Petang semalam suhu mencecah 20'C; suhu yang sangat panas untuk musim sejuk! Anak-anak dah lama tak main di luar rumah, suami saya suruh la bawa anak-anak keluar. Ikutkan hati memang tak rajin tapi rasa kesian pula anak-anak. Akhirnya keluar juga la teman Safiyyah dan Shakir. Sebelum ke ofis, suami saya luangkan masa sekejap dengan anak-anak di luar.
Suka dua beradik ni dapat main di luar!
Beria Safiyyah nak pakai topi padahal nak ke laman belakang rumah je ^_^
Si kenit ni kerjanya kutip rumput masuk dalam mulut :p
Disebabkan Shakir asyik mengutip-rumput-masuk-dalam-mulut, saya bawa la dia naik buaian. Kak long dia pun sibuk nak main buaian juga ^_^
Seronok berbuai sampai mengantuk dibuatnya ^_^
Pertama kali Safiyyah naik buaian ni. Sebelum ni letakkan dia atas buaian hijau tu tapi disebabkan Shakir ada di situ, saya cuba la letakkan Safiyyah atas buaian satu lagi. Risau juga kalau dia terjatuh ke belakang. Tengok-tengok Safiyyah dah reti imbangkan badan dia atas buaian tu! Dah besar dah anak ummi ni rupanya :)
Shakir dah lena! ^_^
Nyaman sangat cuaca masa ni. Takde rupa macam musim sejuk pun
Ajak masuk ke rumah, nak main gelongsor pula dia
Layan la sekejap Safiyyah main gelongsor. Masuk je rumah, melalak-lalak dia. Belum puas main di luar. Umpan dengan biskut, terus senyap. Hihi..
Nota: Masih mengharapkan salji turun selebat-lebatnya sebelum musim sejuk berakhir...nak main salji! ^_^
33 comments:
aah la panas lah winter kalau 20deg gitu. esok2 turun la salji lebat semula kat lincoln tu kot.
alahai.. sedapnya tgok shakir tido. hehe.
ameen.. sy pun tgu salji turun kat sana. dpt tgok gambar pun jdlah. terubat rindu. eceehh..
shakir ni... sampai boleh tertido dalam buaian tu. nyamannya cuaca tu yg sampai lena dibuatnya tu... hehe...
kakak safiyyah dah terer naik buaian camtu ye. dah jadi big girl...
shakir dgn safiyyah dh bsr.. =) suka tgk.. shakir comell...
alahai comelnya shakir tidur macam tu. hehe.. mesti la best angin sejuk2 kene buai lena la dia.
*mudah2an awan salji kat sini bergerak jauh ke lincoln sana. hehe.. (saya pulak berharap cepatlah salji cair) ;)
comeynya syakir lena sambil tangan pegang besi buai
comelnyeeee siap tido dalam buai tu...
comeinya shakir siap terlena dlm tu.heeee
kesan pemanasan global kot.. tu yg sampai winter pun buleh cecah 20C
alahhaiii.. comelnya syakir sampai ketiduran dlm buaian..
eh papan gelunsur tu dr kayu yer... ??
assalamu'laikum....
lama rasa tak drop komen...^^
cuti2 ni tak beron9 sangat...
shakir dah nampak lain....rambut pun makin panjang....
kak nadiah, rasa macam tak pernah dengar lagi suara safiyyah^^...
salam maulidur rasul
Wnter yg gk pns tp best leh main2 kat playground..l
SAlam kenal . Terima kasih add akak.
Alamk comelnya tengok Syakir dok lena dlm buaian.
comelnyaa budak dua org ni, geram sungguh :D
wah 20deg? mmg panas utk musim sejuk tu. hehe. semoga sihat2 saja ya kak ^_^
p/s : dah x jadi silent reader dah :D
aah bbeza dgn winter sini..tp mna tau tiba2 kang winter turun byk kat sana ke.heeee
eh silap salji* heee
Suka Safiyyah main di luar rumah.. Anak2 Nadiah comel sangat2.. Gerammm...
Kt sini tiba2 suhu drop smpi minus 5..salji turun skali dgn hjn tp kjp je so tak pileup. Tp sgt sejukkk. Btw seronok tgk shakir dh pndi jalan..zafri baru bdiri sesaat dua, belum menapak lg :) comel btol shakir main buai smpi tlena tu hehe
hampir x nampak kepala syakir.. tenggelam dlm buaian. tp mmg comel sgt, mudah betul tidonya yea...
cantik jaket kak long, mmg sesuai sgt dengan dia yg comel itu...
Terbalik dengan kami.. musim summer macam musim autumn.. hujan kerao turun, suhu pun sejuk... adeiiii
Alahai cutenya Shakir tidur kt atas buaian tu...hehe
takde rupa winter langsung ni nadiah. Kalau kat sana 20 degree kat sini sekarang -20 degree...takut nak kuar umah huhuu..
Tengok Shakir tidur, sendiri rasa ngantuk...mesti best..dah lah sejuk, comfy dan diayun pula...
alalaaa comeinya syakir tido...geram nak cubit!
ala cptnye dh cair
xpe nnt2 dia turun versi lebat pulk kot tu.heee
alahai comel nye sampai tertido dalam buaian...hehe
Kat lincoln pon same yek. Saya baru terbaca artikel semalam ni first time in 80 years winter panas mcm ni. tapi bagus jugak sebab dah penat tgk snow basah-basah =)
comeynye buaian untuk si kenit..
hehe..anak2 nadiah memang jenis yg sennag tido ke?comel je boleh lena mcm tu sekali ye..
fuh..fuh..tiup salji pergi ke lincoln..
ummi safiyyah bab mengumpan mmg expert hihihi
yatie: dah macam spring je 20 deg tu
irma: mesti rindu salji, kan? :)
k.izan. kalau kita yang dewasa ni pun boleh terlena agaknya..hihi..
zana: a'ah, dah besar dan makin banyak akal :D
k.asmara: seminggu pertama je rasa seronok dengan salji..ehe..
k.ina: dah betul-betul terlena baru terlepas tangannya dari besi buaian tu :)
lierose-qiemi: ^_^
anum: nak join shakir sekali ke? hihi..
kakyong: tak pasti la kakyong tapi cuaca memang tak menentu sekarang ni. gelongsornya plastik kakyong..atasnya kayu
hasnisyakila: waalaikumussalam wbt. safiyyah berat sikit mulutnya >.<
hanis: betul, betul!
k.nieda: kasihmu diterima. ehe..
khazinatul asrar: alhamdulillah, sihat-sihat belaka :)
anum: dah turun pun jumaat lepas ^_^
k.nur: safiyyah memang jenis outdoor person :)
izu: nanti zafri dah berani sikit menapak la dia :)
k.ida: seronok berbuai dan berangin agaknya..tu yang cepat je lena :D
k.nida: oh, kat sana macam tu pula ye cuacanya
affieza: ^_^
lady lavender: sejuk tu -20 deg!
aleyn: tu la, saya yang tengok dia masa tu pun rasa nak tidur juga :D
k.e-na: cubit la..ehe..
anum: tebal juga salji turun jumaat lepas tapi cepat juga cairnya
papa mifz: hehe..
adib: salji masa mula-mula turun yang seronok. dah mula cair memang tak seronok :p
ladybird: kalau ada buaian macam tu yang besar best juga :D
k.kamalia: boleh kata senang juga la kak
huda: akak pernah umpan huda ke? hihi..
Post a Comment