Semalam, 25 Jun 2011 secara rasminya suami saya ni mendaftarkan diri dalam kelab 3-siri tanpa rela..hihi..
Saya dan Safiyyah dibelanja makan tengahari di kedai Arab semalam sempena hari lahirnya yang ke-30 (patutnya birthday boy yang dibelanja..ni terbalik pulak..hihi..). Pagi semalam suami saya kata tak payah masak untuk makan tengahari. Dia nak belanja makan di luar. Saya dah keluarkan ayam dah pun masa tu. Terus saya simpan balik ayam dalam freezer :D.
Kami keluar makan pun lewat. Dalam pukul 2.30 petang baru keluar. Solat Zohor siap-siap dulu. Senang. Lepas tu kalau rasa nak berjalan, senang hati dah. Tak perlu mengejar masa. Kat sini kalau nak makan kat luar, takde kedai lain la melainkan Sinbad Restaurant. Kedai Melayu sah-sah la takde kat sini :p
Suami saya order Fish and Rice. Saya pulak order Chicken Tikka. Silap order sebenarnya. Ingat nak order Chicken Tikka with rice..tak tersebut pulak rice masa tu. Tapi bagus juga tersilap sebab nasi suami saya banyak sangat. Nasi tu dibahagi dua la. Saya makan dengan Safiyyah
Menanti makanan sampai :)
Isy, isy..main sumbat je roti dalam mulut. Macam mulut tu besar sangat. Banyak Safiyyah makan masa ni. Roti makan, nasi pun makan. Selalunya kalau kat luar susah sangat nak suruh dia makan. Sibuk sangat nak explore sampai tak nak makan. Suka tengok dia makan banyak. Kat rumah makan banyak tapi badan tak nak naik-naik. Terlalu aktif sangat..macam mana nak naik beratnya tu
Lepas makan, kami jalan-jalan pulak ^_^. Dalam pukul 6.30 petang baru sampai rumah semula
As requested, banana cheesecake for birthday boy ;)
Kek ni saya buat petang Jumaat lagi. Hiasnya lewat petang Sabtu. Asalnya nak hidang kek ni kat suami lepas makan tengahari tapi lepas dimaklumkan suami saya yang Irfan (student undergrad) ajak ke rumah lepas Maghrib..saya dan suami sepakat bawa kek ni ke sana. Boleh makan ramai-ramai. Irfan pun tak cakap tujuan diajak ke sana
Dalam pukul 9.30 malam juga la baru kami ke rumah anak-anak bujang. Maghrib lambat sekarang ni. Pukul 9 malam baru masuk waktu. Musim panas siang panjang, malam pendek. Majlis kesyukuran rupanya yang dibuat. Merangkap jamuan hari lahir suami saya juga :D
Hasil air tangan anak-anak dara dan bujang. Jangan main-main...ada potensi buat bisnes catering ni. Kalau saya malas nak masak nanti tempah makanan kat diorang je la..ngee~
Birthday boy potong kek
Lepas suami saya potong kek, beria dia nak suap kek kat tuan rumah. Tuan rumah ada 3 orang tapi Irfan yang menjadi pilihan. Malu-malu je Irfan..hihi.Yang mana ada kamera, masing-masing dah sedia dah nak ambil gambar. Bukan senang nak dapat aksi suap-menyuap sesama lelaki ni.
Rupa-rupanya...bukannya suami saya suap kek kat Irfan...ditenyehnya kek tu kat muka Irfan! Hahaha! Semua orang tak jangka suami saya akan buat macam tu. Tergelak besar semuanya. Selalunya birthday boy/girl yang terkena...ni bukan birthday boy pulak yang terkena! Hihi..
Diorang semua ingat saya dah tahu rancangan suami saya nak kenakan Irfan padahal saya sendiri tak sangka suami saya nak tenyeh kek kat muka Irfan :p. Tapi saya rasa pelik juga la bila dia kata nak suap kek kat Irfan. Ada ke lelaki nak main suap-suap sesama lelaki? Kalau sesama perempuan tu perkara biasa. Patut la beria sangat suami saya kata nak suap Irfan :p
Irfan. Si mangsa. Kesian tapi nak gelak jugak. Haha. Redha je la ye Irfan..hihi..
