Pages

Showing posts with label isu. Show all posts
Showing posts with label isu. Show all posts

Sunday, June 13, 2021

Bodoh-bodoh?

Isu bodoh-bodoh ni sangat hangat diperkatakan pengguna Facebook beberapa hari lepas. Malah hingga saat ini, masih ada yang mengulas isu yang sama. Di platform lain seperti Twitter ada juga dibincangkan tapi tidak serancak di FB. Ramai sangat yang ulas isu ini. Ada yang bersetuju, tidak kurang juga yang membantah isu yang diperkatakan.

Sebelum ini saya hanya mendiamkan diri. Saya ambil masa untuk baca hampir setiap ulasan yang lalu di timeline FB saya. Kebanyakan yang bersetuju, memahami isu dalam konteks sebagai seorang isteri. Saya kira, bab isteri buat-buat bodoh (baca: merendah diri) di hadapan suami, semua terima dengan sebulat suara. 

Isu yang ramai naik angin berkaitan hal ini, ada dua perkara (setakat fahaman saya dengan ulasan yang ditulis ramai).

Pertama, isu jodoh itu sendiri. Isu jodoh sedari dulu adalah isu yang amat sensitif bagi rakyat Malaysia khususnya yang berbangsa Melayu. Saya ada ramai kawan yang usianya hampir sebaya dengan saya yang masih belum bertemu jodoh. Nak membicarakan bab jodoh, kena fikir beribu kali. Bimbang ada hati yang terluka tanpa saya sedar.

Satu yang kita kena ingat, urusan jodoh ni bukan urusan kita. Ia adalah urusan Pencipta kita secara mutlak. Kita hanya mampu berusaha sahaja. Selebihnya adalah urusan Yang Maha Esa. Persoalan jodoh ni sangat misteri. Tak ada kaitan dengan kerjaya seseorang, tiada kaitan dengan kepandaian seseorang, tiada kaitan dengan keelokan paras rupa seseorang, juga tiada kaitan dengan kelembutan sifat seorang wanita.

Dulu-dulu, orang tua-tua ada pesan...perempuan jangan belajar tinggi-tinggi, jangan jadi doktor, nanti susah dapat jodoh. Andai ini benar, saya kira hampir semua yang berkerjaya hebat masih belum berumahtangga. Tapi cuba kita tengok sekeliling. Ramai sahaja daripada mereka yang sudah mendirikan rumahtangga dan beranak-pinak.

Nak kata hanya yang cantik persis model sahaja senang dapat jodoh pun tak juga. Berapa ramai yang miliki wajah yang cantik tapi jodohnya lambat tiba. Wanita lemah-lembut lebih senang dapat jodoh? Ini pun boleh disangkal. Ada sahaja wanita yang kasar sifatnya tapi cepat juga berkahwin. Pendek kata, jodoh tiada kaitan dengan semua perkara yang kita fikirkan.

Kedua, isu menjadikan diri sendiri bodoh-bodoh supaya senang dapat jodoh. Inilah isu yang buatkan ramai melenting. Saya juga turut tak bersetuju membodohkan diri di hadapan lelaki hanya semata-mata untuk dapat jodoh. Apa perlunya berpura-pura? Selama mana mampu kita bertahan dalam hidup kepura-puraan? Lambat-laun akan terbongkar jua.

Andai seseorang itu ikhlas, pasti dia boleh terima baik buruk kita. Pasti dia boleh terima segala kekurangan dan kelebihan diri kita. Jadi, tak perlulah merendah-rendahkan diri sendiri semata-mata untuk dapat jodoh. Jadilah diri sendiri kerana hanya jauhari yang mengenal manikam.



Thursday, March 13, 2014

Doa untuk MH370


Hampir seminggu tiada khabar berita pesawat ni. Didoakan baik-baik sahaja semuanya. Harapnya dapat jumpa dalam masa terdekat ni. Semoga ahli keluarga kesemua krew dan penumpang pesawat berkenaan sabar dan tabah hadapi ujian.


Thursday, May 9, 2013

Made by Malaysian



We are Malaysian.
Say no to racism ^_^.


Nota:

  1. Video lama Mat Luthfi tapi sangat kena dengan situasi sekarang ni. Hentikan sentimen perkauman ye :).
  2. Alhamdulillah PRU-13 dah pun berakhir dan keputusannya pun dah diketahui umum. Harapan saya, dengan berakhirnya PRU-13, berakhir jugalah politik lucah sampai bila-bila. Ianya sangat menjengkelkan :(.



