Pages

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Monday, June 21, 2021

Good Advice For Young Adults

 

Sumber: Twitter magmalaya


A good advice for young adults.

Focus on improving yourself.
Focus on making money.
.
"When you stop chasing the wrong things, you give the right things a chance to catch you." --Lolly Daskal

Saturday, July 25, 2020

Nilai Kecil Yang Amat Bermakna

Dah 2 minggu rupanya tak update blog. Dari sehari ke sehari nak update tapi tak kesampaian. Tak sempat. Anak-anak dah masuk sekolah balik. Agak terkejar-kejar juga sejak bertukar rutin. Ada satu post yang masih dalam draft pun belum dapat disiapkan lagi. Mengalahkan menteri sibuknya 😁.

Pagi semalam saya bawa Safiyyah (anak sulung) makan di kedai. Antara empat beradik, hanya dia sahaja yang belum kembali ke sekolah. Pihak sekolah cutikan sehingga PKPP berakhir. Kesiankan dia yang asyik terperuk di rumah, saya bawalah dia makan di kedai. Lagipun sarapan yang dimasak awal paginya dah dihabiskan adik-adiknya. 

Mulanya dia agak moody waktu sampai di kedai tu. Kuih buah Melaka kegemaran dia yang saya ambil dan letakkan di depannya pun dia buat tak endah sahaja. Air dah dapat, baru okay sikit. Barulah dia makan sebiji kuih tu. Sampai roti canai, dia makan roti canai pula. Semakin okay mood dia. Barulah nampak ceria dan gembira.

Safiyyah ni kalau dia tengah gembira, dia akan keluarkan bunyi pelik. Tak tahu nak jelaskan macam mana. Dalam keadaan ini, suaranya automatik akan jadi kuat. Satu kedai dengar 😅. Kebiasaannya banyak matalah memandang. Yalah, nampak pelik di pandangan orang.

Daripada dia tantrum, lebih baiklah begini walaupun tetap juga mengundang perhatian orang. Selesai makan dan bayar di kaunter, kami terus menuju ke motosikal. Baru nak pakai topi keledar, dengar satu suara di belakang.

"Nah, ambil ni dik."

Saya toleh. Seorang budak muda dalam lingkungan usia awal 20-an hulurkan duit pada Safiyyah.  Terkejut sebab tak sangka. Lebih terkejut sebab muda lagi orangnya. Muda tapi sangat prihatin. Sebelum adik tu berlalu pergi, sempatlah saya ucapkan terima kasih.

Rasanya adik tu pun baru sudah makan di kedai berkenaan. Tak perasan sebab tak pandang keliling.  Dia nampak agaknya Safiyyah berkelakuan pelik. Terharu sangat. Walaupun nilai yang diberi kecil sahaja tapi ia memberi makna yang cukup besar.

Terima banyak-banyak, dik. Moga sentiasa murah rezeki dan dipermudahkan urusan sehari-hari.


Tuesday, June 23, 2020

PKP: Terkandas di Kampung #2

Entry ni bukanlah sambungan PKP: Terkandas di Kampung sangat pun. Lebih kepada apa yang berlaku sepanjang kami terkandas selama hampir dua bulan di kampung.

Duduk di kampung selama itu, dua kali nampak babi hutan depan mata. Kali pertama, sikit je lagi haiwan tu nak masuk halaman rumah. Saya tengah main di luar rumah melayan anak dan anak-anak buah. Seorang anak buah yang berumur 7 tahun tiba-tiba bersuara, "Apa tu?"

Saya toleh ke arah yang dimaksudkan. "Babi hutan!" Semua terkejut. Masing-masing tengah ralit, memang tak sedar kehadiran 3 ekor babi hutan tu. Mujurlah lepas tu ketiga-tiga ekor tu terus lari masuk ke hutan semula.

Kali kedua, anak teruna saya yang perasan tapi waktu tu haiwan tu berada di hutan seberang jalan. Depan rumah mentua memang kawasan hutan. Selalu juga mok kata babi hutan rosakkan kebun. Ada sekali tu waktu senja terdengar riuh suara mok di luar (belakang rumah). Rupanya mok tengah halau babi hutan yang masuk kawasan kebun. Berani betul mok. Kalau menantu dia ni, mahunya lari masuk rumah..hihi.


Cari haiwan tersembunyi 😝


***

Vocab Kelate saya pun sah-sahlah bertambah. Hehe. Yang saya ingat, sayur teneh dan kacang mior. Bila mok sebut tu...alamak...sayur apa tu? Tak pernah dengar pula. Bila mok tunjuk, oooooohhhhh (baca dengan 6 harakat) tahulah saya sayur-sayur apa yang mok maksudkan. Sayur teneh tu petola. Kacang mior pula, bendi. Hehe...lain benar namanya dengan nama yang saya tahu selama ni.

