Pages

Friday, January 8, 2010

Lipas dan kupu-kupu

Sape tahu persamaan lipas dan kupu-kupu?







Kedua-duanya adalah serangga! Itu je la yang saya tahu...yang lain tak tahu jelir. Jangan marah naa...nanti kena jual! peace

Sebenarnya, masa saya duk godek-godek gambar hari tu, terjumpa gambar bawah ni:

Suami saya dan kawannya, si lipas sengihnampakgigi


Tu yang terfikir nak tulis pasal lipas. Sebelum suami duk bising suruh update blog (padahal blog dia sendiri dah berzaman takde entry baru jelir), baik saya cerita pasal lipas ni senyumkenyit. Erk..tapi kalau salah fakta harus kena marah jelir. Gambar tu diambil 4 bulan lepas. Suami saya kena study pasal lipas tu. Dibawanya balik ke rumah. Saya ni memang jakun la, mana pernah jumpa lipas tu tapi sekarang takde dah lipas tu kat rumah kami, suami saya dah pulangkan balik kat lecturer lepas je habis research pasal lipas tu.

Lipas tu bukan lipas biasa yang kita jumpa kat rumah, kat tempat-tempat kotor tu. Itu adalah Madagascar Hissing Cockroach atau nama saintifiknya, Gromphadorhina portentosa (terbelit-belit lidah nak menyebutnya! jelir). Ada orang jadikan lipas tu sebagai pet. Huhu..tak tau la sape yang suka nak jadikan lipas tu as pets. Walaupun lipas tu bukan jenis pengotor tapi dah namanya pun lipas...geli la!

Uniknya, lipas ni keluarkan bunyi hissing (sebab tu namanya pun hissing cockroach)...betul-betul macam ular tapi lipas ni sangat la tak aktif. Kalau letak kat tangan, statik gitu je la. Unless kalau kita usik lipas tu. Masa tu boleh la dengar bunyi hissing tu dan baru la nampak lipas tu bergerak. Oh, kalau tempat gelap, memang lipas tu aktif. Dan lipas tu takde kepak macam lipas biasa kenyit.


Si kenit ni pun sibuk jugak nak main lipas Madagascar tu. Masa ni Safiyyah baru 8 bulan kenyit. Nak suruh saya pegang??? Jangan harap la! Bukannya saya takut, cuma geli je jelir


Kalau nak tahu lebih lanjut lagi pasal Madagascar cockroach ni, boleh klik sini, sini, dan di sini. Takleh cerita banyak-banyak, kang salah fakta kang, harus kena lecture dengan suami. Silap-silap, sampai esok pun tak habis lagi lecture nya! sengihnampakgigi


Bawah ni pulak gambar ulat kupu-kupu. Yang ni pun suami saya kena belajar di semester lepas. Masa tu saya ternampak gambar ulat ni dalam kamera suami saya.


"Eii...abang, ulat apa ni? Gelinya!" berkerut-kerut dahi saya sambil bertanya suami.

"Itu la ulat kupu-kupu," jawab suami. Ringkas.

"Hah? Ye ke? Oo..macam ni ye rupa ulat kupu-kupu?" Haha...terserlah kejakunan saya jelir.

Mana la saya pernah tengok ulat kupu-kupu. Rupa macam mana pun saya tak tau. Yang saya tahu, bentuk macam tu adalah ulat ihikhik.


Yang bawah ni pulak telur kupu-kupu. Kecik aje telurnya..

Mula-mula halus je ulat kupu-kupu tu. Lama-lama jadi gemuk macam gambar atas tu


Ulat kupu-kupu atas daun. Cantik, kan?


Sejak saya tengok gambar tu, hampir setiap hari saya duk tanya ulat tu dah besar mana, dah bertukar jadi kepompong ke belum...sampai suami pun malas nak jawab ihikhik. Pastu saya suruh suami bawa balik ulat tu. Sampai ulat tu dah jadi kepompong pun suami saya tak nak bawa balik. Hujung bulan lepas baru la suami saya bawak balik kepompong tu ke rumah sebab saya duk bising kata nak tengok kupu-kupu keluar dari kepompong depan mata sendiri. Ni semua gara-gara saya tengok kartun Little Bill la ni yang sanggup tunggu siang malam kupu-kupu tu keluar dari kepompong jelir.


Ni la rupa kepompong


Sejak suami bawak kepompong tu balik rumah, hampir setiap hari saya tengok dia dah bertukar ke belum. Betul-betul teringin nak tengok macam mana gayanya kupu-kupu keluar dari kepompong. 3hb lepas, tengok-tengok kupu-kupu dah ada kat sebelah kepompongnya! nangih Tak sampai hajat nak tengok macam mana kupu-kupu tu keluar. Rasanya kupu-kupu tu keluar hari sebelumnya, masa birthday Safiyyah. Masa tu saya memang tak tengok langsung kepompong tu sebab duk sibuk memasak. Huhu...frust betul..


Kupu-kupu dan kepompongnya


Kupu-kupu ni sempat hidup 2-3 hari je. Suami kata mungkin kupu-kupu tu tak cukup zat, tu yang tak dapat bertahan lama..

24 comments:

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Maha Suci Allah yang menciptakan berbagai-bagai jenis mahkluk atas bumi ni.