Thursday, May 10, 2012

Kes dera anak sendiri

2 hari lepas di Facebook heboh pasal kes dera oleh ibu kandung sendiri. Ramai juga yang tulis status berkaitan kes tu dan ramai juga yang share di wall masing-masing. Sebelum ni saya tak pernah tengok video anak-anak kecil didera. Tak tergerak tangan saya untuk klik butang Play. Entah kenapa video yang tersebar baru-baru ni 'menarik' hati saya untuk melihatnya.

Belum pun separuh jalan, air mata saya dah bergenang dan serta-merta saya klik butang Pause. Tak mampu nak tengok sampai habis. Tak sanggup melihat si kecil tu berterusan didera. Saya fikir saya dah cukup kuat untuk menonton video sebegitu. Rupanya tak. Lepas daripada tu air mata saya tak berhenti mengalir. Masih terbayang-bayang lagi perlakuan si ibu terhadap anaknya dan teringat-ingat lagi tangisan si kecil tu :'(.

Ramai orang marah dengan perlakuan si ibu. Ye, saya juga marah tapi selepas baca 2 status Facebook daripada dua orang individu berbeza berkenaan kes tersebut, saya jadi termangu. Difikir sejenak, ada betulnya apa yang mereka perkatakan tu. Saya tiada di tempat kejadian, tidaklah layak untuk saya 'menghukum' si ibu dan perakam video tersebut. Saya tak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku dengan hanya melihat video berkenaan. Semoga Allah ampuni kesilapan dan sikap terburu-buru saya.


Status pertama
"I wish everyone would calm down and stop to think about it for a second. Every story has two sides of it. Of course everyone is upset for the baby but the mother is also human, and what is her story? What is her problem? Would you care to help her improve herself? Could you set your judgements aside for awhile to help her instead? We know that only a person with a problem would do such a thing; and hey! Guess what? You and I, we've got problems too and behind closed doors when nobody's taking videos, God is watching us make mistakes too but keeping them secret. How would you like it if people judged you for your own mistakes (without trying to understand your problem)? I'm not saying I'm not upset and I'm not saying I condone what she did, but enough already with the cussing and the hate. Love, help, embrace. Seek to understand."
(Najwa; kawan yang saya kenal melalui blog)


Status kedua
"Merujuk kepada video penderaan seorang anak kecil oleh ibunya yang hangat disebarkan di FB/internet 2-3 hari ini...ramai yang mengatakan kata2 kesal, marah, geram kepada ibu bayi tersebut. Malah, ada yang persoalkan tempoh penjara ke atas ibunya sekiranya sabit kesalahan.
Kira rujuk semula kes pembunuhan 2 orang kanak2 di utara kedah tahun lalu oleh ibunya. Sorang berumur 2 tahun dan sorang lagi berumur 6 tahun dengan mencekik anaknya dengan tali (wire sterika, kalau tak salah saya).

Daripada sumber yang dipercayai, iaitu PM Datin Noraziah, pensyarah fakulti undang2 UKM hari ini semasa seminar di UKM berkata, wanita tersebut adalah seorang wanita bersaiz kecil dan bertudung. Beliau telah didera oleh suami dan mertuanya selama 7 tahun. Beliau tidak pernah keluar rumah dan sering didera. Antara kata2 beliau (wanita tersebut) kepada datin semasa di penjara ialah beliau "tidak rela anak2nya didera, biarlah dia sahaja yang didera". Beliau disahkan gila semasa perbicaraan dan sekarang ditempatkan di hospital sakit jiwa. Beliau sering mendengar suara (hearing hallucination) sebelum dan selepas kejadian dan she is on meds).

Kesimpulan daripada kisah ini kita dapati apa yang mereka lakukan itu hanyalah PRESENTING problem dan bukannya ACTUAL problem. Sampai sekarang suami beliau tidak didakwa kerana tiada siapa yang pernah buat aduan.

So, sama macam kes yang baru2 ni, kita tak tahu apakah kisah sebenar wanita tersebut. Ada rumours yang mengatakan anaknya itu adalah hasil daripada kejadian rogol. Wallahu a'lam.
So tempoh 18 bulan penjara atau apa jua tempoh bukanlah faktor/kepentingan utama. Yang penting, kita kena tahu apakah the actual problem. 2. Penjara bukanlah solusi, tetapi merawat dia secara holistik approach iaitu support, physical, emosional, psychological dan educate beliau.

Utk penggubal undang2, it took them 18 years to do the new pindaan ke atas Akta Keganasan Rumah Tangga (1994-2012). Akta Kanak2 pula pada tahun 2001. As we can see, it is not easy to rangka undang2. Bcoz there are other things we dont understand/see during handling of each case.
The factors/causes are usually multifactorial. Dan antara penyumbang utama kepada penderaan/keganasan rumah tangga ialah stres.

