Pages

Tuesday, June 14, 2011

Summer Trip 2011 (part 1): Madison, WI

Destinasi paling jauh dalam trip kami kali ni: New York. Ikut perancangan, perjalanan kami begini:

Lincoln, NE - Madison, WI - Detroit, MI - Niagara Falls, NY - Ithaca, NY - New York City, NY - Boston, MA - Kansas City, MO - Lincoln, NE

Tapi perancangan kami banyak berubah sepanjang perjalanan dan akhirnya perjalanan dan persinggahan kami jadi begini:

Lincoln, NE - Williamsburg, IO - Madison, WI - Milwaukee, WI - Michigan City, IN - Cleveland, OH - Little Ferry, NJ - New York City, NY - Ithaca, NY - Niagara Falls, NY - Buffalo, NY - Chicago, IL - Lincoln, NE

Eh, dah tulis baru perasan lebih banyak rupanya tempat persinggahan kami berbanding perancangan asal kami ^_^. Manusia hanya mampu merancang je kan...yang menentukannya adalah pemilik alam ini. Dan Dialah sebaik-baik perancang. Memang trip kami ni lebih seronok jadinya ;). InsyaAllah akan saya ceritakan part by part.


Hari pertama (26 Mei 2011)
Kami bertolak dari rumah seusai solat Zohor. Lebih kurang jam 2 petang. Kami rancang bertolak dalam pukul 10 pagi tapi suami saya ada kerja sikit pagi tu. Tengahari baru selesai kerjanya. Dah hampir sangat nak masuk waktu Zohor, kami solat dulu la sebelum memulakan perjalanan.


Baru 5 minit dalam kereta, lena kedua-duanya! ^_^


Pemandangan tepi highway yang tiada di Malaysia. Suka tengok kincir angin banyak-banyak macam tu


Berhenti rehat seketika di Rest Area. Cantik sungguh Rest Area ni. Langit pun elok membiru je masa tu


Alang-alang dah masuk Asar...kami terus solat kat situ je


Usai solat Asar, kami teruskan perjalanan semula. Lebih kurang 5 batu nak sampai Williamsburg, Iowa...kami ambil keputusan bermalam di Williamsburg je. Kalau ikut perancangan asal...kami terus ke Madison, WI tapi kami bertolak dari Lincoln pun dah lambat...tu yang kami putuskan untuk bermalam di Williamsburg. Dah nak Maghrib dah pun masa tu. Risau jugak berjalan masa Maghrib bawak Shakir. Dah la pertama kali bawak Shakir berjalan jauh macam ni.

Kami bermalam di tempat yang sama masa trip ke Iowa Spring break tahun lepas. Di Super 8 Motel :). Seberang jalan ada outlet *wink*. Suami saya je yang ke outlet malam tu beli sandal Safiyyah yang baru. Sandal tahun lepas tak muat dah.


Keadaan dalam bilik. Selesa!


Safiyyah memang pantang nampak telefon. Dan dia tak senang hati tengok gagang telefon berada di tempatnya. Mesti dia letak gagang tu di tepi telefon


Hari ke-2 (27 Mei 2011)

Kami menyerah diri! ^_^
Dah pukul 8 pagi tak bangun lagi 2 beradik ni. Kena kejut la jawabnya :)


Lepas check out, kami ke outlet sekejap cuci-cuci mata. Dalam pukul 10.30 pagi, kami terus bertotak ke Madison, Wisconsin dan sampai lebih kurang jam 3 petang di rumah Raja Farhana. Masa kami sampai, Raja takde di rumah tapi awal-awal lagi dia dah tinggalkan kunci kat luar rumah. 1 je tujuan kami ke Madison. Menghadiri Midwest Game. Ni kali ke-2 la kami menghadiri Midwest Game. Tahun lepas dibuat di Purdue, Indiana. Tahun ni di Madison pulak.