***

Waktu terkandas itu jugalah saya ajar anak-anak tengok filem lama. Kebetulan satu malam tu Pendekar Bujang Lapok disiarkan. Mula-mula anak-anak tak berminat nak tengok. Yalah, filem hitam putih...manalah menarik perhatian. Ummi dengan papa tonton sambil tergelak-gelak, barulah mereka menunjukkan minat. "Cobaan...cobaan.." Bahagian inilah yang menjadi kegemaran anak-anak. Sampai sekarang pun mereka ingat bahagian tu. Kadang-kadang mereka siap lakonkan sekali babak cobaan tu 😁.

***

Anak-anak bergilir-gilir demam. Mula-mula Rania. Bangun tengah malam, dia beritahu yang dia demam. PCM tak ada, jadi saya hanya lapkan badannya dengan kain basah sahaja. Pagi esoknya nampak banyak biji-biji merah di badannya. Bawa ke klinik, dijangkiti cacar air (chicken pox) rupanya. Tak tahu berjangkit dari mana. Bukannya kami ada ke mana-mana pun. Antara adik-beradik, dia yang pertama dijangkiti cacar air. Yang lain setakat ni belum kena lagi.


Anak dara ni tak suka disapu calamine lotion. Kena pujuk berkali-kali dulu. Busuk katanya.


Kemudian, Raihannah dan Shakir pula demam. Alhamdulillah demam biasa je. Banyak berjemur tengah panas agaknya. Akhir sekali barulah Safiyyah. Safiyyah ni waktu demam tu dia beritahu yang telinganya sakit. Bawa ke klinik, doktor kata telinganya tak ada masalah. Tapi dah banyak hari demam tak kebah-kebah, papanya bawa ke klinik sekali lagi. Barulah perasan telinganya kena jangkitan. Patutlah tak kebah-kebah demamnya.  Alhamdulillah masing-masing sekali tu je la demam.

***

Dan, waktu terkandas ini jugalah Safiyyah dah pecahkan cermin kabinet..huhu. Saya di dapur ketika kejadian. Manakala suami dan mok tiada di rumah. Saya terdengar bunyi kaca berderai. Terus bergegas ke ruang tamu. Aduhai, cermin kabinet pecah rupanya. Sejak 2-3 tahun kebelakangan ni, Safiyyah memang suka tepuk cermin, meja, kabinet dan segala yang mengeluarkan bunyi. Kalau tengah marah, lagi kuatlah ditepuknya. Alhamdulillah jugalah tiada sebarang kecederaan pada Safiyyah. Mok balik, saya beritahu mok. "Dah sampai masanya tu," tenang sahaja mok jawab. Alangkah bagusnya kalau menantunya ni ada sifat reda dan kesabaran yang sama..huhu..



Thursday, July 5, 2012

Rentetan entri WW: Good moms

Macam-macam komen yang keluar dalam entri WW: Good moms tu :). Saya paling suka komen daripada RULZA:

"melihat dengan lebih dalam maksudnya..moms tak sekat anak2 untuk membuat apa saja yang memenuhi fitrah anak2..Siapa ada anak kecik pastinya sehari 5-6 kali mengemas kan..kan..tapi untuk kerja senang biarkan rumah bersepah dan malam sebelum tidur baru kemas...huhu bila kita tegah anak jangan sepah jangan itu ini. nanti menyekat2 apa yang anak nak buat.. biarkan saja anak BERGEMBIRA dengan kehidupan kanak-kanaknya... SUAMI pun kenalah jadi GOOD DAD..PLAY and ENJOY masa dengan anak..WHY NOT?? Bukan masalah besar rumah bersepah.. Messy kitchen dan dirty oven mungkin maksudnya kita memasak untuk anak dengan tangan kita sendiri..SATU KEPUASAN..kadang2 terpaksa dapur kotor sekejap sebab nak penuhkan keperluan anak..tambah yang BF kan2..bukan senang nak kemas dan dan tu juga lepas masak.. yess..rumah takkan kemas for the whole day..bila anak2 dah tidur barulah moms boleh start kemas dan bersihkan semua sebelum tidur.. GOOD DAD kenalah tolong juga.. Happy kid pastinya suka buat kotor"


Membaca kata-kata 'Good moms' tu ketika rumah dalam keadaan tunggang langgang, menenangkan sedikit rasa hati ni. Betul kata RULZA tu. Siapa yang ada anak kecil, berkali-kali kena kemas rumah dalam sehari. Kalau dapat anak yang tak tahu sepahkan rumah, seronok la. Sedap mata memandang tengok rumah kemas sepanjang hari.

Nak mengemas rumah makan masa tapi dalam masa beberapa minit je rumah boleh jadi macam tongkang pecah dikerjakan 2 beradik..huhu. Paling stress adalah waktu selepas saya memasak. Dapur belum sempat dikemas lagi. Tengok-tengok, keadaan di ruang tamu bersepah, lantai dan karpet melekit dikerjakan anak-anak (si kecil la biasanya mengerjakan lantai dan karpet). Belum dicampur lagi halnya di dalam bilik. Biasalah, jadi mak ni ada juga turun naiknya. Ada masa, memang boleh down tengok keadaan rumah yang bersepah. Saya ni pula, satu kelemahan saya, kalau tengah down, satu benda pun saya tak nak buat. Kalau boleh nak tidur je sepanjang hari sampai emosi stabil kembali (kalau boleh je la..huhu..).