So, as public, first thing we must do is empathy.
2. ask why it happens in the first place
3. Penjara is not always the solution. But to educate the society, the victim and the criminal.

(p/s jgn lupa kos membiayai penjara ialah berjuta2).

Wallahu a'lam."

(Dr. Nazhatul Muna)



Thursday, May 3, 2012

Akhbar yang memualkan

Seminggu blog ni sepi. Bukan sibuk. Bukan juga tiada idea. Saya juga tak ke mana-mana pun selama seminggu ni. Cumanya, dada saya terasa sesak. Sesak bukan dalam erti kata yang sebenar. Mengikuti isu semasa tanahair menjadikan saya 'kelemasan' sehinggalah yang terkini, perihal akhbar yang menjelikkan. Rasanya ramai yang dah sedia maklum akhbar mana yang dimaksudkan dan pasti juga ramai terkejut melihat muka hadapan akhbar berkenaan.

Saya juga turut terkedu. Macam tak percaya hal yang sebegitu dan gambar yang tak senonoh begitu menjadi pilihan untuk dimuatkan di dada akhbar. Lebih memualkan, ianya terpampang di muka hadapan akhbar berkenaan! Dah jadi macam bahan lucah pula. Sedih.

Tak terfikir ke mereka akan akibatnya terhadap generasi pewaris negara akan datang? Sudah la akhlak muda-mudi sekarang ni merosot, ditambah pula dengan perkara sebegini. Apa pula nak dijawab kalau anak-anak kecil yang baru nak mengenal dunia bertanya perihal gambar-gambar tersebut???

Sedihnya negara sendiri jadi begini :(.


"Saya SANGAT MEMBANTAH siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang dilakukan oleh Utusan Malaysia & Kosmo 2 Mei 2012. Ia adalah satu petanda KOTORNYA minda (dan hati) si pembuat keputusan. Juga terlampau berpolitik sehingga siaran itu boleh memudaratkan pembaca & rakyat Malaysia khususnya generasi muda. INGATLAH siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan keputusan siaran itu BAKAL mendapat saham DOSA sehingga hari kiamat. Dosa jariah berdasarkan hadis Nabi Muhammad."
(Ustaz Zaharuddin Abd Rahman)

"Slm, sebagai seorang Muslim, saya mengingatkan setiap umat Islam agar menentang usaha mnyebarkan prkr fahisyah (lucah), kerana Allah swt Berfirman Dlm surah al Nur ayat 19, maksudnya, sesungguhnya orang2 yang suka menyebarkan perkara keji (fahisyah) dalam kalangan orang2 yg Beriman,bagi mereka azab yang pedih di dunia & akhirat, Dan Allah swt mengetahui apa yg tidak kamu ketahui."
(Ustaz Zahazan Mohamed)


Nota: Jangan sesekali mengundang bala Allah kerana bala Allah tak mengenal sesiapa. Semua akan kena :(


Monday, February 27, 2012

2 video yang menusuk jiwa

Video pertama: Insan yang tak punya tangan dan kaki



Berlinang air mata saya tengok video ni. Malu rasanya dengan diri sendiri. Berbeza sungguh dengan insan yang tak punya tangan dan kaki dalam video tersebut :(. Walaupun anggota fizikalnya tak lengkap, fikiran dan hatinya sangat positif. Sentiasa tersenyum. Tak kisah langsung dengan 'kekurangan' diri sendiri. Malah, dia boleh melakukan banyak aktiviti tanpa tangan dan kaki! Allahuakbar!

"Be thankful". MasyaAllah...rasa terpukul dengan kata-kata yang keluar dari mulut insan tersebut. Dia mengingatkan orang lain bersyukur dengan apa yang dimiliki sedangkan dirinya sendiri tak punya kaki dan tangan. Allah, malunya rasa. Kita yang dilahirkan sempurna terlalu banyak keluh-kesah. Terlalu banyak mengeluh. Sentiasa memikirkan benda yang tak dimiliki padahal nikmat yang Allah kurniakan buat kita terlalu banyak. Terlalu banyak sehingga tak mampu kita menghitungnya. Mudah-mudahan selepas ini kita jadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat kurniaanNya.


Video kedua: Rakyat Syria bersumpah untuk syahid



Berderai juga air mata saya menonton video ni. Kagumnya dengan semangat juang mereka menentang kezaliman regim Basyar al-Assad. Betapa dambanya mereka terhadap syahid. Betapa kuatnya pergantungan mereka terhadap Allah. Terfikir sejenak...sejauh mana dan seutuh mana pergantungan saya terhadap Allah? Adakah pergantungan terhadap manusia melebihi pergantungan terhahap Allah? Siapa yang saya cari dahulu ketika ditimpa masalah? Manusia lainnya atau Allah? Allahurabbi. Semoga Allah mengampunkan saya atas kelalaian dan kedhaifan diri sendiri..ameen.

Marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Syria yang berjuang menegakkan keadilan dengan menumbangkan regim Basyar al-Assad. Sekalipun tidak beroleh syahid, mudah-mudahan Allah nilai ia sebagai usaha tak seberapa kita dalam membantu mereka di sana...


Tuesday, July 13, 2010

Paul? Sotong?

Saya tahu entry ni dah terlambat. Demam bola pun dah kebah, kan? Saya tak tahu menahu langsung pasal World Cup. Nak-nak suami saya pun bukan peminat bola sepak...memang tak terasa langsung bahang World Cup tu. Tapi secara tak langsung tahu la juga sikit-sikit bila baca kat wall Facebook. Ada 1 masa tu saya ingat World Cup dah habis sebab di wall FB takde sorang pun tulis pasal World Cup. Tiba-tiba 2-3 hari lepas tu ada balik. Heh. Tak habis lagi rupanya.

Ada sekali tu pulak orang riuh duk sebut pasal sotong dan Paul. Entah apa yang diperkatakan pun saya tak faham. Ada yang kata sedap kalau sotong dibuat sambal tumis tapi dalam masa yang sama cerita pasal bola. Erk...apa kaitan sotong dengan bola? Paul tu sape pulak? Rupa-rupanya Paul tu nama sotong yang jadi sebutan ramai tu. Dan rupa-rupanya lagi, Paul si sotong tu jadi 'pak nujum' untuk World Cup!


Paul si sotong
Credit picture to Google



Saya tertarik dengan kata-kata Ustaz Zaharuddin berkaitan dengan hal ni:



Juga persoalan ini:

Saya padamkan nama sebab bimbang empunya diri tak suka


Ni jawapan Ustaz Zaharuddin:



p/s: harapnya takde la sorang Muslim pun percaya dengan 'tilikan' si sotong tu..

Tuesday, June 29, 2010

19 orang anak

Ni yang tertera masa saya buka Yahoo petang tadi. Sekali tengok takde apa yang menarik. Tajuk 'Duggar baby finally goes home' tu pun takde apa yang peliknya tapi bila baca je ayat pertama...reaksi spontan saya, "Eh, biar betul!"


Saya crop supaya nampak lebih jelas lagi. Perkataan "19th child" (yang saya kotakkan tu) tu la yang buat saya nak tahu cerita lebih lanjut


Bila saya baca...rupanya pasangan Duggar tu memang ada anak seramai 19 orang (bukan anak angkat ye)! Pelik, kan? Kalau orang Melayu takde la pelik, ni mat salleh. Mat salleh kan selalunya tak nak anak ramai. Antara petikannya:



Kisah diorang ni rupanya ada keluar dalam reality TV show (19 Kids and Counting) di channel TLC. Michelle lahirkan Josie (anak yang ke-19) di usianya 43 tahun dan dia tak menolak sekiranya dapat anak lagi.

Anak-anak Michelle dan Jim Bob Duggar. Nama anak-anak diorang semua bermula dengan huruf J [source]


Saya ada baca juga review orang ramai pasal the Duggars ni. Ramai juga yang menghentam diorang. Ye la, fikiran mat salleh ni kan lain sikit. Ada yang sebut pasal overpopulation la...ada yang pertikai macam mana diorang sara dan jaga anak-anak seramai tu la...ada yang kata diorang ni takde benda lain nak fikir selain s*ks la. Isy, macam-macam lagi la! Kesian pulak bila saya baca tu.


The Duggar family [source]

Tuesday, May 25, 2010

Isu kasut Crocs?

Baru-baru ni timbul pulak isu pasal kasut crocs. Rasanya ramai kot tahu pasal ni. Benda-benda macam ni cepat tersebar, baik melalui emel, Facebook mahupun blog. Dunia IT la katakan. Ustaz Hasrizal pun ada sebut sikit pasal isu ni. Saya takde nak ulas apa-apa, baca je la ye perbincangan di bawah ni:



Wednesday, May 19, 2010

Ikat sanggul tinggi-tinggi

Saya terbaca status Facebook Ustaz Hasrizal pagi tadi:



Saya rasa macam aneh je wanita bertudung yang ikat sanggul tinggi-tinggi. Kelakar pun ada. Tapi ada juga yang kata ikat sanggul tinggi-tinggi lagi cantik. Cantik tang mana pun saya tak tahu. Ke...saya yang tak up-to-date dengan fesyen-fesyen terkini lagi sensasi? Huhu...