Masa kami tercari-cari motel di Madison beberapa minggu sebelumnya, Raja Farhana offer kami bermalam di rumahnya. Kebetulan housemate dia balik Malaysia. Kak Tini dari Florida pun menumpang juga di rumah Raja. Pertama kali la saya jumpa kak Tini. Sebelum ni duk dengar namanya disebut-sebut dan tengok gambar di Facebook je :). Raja Farhana kami kenal masa Midwest Game tahun lepas.


Safiyyah buat rumah orang macam rumah sendiri. Buku-buku elok tersusun kat rak, dia ambil satu persatu letak atas kerusi dan katil. Pastu kerja ummi la susun balik buku-buku tu di rak. Isk. Tak kasi peluang langsung ummi goyang kaki :p


Saya anak Malaysia!


Suka tengok aksi Safiyyah ni. Barang-barang tu semua dia ambil dari rak. Habis semua dia bawak turun pastu susun elok-elok atas lantai. Dah susun, dia baring sebelah barang-barang tu :)


Petang lepas Asar kami keluar ke Union, suami saya nak daftar nama untuk Midwest Game. Tahun ni suami saya saje ambil bahagian. 1 game je pun dia main. Ping pong. Tahun lepas kami jadi penonton je. Tu pun tengok perlawanan bola tampar je.


Terjumpa dengan kawan sekolah dulu! Syeda namanya. Bukan setakat sekolah, memang sekelas pun masa sekolah menengah. Bertahun-tahun tak jumpa, di US pulak ketemunya. Kecik je dunia ni. Syeda buat PhD di Illinois. Memang saya tahu dia akan ke Midwest Game juga. Saya ada mesejnya di Facebook. Alhamdulillah, jumpa jugak. Seronok dapat jumpa kawan lama! Syeda ni popular dulu ni kat sekolah...pengawas yang ramai peminat ;). Saya? Saya low profile je. Orang yang 'tak banyak mulut' la katakan :)


Safiyyah sibuk nak main air. Mengamuk-ngamuk dia. Tak senang saya nak bersembang dengan Syeda. Pastu papanya bagi la dia celup kaki dalam air tu. Sekejap je la sebab air tu sejuk sangat. Mengamuk-ngamuk balik dia sebab tak puas main air -_-". Dia ingat tu swimming pool agaknya. Sudahnya, kami terpaksa mintak diri la...dah Safiyyah mengamuk-ngamuk nak berendam dalam tasik tu. Huhu..


Tempat pendaftaran bukan di situ rupanya. Di South Union, bangunan Union yang baru. Cantik bangunan Union baru tu!




Tempat pendaftaran


Habis daftar, kami lepak-lepak je di South Union tu. Ada la jumpa beberapa orang yang sebelum ni hanya kenal di Facebook. Budak-budak bujang undergrad yang ramainya.


Ni 1 lagi benda yang Safiyyah pantang jumpa. Tangga! Tak letih-letih dia turun naik tangga. Saya biar je sebab ada jaring antara tangga-tangga tu


Jumpa pulak anak-anak staf Education Malaysia dan Ku Ila sekeluarga. Si kenit tu anak bongsu Ku Ila. Nama sama macam Safiyyah cuma ejaan je berbeza sikit dan dipanggil Fiaa je :)


Safiyyah tu dah mengantuk. Suka hati dia je bergolek atas lantai :D



...bersambung...insyaAllah...

26 comments:

Ina Hashim said...

Nad,

dah besar Syakir ye...:)

♥MAMASYAZA♥ said...

sronok tengok depa 2 beradik tdo...tenang aje, sejuk mata memandang

yatie chomeyl said...

tdo kuak lentang tu ialah gambr feveret hehe

Teratak Hami said...

bestnya jalan2 tengok negara orang. Saya nak kirim Fridge Magnet boleh?

Acik Erna said...

suka tengok dua beradik tu tido..

SyedaFauzi said...

