuma sikap berhati-hati tu perlu lebih lagi.

Yang paling kejam yang saya tengok setakat ni...kes seorang perempuan yang bunuh semua ahli keluarga dia gara-gara diorang selalu duk kata kat perempuan tu yang dia tak cukup bagus. Jangan tanya saya nama ceritanya ye...saya tak ingat! Sape pelakonnya lagi la saya tak tau jelir. Duk simpan perasaan dalam hati, lama-lama benda tu jadi 'barah' kat perempuan tu. Tu yang sampai sanggup bunuh semua ahli keluarga dia tu.

Di pengakhiran setiap cerita, mesti terpacul ayat ni di bibir saya:

"Eii...dia ni sakit jiwa la".

Mungkin konklusi yang boleh saya buat kot (pendapat saya aje ni). Ye la...saya rasa kalau fikiran orang tu waras, takkan la dia nak bunuh orang lak, kan? Kadang-kadang memang takut tau tambah-tambah saya duk di US ni. Mudah-mudahan dijauhkan la perkara-perkara yang tak elok. Ni ada statistik sikit pasal mental disorders yang saya ambil dari internet:

"Mental disorders are common in the United States and internationally. An estimated 26.2 percent of Americans ages 18 and older — about one in four adults — suffer from a diagnosable mental disorder in a given year. When applied to the 2004 U.S. Census residential population estimate for ages 18 and older, this figure translates to 57.7 million people. Even though mental disorders are widespread in the population, the main burden of illness is concentrated in a much smaller proportion — about 6 percent, or 1 in 17 — who suffer from a serious mental illness. In addition, mental disorders are the leading cause of disability in the U.S. and Canada for ages 15-44. Many people suffer from more than one mental disorder at a given time. Nearly half (45 percent) of those with any mental disorder meet criteria for 2 or more disorders, with severity strongly related to comorbidity." [source]


p/s: kat negara lain pun mungkin benda yang sama gak yang berlaku tapi saya duk highlight US sebab cerita yang saya tengok semuanya yang berlaku di US kenyit

p/p/s: pictures by google

19 comments:

daud.montak.zakaria said...

Hmmm...saya suka gak tengok rancangan tv termasuklah CSI dan sebagainya itupun kalau ada masa. Bila menonton saya akan perhatikan cara pengarahan, sinematografinya, sudut kamera dan sebagainya yang berkaitan seni dalam filem. Kalau terlepas ape rancangan pun, saya pun tak kisah. Memang betul dalam apa filem sekalipun, Pengarah yang tentukan apa pelakon perlu buat. Itulah sebab, ada filem semua gerakan kameranya dan pelakonnya bergerak pantas yang tujuannya salah satu untuk menggambarkan kesibukan dalam babak atau filem tersebut. Ada filem yang gerakan kamera dan pelakon agak perlahan, salah satu tujuannya supaya penonton menghayati perjalanan cerita tersebut dengan lebih mendalam. Lain pengarah lain pula stail pengarahannya....
Ermmmm..yelahhh...hang rimas melihat lelaki berjalan perlahan...mungkin husband hang jalan pantas kut...tapi kalau husband hang jalan pantas nanti tertinggal lak hang jauh ke belakang.... ada gak kepentingannya lelaki berjalan pelahan ni, terutamanya bila dah beristeri, sian nanti isteri tinggal jauh di belakang kalau suami jalan laju..kan...kan...ermmm...jangan mare...

http://studiouniversiti.blogspot.com/

Nurul Izza said...

iza duk sini tengok food nterwork je.;p xlayan sgt lmn akak tu .;pp

tp cci miami n Ny mmg selalu tgkla.sambil lipat kain.skg ni jrg dh tgk tv..malas.entah kenapa malas sgt.

dh abgfiz selalu duk layan disney channel tu melekat jugak.ekekek gelak sorg2 jugak.huahaha

based on my previous psyco subject, kebanyakn american sakit jiwa byk factor..satu cuaca-leh buatkan kt blues jeee..sirius!!

kdg tu sbb xde agama kot.tp lincoln ni rmi org yg alim skit.alim kristianla.kebanyak g church.

apela duk emnyambung entry akak ni ;p

Ummi Shira (AshAnas) said...

huhu, dh lama x melayan sgt tv... tgk nur kasih yg org sume suke tu pun lps tgk betapa org suke cite tu... cite2 episod ni ssh nk catch up every weeks kan... tp bila dh addcited tu, mmg ckp kt abg xnak gi memane mlm ni, nk tgk nur kasih... haha...