Cantik ke buat macam ni? angkatkening


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” (hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223)


Nak berfesyen boleh tapi jangan la sampai fesyen kita tu mengundang laknat Allah sudah la ye...


p/s: boleh baca juga artikel Haslinda A. Karim di blog kakchik

Tuesday, May 4, 2010

Ugut bunuh

Terkejut saya bila terbaca ayat-ayat kat bawah ni (yang dibulatkan tu)...



Nyawa manusia sekarang ni takde nilai dah agaknya ye? Suka-suka hati je nak bunuh orang macam nak bunuh nyamuk lagaknya. Mana la hilangnya akhlak budak-budak muda zaman sekarang ni...?

Sekalipun nak berpolitik, jangan ketepikan agama seolah-olah Allah tu tak wujud. Jangan lupa ada malaikat yang sentiasa catit apa yang kita buat. Jangan lupa juga di hari pembalasan kelak, setiap anggota kita ni akan jadi saksi di atas segala perbuatan kita kat dunia ni. Kalau yakin sangat boleh terlepas daripada penghisaban dan confirm masuk syurga, buatlah sesuka hati...




p/s: dengar kata, si empunya diri yang duk mengungut bunuh tu dah tutup akaun FBnya. Saya tak tahu, tak kuasa pulak saya nak check. Bukan kawan saya pun

p/p/s: kalau nak tinggalkan komen, jangan campur aduk bab politik ye. Blog saya bukan blog politik dan politik bukan isunya di sini. Yang menjadi isu adalah SIKAP dan AKHLAK tu sendiri

Thursday, March 4, 2010

Pandangan Irfan Khairi dan UZAR tentang ID

Infinity Downline (ID) heboh diperkatakan di kalangan pengguna Facebook sejak skim 'Login Facebook dapat RM100 hari-hari' muncul. Mula-mula tu, saya buat tak endah je dengan benda tu. Dalam hati rasa benda tu menipu je. Ye la, takkan la login FB je senang-senang dapat RM100. Rupanya sangkaan saya meleset sama sekali...

Siapa yang dah join skim tu memang dapat RM100 sungguh-sungguh, bukan tipu-tipu macam yang saya sangka sebelum tu. Ada yang ambil inisiatif bertanyakan Ustaz Zaharuddin (UZAR) pasal skim tu dan UZAR pun dah ulas panjang lebar di website beliau dan UZAR berpendapat bahawa umat Islam haram menyertainya. Klik sini untuk baca artikel berkenaan [pesanan: baca dengan mata hati dari awal sampai habis ye artikel tu].

Tadi pula saya terbaca pasal pendapat Irfan Khairi (rasanya semua tahu kot sape Irfan Khairi), tentang hal yang sama (saya copy dari website UZAR di link yang sama seperti di atas yang UZAR baru letakkan di bahagian TAMBAHAN)...


Pada 2 Mac 2010 yang lalu, saya ada berbalas email dengan jutawan internet, Sdr Irfan Khairi berkenaan satu urusan bisnes. Terlanjur beliau menghantar email kepada saya, saya mengambil kesempatan untuk meminta pandangan beliau berkenaan Infinity Downline khususnya dari sudut kewibawaan bisnes dan kebolehpercayaan.

Berikut adalah jawapan beliau melalui emailnya kepada saya. Itulah jawapan pakar jualan melalui internet yang sering dijadikan rujukan dalam hal pemasaran internet. Kesimpulan, beliau bersetuju dengan saya bahawa Infinity Downline adalah SKIM CEPAT KAYA.

Harap jangan pula ada yang akan menuding jari bahawa Irfan Khairi tidak mengetahui beza program MLM, Affiliate dan Skim Cepat Kaya. Antara jual barang sebenar dan jual kepala cepat kaya.

Zaharuddin Abd Rahman


__________________________________



From: RahsiaInternet.com

To: zaharuddin arahman

Sent: Wed, March 3, 2010 4:55:54 PM

Subject: Re: explaination from Irfan Khairi ;)


Assalamualaikum Ustaz,


great to hear from you.


Uzar, as for infinity downline you asked, i totally agree with your post. what i see from the founder company is that if im not wrong, they dont profit directly money wise from the system as the monies are rolled within downlines. however, the founder company benefits from collecting a huge database to do followup sales of other products. Probably using an autoresponder there ;)

The business model for the founder company is to increase their mailing list, and in online business, the bigger list u have, the more you can profit from selling other products.

I do get questions from others about infinity downline, and my usual answer (also applies to other similar programs) is that, if it smells like skim cepat kaya, then, it is a skim cepat kaya ;) and i would say that too for infinity downline.

the thing is, most people (malay's unfortunately) before joining, mereka dah rasa ragu2 dan dari segi scam and also halal/haram issue.. but some how they do it anyway because of the "want to be cepat kaya urge". which is sad too for me as i always teach it takes time, effort and ilmu to be successful in business.


