Pages

Sunday, September 18, 2011

Aidilfitri 2011: 5 Syawal umpama 1 Syawal

Kemeriahan Aidilfitri kami tahun ni hanya mula dirasakan pada 5 Syawal yang jatuh pada hari Sabtu. 5 Syawal terasa bagaikan 1 Syawal sebab masa tu baru semua orang bercuti dan baru rasa seronok nak beraya.

Pagi tu saya dan suami bertungkus-lumus buat persiapan untuk majlis rumah terbuka kami yang bakal bermula jam 5 petang. 2 hari sebelumnya lagi saya dah mula memasak untuk majlis rumah terbuka. Saya sorang-sorang je, mana nak terkejar buat semua dalam sehari. Waktu malam ada la suami saya membantu..siangnya dia ke ladang. Buat persiapan awal takde la kelam-kabut sangat di hari Sabtu tu.


Baju raya kami anak-beranak ditaja oleh mak ayah saya ^_^


Hampir jam 3 petang kami ke rumah Hafiz-Izza...rumah terbuka pertama di sini. Majlis diorang disekalikan dengan majlis harijadi Iman yang ke-2. Macam-macam juadah yang disajikan. Saya sekeluarga tak dapat nak berlama di rumah diorang sebab persiapan majlis rumah terbuka kami masih belum selesai.


Di rumah Hafiz-Izza


Sebelum kami balik sempat juga tengok sesi potong kek. Safiyyah pun sibuk sekali...dia yang paling tak sabar nak ambil kek yang dah dipotong..hihi..


Selesai makan, bersembang dan bergambar sekejap, kami terpaksa mengundur diri. Sampai di rumah terus selesaikan kerja-kerja terakhir yang masih belum selesai. Dah pukul 5 pun masih belum selesai sepenuhnya tapi mujur juga takde tetamu yang sampai tepat jam 5! :D


"Hensem tak saya berbaju Melayu?" :D


Sebahagian hidangan raya di rumah kami. Rendang ayam, sayur campur dan kerabu su'un. Ketiga-tiga juadah ni Sumardi yang masak. Kami pakat buat majlis rumah terbuka sekali dengan Sumardi dan Syafiq. Senang. Masing-masing tak perlu masak banyak-banyak :D


Ni pula bahagian yang saya dan suami sediakan. Satay ayam dan daging, nasi impit, kuah kacang dan soto. Satay tu sebelum tengahari lagi dah dibakar. Syafiq yang tolong bakarkan. Bimbang hujan di waktu petang. Kalau ikut ramalan cuaca untuk hari tu...dijangka hujan dan ribut petir. Tu yang bakar siap-siap tapi alhamdulillah tak hujan sampai ke malam. Cuma pagi tu je la hujan renyai sekejap





Pizza pun ada tau! Ni baru namanya beraya kat luar negara..ngee. Pizza ni ditaja oleh Muzammil yang dah pun pulang ke Malaysia. Dia nak menyumbang juga sesuatu sebagai tanda ingatannya yang pernah beraya di Lincoln :)


Sesi demonstrasi cara makan satay dan ketupat soto oleh suami saya (Oh, masa ni suami saya terlupa nak sarung baju Melayu :p. Lepas sesi demo baru pakai baju Melayu semula). Cik Safiyyah tu pun sibuk nak tolong papa dia :p


Safiyyah dan kawan-kawan


Tetamu-tetamu terawal


Nota: Nantikan sambungan cerita majlis rumah terbuka kami! ;)



21 comments:

cikmimmie said...

meriahnye kak..nak resepi kerabu su'un tu boleh?hehehe

Huda said...

sangat meriah, x rasa mcm beraya di obrsee :)encemla shakir :)

yatie chomeyl said...

piza tu yg plg terliur dlm gmbr ni hehee

All about a journal said...

cantiknyer safiyyah berkebaya (kan?)

ishamizu said...

Wah, sgt meriah! Best2. Sedapnya sate.. Bilalah nk buat sate seniri..aritu raya tak puas mkn kt rmh org. Seganlah kn nk mkn byk2 haha nway cute la safiyyah n syakir tuh!:)

h4ni3 said...

masa ni ler baru masing2 peraga baju raya yer?
hehe
takpe.. raya kan sebulan ;)

Acik Erna said...

comelnya bujang nadiah berbaju melayu..

Hanis MY said...

Wow meriahnya nak satay...

So Shy Lady said...

salam nad,


masak byk btul...t.heran la kna prepare awal

wlau pnat tp sronok kan

dah usha mi kari kt bwh tuuuu best, best hihi

husna said...

safiyyah berkebaya!

Suhana Shahril said...

Cantik baju kebaya safiyyah..baju syakir besar ke?seluar sampai x nmpk kaki..kekeke..pe2 pun SALAM AIDILFITRI utk Nadiah sekeluarga.

sweet life said...

safiyyah pakai kebaya ke?
alooohhh comeinya.. huhu
syakir pun handsome..
dah naek pipi! hehe

eB ezrin said...

meriahnyer... suker3 :)

Mengkuang berduri said...

wah meriahnya... takjubnye nadiah masak banyak makanan...

アヌム ちゃん said...

comelnye si kecil berbaju purple :) meriahnya raya di us ye kak^^

Myra Jay said...

Meriahnyerrr.. :)

kakyong said...

salam singgah menjengah nadiah sekeluarga..

amboi meriahnya majlis berhariraya .. kakyong di sini pun tak de buat open house...

Nadiah Sidek said...

cikmimmie: boleh ;)

huda: masa tu memang tak rasa macam kat luar negara ;)

yatie: dah jemu makan makanan raya la tu..ehe..

all about a journal: a'ah, baju kebaya :)

izu: lain kali buat la sendiri...boleh makan puas2 :D

h4ni3: hihi...tu la..masa ni la nak bergaya dengan naju raya :D

Nadiah Sidek said...

k.erna: heee...terima kasih! :)

hanis: meh la sini kalau nak :D

so shy lady: nak kata banyak sangat tu takde la kak...tapi memang tak sempat buat sehari dengan nak melayan anak2 lagi

husna: ye ;)

k.ana: a'ah..baju shakir tu besar..orangnya kecik je..hihi..

Nadiah Sidek said...

sweet life: iye...safiyyah pakai kebaya ;)

eb: raya tahun ni memang meriah!

k.sita: erk. tak perlu kot rasa takjub tu..huhu..

anum: tahun ni baru rasa meriah sangat :)

myra: yup, memang meriah! ;)

kakyong: sini kena buat kakyong...kalau tak, tak rasa kemeriahan beraya

idasm said...

meriah... bestkan .. menjamu selera bersama kawan2...

cantiknya safiyyah berbaju kebaya...
si hero pun comey!!!!