Pages

Monday, December 28, 2009

Hal-hal kenduri

Semalam saya bersembang dengan mak saya guna Skype. Biasa la, kalau dah bercakap tu..lepas 1 topik, 1 topik lain pulak sampai la ke topik kenduri kahwin. Hujung-hujung tahun camni kan memang banyak kenduri kahwin. Anak sepupu saya ada la sorang kahwin baru ni. Yang lain-lain tu semua anak kawan-kawan ayah dan mak saya. Kawan-kawan saya pun ramai mendirikan masjid hujung tahun ni. Alhamdulillah, selamat dah semuanya...

Tapi, saya paling kesian dengan kenduri anak kawan ayah saya. Semua yang gi kenduri dia, sorang pun tak dapat makan. Rupa-rupanya, caterer tak hantar makanan yang dah ditempah! Mula-mula ingatkan caterer tu lambat hantar, sekali sampai ke sudah tak dihantarnya! Menangis-nangis mak pengantin sebab malu dengan semua tetamu yang hadir. Memang kesian sangat. Tak tau la apasal caterer tak hantar makanan. Mungkin terlupa. Mungkin juga yang mengambil tempahan tak mencatit tempahan tu. Tapi kedua-duanya tetap menunjukkan ketidak-profesionalan pihak caterer. Tak pasal-pasal keluarga pengantin yang kena menanggung malu sedih.

Mak saya cadangkan kat mak pengantin supaya saman aje caterer tu. Ramai juga mencadangkan benda yang sama. Kesudahannya tak tahu la macam mana. Tak pasti sama ada diorang saman caterer tu atau tidak. Tapi kalau saya, memang saya saman dah. Biar jadi pengajaran pada mereka. Kalau didiamkan aje, tak mustahil perkara yang sama boleh berulang lagi pada orang lain..

Kenduri 1 lagi lak, hampir separuh tetamu tak dapat makan sebab pihak keluarga tempah makanan ikut jumlah kad. Kad yang ditempah = 500 keping. Makanan pun ditempah cukup-cukup untuk 500 kepala. Menangis juga mak pengantin, malu dengan tetamu yang hadir. Mungkin itu kenduri pertama dalam keluarga tu agaknya. Agaknya masa nak tempah makanan tu masing-masing tak terfikir ada kad yang mewakili 2 orang (sekurang-kurangnya) untuk suami isteri. Kalau yang ada anak-anak pulak, mesti bawa anak-anak sekali. Paling tidak pun makanan kena tempah sekali ganda daripada jumlah kad. Tapi memang kesian la. Kalau saya di tempat mak pengantin pun, mesti saya rasa malu. Apa pun, perkara ni jadi pengajaran buat kita semua. Esok-esok kalau ada yang nak buat majlis (tak kira la majlis apa pun)...kena pastikan makanan yang ditempah perlu lebih daripada tetamu yang nak dijemput.

Teringat kata-kata ayah, "Biarlah tempah/masak makanan lebih sikit, jangan sampai ada yang tak dapat makan sudah."

Yang sepupu saya (saya panggil Angah) pulak, lain pulak ceritanya. Angah insyaAllah akan bertunang minggu depan (9 Januari kalau tak silap) dengan orang Sabah. Sebelum ni rancang bertunang bulan ni tapi ditangguh sebab time ni cuti sekolah, tiket flight mahal. Maklum la, sedara-mara terdekat pun nak ikut sekali...jadinya kena la cari tiket yang murah. Bincang punya bincang, kedua-kedua buah keluarga setuju la diadakan majlis pertunangan bulan 1.

Pastu timbul masalah lak bila bincang tarikh kahwin. Mak Long (mak sedara saya = mak Angah) nak buat majlis kahwin dalam bulan 6 tahun depan tapi keluarga perempuan tak setuju pulak. Kata diorang, tak boleh buat bulan 6 sebab itu putus tahun (soal). Tak faham saya apa yang dimaksudkan putus tahun tu. Tanya mak, mak saya pun tak tahu. Mak Long saya pun tak tahu, tak teringat agaknya dia nak tanya. Kalau ikut logik akal saya, itu takde la dikira putus tahun sebab dibuat dalam tahun yang sama. Ke..macam mana? garupale

Kata mak, keluarga perempuan tu memang masih mengamalkan adat-adat lama yang menyusahkan. Perkahwinan dalam Islam ni mudah je tapi diberatkan (disusahkan) dengan adat-adat yang entah apa-apa. Last-last Mak Long bagi kata dua kat keluarga perempuan tu...kalau tak setuju, tak jadi la dia nak gi pinang dan diorang kena bayar balik semua harga tiket flight yang dah dibeli. Mengugut orang pulak Mak Long saya ni ihikhik. Disebabkan bakal tunang Angah tu nak Angah jugak, akhirnya mengalah juga la keluarga perempuan tu...setuju juga la dibuat majlis kahwin bulan 6 tahun depan senyum. Mudah-mudahan dipermudahkan la segala urusan Angah nanti..