Best wishes to you and you family there.

-irfan khairi


p/s: kalau ada sape-sape yang tak setuju dengan pendapat mereka berdua, jangan berhujah dengan saya ye. Nak berhujah, berhujah la dengan 'ahlinya' (UZAR, Irfan Khairi atau sesiapa sahaja yang ada ilmu tentang perkara tersebut) peace



p/p/s: sedih dengan berita terbaru berkenaan Haresvarran, kanak-kanak berusia 18 bulan yang mati akibat dipukul dan dipijak jiran...apa la nak jadi dengan rakyat Malaysia sekarang ni.. sedih

Wednesday, January 27, 2010

Maut: Bayi tertelan puting

Terkejut saya dengar berita tu daripada mak saya masa kami bersembang malam tadi. Pagi ni saya cuba cari berita tu dalam akhbar online tapi hanya jumpa di myMetro je. Kesian sangat. Baru 16 bulan je usianya. Saya percaya berita macam ni mesti menggusarkan hati semua yang ada anak kecil dan memakai puting.

Saya tak pasti dan tak dapat bayangkan macam mana anak kecil tu tertelan puting lagipun tiada cerita lanjut mengenainya. Cuma, yang terbayang di kepala saya, puting yang dipakai tu barangkali piringnya bersaiz kecil sehingga boleh tertelan.


Bentuk puting macam ni yang saya bayangkan


Beza, kan saiz piring puting yang ni dengan yang atas tu?


Mungkin lepas ni saiz piring puting perlu diambil kira sebelum membelinya. Saiz piring yang lebih besar dan lebar lebih selamat berbanding yang kecil, insyaAllah. Biarlah nampak tak comel bila anak kita pakai daripada kita menyesal di kemudian hari.

Satu lagi, seboleh-bolehnya, cabut la puting daripada mulut anak bila anak dah terlena. Jangan dibiarkan puting tu masa anak tidur. Mak saya dulu memang pesan macam tu tapi atas tujuan berbeza...tak nak bagi Safiyyah biasa dengan puting. Bagi puting pun hanya waktu-waktu tertentu je. Alhamdulillah lama dah Safiyyah tak berputing. Seingat saya, sejak umurnya 8-9 bulan lagi dia dah tak nak puting langsung. Bila bagi, dibuangnya.

Lebih baik lagi tak diajar anak pakai puting melainkan terpaksa sangat. Awalnya, memang tak nak bagi puting pada Safiyyah tapi masa kecil dulu Safiyyah selalu sangat meragam..buat macam-macam cara nak redakan tangisannya tu tapi semua tak berhasil. Nak tak nak, suami saya belikan puting untuk dia tapi tu pun jarang sangat bagi dia puting sebab tak nak dia terbiasa sampai besar. Satu hal pulak nanti nak fikir macam mana nak pisahkan dia dengan puting.

Apa pun, perkara ni jadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Mudah-mudahan hendaknya keluarga arwah Ahmad Shaqif tabah dan sabar hadapi ujian ni dan redha dengan pemergian anak mereka agar beroleh ganjaran yang besar di sisNya...ameen..


* pictures by Google

Wednesday, November 11, 2009

Terbongkarnya suatu penipuan

"masih dalam keadaan terkejut & pasti ramai lagi akan terkejut...amat memilukan & memalukan..."

"akan menyampaikan sesuatu pada semua walaupun pahit & memilukan...nantikanlah..."


Awal bulan baru ni saya terbaca 2 ayat tu di status salah seorang kawan di Facebook. Masa tu memang tertanya-tanya dan ternanti-nanti apa sebenarnya yang dia nak sampaikan. 5 hari lepas baru la dapat tahu...ada orang dah menipu rupanya! Bawah ni cerita lanjut yang saya copy paste (dengan izin) daripada Facebook Saiful...sebagai pengiktibaran buat kita semua...


Assalamualaikum & salam sejahtera

Kepada yg berkenaan.

Saya Md Saifullizan Bin Razali merangkap Exco Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang secara peribadi memohon maaf atas penyebaran memohon bantuan kewangan pembiayaan kepada Mohd Naim Bin Mohd Nasir bagi rawatan serta kos pembedahan jantung di IJN, saya lampirkan laporan polis & surat penafian yg di faks kan oleh pihak IJN...

MT & AJK Kelab Remaja Lestari Jabatan Mufti Pulau Pinang telah serta merta membuat keputusan mengugurkan keahlian saudara Mohd Naim serta merta.

Tujuan memaklumkan di dalam FB ini adalah rasa tanggungjawab saya utk memaklumkan kepada semua pihak untuk menghentikan penyaluran sumbangan kepada akaun Mohd Naim...