Haha..tak tahan ayat pengawas popular tu...segan dibuatnya...:D
Seronok dapat jumpa awak..wish there are more times nak borak2..tp biasalah, dgn anak bujang n anak dara yg tak boleh berenti tu..sama2 tak cukup tangan nak layan. ni yg kena wat trip gi nebraska nih...hehehe

kak ina said...

amboiii...sakannya 2 beradik nie..:)

mimmie said...

finally....hehehe.sy tungu part 2 plak...jgn lama2 ye kak

eB said...

sronoknyer leh jenjalan tempat org kan? i lioke... cumer x pernah pergi jerk ;p

Affieza said...

Byknya berjalan kak..best ni...hehe

Unknown said...

hehe,suka ngk aksi dua beradek neh:)

ummi_ziz said...

Safiyyah ni telatahnya mcm Iris jgk yer..suka susun2 benda, suka main tangga n sukahati baring ats lantai. hihihi.

Wah byk tpt tu cover..tk pe slow2 update. IZu pn tour UK baru2 ni jenuh jg tu nak update. :)

Zaza said...

anak akak 2 2 comel!

idasm said...

bestnyer jalan2. syakir pun dah besar, kejap aje ye. comel pulak tu. mesti seronokkan nadiah ada sepasang sekarang ni.

CatlinaFly said...

http://catlinaflybaby.blogspot.com/2011/06/keychain-bulu-rabbit.html pastu email sy lepas bc nih hehhe

Unknown said...

comeyy budak2 tido ^_^ leh la ibunya rehat jap..

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

Sonotnya..g berjalan lagi yek..tambah sorang lagi untuk trip kali ni kan..

Najwa.H said...

bestnya jalan2 Nad... bilalah nak dpt peluang kesana..

Aleyn said...

Comelnyer gambar dua beradik tidur....lena tul....rasa nak gomoi pun ada

en_me said...

meriahnyerr uoolss.. teringat dulu2 kat US.. uhuhu

ct N honey said...

kalau baawa anak berjalan jauh,bab mengamuk tu yg tak tahan nak handle,boleh pening dibuatnya..bestkan jumpa kwan lama,terkenang zaman muda2 dulu.saya kalau jumpa kwan sekolah menengah mesti diorang semua terperanjat sbb hubby saya adalah kawan satu sekolah dan satu kelas dulu...

Mek Rose said...

nad, syakir makin hensem..:-)

Sulam Kaseh said...

syakir macam anak mat saleh dah.. :) comey

Nadiah Sidek said...

k.ina: a'ah, dah besar..besar sikit je :D

mamasyaza: tgk anak2 tidur mmg menenangkan ;)

yatie: kuak lentang atas katil..hehe..

teratak hami: aisey..dah balik rumah dah. kalau nak kirim FM nebraska insyaAllah boleh la :)

k.erna: nadiah pun suka! ;)

syeda: hihi..dah kenyataannya gitu. meh2..dtg sini ;)

k.ina: :D

cikmimmie: lama gak ambil masa buat part 2. sori..huhu..

Nadiah Sidek said...

eb: ada rezeki eb pun dpt jln2 tmpt org jgk ;)

affieza: berjalan mmg best! :D

nanakimie: hehe..

ishamizu: haa..mmg sama la tu! :D

zaza: alhamdulillah. tq :)

k.ida: alhamdulillah kak..rezeki dpt sepasang :)

catlina: nnt saya emel ye! :)

ibunaznoy: mmg menunggu kedua2nya tidur. ngee~

Nadiah Sidek said...

cikyah: yup, bertambah sorg lagi dlm trip :)

najwa: ada rezeki insyaAllah sampai juga najwa ke sini ;)

aleyn: tgk budak kecik tidur rasa geram, kan? :D

en me: 1 hari nnt pun saya akan terkenang2 juga kenangan di US :)

ct n honey: betul, betul! bab mengamuk tu yg tak tahan tu

rose: tq :)

sulam kaseh: mana ada mcm mat saleh kak mah..hihi..