Pages

Thursday, January 28, 2010

31 dan Abe Long

Yay! Safiyyah dapat sorang lagi sepupu. Alhamdulillah, Wan Aisyah Nabihah selamat dilahirkan 21 Januari baru ni. Berkongsi bulan kelahiran la mereka berdua. Dah jadi 31 orang cucu belah mertua saya. Cerita yang ke-30 ada di sini. Belah keluarga saya, Safiyyah masih satu-satunya cucu kesayangan opah dan atuknya love.

Aisyah ni anak ke-3 Mazlan (abang suami saya) dan Cik Da. Yang sulung, Wan Adam Fitri, 4 tahun, dan yang ke-2, Wan Ainul Mardiah (Ain) nak masuk 2 tahun. Buat masa ni, Adam la anak buah kesayangan suami saya. Semua yang kenal dengan Adam, memang akan 'jatuh hati' la dengan dia sebabnya sangat la bijak bercakap. Kalah orang tua! sengihnampakgigi

Masa Cik Da bersalinkan Ain dulu, Adam siap-siap suruh orang panggil dia Abe Long. Takde sape pun ajar dia gelar diri dia camtu. Kalau kita panggil namanya, dia buat tak tau je. Buat-buat tak dengar je dia. Panggil Abe Long, baru dia layan senyumkenyit.

Wan Adam Fitri a.k.a. Abe Long
Masa ni Abe Long 3 tahun, datang ke USM meraikan Pok Nik (gelaran anak-anak buah pada suami saya) yang konvo bulan 3 tahun lepas



Setiap kali suami saya call Abe Long, ayat pertama yang disebut, "Adik Safiyyah wat gapo?" Safiyyah dulu yang dia tanya. Caring betul dengan sepupunya yang jauh ni senyum. Kadang-kadang aje la dia tanya pasal Cik Na (saya le tu! Anak-anak buah suami panggil saya Cik Na). Takpe la, tak tanya pasal Cik Na pun takpe la...Cik Na tak kecik hati pun.. *sob sob* jelir.

Pastu selalu ajak mama dan papanya gi Amerika. "Nok naik kapa tebe, nok gi Amerika, jupo adik Safiyyah". sengihnampakgigi Hehe...dia ingat naik kapal terbang tu free je agaknya. Cik Da cerita, setiap kali nampak kapal terbang, mesti dia kata dia duk ingat kat adik Safiyyah yang ada kat Amerika rindu.

Abe Long dengan mama dan papanya
Godek-godek gambar, takde pulak gambar diorang bertiga. Aci la letak gambar asing-asing dan berlainan tahun ni
kenyit


Pernah sekali hari tu masa diorang sekeluarga nak keluar gi mana entah...Abe Long tak bagi maid dia naik kereta sekali sebab maid tu tak pakai tudung. Nak tak nak, maid tu sangkut la selendang kat kepalanya tu, baru Abe Long bagi naik kereta ihikhik.

Baru ni suami call mok kat kampung, mok bagitau hari tu Abe Long kata dia demam...demam sebab rindu ke mok (cucu-cucu semua panggil mok dengan panggilan mok kecuali anak-anak Abe Har-Kak Dah dan anak kami yang panggil opah). Entah mana la dia dapat idea demam-demam rindu tu fikir. Pastu mok terpaksa la gi rumah Mazlan kat Tanah Merah, jaga Abe Long. Masa mok ada kat sana, dia tak nak gi sekolah pulak sebab dia takut nanti masa dia gi sekolah, mok balik Kuala Krai semula. Ada je akalnya tu sengihnampakgigi.

Selalunya bila Abe Long bercakap tu, terkekek-kekek saya dan suami gelak. Bukan kami berdua je, yang lain pun mesti akan gelak sama ihikhik. Kelakar tau. Memang seronok la bersembang dengan dia. Tsk..rindu lak kat Abe Long duk cerita pasal dia ni..

15 comments:

Hamizah said...
This comment has been removed by the author.
Hamizah said...

meriahnya kluarga suami Nadiah dgn anak buahnya..ye.
mmg best ramai sedara..sama cam saya jg

*sori tdelete comen sblm ni..

cik oryza said...

hahahahha... kak nadiah siap tulis dlm loghat kelantan tu... jangan main!

nak jadi abe long jugak la... baru cik na rindu... huhu.. kalo abe long bace blog ni mesti dia terharu punye la...

temp. housewife said...

tahniah dpt anok sedaro baru. kalau Knur komen lps ni dlm bhs Kelate faham tak? hehe

yatie chomeyl said...

cerdik abe lon gni, kecik2 doh caring, untung safiyyah ado sepupu mace abe long hehe

Nida said...

Salam Nadiah..

Wah.. entri ni dah macam blog tutorial kecek kelate..hehe.

Suko dengar oghe kelate kecek.. walaupun banyok dok pahe dari pahe.. (betul ke ni ek??)

Dayah said...

meriahnya..dah 31 dah...adakah Zaki kepingin nk anak ramai mcm mak ayah dia ni...?? supaya cucu juga berpuluh2 camni.>? heheh

Nadiah Sidek said...

hamizah: a'ah..memang ramai pun..kalau berkumpul tu, jadi gamat rumah :D

cik oryza: aik..takkan jeles ngan abe long kot..hihi..

temp.hw: insyaAllah boleh faham. masalah nadiah ni nak kecek klate la..lidah masih 'keras' lagi..eheh. kecek klate pun dengan suami je ;)

Nadiah Sidek said...

yatie: a'ah..abe long budak cerdik :)

nida: blog tutorial apanya kak..sikit je tu tulis bahasa kelate pun :D

dayah: muahaha..itu kena tanya en.zaki sendiri la :D

husna said...

husna masih ingat abe long masa kenduri kawen kak nadiah hari tu..
mmg cerdik.
seronok layan mereka ni..
husna pon ada anak sedara. macam2 perangai ada.. seronok.

Norhayati Ahmad said...

nadiah dah pandai kecek kelate...dah rasa penangan kelantan ek..

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Wah, bagus sungguh Abe Long, bijak sungguh. Mesti pandai mengaji nih.

Nadiah Sidek said...

husna: memang seronok layan budak2

k'yati: dah kahwin dengan orang kelate..nak lari mana..

amirulfaiz: ;)

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

蛋餅不加蔥Amber said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,錄音,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社