Pages

Wednesday, September 21, 2011

Lagi cerita di majlis rumah terbuka

Sambungan cerita di majlis rumah terbuka kami yang dibuat pada 5 Syawal. Lebih banyak gambar je pun entry ni :)


Kami berempat lagi ^_^


Gambar ni baru jelas Shakir pakai baju Melayu


3 orang amoi yang bersemangat pakai baju kurung ^_^. Dari kanan: Yuen Mei, Charlene, Jaclyn


Kanak-kanak riang ^_^. Ni mesti dah lama gian nak naik buaian..hihi..


Alhamdulillah cuaca mendung petang tu...ramai la yang duduk di luar. Sambil-sambil makan dan bersembang, boleh hirup udara segar :). Masa ni la pun nak bersantai-santai di luar. Cuaca makin sejuk nanti...berkurung dalam rumah je la jawabnya.




Dari 3 negara berbeza.Thailand , Brunei dan Korea . Jejaka nan seorang tu la Sumardi; tuan rumah bersama untuk majlis rumah terbuka ni :). Syafiq pula yang pakai baju Melayu pink terang dalam gambar atas




Salah satu gambar yang saya suka!


Kanak-kanak riang lagi..versi anak-anak dara ^_^. Safiyyah tu naik buaian sampai tertidur :p. Sebelum tu lagi nampak dia mengantuk tapi tak nak tidur...syok berbuai terus terlena..hihi..


Alif Sophian macam dukung adik sendiri je :)


Ni pun gambar kesukaan saya! Tersengih saya tengok telatah Safiyyah dan Alif Sophian dalam gambar ni ^_^


Neapolitan cheesecake; salah satu pencuci mulut yang saya buat. Macam biasa la...atas permintaan suami saya si penggemar cheesecake. Sejenis lagi...carrot cake yang tak berapa menjadi akibat lama tak dibuat :p. Pertama kali buat cheseecake 3 lapis macam ni. Cheesecake yang guna banyak bahan dan banyak langkah untuk disiapkan. Demi suami, turutkan je :D








Sebahagian daripada kami di Lincoln. Masa ni ada yang dah balik, ada yang solat, dan ada yang masih bersantai di luar rumah menghirup udara segar di kegelapan malam :)


Ramai lagi tetamu yang dijemput tapi hanya mereka yang dapat hadir ke majlis rumah terbuka kami ni. Yang lain ada agenda dan urusan masing-masing. Alhamdulillah, makanan cukup untuk semua tetamu yang hadir. Makanan yang masih berbaki semua diagih-agihkan pada tetamu terutama adik-adik undergrad. Senang hati semua dah licin! Tinggal nak mengemas dan mencuci pinggan mangkuk je. Erk...bab tu yang paling 'lemah' tu!




15 comments:

h4ni3 said...

kakak safiyyah cakap melayu cakap omputeh dgn adik shakir? hehe

yatie chomeyl said...

cheesecake itu sungguh menyelerakan kalbu...nyum3

Teratak Hami said...

Kemeriahan terasa walaupun jauh di perantauan. Akak yg kat M'sia ni pun tak ramai yg serbu camtu sebab kawan2 jauh di Selangor/KL sana.

Najwa.H said...

kek tu nmpak sgt yummy...!!

Myra Jay said...

Kak, nak resepi kek tu boleh, nampak cam sedap sangat :)

eB said...

bestnyer, biler la eB nk mraser ker saner nih? hu3

puan oryza said...

kak nadiah bersalah sebab buat sy teringin nak makan kek tu.... macam mane sekarang??? haaa jwb kat bby sy... huhu

idasm said...

cheesecake tu mmg menggiurkan.. nak2 ada stroberi .. my peveret... hehe..

suka tgk semua pic.. sebab semua happy n ceria...

2 si kecik tu pun comey aje berbaju kebaya n berbaju melayu...

Affieza said...

Bertambah2 cute si Shakir ni bila berbaju melayu...hehe...

Ina Hashim said...

Shakir makin tomey...nak cium bole?

dinor's family said...

meriahnya...

Aleyn said...

Cutenyer Shakir in purple.....

transformed housewife said...

first time dengar Neopolitan Cheesecake.

Nadiah Sidek said...

h4ni3: bahasa german :p

yatie: kena rasa dulu :)

teratak hami: kat malaysia lain kak :)

najwa: tergoda ke? :p

MJ: insyaAllah nanti akak kongsikan resipinya

eb: meh terbang ke sini ;)

puan oryza: datang la sini...akak buatkan ;)

Nadiah Sidek said...

k.ida: sini banyak strawberi segar ;)

affieza: hehe..thank you :)

k.ina: sila..sila.. :D

dinor's family: ;)

aleyn: thank you :)

transformed hw: nadiah pun pertama kali dengar jugak ;)