Ni aktiviti kami pada 5 Februari lepas. Saya memang ternanti-nanti aktiviti ni. Teringin sangat nak cuba. Sebelum ni tak berkesempatan. Tu yang berharap salji turun lebat ^_^. Hampir jam 3 petang baru kami sekeluarga dan Irfan (undergrad student) keluar rumah. Itu pun hampir-hampir tak jadi main sledding sebabnya pagi tu Safiyyah nampak macam tak sihat. Murung dan asyik terbaring je dia. Dalam pukul 1 petang baru nampak Safiyyah segar sikit. Dah mula gelak dan berlari-lari dalam rumah. Alhamdulillah, ada juga rezeki kami main sledding.
Tempat sledding yang kami pergi ni namanya Pioneers Park Nature Center. Lebih kurang 15-20 minit dari rumah kami. Ini kali ke-2 kami ke sini. Kali pertama adalah setahun yang lepas tapi tahun lepas kami tak main sledding pun. Masa tu kami belum ada sled sendiri. Terlambat beli sled, dah sold out dah. Yang ada sled untuk Safiyyah je tapi Safiyyah pula masa tu tak nak duduk atas sled. Dia takut. Melalak-lalak dia diletak atas sled.
Belum pun sampai tempat sledding, Safiyyah dah duduk atas sled siap-siap. Dah tak takut dah duduk atas sled ^_^
Jauh juga kami kena berjalan dari tempat letak kereta ke tempat sledding tu. Parking penuh. Terpaksa la parking jauh sikit. Baru separuh jalan, saya dah termengah-mengah. Berjalan dalam salji setebal 7-8 inci dengan mendukung anak kecil berusia 10 bulan memerlukan stamina yang tinggi! Dah la saya tak biasa berjalan dalam salji. Belum apa-apa dah terasa letih ya amat. Huhu..
Alhamdulillah, sampai juga akhirnya di tempat sledding!
Bergambar sebelum sledding ^_^
Suami saya mula sledding dulu. Di sini ada disediakan 2 gelongsor khas untuk sledding. Kena beratur la kalau nak sledding di sini
Sengaja saya dudukkan Shakir di situ, nak ambil gambar
Sekejap je dia duduk. Lepas tu merangkak ^_^
2 beradik
Entah apa yang dibuatnya
Meneroka ^_^
Safiyyah sledding dengan papanya. Masa ni tak guna gelongsor tu dah
Shakir pun nak sledding juga! Saya hanya tarik sled Shakir perlahan-lahan dan pusing-pusing sekitar tu je
Meluncur ke bawah seronok la. Nak naik semula tu satu hal pula. Nasib la suami saya kena tarik Safiyyah ke atas :p
Yay...giliran saya pula sledding! Mulanya nak duduk berdua dengan suami atas sled tu (saya takut sledding seorang diri) tapi Safiyyah tak bagi peluang...dia nak naik juga dengan kami :p
Ada kawan saya yang dah tengok gambar ni tanya, "Boleh gerak ke tu?". Hihi. Walaupun nampak terlebih muatan, boleh meluncur juga tau sled tu ^_^. Boleh tahan juga lajunya sampai terpercik salji di muka
Kesian Shakir kena tinggal. Nak letak Shakir sekali tak berani pula sebab dia kecil lagi. Irfan la tolong jaga Shakir sementara kami sledding. Tak pasal-pasal Irfan jadi babysitter..hihi..
Irfan nak sledding pun Safiyyah menyibuk juga. Lepas tu terpaksa la Irfan tarik Safiyyah ke atas semula. Safiyyah dah seronok sampai tak nak turun dari sled tu..hihi..
Sledding bertiga buat kali ke-2. Kali ni Safiyyah duduk di depan
Mula-mula elok duduk tegak, lama-lama melurut ke bawah dan terbaring akhirnya! Diam je pula tu (dengan syarat sled tu bergerak la...kalau tak, mengamuk! :p). Tak lama lepas tu tertidur..hihi..
Bersedia untuk pulang ke rumah. Tak lama pun kami di sini. Lebih kurang sejam je
Lena! ^_^
Nota 1: Alhamdulillah, tertunai juga hasrat di hati dapat sledding ^_^
Nota 2: Sebahagian gambar diambil dari kamera Irfan (terima kasih Irfan!)
22 comments:
kalau ringan laju tp kalau berat lagi la laju dia meluncur. hehe.. best kan!
wahhh...seronoknyer sledding..salji ori..si comel shakir pun sledding juga yerr...best2x
bestnyee kakk......jelessssnyee...shakir comelnyeee
comel gila
salam kak nadiah,
paling suke tgk gambar sledding ber3 tu...sweet je gambar tu..
next year sledding ber4 la plak ye kak..ekekeke.
kami kat sini panggil sori..bestnye sledge syakir tu,siap ade cover kat tepi skali ek..
Wow...happy family bersledding...
bestnye anak beranak sledding ;)
kebahagiaan jelas terpancar :) waa :) btw, irfan tu sp ? family jugak ea kak ?*sibok je sy . haha
aduyai...seronoknya nana nengok gambar2 tu semua....comel je shakir tido,he...sejuk sedapla tdo ye:)
alamakkkkkkkkkk sgt2 jeles...
hu3....
cantek sumer gambor... raser cam kat c2.. (prasan... ahaks)
Seronoknya tgk..kat malaysia takde hehehe..
comelnya shakir punya sled..patutlah syok je dia tdo ldm tu hihihihi
bestnyer!!!!!! suka tengok semua gambar2 tu... boleh terbayangkan suasana di sana. terutama part safiyyah nak ikut sled ngan nadiah n suami tu... mesti cute je.
shakir pulak... mmg cute sgt2...
alhamdulillah tercapai hasrat nadiah kan...
hehe...gram je kletah safiyyah tuh, rs nak gigit je dia hehe!
leka akk bc, mmng best!
Bestnya dpt sledding! ;p
Dalam kesejukan pun sempat lagi si Shakir tidur ye... :)
Bestnyer....kalau la dapat merasa gi sana...huhu...
wow wii seronoknya suka tgk gambar naik sledge ramai2 tu
wah bestnye..winter 2010 saye pegi snowboarding, lepas tu insaf tak nak pegi dah sebab sakit sangat kalau jatuh..dan saya tak minat sangat ice sports ni sebab tak tahan sejuk
so sweeettt syakir!
best tengok si kecik tu tido... tomei jer...hihihii
Post a Comment