Pages

Saturday, January 2, 2010

Safiyyah: 020109-020110

Hari ni, 2 Januari 2010, Safiyyah genap setahun! Uhuhu..cepatnya masa berlalu. Tak sangka dah setahun dah dia. Sekarang ni Safiyyah semakin banyak akal, semakin keletah, pandai mengamuk dan pandai memanjakan diri dengan ummi dan papanya. Oh, pandai juga buat trick nak tarik perhatian ummi dan papanya! Ingat ummi dengan papa je ke pandai buat trick kat Safiyyah? Safiyyah pandai jugak tau! senyumkenyit

Alhamdulillah sehingga saat ni Safiyyah masih fully breastfeed. Moga dipermudahkan olehNya untuk menyusukan Safiyyah untuk tempoh setahun lagi. Jom layan gambar pulak ye kenyit


Wah...takleh lupa lagi masa ni!
Pagi 2 Januari 2009, ke Pusat Rawatan Islam Az-Zahrah, Bangi. Lepas check bukaan serviks (3 cm), terus dimasukkan ke labor room. Masa tu dalam pukul 10 pagi. Then, di'induced'. Bermula la saat-saat menahan kesakitan yang amat sangat! Midwife hantar makanan tengahari tu tapi memang tak terusik langsung makanan tu. Tak lalu nak jamah apa-apa dah (nasib baik dah pulun sebungkus nasi lemak pagi tu kat rumah sengihnampakgigi). Nak bercakap pun rasa tak mampu dah. Suami yang duk temankan, asyik mengalir aje air mata dia. Masa nak masuk waktu Zohor, suami gi solat Jumaat dan mak pulak temankan. Mujur juga la masjid seberang jalan je. Dalam hati masa tu duk doa je supaya si kenit dalam rahim tu tak keluar sekurang-kurangnya sampai habis solat Jumaat sebab nak suami tengok sendiri proses kelahiran si kecil. Rasa lega sikit bila midwife kata paling awal pun, saya akan bersalin dalam pukul 4-5 petang.

Tapi dalam pukul 1 lebih tu midwife jenguk sekejap sebelum dia solat Zohor...tiba-tiba je dia kata, "Eh, ni dah bersalin dah ni! Nasib baik saya datang tengok, ingat tadi nak solat Zohor dulu sebelum datang check. Nanti saya panggil Doktor. Jangan teran lagi ye!" Uhuhu...masa tu memang rasa berdebar je. Dalam pada tu duk mengharap yang suami sempat tengok saya bersalin. 4-5 kali mak saya call suami saya, baru la suami saya jawab. Masa tu baru je selesai solat Jumaat. Tak sempat berdoa, suami saya terus berkejar ke labor room. Alhamdulillah, sempat juga dia tengok. Masa suami saya masuk ke labor room, dia nampak kepala si kecil dah keluar sikit senyum.


Di saat-saat awal kelahiran Safiyyah (2 Januari 2009)
Safiyyah lahir awal 10 hari dari tarikh jangkaan. Duk dalam labor room pun sekejap je. Doktor sendiri tak sangka saya akan bersalin secepat tu. Selalunya kalau kena induce pun, paling awal 7-8 jam lepas tu baru bersalin. Ni 4 jam je. Alhamdulillah tak lama sangat menanggung sakit. Safiyyah dilahirkan tepat jam 2.23 petang dengan berat 2.41 kg (kecik aje, kan? senyum).


Safiyyah di usia sekitar 1-4 bulan
Masa ni banyak tidur aje la sengihnampakgigi


5-6 bulan
Masa ni Safiyyah mula menunjukkan minat terhadap buku. Tiap kali pegang buku, beria je dibeleknya. Entah apa yang dibaca pun tak tau la. Boleh baca buku secara terbalik lak tu jelir! 6 bulan dah start makan solid food. Masa umurnya 6 bulan ni jugak la dia baru pandai meniarap. Lambat, kan? Sebelum tu memang duk risau je kalau-kalau ada sesuatu yang tak kena pada Safiyyah. Ramai yang kata, "Dia nak meniarap kat US agaknya." Nak menyedapkan hati, saya mengiyakan je la. Rupanya memang betul pun! Beberapa hari lepas kami sampai US, Safiyyah mula belajar meniarap. Dalam gambar atas tu (belah kanan atas), dia baru je pandai meniarap tapi takleh angkat kepala lagi. Kesian pun ada bila tengok betapa susahnya dia nak meniarap masa tu senyum.


