"melihat dengan lebih dalam maksudnya..moms tak sekat anak2 untuk membuat apa saja yang memenuhi fitrah anak2..Siapa ada anak kecik pastinya sehari 5-6 kali mengemas kan..kan..tapi untuk kerja senang biarkan rumah bersepah dan malam sebelum tidur baru kemas...huhu bila kita tegah anak jangan sepah jangan itu ini. nanti menyekat2 apa yang anak nak buat.. biarkan saja anak BERGEMBIRA dengan kehidupan kanak-kanaknya... SUAMI pun kenalah jadi GOOD DAD..PLAY and ENJOY masa dengan anak..WHY NOT?? Bukan masalah besar rumah bersepah.. Messy kitchen dan dirty oven mungkin maksudnya kita memasak untuk anak dengan tangan kita sendiri..SATU KEPUASAN..kadang2 terpaksa dapur kotor sekejap sebab nak penuhkan keperluan anak..tambah yang BF kan2..bukan senang nak kemas dan dan tu juga lepas masak.. yess..rumah takkan kemas for the whole day..bila anak2 dah tidur barulah moms boleh start kemas dan bersihkan semua sebelum tidur.. GOOD DAD kenalah tolong juga.. Happy kid pastinya suka buat kotor"
Membaca kata-kata 'Good moms' tu ketika rumah dalam keadaan tunggang langgang, menenangkan sedikit rasa hati ni. Betul kata RULZA tu. Siapa yang ada anak kecil, berkali-kali kena kemas rumah dalam sehari. Kalau dapat anak yang tak tahu sepahkan rumah, seronok la. Sedap mata memandang tengok rumah kemas sepanjang hari.
Nak mengemas rumah makan masa tapi dalam masa beberapa minit je rumah boleh jadi macam tongkang pecah dikerjakan 2 beradik..huhu. Paling stress adalah waktu selepas saya memasak. Dapur belum sempat dikemas lagi. Tengok-tengok, keadaan di ruang tamu bersepah, lantai dan karpet melekit dikerjakan anak-anak (si kecil la biasanya mengerjakan lantai dan karpet). Belum dicampur lagi halnya di dalam bilik. Biasalah, jadi mak ni ada juga turun naiknya. Ada masa, memang boleh down tengok keadaan rumah yang bersepah. Saya ni pula, satu kelemahan saya, kalau tengah down, satu benda pun saya tak nak buat. Kalau boleh nak tidur je sepanjang hari sampai emosi stabil kembali (kalau boleh je la..huhu..).
Kadang-kadang membebel juga dengan anak-anak. Haha. Buang masa sungguh. Bukannya anak-anak faham. Ada masa, marah juga anak-anak tapi masing-masing buat muka tak bersalah :p. Tengah kita marah tu pula, ada je la keletah yang mencuit hati. Hilang terus rasa marah tu. Tergelak tengok gelagat mereka. Rumah yang bersepah pun boleh jadi 'tak nampak' melihat keceriaan anak-anak. Benarlah kata orang, anak ni penawar hati.
Biasa saya dengar keluhan ibu-ibu yang ada anak kecil, rumah selalu bersepah tapi selalunya saya tetap rasa rumah saya seorang je yang bersepah. Tak pasal-pasal jadi stress :(. Adakalanya, saya mengadu juga dengan mak waktu bersembang di Skype perihal rumah yang bersepah dikerjakan anak-anak. Mak saya gelak je. "Biasalah tu...budak-budak besar tu macam tu la."
Saya teringat kata-kata suami saya pada seorang kenalannya, "Dulu pelik tengok rumah kakak bersepah. Duk fikir kakak aku ni malas ke? Hmm..sekarang ni dah ada anak sendiri barulah faham." ^_^
Ada masanya juga mula la fikir benda-benda yang tak logik. Seronoknya kalau ada magic wand. Tak payah susah-susah kemas rumah. Acu je magic wand pada barang bersepah...ting! Dah kemas semula dah barang-barang tu. Acu pada pinggan mangkuk yang memenuhi sinki...ting! Dah siap cuci dan kering dah pun. Haih, memang mengarut >_<.
Satu lagi kata-kata penyejuk hati.
Nota:
Jarang saya meluah perasaan di blog. Emosi tak berapa stabil hari ni. Air mata asyik nak mengalir je :(. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Eh, jangan ingat saya mengandung pula ye. Sebelum ni dah orang ingat saya mengandung. Mana dapat idea tu pun tak tahulah. Tak apalah, saya anggap ia sebagai doa :).
Nota 2:
Doakan saya agar dapat menjadi isteri yang solehah dan ummi yang mithali ye. Doakan juga agar saya menjadi seorang yang betul-betul penyabar menghadapi ragam anak-anak. Banyak lagi yang saya perlu pelajari sebagai seorang isteri dan juga ummi.

























































