Pages

Tuesday, September 13, 2011

Aidilfitri 2011: Cerita 1 Syawal

Orang lain dah habis cerita pasal raya...saya baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya pertama untuk tahun ni :p. Ni la akibatnya lama tak berblog. Terlalu banyak yang nak dikongsikan sampai tak tahu nak mula dari mana.

Raya pertama tahun ni pun lebih kurang sama je dengan raya pertama tahun lepas sebabnya tahun ni pun 1 Syawal jatuh bukan pada hujung minggu. Semuanya ada kelas! Memang tak rasa langsung kehadiran Syawal dan kemeriahan Aidilfitri. Lagi pun saya sendiri rasa macam Ramadhan belum cukup sebulan...tiba-tiba dah raya!


1 Syawal 1432 H

Tetamu pertama yang sampai. Azrina. Elok je saya tengah menghidang, Azrina pun sampai. Macam tahu-tahu je..ehe..


Juadah raya pada 1 Syawal. Rendang ayam, nasi impit dan mee kari. Rendang ayam saya masak hari sebelumnya, mee kari pulak masak di pagi raya. Masak sikit-sikit je pun...in case adik-adik undergrad datang beraya macam tahun lepas. Sekurang-kurangnya ada la juadah raya untuk dihidang


Tahun ni 2 jenis biskut raya je yang saya buat (3 jenis la termasuk sejenis lagi yang dibuat pada hari raya ke-3 ^_^). Sungguh tak rajin tahun ni. Nak 'tunjuk-tunjuk' bukannya ada kat sini. Buat la juga 3 jenis. Janji ada :p. Gambar kiri tu biskut cornflakes masin (terbeli salted butter...ingatkan tak terasa masinnya...rupanya tetap rasa juga masinnya tu...huhu...makan je la...nak buat adunan lain tak rajin pulak :p). Kanan tu pulak biskut sarang semut. Tiada dalam gambar: biskut cornflakes bercoklat


Selang beberapa minit Azrina balik...Fatin, Ain, Irfan dan Syafiq pun sampai. Fatin je yang pakai baju raya :p


Safiyyah jadi model biskut sarang semut :D


Tak lama lepas tu Raihan dan Elfha pulak menyusul


Tahun ni tahun pertama Shakir beraya! ^_^





Tetamu terakhir yang sampai...Alif Roslan. Terlupa nak ambil gambar :p. Oh, ada 2 orang lagi anak dara; Fizah dan Hasanah yang datang beraya keesokan harinya. Macam tu je la cerita raya kami pada 1 dan 2 Syawal. Raya pun tak rasa macam raya je. Apakan daya...adat perantau!


Nota: Alhamdulillah, tahun ni dapat puasa penuh lagi ^_^


24 comments:

yatie chomeyl said...

ensemnya shakir

Nad @ MamaZakwan said...

ye la, ensem shakir..shakir tak pakai baju melayu? :)

Aleyn said...

Model Sarang Semut paling ngetop....comeeelll

eB ezrin said...

ajak ar kami... aci x malu ;p

sweet life said...

comeinya shakir and kak long...
nmpk baju kurung pun dah kecik...
cepat membesar ke?
...^^...

...sWeeT uMi... said...

comel nye shakir...(^_^)

cikmimmie said...

akhirnya akak update jgk....penat tau tunggu..hehehe...anyway..selamat hari raya untuk akak dan keluarga..shakir sgt comell...

Hamizah said...

rajinnya masak..

h4ni3 said...

makanan meriah mengalahkan orang kat malaysia.. hehehe

shakir.. shakir.. ensem boy!

Myra Jay said...

Meriah jugak Syawal kat sana ye.. :)

Teratak Hami said...

Selamat Hari Raya :-)
Ramai jgk dtg beraya ek? Rajin Nadiah memasak. Walaupun duk di perantauan, 1 syawal kena sambut jgk.

Yan said...

serronok ada sedih pun ada ye bila beraya di perantauan ni..

transformed housewife said...

takpe. tu pengalaman berharga beraya di perantauan. bila dah balik Msia mcm Knur, kdg2 rindu juga suasana raya di NZ. hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

sronokkan bila ramai tetamu yang sampai, makan ramai2, meriah suasana

Affieza said...

Bestnya hidangan raya tu...hehe..

Huda said...

alhamdulillah, thn ni pun huda dpt puasa penuh lg..dh 4 tahun :) encemla shakir kak :) slmt hari raya..

nanakimie said...

shakir n saffiyah yg comey:) sedapnya mi kari, lma xmkn..hehe

lina said...

salam apa khabar..lama tak dengar citer

Nadiah Sidek said...

yatie: terima kasih aunty! :D

mama zakwan: raya pertama tak pakai baju melayu sebab duduk rumah je :D

aleyn: hehe

eb: ajar apa tu? :D

sweet life: tu baju kurung 2 tahun lepas..heee~

sweet ummi: terima kasih! :)

Nadiah Sidek said...

cikmimmie: haha..tu la mimmie..lama sangat 'cuti'...jadi malas pulak nak update :p

k.hamizah: mana ada rajin kak..huhu..

h4ni3: orang kat malaysia tak payah masak macam2 sebab banyak open house! :D

MJ: raya pertama macam hari biasa je...bezanya ada juadah raya :)

teratak hami: tu yang masak juga tu juadah raya untuk 1 Syawal

yan: a'ah, dua2 perasaan bercampur-baur!

Nadiah Sidek said...

transformed hw: nadiah pun mesti akan rindu jugak suasana beraya kat sini bila dah balik malaysia nanti ;)

mamasyaza: yup ;)

affieza: hidangan biasa di hari raya je pun..ehe..

huda: 4 tahun berturut2 puasa penuh?? bestnya!

nanakimie: kalau malas nak but..beli je kat kedai..banyak kedai ada jual mee kari :D

k.lina: alhamdulillah sihat kak cuma dah lama tak berblog

Izan Ishak said...

nmpak menyelerakan mee kari ngan rendang nadiah tu...

yelah...syakir makin hensem...senyuman menggoda!

husna said...

ah.
rindu sama cornflakes bercoklat kak nadiah!!

Ummi Salsabila said...

terliur tgk juadah akak.kuih raya pun sedap! bila dpt rasa ni?
syakir pandai pose dah n safiyah so cute in kurung!