7 bulan
Masa ni dah mula banyak akal. Tengok aje la dalam gambar yang bawah tu...entah macam mana la 'dibalutnya' badannya tu dengan comforter. Pastu duk terjerit-jerit mintak dilepaskan dari comforter tu. Mula-mula panik la juga sebab takut dia lemas tapi bila pergi dekat dia, terbahak-bahak saya ketawa! Dia pun ketawa sama! gelakguling Adeh la Safiyyah ni...macam-macam la. Mujur hidungnya tak tertutup sama masa dia duk balut badannya tu. Tu yang saya takleh nak tahan gelak tu sengihnampakgigi. Masa ni juga dah pandai buat muncung-muncung cium (budak kecik buat muncung comel je. Cuba kalau kita yang buat...harus orang pandang semacam! ihikhik) dan makin kuat menyembur-nyembur! adus


8-9 bulan
Mula merangkak dan berdiri pada usia 8 bulan kenyit.


10 bulan
Menunjukkan kerajinan 'mengemas' rumah jelir. Alhamdulillah masa ni juga boleh berdiri sendiri without support dan mula menapak senyum. Pandai buat-buat nangis untuk tarik perhatian ummi dan papanya sengihnampakgigi


11 bulan
Semakin rajin tolong ummi 'kemas' rumah dan suka 'lipat' kain sengihnampakgigi. Pantang tengok ummi lipat kain, dia pun nak lipat juga. Masalahnya, suka betul berebut kain dengan ummi. Ummi pegang 1 kain nak lipat, dia pun nak kain tu juga. Bila ummi ambil kain lain, dia tinggalkan kain sebelum ni yang diambil dari ummi dan ambil pulak kain yang ummi baru nak lipat tu. Haih...jadi berjam-jam lak nak melipat sebakul kain penat! Di usia 11 bulan ni juga Safiyyah dah pandai berjalan. Alhamdulillah. Memang tak sangka dia boleh berjalan secepat tu sebab dulu dia lambat meniarap. Then, baru saya realize setiap baby adalah unik...ada yang cepat sesuatu perkara tapi lambat pulak pada perkara yang lain senyum


Itulah kisah Safiyyah serba ringkas selama setahun. Masih tak percaya setahun dah pun berlalu. Duk rasa Safiyyah ni masih baby lagi love. Mudah-mudahan Safiyyah membesar sihat dan sentiasa berada dalam pemeliharaanNya...ameen..

37 comments:

Tirana said...

Selamat hari lahir buat Safiyyah..mudah-mudahan besar nanti jadi wanita solehah..

puan oryza said...

happy birthday safiyyah!!!

Love2cook Malaysia said...

Happy Birthday Safiyyah! Gosh, she's so lovely!!! :)

sarahfazalul said...

happy birthday safiyyah. semoga jadi anak yang solehah, bahagiakan ummi dan papa di dunia dan akhirat.

to kak nadiah, moga terus-terus aja jadi ummi yang mithali. seronok baca pasal kisah kak nadiah n safiyyah. a marvelous bond indeed..i learnt a lot from you guys~

\(^_+)/

arin said...

happy birthday safiyyah!

Anonymous said...

Adess lewat sehari. Apa2 pn..
Happy Belated Birthday Safiyyah!!!
Semoga membesar menjadi anak yang berguna pada ibubapa dan agama. Tahniah tuk papa n ummi safiyyah jgk... dpt besarkan safiyyah dgn baek.. =)

Syigim said...

sigh. nk menangis pun ade baca ni. sori i mmg jiwang bab sweet love story mcm ur hubby nyaris2 miss d birth!

nways, happy bday to the snow princess! she's soooooo cute!

Dayah @ Real Ummu said...

entry yng ditunggu..happy birthday girl..moga jadi anak solehah, penyejuk hati ummi n papa..

daud.montak.zakaria said...

Ermmm...satu nostalgia ni....atuk ngan nenek ni mesti rindu sakan kat cucu ni kan....cucu sorang lak tu....

avie eicca said...

Selamat hari lahir saffiyah! Stay cute selalu hehe.

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

selamat hari lahir saffiyah, kenangan melahirkan anak mungkin sampai bila2 pun tak akan terpadamkan nadiah?

Nadiah Sidek said...

tirana: ameen..tq aunty tirana!

cik oryza: tq aunty farhana! :D

love2cook: tq! bday gift takde ke aunty? hehe..

sarah: tq aunty sarah! mdh2an dimakbulkn doa sarah tu..ameen..

Nadiah Sidek said...

arin: tq aunty arin! *hugs to zara bam bam* ;)

meen: ameen. tq aunty meen!

syigim: ehe..jiwang ye? :D. btw, thanks for the wish & nice words! :)

dayah: hehe..ada jgk yg menunggu ye. ameen..& thank u!