Erti persahabatan & ukhwahfillah adalah bermakna tetapi janganlah kita menyalahgunakannya.Semua di dalam FB ini mungkin boleh merasai perasaan kami semua sekiranya anda diperdayakan oleh seseorang yang bergelar KAWAN/Sahabat ..membantu di kala susah...


Sebelum ni memang saya maklum cerita si Naim tu yang sakit jantung. Saya tak sempat kenal pun dengan si Naim tu sebab saya dah tak aktif dalam KRL sejak kahwin tapi atas dasar kemanusiaan, saya turut menumpang simpati atas 'keuzuran' dia. Sekali dapat tahu rupa-rupanya dia menipu! Terkejut, geram, marah - semuanya bercampur aduk!marah

Bawah ni laporan polis yang telah dibuat:

Laporan polis


Then saya mesej salah seorang lagi AJK KRL, nak tahu cerita macam mana si Naim tu boleh terkantoi. Sebelum diorang dapat tahu yang sebenarnya si Naim tu menipu, AJK KRL dan NISA' dah bersusah payah dapatkan bantuan kewangan untuk si Naim tu, siap lancar tabung khas untuk dia lagi. Tak lama lepas tu ada orang bagi maklumat...katanya si Naim tu kaki tipu. Masa tu pulak diorang dah bagi RM 2,500 kat Naim tu...

Bila ada orang bagitau yang si Naim tu kaki tipu, diorang pun faks la surat yang diorang dapat daripada Naim (refer surat di bawah) ke IJN. Memang betul la rupanya dia menipu je! IJN dah sahkan yang dia takde dalam senarai pesakit.

Surat yang diberi Naim kepada AJK KRL yang konon-kononnya daripada IJN



Surat pengesahan pemalsuan dokumen IJN oleh pihak IJN


Lepas tu, diorang pun gi cari Naim dan dapat tangkap dia. Lepas duk bersoal jawab, diorang terus bawa si kaki tipu tu ke balai. Rupanya, semua yang dia cerita tu semuanya tipu! Sekarang ni tak tahu la apa kesudahannya. Masih di balai atau dah dilepaskan...wallahua'lam...

Insiden ni betul-betul jadi pengajaran buat kita semua. Sebelum buat keputusan atau ambil apa-apa tindakan, kena selidik dulu betul-betul. As for him (Naim atau sesiapa sahaja yang suka menipu)...dia dah meragut kepercayaan orang padanya. Andainya 1 hari nanti dia betul-betul perlukan bantuan...masa tu takde sape dah yang akan tolong dia. Bukan saya doakan, tapi itu fitrah kehidupan...hidup ni kan ibarat roda...ada kala kita di atas, ada masa kita di bawah...what goes up must come down...

Mudah-mudahan dia sedar akan kesilapan diri dan insaf atas perbuatannya tu...

Tuesday, April 21, 2009

Cuci rahim

Hari ni berkesempatan tengok rancangan Wanita Hari Ini (WHI). Topik yang dibincangkan adalah mengenai anak. Ada pasangan yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi masih tak dapat anak. Ada pula yang dah dapat sorang anak tapi lama menunggu untuk dapat zuriat kedua selepas merancang keluarga terutamanya yang menggunakan suntikan ataupun pil perancang keluarga.


Saya sebenarnya terkejut dengan pengakuan salah seorang tetamu WHI tadi. Kesnya lain sikit. Alhamdulillah tetamu tu seorang yang 'subur', mudah nak 'lekat'. Dia disahkan mengandung 2 bulan masa anak sulungnya menginjak ke usia setahun. Tapi disebabkan dia dan suaminya tak bersedia nak menerima seorang lagi cahaya mata dalam masa terdekat, tambahan pula kewangan tak memberangsangkan, akhirnya diambil keputusan untuk 'mencuci' rahim (gugurkan anak). Hanya selepas tu baru dia mula merancang keluarga dan sekarang dia mengandung 5 bulan (anak sulungnya berumur 4 tahun).






Kesian baby yang digugurkan tu! Macam mana la dia sanggup gugurkan anak tu? Tak dapat akal saya menerimanya. Alasan yang diberikan lagi saya tak dapat terima. Seharusnya dari awal lagi dia merancang keluarga. Paling tidak pun, masa dalam pantang dah berbincang dengan suami hal tersebut.


Alasan kewangan juga tak patut diguna pakai untuk menidakkan haknya lahir ke dunia ni. Anak tu kan rezeki daripada Allah. InsyaAllah akan ada la rezeki untuk anak tu nanti.


"Muraaaah rezeki," bukan ke ayat tu selalu dilontarkan bila sepasang suami isteri dapat anak?