Peminat-peminat Safiyyah :p
Bawah: Amanda dan Syafiq bersama Safiyyah
Atas: Alif nak bergambar dengan Safiyyah tapi Safiyyah lari :D. Cuba nasib lain kali pulak la ye Alif..hihi..
30 tahun vs 3 bulan :D
23 comments:
aha..comel
semalam saya dah rasa something wrong bila abg zaki nak suapkek kat irfan.tunggu je bilairfan nak kena tenyeh kek :P
tu gambar bawah 3G vs 0.03G eh :D
p/s : cheesekek kak nadiah sedap! nanti nak p menuntut ilmu
hebatny amasakan nanak2 dar aand anak2 bujang teruna tu. cenggini i pun nk order gak lah eheh
alhamdulillah dh 30 tahun :) sebaya dgn hubby huda :) mereka dh masuk kelab 3 series kan..heheh
punya byk cerita, kita cuma teringat2 & terpandang2 banana cheesecake tu je. sedapnya...sbb i like banana, & i like cheese!!!!!....pandai nadiah hias kek tu, simple & cute je. happy bday to mr. nadiah ye hihi
assalam nadiah..happy birthday untuk suami..semoga dirahmati sentiasa dan terus berbahagia disamping nadiah dan anak2.
sedp betul nampak kek tu..mesti best
selamat hari lahir utk suami.30thn muda lagi tu...
sedap2 masakan anak2 dara n bujang.mengiurkan! selamat hari tua to hubby kak nad.hehe.
p/s: hubby kita lagi tua.kahkah.
welcome to the club..hihi.
nway, nmpk yummy la kek tu ;)
Suka kn tgk ank2 bselera mkn..cute la Safiyyah n Shakir! :)
like gambar last...
wish happy birthday kat husband akak..
semoga diberkati dan dirahmati ALLAH untuk sekeluarga.. :)
oho..thn depan time kita pulak yg 3 siri, hehe...
kek banana cheese tu nampak sedap le nad..
hohoho.. kelab 3 siri ye? Akak dah 4 tahun join kelabtu tau!! Best jerrr.. :-)
comel je syakir tido..
30thn muda lg tu,nadiah..
selamat hari jadi...semoga murah rezki sedapnya suma mknn tu...
dlm byk2 gambar, saya suka gambar kek tu :) sedapnyee....boleh minta resepi?
selamat dtg ke kelab 30's... :)
Baru 30 tahun, muda lagi..hehehe
hp besday untuk papa safiyyahh..
akak..safiyyah nampak mcm budak beso sebab dia ikat rambut camtu..anak dara sunti yg cantik..;D
Besday boy yang bukan boy lagi kak.. :)
Umo suami kita sama la kak, hubby MJ 26hb :)
hepi besdaya buat suami Nadiah .... 30 tu kira muda belia jugak lagi bila compare dgn akak yg dah nak masuk 4 series plak nanti :)
ps: suka kek yang nadiah tu.. cantik deconya
chocofiz: akk pun smells something fishy masa tu cuma tak expect irfan ditenyeh dgn kek :p
yatie: tu la, rasa nak order je nnt..hihi..
huda: oh, sebaya ye? dah masuk kelab yg sama la. hihi..
syigim: mah la sini..boleh kite buatkan ;)
k.erna: ameen. tq kak :)
ct n honey: kena rasa dulu baru tau best ke tak :D
ummi salsabila: tq :)
ishamizu: yup, seronok tgk anak bersera mkn :)
sweet life: ameen. tq kak :)
najwa: tu la..duk gelak kat org pdhal tahun depan je masuk 3 siri. hihi..
k.zefa: hehe..saje pekena suami :D
k.hamizah: jgn ckp muda..nnt dia perasan :p
dinor's family: ameen. tq kak :)
ummi na: saya pernah letak resipinya. takpe, nnt saya repost, insyaAllah..
kakyong: :D
k.tirana: hehe..
cikmimmie: tu la, akak pun tgk dia mcm budak besar ikat rambut gitu ;)
MJ: selang sehari je la
chik na: saje je menyakat..hihi..
akak.. huu.. saya lagi muda dari akak.. huu...
baru 25 tahun.. huuu
Post a Comment