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: suami sy mmg jln laju pun..jenuh nk mengejar! :p

izza: hehe..tu la..dulu duk kata kat hafiz duk gelak sorg2 tgk disney channel..kan dh terikut dh :D

arin said...

kureng minat CSI tapi minat NCIS.tapi any food / travel documentary mmg minat.

nadnye said...

suka tgk CSI, CM belum pernah tgk lagi.. tapi la nie tv pun tak sempat nak tengok tapi nur kasih tengok sebab mak tgk.. :>

rasa-rasanya depa nie x ada asas agama yang kukuh tulah jadi camtu disamping kurang didikan dan kurang kasih sayang keluarga

Nadiah Sidek said...

ashanas: hehe..mmg kalau dh addicted sanggup tggu :D

arin: nadiah minat juga NCIS tp slalu tak ingt timing dia..hehe..

nadnye: mak sy tgk gk nur kasih tu..hehe..

Dayah @ Real Ummu said...

dayah tak suke crita2 penyiasatan.mmg tak adventure langsung aku ni

..tapi kalau yg jiwang karat, golek2 kat rumput suka bangat..romantik la kunun...

Nadiah Sidek said...

dayah: golek2 kat rumput?? hehe..citer hindustan la tu yg suka main golek2 tu! :D

yatie chomeyl said...

I suka gak CSI..and I rasa watak yang laki jalan slow tu chief dlm CSI Miami a.k.a Horatio. I suka dia sebab dia nampak cool bila jalan slow2 ehehe

Nadiah Sidek said...

yatie: tepat sekali! mmg csi miami. erk..minat ye? kite lak rs dia 'mengganggu' jln cerita la. ngee~

Ummi Salsabila said...

kak nad,kite suke sgt CSI tau.kite suka gak watak laki yg slow tu..sbb dia nmpk cool.even mmg nmpk x logik ek..le lembab2 gitu.hahaha...

tgkla nur kasih kak..bestla.ngee~

Nadiah Sidek said...

US: alamak..akk sorg je ke tak minat watak tu? ala..mls la raudhah..tak rajin nk tgk :D

Love2cook Malaysia said...

Owh...Love peminat CSI:Miami!!!

Paling minat watak Horatio Caine (played by David Caruso)...hikhihhik! Cool jer! ;)

Nadiah Sidek said...

love: ala..knp semua suka watak tu..? tak best la! hihi..

Nurul Izza said...

akak, saje nk menyambung chating kt sini.(xpeke? xde bayar pape kan...)

iza dulu mmg lgsg xtgk cite..tp sejak ada mutiara hatti, ump kt harapan tu..org duk depan tv hah iza lah tu ;p

pastu abgfiz kan suke tgk cite science fiction, kyle xy, supernatuiral (yang entah pape) , heroes, sumela yg heroes. konon nk jd heroesla tu.wkaka.csi jugak.

pastu jangkit plak dgn die..suke tgk H - horatio caine..cooll sgt!! ekekek..bnding csi ny dan miami, ny mcm teruk sgt mrh2 kt custody diorg..laa jgnla lebih2 plak..

one thing csi xberapa nk ok bndg criminal minds tu csi terlalu cpt je dpt cr pesalah.haha kt msia tuh, berapa byk daa budak hilang.smpi skg xjumpa2 lg pesalah,.hish geram betol!!

kdg iza layan jugak bones, yg tu okla more on forensic.suke!!!!! dulu cita2 nk jd forensik, tp hampeh sebbnya..penakut pya org!

Hamizah said...

Nadiah,
omputih ni sebenarnya mmg ramai yang gila sebenarnya coz diorg mmg x pedoman hidup.itulah akibatnya bila hidup berpandukan akal semata2

Hamizah said...

Nadiah,
omputih ni sebenarnya mmg ramai yang gila sebenarnya coz diorg mmg x pedoman hidup.itulah akibatnya bila hidup berpandukan akal semata2

Nadiah Sidek said...

izza: hehe..sila..sila..nk tmbh lg pun blh :D

hamizah: yup, betul tu kak