Pages

Wednesday, January 27, 2010

Maut: Bayi tertelan puting

Terkejut saya dengar berita tu daripada mak saya masa kami bersembang malam tadi. Pagi ni saya cuba cari berita tu dalam akhbar online tapi hanya jumpa di myMetro je. Kesian sangat. Baru 16 bulan je usianya. Saya percaya berita macam ni mesti menggusarkan hati semua yang ada anak kecil dan memakai puting.

Saya tak pasti dan tak dapat bayangkan macam mana anak kecil tu tertelan puting lagipun tiada cerita lanjut mengenainya. Cuma, yang terbayang di kepala saya, puting yang dipakai tu barangkali piringnya bersaiz kecil sehingga boleh tertelan.


Bentuk puting macam ni yang saya bayangkan


Beza, kan saiz piring puting yang ni dengan yang atas tu?


Mungkin lepas ni saiz piring puting perlu diambil kira sebelum membelinya. Saiz piring yang lebih besar dan lebar lebih selamat berbanding yang kecil, insyaAllah. Biarlah nampak tak comel bila anak kita pakai daripada kita menyesal di kemudian hari.

Satu lagi, seboleh-bolehnya, cabut la puting daripada mulut anak bila anak dah terlena. Jangan dibiarkan puting tu masa anak tidur. Mak saya dulu memang pesan macam tu tapi atas tujuan berbeza...tak nak bagi Safiyyah biasa dengan puting. Bagi puting pun hanya waktu-waktu tertentu je. Alhamdulillah lama dah Safiyyah tak berputing. Seingat saya, sejak umurnya 8-9 bulan lagi dia dah tak nak puting langsung. Bila bagi, dibuangnya.

Lebih baik lagi tak diajar anak pakai puting melainkan terpaksa sangat. Awalnya, memang tak nak bagi puting pada Safiyyah tapi masa kecil dulu Safiyyah selalu sangat meragam..buat macam-macam cara nak redakan tangisannya tu tapi semua tak berhasil. Nak tak nak, suami saya belikan puting untuk dia tapi tu pun jarang sangat bagi dia puting sebab tak nak dia terbiasa sampai besar. Satu hal pulak nanti nak fikir macam mana nak pisahkan dia dengan puting.

Apa pun, perkara ni jadi pengajaran dan peringatan buat kita semua. Mudah-mudahan hendaknya keluarga arwah Ahmad Shaqif tabah dan sabar hadapi ujian ni dan redha dengan pemergian anak mereka agar beroleh ganjaran yang besar di sisNya...ameen..


* pictures by Google

15 comments:

NM said...

bhy...pasni kalau boleh jgnla ajar anak isap puting..

lin muhamad last's post..#kamu mudah tergoda tak dengan.....

transformed housewife said...

mmg bhy puting ni. tapi kan Knur dulu masa kecik2 pun arwah mak bg puting. siap digantung kat rantai leher lg. hehe.
BTW mmg setuju dgn Nadiah pasal kalu boleh tak payahla introduce puting tu unless terpaksa sgt.

Unknown said...

salaam, nadiah.
saya juga terfikirkan perkara yang sama. menakutkan!

LadyBird said...

x pernah dengar lak kak nadiah..
nanti putri try search..

yatie chomeyl said...

aa kesian kan kat baby tu. nsb baik baby SN mmg x suka hisap puting.

Nida n' Hanafi said...

Salam Nadiah..

Ajal maut ditanganNya.. semoga jadikan iktibar dan pengajaran tentang apa yg telah berlaku

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Camner bleh tertelan ek? Confuse..

Masa Ammar dulu akak ada bg puting..tapi sgt menyusahkan bila dia xnak bpisah ngan puting dia tu..mcm2 akak buat..

So, masa Afiq plak akak dah tobat x nak bg puting..Alhamdulillah..Afiq ok je tanpa puting

Unknown said...

better la jgn bg anak berputing..
kakyong nak berentikan fikri kan main susah.. anis senang sket.. Alhamdulillah, 2-2 dah tak berputing..

Ummi Salsabila said...

Ya Allah..bhy juga yer.

kami mmg xajar aufa berputing dr lahir.xnak dia terbiasa.tapi bila nak tido dia nak gayut nenen.puting natural.hehe

Nadiah Sidek said...

lin: betul tu..lebih baik jangan ajar anak pakai puting

temp.hw: hehe..secara tak langsung jadi aksesori kat baju la ye :D

missfridanorm: memang menakutkan

putri: klik je link yang akak letak tu..boleh baca berita penuh

Nadiah Sidek said...

yatie: bagus la nazhan tak suka puting..bukannya elok sangat berputing ni

nida: benar sekali..ajal maut di tanganNya..apa yang berlaku ni hanya asbab kematian je

ummu ammar: tak pasti la kak camne boleh tertelan..tak cerita lak kat berita tu

kakyong: yup, itu yang terbaik

US: oh, biasa tu nak bergantung2 tu..safiyyah pun sama je ;)

Hamizah said...

akak mmg x berikan anak puting..sbb takut jongang gigi anak..tak lawa la..

Mummy said...

Salam, abah sy mmg tak bagi cucunya diberi puting dgn alasan nati bibir dia jadi mcm mancung...kata org tua2 kan..tak tau sejauh mana kebenarannya..Sy mmg tak ajar anak bg puting sebab takut abah marah...tp mcm kes diatas sy rasa mungkin puting yg tertelan tu adalah puting sahaja...

Nadiah Sidek said...

hamizah: kalau pakai sampai besar, berkemungkinan la jadi jongang

mummy: oh, tak pernah dengar pulak camtu. selalunya orang kata tak nak bagi puting sebab takut gigi jongang. kalau baca berita tu..semua sekali termasuk dalam mulut sampai pengasuh terpaksa pegang tangkai puting, takut termasuk semua sekali

aLyNnZ said...

ish lamanyer tk jenguk blog nadiah..alin pun trkejut gak ngan berita bayi trtelan puting..

tp bayi tuh tertelan piring puting atau tertelan puting?baby tuh dah ada gigi pastu dia gigit puting kemudian tercekik..