14 comments:

nuradyani a.k.a mama Tini & Fizah said...

mcm2 ye pasal kenduri ni. Adik kami(knur dgn Yatie) adik lps Yatie pulak akan insyaallah melansungkan perkahwinannya bln Feb nanti. Knur akan terlepas lgla majlis kawin adik mcm knur terlepas majlis kawin Yatie thn lps (2008). huhu

ukmstudio said...

Ermmmm...budaya saman-menyaman ni dah meluas, erkk....

Nadiah Sidek said...

nuradyani: mmg sedih tak dpt attend majlis nikah sedara-mara apatah lg adk sendiri..sbr ye kak..tak lama lg nk blk m'sia dh.. :)

ukmstudio: pd sy, saman psl hal2 cmni mmg perlu la. tak pun, kuarkn kat suratkhabar..kat tv3 ke..hoho..

yatie chomeyl said...

mcm2 hal ye. eh jd yg keluar paper tu, anak kawan ayah nadiah la ye? td baca paper psl caterer x dtg tu..sian gile kan

arin said...

waddddduhhhhh..cemana tuh ? caterer tak mai.tetamu di sajikan cemana?

NORHAYATI BERAHIM said...

ya ALLAH caterer ni memang kurang ajar..sesuka hati memalukan orang aje, kenapa tuan rumah tunggu lagi, pergilah ke plan ke dua, order makanan dari dua tiga kedai. Apa2 makanan asal orang lain dapat makan...sikit pun tak apalah.
macam2 orang ni,di kg akak masih lagi memasak secara bergotong royong..

NURUL IZZA said...

hish..ade ke mcm tu? ms kenduri iza, kami xde caterer..makcik (kakak mama) yg masak.memang cukup dan byk lebih.biasala org kg kan, masak mesti byk..kt penang pula, mak memang kenal dengan caterer tu (ala, yg jual kat bistro tu..bistro depan kuliah G ke..adeh lupa dah..)

kalau iza, mengamuk kat caterer diorg.malula..ish kesiannyeeee..akak, nnt safiyyah nk kwin..masak sendir je.ekekekekekekekkeke

Nadiah Sidek said...

yatie: erk..ada keluar paper ye? tak tau pun. uhuhu..

arin: mak kata semua org tak mkn la. mai dtg slm2 pastu blk. sedih je dgr :(

NB: tak terfikir agaknya kak nk order mknn kat kedai2..dh jd kelam-kabut cmtu, mmg pyh nk fikir

izza: ms kenduri akk pun tak guna caterer..style rewang - di sgr & klate ;)

ibu emy efy eqy said...

tentang catering yang tak hantar makanan tu, kenapalah buat naya kat orang. akak setuju jugak saman. biar mereka sedar sikit bila maruah org lain diaibkan.

ttg makanan tak cukup tu, kenapalah tempah cukup2. pada akak biarlah berlebih sikit. boleh nanti sedekah kat jiran2 daripada dapat malu dikatakan kedekut.

ttg angah. semoga semuanya berjalan dgn lancar seperti yang dirancangkan.

MAKCIK REHAN said...

Makcik setuju. Dalam Islam semuanya simple dan mudah saja. Manusia yg sengaja menyusah dan memberatkan.

pertama kali jugak ni dengar pasal putus tahun. adat mana la yg depa pakai eh?

Nadiah Sidek said...

ibu emy: itu la..kesian org kena naya..

MR: nadiah pun 1st time dgr psl putus thn..tak tau la adat mana

Hamizah said...

kesian pula..org mlayu bisnes itulah cacat tempangnya.nanti org tak nak tempah lagi dgn dia..

Ros Illiyyuun said...

salam
akak pun ada baca kat paper, sedih betul baca cerita tu, tapi tak disiar plak nama caterer.Nasib baik ada beberapa orang pegi cover order makanan kat restoran lain. Dapat la jgk cover malu kan..wassalam.

Nadiah Sidek said...

hamizah: betul tu ka..dh jd cmtu, org pun tak nk tempah dh kat caterer tu

ros illiyyuun: sy tak terbaca lak lak berita tu. nnt nk cari la jgk