Nadiah Sidek said...

ukmstudio: nostalgia?? hehe..mcm kenangan puluh2 thn dulu pulak :D

avie eicca: tq aunty marina!

NB: tq aunty yati! a'ah..rsnya smpai bila2 takleh lupa pengalaman bersalin :)

liyana mujahid said...

happy birthday safiyyah!
sejak kecik lagi dah suka senyum rupanya safiyyah ni :)

Ummu Ammar said...

Sanah Helwah ya jamilah...kullu sanah waanti toyyibah..

Bleh jd ummi angkat x? Geram la kat Safiyyah ni..

Ada 2 gambar tgh hisap jari kaki..ada makna tu..hihihi

syafiq said...

salam..waa..best nye bace ni.
bleh tau safiyyah spnjng usia setahun.

epy birthday safiyyah cute~
xsbar nk tgk die besar..
msti cun nih..heehe

nnti kita jumpe ek... ;)

Ummi Salsabila said...

happy birthday safiyyah..

bestnya n terharu baca journey safiyyah dr lahir..pandai akk karang ek.hehe.

p/s: xde pic dlm labor room ms lahir aufa.nnt nak ready camera la for 2nd baby.sempat lg! hahaha

mirah said...

Happy 1st birthday safiyyah. Ya masa sungguh ccepat berlalu kan. Apapun, moga safiyyah membesar sihat menjadi kebanggaan ayah ibu tu ya.

Nadiah Sidek said...

liyana: terima kasih! ;)

ummu ammar: syukran ummu ammar! nk jd ummi angkat? blh je ;). hisap jari nk dpt adik ye? hehe...

syafiq: hehe..uncle syafiq pun baca cerita safiyyah gk? tq dtg td :)

Nadiah Sidek said...

US: tq aunty raudhah! hehe...nnt pesan kat suami raudhah siap2 suruh snap gmbr dlm labor room :D

mirah: ameen. tq aunty mirah!

husna said...

amin...
hepi birthday safiyyah!!!
dulu tengok, zaman dia dok asyik tidoq ja.. dah besaq skarang nih...

Hamizah said...

selamat hari lahir,safiyyah..mudahan membahagiakan ibu dan ayah selamanya..

~mIsS_p00h~ said...

nadiah,
safiyyah sgt adorable! mesti x kering gusi tgk aksi dia hari-hari kan? ;)

Muga dia membesar menjadi anak yang solehah~ :)

Nida n' Hanafi said...

Salam Nadiah..

Selamat ulang tahun kelahiran buat Safiyyah... cutenya, dah pandai hisap jari kaki ye... Kata orang itu tandanya nak adik lagi.. :-)

al-lavendari said...

Salam ziarah kali petama. saya ketemu blog ini di blog Nida. kebetulan komen awak selepas komen saya.

saya pun nak komen entri awak ni macam komen Nida juga!

Nadiah Sidek said...

husna: tq aunty husna! hehe..ye la, ms tu dia baru brp bln..tido je la kejenya :D

hamizah: ameen...tq!

miss pooh: ameen. hehe...mmg pun! kdg tu nk marah tp bila tgk keletahnya tu tak jd nk marah :D

HuMayRah HaYatI said...

Happy besday Safiyyah..jangan nakal2 yer..cian kat ummi..

Nadiah Sidek said...

nida: hehe..adik ye? insyaAllah ada rezeki nnt ada la :)

al-lavendari: oh, tq sudi ke sini. hehe..komen psl hisap jari kaki tu ke? :D

Ummu Mishkah said...

happy birthday uutk baby awal tahun ni! utk ummi dan papa jgn lupa ikat safiyyah dgn kasih sayang. Moga membesar menjadi anak yg solehah.. inshaAllah!

Nadiah Sidek said...

yati ahmad: tq aunty yati!

ummumishkah: syukran ummumishkah. insyaAllah. mdh2an Safiyyah jadi anak yang solehah..

syikin said...

terliur tgk hidangan :)
insyaAllah anak yg solehah

yatie chomeyl said...

pipi labuh saffiyah mmg geram btul nak cubit2...dh setahun anak dara u ye nadiah hik3x

Nadiah Sidek said...

syikin: mdh2an hendaknya.. :)

yatie: hehe. a'ah..dh sethn dh ;)

Ummu Umar said...

Salam perkenalan dr abu dhabi...hepi birthday lil safiyya same date with my 1st son...

boundaries said...

aminnn

nba-Nur said...

Hati tersentuh bila baca entri ni...