Kadang-kadang membebel juga dengan anak-anak. Haha. Buang masa sungguh. Bukannya anak-anak faham. Ada masa, marah juga anak-anak tapi masing-masing buat muka tak bersalah :p. Tengah kita marah tu pula, ada je la keletah yang mencuit hati. Hilang terus rasa marah tu. Tergelak tengok gelagat mereka. Rumah yang bersepah pun boleh jadi 'tak nampak' melihat keceriaan anak-anak. Benarlah kata orang, anak ni penawar hati.

Biasa saya dengar keluhan ibu-ibu yang ada anak kecil, rumah selalu bersepah tapi selalunya saya tetap rasa rumah saya seorang je yang bersepah. Tak pasal-pasal jadi stress :(. Adakalanya, saya mengadu juga dengan mak waktu bersembang di Skype perihal rumah yang bersepah dikerjakan anak-anak. Mak saya gelak je. "Biasalah tu...budak-budak besar tu macam tu la."

Saya teringat kata-kata suami saya pada seorang kenalannya, "Dulu pelik tengok rumah kakak bersepah. Duk fikir kakak aku ni malas ke? Hmm..sekarang ni dah ada anak sendiri barulah faham." ^_^

Ada masanya juga mula la fikir benda-benda yang tak logik. Seronoknya kalau ada magic wand. Tak payah susah-susah kemas rumah. Acu je magic wand pada barang bersepah...ting! Dah kemas semula dah barang-barang tu. Acu pada pinggan mangkuk yang memenuhi sinki...ting! Dah siap cuci dan kering dah pun. Haih, memang mengarut >_<.

Satu lagi kata-kata penyejuk hati.


Nota:
Jarang saya meluah perasaan di blog. Emosi tak berapa stabil hari ni. Air mata asyik nak mengalir je :(. Terlalu banyak yang bermain di fikiran. Eh, jangan ingat saya mengandung pula ye. Sebelum ni dah orang ingat saya mengandung. Mana dapat idea tu pun tak tahulah. Tak apalah, saya anggap ia sebagai doa :).

Nota 2:
Doakan saya agar dapat menjadi isteri yang solehah dan ummi yang mithali ye. Doakan juga agar saya menjadi seorang yang betul-betul penyabar menghadapi ragam anak-anak. Banyak lagi yang saya perlu pelajari sebagai seorang isteri dan juga ummi.


Monday, February 27, 2012

2 video yang menusuk jiwa

Video pertama: Insan yang tak punya tangan dan kaki



Berlinang air mata saya tengok video ni. Malu rasanya dengan diri sendiri. Berbeza sungguh dengan insan yang tak punya tangan dan kaki dalam video tersebut :(. Walaupun anggota fizikalnya tak lengkap, fikiran dan hatinya sangat positif. Sentiasa tersenyum. Tak kisah langsung dengan 'kekurangan' diri sendiri. Malah, dia boleh melakukan banyak aktiviti tanpa tangan dan kaki! Allahuakbar!

"Be thankful". MasyaAllah...rasa terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut insan tersebut. Dia mengingatkan orang lain bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan dirinya sendiri tak punya kaki dan tangan. Allah, malunya rasa. Kita yang dilahirkan sempurna terlalu banyak keluh-kesah. Terlalu banyak mengeluh. Sentiasa memikirkan benda yang tak dimiliki padahal nikmat yang Allah kurniakan buat kita terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga tak mampu kita menghitungnya. Mudah-mudahan selepas ini kita jadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya.


Video kedua: Rakyat Syria bersumpah untuk syahid



Berderai juga air mata saya menonton video ni. Kagumnya dengan semangat juang mereka menentang kezaliman regim Basyar al-Assad. Betapa dambanya mereka terhadap syahid. Betapa kuatnya pergantungan mereka terhadap Allah. Terfikir sejenak...sejauh mana dan seutuh mana pergantungan saya terhadap Allah? Adakah pergantungan terhadap manusia melebihi pergantungan terhahap Allah? Siapa yang saya cari dahulu ketika ditimpa masalah? Manusia lainnya atau Allah? Allahurabbi. Semoga Allah mengampunkan saya atas kelalaian dan kedhaifan diri sendiri..ameen.

Marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Syria yang berjuang menegakkan keadilan dengan menumbangkan regim Basyar al-Assad. Sekalipun tidak beroleh syahid, mudah-mudahan Allah nilai ia sebagai usaha tak seberapa kita dalam membantu mereka di sana...


Wednesday, April 21, 2010

Ada beza ke wanita selepas kahwin?

Baru-baru ni sorang hamba Allah tanya pada saya, lebih kurang macam ni la soalannya: "Ada beza ke wanita selepas kahwin?". Saya masa tu terkesima kejap. Bukan apa, tak terlintas di fikiran akan ditanya soalan sebegitu. Saya tak terus jawab pun soalannya tu...kebetulan waktu tu saya tengah bersembang dengan mak saya, jadi tak boleh nak fikir sangat la. Saya biarkan aje persoalannya tu tanpa sebarang respon.

