Pages

Tuesday, June 21, 2011

Pasta dalam sup tomato

Dah 2-3 hari saya tak masak nasi dan tak makan nasi. Jemu la makan nasi. Masak bihun la..pasta la..pendek kata bukan nasi la menu kami sekeluarga. Suami saya pulak request makanan ala-ala Western/Italian. Tekak omputih la pulak dah :p. Layan je la. Lagi senang dia bagitau apa yang dia nak makan daripada saya pening kepala fikir apa yang nak dimasak.


Pasta dalam sup tomato


Pasta dalam sup tomato ni saya buat semalam. Edisi derhaka :p. Bukan derhaka sebab apa...derhaka sebab tak cukup bahan..ngee. Bahan asas cukup, saya buat je la :D. Resipi ni saya ambil dari SINI..dari blog Mat Gebu. Senang sangat nak buatnya! Memang cari resipi yang senang-senang je pun..hihi. Kalau nak cuba, boleh la cuba resipi ni :)


BAHAN-BAHANNYA :-)
80 gram pasta mat guna pasta pintal atau fusili *saya guna tri-color rotini
1 cawan soup tomato (mat guna jenama "Heinz")
2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, cincang
1/2 kiub ayam maggi  *saya letak seketul
1 batang sosej ayamas, hiris bulat *tak letak, sosej takde dalam stok
1 batang jejari ketam, hiris *ni pun takde
1/4 red capsicum, dadu kecil
1/4 yellow capsicum, dadu kecil
1/4 green capsicum, dadu kecil *saya pakai green capsicum je sebab hanya tu je yang ada
Lada hitam secukupnya
Sedikit gula dan garam
1 helai bay leaf
Hirisan kuchai untuk hiasan (tak de, ganti dengan daun sup) *ni pun takde :p

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Rebus pasta fusili dalam air mendidih bergaram hingga lembut, tos dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam periuk, tumis bawang besar, bawang putih dan bay leaf hingga harum. Masukkan tomato soup dan juga air. Kacau rata dan masak hingga mendidih.
  3. Masukkan sosej dan bahan2 lain kecuali gula, garam dan kuchai. Masak hingga sedikit pekat. Tambah garam dan gula secukup rasa, masak sekejap dan matikan api. Garam kena jaga sebab dah ada kiub pati ayam. Rasa dan jika ok boleh matikan api
  4. Letak pasta fusili secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah dan isi2nya sekali, tabur lada hitam, hias dengan hirisan daun kuchai dan hidangkan segera...


Tengok..banyak bahan takde. Hihi. Tapi tetap licin suami saya dan Safiyyah makan ^_^. Saya tak makan pun. Tekak tak boleh nak terima sangat makanan macam ni. Pada yang nak mencuba tu..selamat mencuba ye! :)


13 comments:

ummi Hanie said...

sedap tu kak nadiah...awat xmkn lak ni...abis akk mkn ape?

Irfan said...

sedap nyer.. ..>.<

Izan Ishak said...

sedap pulak tgk nadiah... kak izan suka makan...tp tekak en hubby tak makan sama cam nadiah~

dinor's family said...

nampak cam sedap je..klu mkn lg sedapkn

Acik Erna said...

Nadiah..ada jugak masa jemu dengan nasi ye..

yatie chomeyl said...

uish sedap3x, hr ni pun makan spageti alfredo buat bekal gi kampus

Sally said...

rugi-rugi awak tak makan..hehe

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

macam sedap..bley try ni

Mukminah Wahab said...

Tengok gambar je pon dah buat perut lapar..hehehe.

Aleyn said...

Bestnyer....bleh try la...boringla dok makan nasik jer kan

Nadiah Sidek said...

ummi hanie: akak mkn benda lain :D

irfan: cuba la masak irfan..senang je

k.izan: oo..ye ke? terbalik dgn kitorang pulak ek

dinor's family: sedap kot kak sbb licin :D

k.erna: hari2 masak nasi kak..tu yg jemu. nadiah jarang masak menu selain nasi :D

Nadiah Sidek said...

yatie: kalau suka mmg kata sedap :D

sally: tak rasa rugi pun..hihi..

cik yah: cuba la ;)

meen: haha..

aleyn: hari2 mkn nasi jadi boring, kan? :)

husna said...

wah. tgk pon dah meleleh ayaq lioq.
nak cuba lah!