Sekalipun dia betul-betul tak mampu nak bela anak tu saat dia lahir, berilah pada orang lain untuk dijadikan anak angkat. Beri pada pasangan yang masih belum dikurniakan cahaya mata setelah bertahun-tahun menunggu. Itu lebih baik daripada digugurkan kandungan tu!



Saturday, April 11, 2009

Tak rasa sakit bersalin

"Perempuan yang melahirkan anak hasil perbuatan zina mudah sangat bersalin sebab diorang tak rasa sakit. Allah tarik nikmat sakit tu daripada diorang."


Petikan kata tu pernah saya dengar. Malangnya saya tak ingat di mana saya mendengarnya dan siapa yang menuturkannya. Namun kata-kata tu masih mengiang di telinga saya sehingga ke hari ini.

Saya tak pasti sejauh mana kebenarannya. Setiap kali kes buang bayi dipaparkan, hati saya sentiasa berbisik malah adakalanya saya seakan-akan percaya dengan kata-kata tu.


Seorang perempuan mebuang anaknya di mangkuk tandas selepas dipercayai melahirkan anaknya di tandas berkenaan.

Seorang anak membuang bayi yang baru dilahirkannya di belakang rumah. Ayahnya mengesyaki anaknya melahirkan bayinya sendirian di bilik.

Seorang perempuan melahirkan anaknya di bilik tanpa disedari oleh teman serumahnya.


Itu antara kes-kes yang pernah terjadi yang membuatkan saya termenung dan berfikir. Kalau dilihat pada kes-kes yang berlaku, mungkin juga benar kata-kata tu. Proses kelahiran bayi-bayi malang seumpamanya nampak sangat mudah. Tak perlu masa yang panjang untuk melahirkan, tak perlu melalui caesarean, malah tak perlu bantuan sesiapa.

Entahkan betul entahkan tidak. Hanya empunya badan yang tahu jawapannya. Mudah-mudahan dibukakan pintu hidayah pada mereka yang telah terlanjur dan mudah-mudahan kita tidak diuji dengan ujian yang sebegitu...ameen!

Friday, April 10, 2009

Dihukum gantung sampai mati

sumber






Akhirnya Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibu. Namun ada beberapa persoalan yang bermain di minda saya.



Adakah mereka benar-benar bersalah?

Jika ternyata benar mereka bersalah...adakah mereka benar-benar akan digantung sampai mati? Ataukah ada orang lain yang dikambing hitamkan?

Betulkah kes ini telah selesai sepenuhnya?



Saya tertanya-tanya jawapannya. Banyak 'cakap-cakap belakang' yang saya dengar sebelum ni.



"Mana boleh tutup muka sampai macam tu sekali. Nanti siapa-siapa je boleh 'jadi' Azilah dan Sirul tu."


"Kalau diorang didapati bersalah sekalipun, entah-entah bukannya diorang yang dihukum tapi orang lain."


"Jangan-jangan diorang ni dikambing hitam untuk menutup kesalahan orang lain."


"Berapa banyak la diorang dibayar ye?"



Itu antara kata-kata yang pernah saya dengar. Entahlah. Apa sahaja boleh berlaku di dunia ni. Kalau betullah Azilah dan Sirul bersalah atau hanya bersubahat, pintu taubat masih terbuka untuk mereka. Tapi jika seandainya bukan mereka yang membunuh, tunggu sahaja balasan di 'sana'. Di dunia mungkin terlepas tapi tidak di alam barzakh!


Sunday, March 29, 2009

Murtad 30 tahun

Tajuk utama Metro Ahad hari ni menarik perhatian saya. Murtad 30 tahun. Mulanya saya fikir yang murtad tu adalah seorang yang dilahirkan Islam...rupa-rupanya sangkaan saya meleset. Akhbar itu merujuk kepada kisah seorang mualaf yang akhirnya kembali ke agama asal (murtad) disebabkan pandangan serong masayarakat Islam di sekeliling.

Kadang-kala saya pelik dengan sikap individu tertentu yang penuh dengan prasangka terhadap mualaf. Bukankah sepatutnya kita gembira dan sama-sama meraikan saudara baru? Ketepikanlah niat mereka memeluk Islam. Itu urusan mereka dengan Allah. Hidayah juga milik Allah.

Teringat saya kisah yang pernah dipaparkan di akhbar suatu ketika dulu. Seorang mualaf nyaris terbunuh gara-gara nak menghilangkan tatu di badan dengan menggunakan seterika. Semuanya disebabkan cacian daripada masyarakat Islam sendiri. Alhamdulillah umurnya masih panjang. Kalaulah dia meninggal masa tu...bagaimana la orang yang mencaci tu nak menjawab dengan Allah kelak...?