Tadi teringat balik persoalan yang diutarakan tu. Duk fikir, apa la jawapan yang saya nak bagi. Ye la, dah kahwin, saya teruskan aje la life sebagai seorang isteri, takde la pulak fikir perbezaan sebelum dan selepas kahwin. Tapi bila difikir-fikirkan, memang ada perbezaannya...


Sebelum kahwin...sorang, dah kahwin...berdua love


Izin suami
Yang ni saya rasa perbezaan paling ketara la. Nak keluar rumah, kena minta izin suami. Kalau suami tak bagi keluar, tak boleh la keluar hatta nak ke rumah mak ayah je pun. Nak bekerja pun kena dapat izin daripada suami dulu. Kalau suami tak bagi kita kerja, kena duk rumah je...nak tak nak kena ikut juga la. Macam saya, suami lebih prefer saya duduk di rumah jaga anak. Saya memang tak kisah sebab memang suka duk rumah pun, janji boleh access internet..ekeke takde la tension pasal kerja, kan? sengihnampakgigi Suami saya kata, kalau nak kerja, tunggu la sampai Safiyyah umur 10 tahun. By the time, umur saya dah mencecah 37 tahun...tak kuasa le dah saya nak kerja masa tu pun! Lagipun, ada ke orang nak ambil staf yang berumur 37 tahun yang takde pengalaman bekerja? fikir


Tempat luah perasaan
Sebelum kahwin, kawan-kawan la jadi tempat luah perasaan. Bila dah kahwin, suami la pulak tempat luah perasaan. Nak mengada-ngada, nak merajuk pun dengan suami la ihikhik


Selera sendiri dan selera suami
Yang ni saya la alami, orang lain mungkin tak kot tambah-tambah yang dapat suami yang jenis makan apa saje tolak batu dan kayu. Saya ni dari kecik seorang picky eater. Sangat memilih makanan. Suami saya pun memilih jugak tapi takde la sampai tahap kronik (?) macam saya. Pendek kata, selera kami berdua memang tak sama. So, bila nak masak, saya kena fikir masakan yang kami berdua akan makan. Berbeza sebelum kahwin dulu, saya hanya akan masak makanan yang saya suka je. Yang saya tak suka tu, jangan harap la saya nak masak takbole. Bila dah kahwin, saya kena pelbagaikan jenis masakan. Apa yang suami suka makan, saya akan masakkan. Yang mana tak reti tu, kena pandai-pandai la. Takkan nak masak ikut selera saya je. Kang kebulur lak suami saya tu jelir


Masa dengan kawan-kawan berkurang
Bila dah kahwin, masa lebih banyak dengan suami dan anak-anak je la. Dah tak boleh la macam zaman anak dara dulu. Dengan kawan-kawan, masih berhubungan lagi tapi memang tak sama la macam sebelum kahwin. Keinginan untuk keluar dan bergembira dengan kawan-kawan pun berkurang. Bukan suami tak bagi keluar dengan kawan-kawan, saya je yang tak nak. Saya lebih suka dan lebih selesa keluar bersama suami dan anak


Lebih kenal sifat/perangai kaum adam
Nak kata betul-betul kenal/faham perangai diorang tak sangat la sebab saya dan suami pun baru 2 tahun je berkahwin. Banyak lagi yang masih saya tak tahu. Memang la saya ada ayah dan adik lelaki tapi tetap tak sama. Bila bersuami, lagi la tahu sifat diorang (lelaki) macam mana. Contohnya, lelaki ni kebanyakannya bukan jenis pendengar yang baik. Tak macam kaum hawa...kalau ada yang meluah perasaan, betul-betul concentrate dengar apa yang diperkatakan/diluahkan tu. Dan lelaki ni jenis tak suka ambil tahu benda remeh-temeh...kontra dengan sifat perempuan..


Tak letih menjawab
Selagi tak kahwin, selagi tu la orang duk tanya, "Bila nak kahwin?". Ni memang la soalan wajib dan soalan favourite selagi belum mendirikan rumah tangga. Letih nak menjawab. Setakat sorang dua yang tanya tu takpe lagi la. Ni semua orang duk tanya benda yang sama...mana la tak letih! Bila dah kahwin...fuh, lega! penat Tak perlu dah nak menjawab soalan tu. Lelaki pun ditanya juga soalan yang sama tapi kalau lelaki kahwin lewat, orang tak kisah sangat. Kalau perempuan kahwin lewat, dapat pulak gelaran andartu (anak dara tua)/andalusia (anak dara lanjut usia) xpasti. Mana ada orang yang suka digelar macam tu, kan? Err...tapi bila dah kahwin, orang tanya pulak...bila nak dapat anak? Macam la anak ni senang je nak buat macam buat anak patung. Alhamdulillah la saya terlepas daripada soalan tu. Tapi...bila dah dapat anak sorang, orang duk tanya pulak, bila nak tambah anak? Agaknya, bila anak-anak dah besar nanti, orang tanya pulak...bila nak dapat menantu? Adeh...letih juga nak menjawabnyaadus


Tu je yang saya boleh fikirkan. Ada lagi ke ek? Meh tolong tambah sama kenyit.


