2 minggu lepas kami menerima kedatangan seorang tetamu yang datang nun jauh dari Malaysia. Prof Abu saje datang ke Lincoln ni nak buat spot check kat 2 orang ex-student USM kat sini. Sape lagi kalau bukan suami saya dan Hafiz. Nak tengok diorang ni datang sini belajar ke tidak ke. Haha..pandai mereka cerita

.
Yang sebenarnya,
Prof Abu Hassan Ahmad (pensyarah merangkap Dekan
Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM) datang ke US atas urusan kerja. Dia menghadiri conference di Kentucky. Habis conference, dia terus ke Lincoln ni jumpa 2 orang ex-studentnya tu. Suami saya pernah buat projek Prof Abu masa di USM dulu, Hafiz pulak masa buat master dulu..Prof Abu ni la jadi supervisor dia..

Prof Abu yang diraikan
Saya pernah la jumpa dan pernah ke rumah Prof Abu masa baru kahwin.
Dr Salmah (isteri Prof Abu, juga pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kajihayat a.k.a. School Bio) la yang menjemput saya dan suami berbuka puasa kat rumah diorang 2 tahun lepas, sekali dengan
Dr Latiffah (juga pensyarah School Bio). Dr Salmah ni dulu supervisor suami saya masa suami saya buat master di USM. Saje la dia mengajak kami berbuka sama sebab nak kenal dengan saya.
Prof Abu suka benar menyakat isterinya tapi Dr Salmah maintain cool aje..ehe. Silap tak minta tips daripada Dr Salmah dulu

. Ramai yang takut dengan Prof Abu sebab dia tegas tapi time kerja je la. Waktu kerja, dia memang sangat tegas dan serius orangnya tapi di luar waktu kerja...berbeza sungguh karakternya, macam 2 individu yang berlainan pulak. Dan seorang yang mengambil berat hal student...tu yang datang sini nak tengok macam mana keadaan suami saya dan Hafiz di sini.
Prof Abu sampai ke Lincoln 1 April lepas (Khamis) dalam pukul 10 malam. Macam biasa la, aktiviti makan-makan wajib ada

. Kami semua (saya sekeluarga, Sek Yee, Muzammil dan Syafiq) berkumpul di rumah Hafiz meraikan kedatangan Prof Abu sambil menjamu selera

. Menu malam tu nasi putih, sayur kangkung dan gulai daging cooked by Izza. Muzammil buat puding roti. Saya hanya masak ini je:

Cuba teka lauk apa yang saya masak ni?


Muka-muka sama kecuali Prof Abu. Saya takde dalam gambar sebab tau takde sape nak tengok muka saya *sob sob*

. Safiyyah pun takde dalam gambar masa ni sebab sibuk di dapur


Rajin sungguh anak dara ni. Orang lain duk lepak-lepak, sembang-sembang, makan-makan, dia je buat kerja kat dapur


Percubaan Iman merampas sudu daripada Safiyyah

Kelakar betul masa ni. Suami saya letak Safiyyah atas riba...tiba-tiba je Iman merangkak kat suami saya, nak duduk atas riba jugak..hihi. Iman dah tersalah ayah la


Iman conquer duduk atas riba papa Safiyyah sorang-sorang

. Masa ni Iman dapat sudu cantik warna pink (memang sudu Iman pun), Safiyyah ternampak terus dia campak sudu putih tu nak ambil sudu kat tangan Iman pulak

. Kecik-kecik pun dah tau mana cantik mana tak. Pastu bagi la sudu sama macam Iman kat Safiyyah cuma warna je berbeza. Baru la Safiyyah diam


Iman...sambil main sudu, sambil main air liur

. Yang Safiyyah lak, macam-macam gaya dia main sudu tu..duduk la, baring la, tertonggeng la...


Ni sambil mencangkung pulak

. Habis berbekas sudu Iman tu dengan gigitan Safiyyah. Takpe la, kenangan untuk Iman..hihi..