Persamaan kupu-kupu dan lipas ialah, dua-dua tak makan nasi lemak. hehe.

yatie chomeyl said...

hubby u study pasal lipas ke nadiah?

yatie chomeyl said...

hubby u study pasal lipas ke nadiah?

Hamizah said...

tak penah tgk camna proses ulat jd kupu2 best jg kalo dpt tgk,kan..

Chik Na said...

first time dengar lipas org buat pet

mirah said...

interesting! bestlah buat research mcm tu. Huhu terkenang saat-saat 'kerja'kan tikus2 dulu. Oh ngeri juga kalau kena buat semula lepas ni. Hihi..

MAKCIK REHAN said...

fullamak... teringat eksperimen masa zaman skolah!

bagus! bagus!

temp. housewife said...

ooo ur hubby study lipas. hubby Knur study microb. dlm thermal pools. knur lg tak pandai nak explain bidang dia. huhu

Jiji said...

bestnyaaaaa!!!!!!!!!! caterpillar tuh mcm dlm ceta alice in wornderland!

Nadiah Sidek said...

amirulfaiz: haha..betul, betul..2-2 tak mkn nasi lemak :D

yatie: hsbnd kite study psl serangga. mcm2 serangga la dia kena belajar ;)

hamizah: tu yg tgk sgt tu tp takde rezeki. huhu..

chik na: sy pun ms suami bwk lipas tu ke rmh baru tau lipas tu org jdkn pet

Nadiah Sidek said...

mirah: tikus??? laaaagi geli! teringat lak duk bedah tikus ms matrik dulu. eii..

MR: terkenang zmn dulu2 ye ;)

temp.hw: la..hsbnd kak nur amik bidang biology jgk ke? kwn nadiah ramai gk amik microb..

jiji: ahaha..dh tak ingt le dh citer alice in wonderland tu :D

arin said...

yan pon selalu citer bab serangga nih..geli den..sebab den nih penakut..hehhehehe

♥LOVE2COOK♥ said...

OMG, cockroaches!!! Love escapeeee! ;)

AshAnas said...

shira plg geli dgn lipas, takut pun ada... kt umah shira ni lipas suka duduk dekat dapur, tmpt yg nk kuar api tu...ei, ngeri... mlm2, mmg suh org cek dapur lu before masak, haha... klu kat umah MIL plak, lps suka merayap kt ruang tamu, mmg melompat ats krusi la... huhu...
syok kan klu dpt tgk kupu2 kluar dr kepompong....

husna said...

husna pun tk penah tengok ulat kupu2 dan kepompongnya... sure lagi jakun..

sarahfazalul said...

best, belajar pasal insects pulak =)

Nadiah Sidek said...

arin: hehe..nk buat cmne kak arin, dh interest diorg..dgr je la :D

love: ruuuunnn! hehe..

ashanas: akk pun geli gk ngn lipas. dulu berani gk pegang lipas, lately ni rs geli lak :p

husna: sama2 jakun la kita :D

sarah: ;)

studioukm said...

Pompuan + cacing = geli
Pompuan + lipas = geli
Pompuan + pacat = menjerit
Pompuan + ulat = geli gak

Ada sekali tu, saya mengikut Pensyarah dan student sarjananya masuk hutan simpan Lata Jarum kat Pahang tu. Tiba2 jumpa sekumpulan ulat seperti ulat gonggok, mungkin jumlahnya lebih 100 ekor. Seorang pelajar sarjana pompuan pulak tu, dengan sadinnya memegang ulat-ulat tanpa sebarang perasaan geli apatah lagi menjerit. Inilah pertama kali saya melihat pompuan yang langsung tiada perasaan geli dan sebagainya....

Faridrashidi said...

Salam,

Cerita pasal kipas ye? apapun salam ukhuwah.

Boleh ke sini untuk kenal saya.

http://www.faridrashidi.com/2010/01/08/lurus-dan-rapatkan-saf/#respond

NURUL IZZA said...

hahah..iza xtaula kenapa diorg ni suka sgt benda2 gini.buku2 abgfiz yg ento tu (read: urban entomology) macam2 serangga yg geli geleman. kalau tgk buku insect aoe entah, dhla gmbr besou2..dah tu mcm2 leh tgk.(mcm xde kheje plak)

p;s: tapi xde diorg ni, xdela racun lipas, anai2..bla bla bla..

ms dulu, suka lepak lab abgfiz, n mak ayah iza kalau dtg usm lepak kt situ, ada je lipas (kt msia jenis german xsilap) yg abgfiz ternak.memenag xde keje! ekekekekek ;)))))))

hazman aka species1980 said...

post kali nie macam gaya rancangan animal planet...nice..btw rasanya kat guniess world record ...ade org buat rekod makan lipas nie...

Nadiah Sidek said...

studioukm: hehe..nk buat mcm mana..dh mmg kebanyakan org perempuan cmtu. eh, tp ada tau lelaki yg takut lipas. dia yg terloncat dulu kalau nmpk lipas! :p

faridrashidi: slm ukhuwwah kembali. insyaAllah nnt sy ke sana

izza: ahaha..mmg geli pun. ntah cmne la diorg leh minat ngn serangga2 tu semua :p

hazman: mkn lipas?? yuck!

boundaries said...

ulat tu lawa...warna di menarik...tapi gelii...aiii mcm mana la ambik ento dulu...hihi

蛋餅不加蔥Amber said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社