Tambahan:

"Time raya, nak balik rumah dia je", kata suami saya bila saya minta suami tolong tambahkan point saya. ihikhik

Ye la, saya ni anak kesayangan mak ayah saya (perasan! haha..)...mesti la nak balik rumah mak ayah saya time raya. Lagipun, mak ayah saya ada 2 orang anak je...cucu pun baru sorang...kesian la kat diorang kalau saya tak balik raya kat rumah mak ayah masa raya. Suami saya lain la, keluarganya besar (pandai je menjawab jelir)

Wednesday, December 16, 2009

Open Your Eyes

Video bawah ni mula-mula saya dapat di Facebook. Pastu saya cari di YouTube...alhamdulillah jumpa video yang sama! Sekadar perkongsian dengan semua teman-teman yang berkunjung di blog ni. Tersentuh rasa hati tengok video ni...

Monday, December 14, 2009

Drama/movie kegemaran

Dulu saya suka tengok cerita-cerita penyiasatan. Mula-mula suka dengan siri CSI (tak kira la CSI New York ke..Miami ke..Las Vegas ke...semua saya tengok) tapi bila dah mula 'kenal' dengan Criminal Minds, saya prefer lagi Criminal Minds berbanding CSI sebabnya saya tak berkenan betul dengan salah 1 main character dalam siri CSI yg slow motion. Jalan pun slow je (aduh..rimas la tengok orang lelaki jalan slow)...yang takleh nak terima tu...boleh dia berjalan perlahan-lahan masa kat tempat kejadian adus. Part tu saya rasa sangat tak logik. Saya rasa dalam dunia realiti takde pun macam tu. Mungkin nak tunjuk effect lebih kot...tak pun director yang arahkan camtu. Peminat CSI sekalian...jangan la marah saya ye peace..hehe..



Sebab ke-2, bila saya tengok Criminal Minds, automatik minda saya terarah ke 1 column dalam Metro Ahad yang cerita pasal penjenayah dan jenayah yang dilakukan. Tak ingat pulak column tu nama apa. Benda-benda yang kita rasa tak masuk di akal (kekejaman yang melampau), sebenarnya betul-betul berlaku dalam dunia realiti. Dan yang pentingnya, takde character yang slow motion sengihnampakgigi. Psstt...sampai sekarang saya tak pernah ingat nama-nama watak dalam CSI mahupun Criminal Minds walaupun suka tengok cerita-cerita tu jelir



Tapi, sejak saya duk di US ni malas pulak rasanya nak tengok siri-siri penyiasatan macam tu. Semua cerita bersiri pun saya malas nak tengok. Lebih suka tengok cerita yang digarap daripada kisah benar (based on true story). 2 jam aje ceritanya dan takde sambung-sambung. Yang sebenarnya, saya takde minat yang khusus terhadap mana-mana drama/movie. Kalau rasa nak tengok, saya tengok. Kalau tak, memang saya takkan tengok walaupun semua orang duk heboh kata cerita tu best. Contohnya Nur Kasih la sengihnampakgigi. Sempat la juga saya tengok 1-2 episod kat Malaysia sebelum fly ke US ni. Then malas nak tengok sebab ceritanya bersambung-sambung dan ditayangkan hanya sekali seminggu je penat! Dah sampai sini...tak kuasa la saya nak tengok kat internet.

Cerita yang saya tengok tu yang berlaku di US ni la. Macam-macam jenayah yang berlaku kat sini. Daripada kes bunuh-membunuh (bunuh-membunuh ni common sangat kat US ni) sampai la kes jual baby. Kalau yang melibatkan pembunuhan, macam-macam punca suatu pembunuhan tu boleh berlaku. Nak balas dendam, nak cepat kaya, ada affair dengan perempuan/lelaki lain (yang ni yang dah kahwin la) dan 1 lagi yang kerap berlaku adalah sikap terlalu cepat mempercayai orang yang baru dikenali.

Memang pelik betul la. Kebanyakan cerita yang saya tengok, diorang ni mudah sangat percaya dengan seseorang padahal baru beberapa minit je kenal. Siap boleh ajak tidur kat rumah lagi. Tapi memang sikap yang ditunjukkan si talam 2 muka tu semua orang boleh cair. Bak kata pepatah "pijak semut pun, semut tak mati". Pandai betul ambil hati semua orang terutama kanak-kanak. Bila mak ayah budak tu nampak anak dia suka dengan orang tu, terus jadi cair. Serta-merta suka dengan orang tu dan terus mesra macam keluarga sendiri. Dah lama pastu baru la tahu yang sebenarnya dia tu ada niat jahat.

Zaman sekarang ni kena lebih berhati-hati la. Tak boleh nak percaya orang bulat-bulat terutama yang baru je kita kenal. Bukan nak berprasangka buruk, cuma sikap berhati-hati tu perlu lebih lagi.

Yang paling kejam yang saya tengok setakat ni...kes seorang perempuan yang bunuh semua ahli keluarga dia gara-gara diorang selalu duk kata kat perempuan tu yang dia tak cukup bagus. Jangan tanya saya nama ceritanya ye...saya tak ingat! Sape pelakonnya lagi la saya tak tau jelir. Duk simpan perasaan dalam hati, lama-lama benda tu jadi 'barah' kat perempuan tu. Tu yang sampai sanggup bunuh semua ahli keluarga dia tu.

Di pengakhiran setiap cerita, mesti terpacul ayat ni di bibir saya:

"Eii...dia ni sakit jiwa la".

Mungkin konklusi yang boleh saya buat kot (pendapat saya aje ni). Ye la...saya rasa kalau fikiran orang tu waras, takkan la dia nak bunuh orang lak, kan? Kadang-kadang memang takut tau tambah-tambah saya duk di US ni. Mudah-mudahan dijauhkan la perkara-perkara yang tak elok. Ni ada statistik sikit pasal mental disorders yang saya ambil dari internet:

"Mental disorders are common in the United States and internationally. An estimated 26.2 percent of Americans ages 18 and older — about one in four adults — suffer from a diagnosable mental disorder in a given year. When applied to the 2004 U.S. Census residential population estimate for ages 18 and older, this figure translates to 57.7 million people. Even though mental disorders are widespread in the population, the main burden of illness is concentrated in a much smaller proportion — about 6 percent, or 1 in 17 — who suffer from a serious mental illness. In addition, mental disorders are the leading cause of disability in the U.S. and Canada for ages 15-44. Many people suffer from more than one mental disorder at a given time. Nearly half (45 percent) of those with any mental disorder meet criteria for 2 or more disorders, with severity strongly related to comorbidity." [source]


p/s: kat negara lain pun mungkin benda yang sama gak yang berlaku tapi saya duk highlight US sebab cerita yang saya tengok semuanya yang berlaku di US kenyit

p/p/s: pictures by google

Thursday, October 8, 2009

25 September & 2 Oktober 2009

Kemalasan sekali lagi menguasai diri...mujur la blog ni tak boleh berkulat...hehe. Ada je nak diceritakan tapi lepas je tulis 2-3 ayat terus cancel dan sign out. Malaaaassss sangat rasanya nak update. Hmm...mungkin 2-3 entry yang akan saya buat lepas ni (termasuk le entry ni) boleh dikatakan agak basi tapi layankan aje la ye kenyit.


25 September 2009
Pindah rumah ke University Park Apartment. Huhu...ikutkan hati memang tak mau pindah sebab saya suka rumah yang kami sewa sebelum ni tapi apakan daya...kami bukannya orang yang kaya-raya. Sekali tengok, sewa rumah sebelum ni dengan student apartment ni lebih kurang sama tapi bila dicampur dengan bil elektrik dan gas (heater), university apartment ni jauh lebih murah (duduk di student apartment; elektrik dan gas - free of charge!) ditambah dengan kabel TV (lebih kurang 70 channel. Kalau duduk di luar, kabel TV kena bayar...ala-ala melanggan Astro la) dan kabel internet free (tapi sampai saat saya menaip ni masih menggunakan wireless...tak tau kenapa kabel internet takleh guna...suami saya asyik lupa je nak tanya pihak pengurusan adus).

Tapi suami saya kena bayar 1000 dollar lebih (banyak tu! huhu...) untuk rumah lama dulu sebab melanggar kontrak (pindah awal daripada tempoh kontrak yang dah ditandatangan). Tak sangka sebenarnya boleh dapat awal apartment ni. Dalam list menunggu masa apply apartment ni, kami dalam ranking 20 lebih. Ingatkan dalam tahun depan la baru dapat apartment ni, tengok-tengok masa bulan puasa lepas dapat dah. Rezeki kami agaknya. Suami saya minta postponed pindah rumah memandangkan masa tu puasa...letih lak nanti duk angkut barang.

2 sebab utama saya tak nak pindah:
  1. rumah sebelum ni lebih besar daripada apartment ni walaupun kedua-duanya hanya ada 1 bilik tidur
  2. dapur di rumah lama tersorok tak macam dapur di apartment ni. Kat rumah lama, dapur terletak dalam satu 'bilik' dan agak tersorok tapi di apartment ni masuk-masuk rumah je dapur di sebelah kanan dan ruang tamu di sebelah kiri...huhu..tak best!

2 perkara pula yang paling saya suka di apartment baru:
  1. dapat kelengkapan dapur yang baru (kabinet, microwave dan dapur + digital oven). Oh, karpet juga baru (rumah-rumah kat sini takde yang takde karpet. Tak suka karpet macam mana sekalipun, kena suka juga sebab nanti time sejuk tak terpijak lantai!). Sebelum kami masuk ke apartment ni, ia diubahsuai (renovate) dulu. Terubat juga la rasa hati bila pertama kali masuk ke apartment ni...macam kami penghuni pertama pulak padahal dah berapa keluarga agaknya yang menetap di sini sebelum kami
  2. dapat kabel internet free (walaupun masih tak dapat digunakan lagi...huhu..). Mujur juga la wireless agak laju kalau nak dibandingkan dengan rumah lama yang selalu disconnect (al-maklum le...dapat sipi-sipi je universiti punya wireless network connnection jelir)

Bawah ni gambar-gambar apartment baru kami:

Dapur. Di sebelah kirinya ruang tamu. Pintu yang ada dalam gambar tu adalah closet


Ruang tamu. Memang kecik dibandingkan dengan rumah lama




View depan rumah



2 Oktober 2009
Alhamdulillah, Safiyyah genap 9 bulan. Dulu selama 9 bulan dia berada dalam rahim saya dan sekarang ni dah 9 bulan dia membesar di depan mata. Pantas sungguh masa berlalu. Masih terbayang lagi betapa terujanya saya saat merasakan pergerakan Safiyyah buat pertama kali sewaktu dia di alam rahim. Juga di saat saya mahu melahirkannya. Mengandung dan bersalin - suatu pengalaman terindah saya yang sukar digambarkan dengan kata-kata...

Safiyyah dan pandai melambai-lambai tangannya babai. Orang pertama yang dilambai adalah pekerja yang buat inspection di rumah ni Jumaat lepas. Tak sangka la pulak dia nak lambai kat orang tu sebab sebelum ni saya duk ajar dia lambai-lambai tangan tapi masih tak reti lagi. Masa tu pekerja tu dah nak keluar dah pastu dia saje la lambai kat Safiyyah, tengok-tengok Safiyyah melambai balik. Pekerja tu terkejut (saya pun terkejut!) tengok Safiyyah balas lambaiannya sengihnampakgigi.

Bila suami saya balik dari lab, saya ceritakan kat dia.

"Amboi...babai kat mat salleh ye. Dengan papa pun tak lambai lagi," ujar suami saya dengan nada tak puas hati. ihikhik


Petang tu kami ke rumah Silvana. Silvana buat jamuan kecil-kecilan untuk kawan-kawan sepejabat (salah seorangnya suami saya la). Beria-ia sungguh dia sekeluarga nak kami hadir ke rumah mereka sampai duk tanya tanya pasal makanan halal pada suami saya. Berusaha dia gi beli daging halal di kedai Arab. Pencuci pinggan dibelinya yang baru. Peralatan-peralatan lain (dulang pembakar, pisau dan sudu garpu) dipinjam dari kami. Terharu kami dibuatnya. Mana la boleh nak menolak kalau dah begitu caranya. Jamuan mula dalam pukul 6 tapi pukul 6 lebih baru kami bertolak dari rumah (dekat je pun rumah Silvana dengan rumah kami). Ingatkan kami la tetamu terakhir yang sampai rupanya ada lagi yang belum sampai, jadinya terpaksa tunggu diorang sampai baru boleh makan. Janggal rasanya masuk ke rumah Silvana dengan berkasut. Kita kan dah biasa tanggalkan kasut sebelum masuk rumah. Takpe la, anggap je la macam masuk ke pejabat..ehe..

Pertama kali saya hadir ke jamuan yang disediakan sekali wine dan makanan-makanan yang tidak halal yang lainnya serta berdepan dengan couple (belum kahwin) yang sangat 'mesra' (ke depan jalan berpelukan dan bercium, ke dapur pun begitu juga...ke mana-mana pun macam tu la jugak...ala-ala belangkas). Memang rasa agak tak selesa tapi duduk di sini memang takleh lari dari perkara-perkara macam tu. Dan pertama kali juga saya rasakan amanah yang terpikul di bahu saya sebagai seorang Muslim terasa sungguh berat. Susah nak explain, tapi secara kasarnya, saya bimbang seandainya Islam difitnah gara-gara kami sekeluarga...na'uzubillah...




Apa pun, Silvana sekeluarga memang baik tambah-tambah Silvana yang suka bertanya macam-macam termasuk yang berkaitan dengan Islam. Mudah-mudahan terpancar hidayah buat mereka sekeluarga satu hari nanti...

Monday, July 27, 2009

July 27, 2009

2.30 petang tadi baru siap masak. Meragam lagi Safiyyah ni. Hampir tiap kali saya nak masak, mula la dia meragam. Huhu. Mula-mula saya biarkan aje tapi makin lama, makin kuat lak dia menangis. Macam kena dera pulak! Biasanya sebelum masak, saya susukan dia dengan harapan saya dapat masak dengan tenang. Tapi tak selalunya la berhasil. Macam tadi la. Mulanya elok je dia main sorang-sorang pastu tiba-tiba je dia menangis. Saya buat tak tahu je la dulu tapi makin kuat dia menangis sampai nak habis suara. Then, saya duk pujuk dia, letak kat kerusinya tu, dia tak nak. Baringkan dia pun dia tak nak. Lagi kuat dia menangis ada la. Disumbat puting ke mulutnya, dibuangnya pulak! Macam-macam cara dah buat tapi satu pun tak berhasil. Bila didukung, terus senyap! Saya dukung bawa dia round rumah (sekitar ruang tamu je sebenarnya :p) dulu pastu bila nampak macam dia dah ok, saya letak la dia. Menangis balik dia!


Nak tak nak, saya biar je la dia menangis. Ke dapur potong-potong bawang sekejap, pergi kat Safiyyah balik. Pastu ke dapur semula, sambung balik kerja-kerja potong-memotong dan siang-menyiang, dan berkejar ke ruang tamu balik. Duk berkejar ke dapur dan ke ruang tamu je la tadinya sebab dia tak berhenti menangis. Last-last, saya roger la papanya minta balik rumah segera sebab tak boleh nak masak. Masuk kali ni dah berapa kali dah saya roger suami saya di kampus bila tengah masak. Sementara tunggu papanya balik, terpaksa masak sambil mendukung Safiyyah. Aduh...letihnya! Betul-betul menguji kesabaran. Ni baru anak sorang, dan baru 6 bulan lebih. Macam mana la gamaknya ye bila anak ramai? Harus ada bibik ni :p. Hehe...mengada-ngada pulak nak berbibik!


Tadi terbaca dalam blog salah seorang blogger moms...dia kata mak dia ada 18 orang adik-beradik. Wah...ramai sungguh! Tak tergambar macam mana la arwah neneknya jaga anak-anak seramai tu. Saya yang baru ada anak sorang ni pun dah rasa letih. Memang salute la pada ibu-ibu yang ada anak ramai! Harus minta tips daripada diorang ni ;).


Oh, dalam pukul 3.30 tadi tengah saya duk rehat-rehat, tiba-tiba je anak dara saya ni senyap. Padahal sebelum tu dengar la juga mulutnya riuh duk main sorang-sorang. Tengok...umminya dah tak sibuk di dapur elok je dia main sorang-sorang. Pastu saya tengok la Safiyyah tengah buat apa. Rupa-rupanya dia dapat skill baru! Patut la tak dengar suaranya...ini yang dibuatnya:




Dah pandai hisap jari kaki la pulak! Sebelum ni mak saya ada la cakap, dah besar sikit nanti budak akan pandai hisap jari kaki. Kali ni baru saya tengok dengan mata sendiri. Dulu Safiyyah asyik tengok je kakinya tu. Diangkat tinggi-tinggi kakinya tu pastu duk perhati je. Entah apa la agaknya dia duk fikir masa tu. Teringin nak tahu apa yang bermain di minda anak-anak kecil. Diorang ni kecil-kecil cili api! Jangan dipandang rendah pada mereka. Mereka cerdik tau! Perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi. Eh, tiba-tiba pulak teringat proverb ni: Curiosity kills the cat! Kena perhati selalu anak-anak kecil sebab diorang bukannya tahu erti bahaya. Semua benda yang dijumpa, semua nak masuk mulut. Ye la...dari situ la diorang belajar. Lihat, sentuh, pegang pastu nampak macam yummy je...terus masuk mulut! :D

Monday, March 30, 2009

Kenduri kahwin: boleh pergi? tak boleh pergi?

Ramai sahabat, teman dan 'adik-adik' saya yang akan mendirikan masjid pada bulan Mei dan Jun ni. Entahkan dapat menghadirinya (kalau dijemput la) entahkan tidak. Kalau diikutkan hati, mahu saja memenuhi semua undangan tapi dengan kehadiran anak kecil agak payah untuk merealisasikannya.

21 Mac baru ni bawa si kecil, Safiyyah ke majlis perkahwinan anak sepupu ayah di Batu Kawan. Kebetulannya, memang saya nak ke Penang kerana suami akan menerima ijazah sarjana pada 25hb. Jadinya, saya ikut sekali ke kenduri tersebut sebelum dihantar ayah ke USM. Sepanjang perjalanan alhamdulillah Safiyyah ok. Tak meragam. Tapi bila sampai je di rumah pengantin, Safiyyah mula meragam. Menangis kuat sampai habis suara! Macam-macam cara dah dibuat untuk meredakan dan menenangkannya tapi semua tak berjaya. Takut tengok keadaannya masa tu. Lama juga dia berkeadaan begitu. Akhirnya Safiyyah tertidur keletihan.

Mak saya kata masa saya kecil-kecil dulu macam tu la. Masa tu umur saya 4 bulan. Saya menangis sekuat hati bila sampai di rumah pengantin. Sejak tu mak tak berani bawa saya berjalan-jalan sampai la umur saya setahun lebih. Kata mak, sesetengah tempat tak 'serasi' dengan budak kecil. Tambahan pula budak-budak boleh nampak apa yang kita tak nampak.

Sekarang ni kalau nak ke mana-mana kena fikir berkali-kali sebelum buat keputusan. Tak sama dah masa zaman bujang dulu. Banyak yang perlu dipertimbangkan...bukan hanya diri sendiri je. Hujung tahun lepas pun banyak kenduri yang tak dapat nak pergi lantaran kandungan yang semakin sarat. Huhu...sedih...dah la sahabat rapat walimah masa tu. Kalau bukan kerana mak yang melarang, semua majlis saya hadiri gamaknya. Tak boleh dah nak degil-degil sangat macam dulu...risau juga berlaku sesuatu yang tak diingini pada kandungan. Tapi alhamdulillah dapat menghadiri majlis yang dekat-dekat..






walimah kak Liza


walimah Wani