Pages

Tuesday, March 16, 2010

Trip to Iowa

Kami (saya sekeluarga, Muzammil dan Syafiq) baru balik bercuti semalam menari. Bertolak hari Sabtu lebih kurang jam 11 pagi terus ke Williamsburg, Iowa. Plan nak bertolak pukul 10 pagi tapi lama sangat uruskan kereta sewa, tu yang jadi lewat sejam daripada perancangan awal tu. Mulanya nak sewa Chevy Impala (kereta full size) tapi takde pulak kereta tu. Kereta full size yang tinggal masa tu semuanya kereta mewah. Pastu pilih punya pilih, ambil kereta Buick LaCrosse - kereta mewah Amerika. Dapat la sewa dengan harga murah (lebih kurang 170 USD termasuk insurans untuk 3 hari) sebab Chevy Impala tu takde. Merasa la dapat naik kereta mewah. Tak mampu nak beli kereta mewah, dapat sewa pun jadi la peace.

Tapi canggih sangat kereta tu. Semuanya computerized. Nak cari hand brake pun makan masa setengah jam! Hand brake kereta tu pakai button je...tu yang jumpa-jumpa. Nak adjust air-cond pun terkial-kial. Duk 'belajar' pasal kereta tu dulu la yang buat jadi lambat bertolak. Pintu belakang pulak tak dapat bukak dari dalam. Sehari perjalanan baru jumpa cara nak buka pintu tu dari dalam gelakguling. Merasa la sekejap jadi datin...ada orang tolong bukakan pintu..eheh. Kat Williamsburg, Muzammil berusaha sungguh la godek-godek kereta tu nak cari jalan macam mana nak buka pintu dari dalam sebab dia tak nak saya dan suami perasan jadi diva, tiap kali nak keluar dari kereta ada orang tolong bukakan pintu sengihnampakgigi.


Buick LaCrosseNi la kereta yang berjasa pada kami selama 3 hari bercuti kenyit



Dalam kereta. Suami saya bergilir drive dengan Muzammil tapi Muzammil la yang banyak drive pun, suami tak berani sangat nak bawak kereta canggih tu sebab dia tak 'study' sangat pasal kereta tu sengihnampakgigi



Travel trailersDalam perjalanan, saya ternampak travel trailers ni. Banyak juga la nampak trailer ni sepanjang perjalanan. Selalu berangan nak naik trailer macam tu masa travel, rasa macam best je tapi mahal la kalau nak sewa pun


Sampai di Williamsburg lebih kurang pukul 4 petang. Terus check in di Super 8 Motel - termurah kat situ. Aisey, naik kereta mewah, tapi menginap kat tempat murah. Nampak sangat kereta pinjam/sewa ihikhik.


Super 8 MotelDalam gambar nampak macam berhantu pulak motel ni..hoho..



Tapi biliknya cantik! Masuk dalam bilik tak terasa pun macam duk kat motel murah kenyit. Motel murah pun...seterika setiap bilik ada 1, takyah nak sibuk-sibuk request kat room service. Internet connection pun free tapi tak sempat sangat la nak access internet, masa banyak kat luar je. Balik bilik, masing-masing 'pengsan' keletihan


Rehat sekejap, solat jama' Zuhur dan Asar, pastu keluar balik...pergi shopping! menari


Tanger Outlet CenterTanger Outlet Center ni seberang jalan motel yang kami duduk tu je. Shopping dari pukul 5 lebih sampai kedai tutup, pukul 9 malam tapi tak sempat masuk semua kedai (banyak sangat kedainya!), sambung balik shopping esok pagi sengihnampakgigi



Safiyyah pun pilih-pilih baju jugak senyumkenyit. Masa mula-mula dia ok je, pastu mengamuk-ngamuk nak keluar. Dia nak berjalan kat luar kedai pulak. Kat luar kan lebih luas dan lapang, tu yang dia suka sangat nak jalan kat luar tu. Sementara tunggu papanya shopping, saya teman la Safiyyah jalan kat luar sekejap. Masalahnya, takleh nak lama-lama kat luar kedai. Sejuuuukkkk! Safiyyah kan si puteri salju, sejuk macam tu pun dia boleh relaks je..huhu. Pastu masuk Carter's. Nasib baik kat Carter's ada disediakan tempat budak-budak main (lego), senyap la dia kat situ main sorang-sorang. Lega! penat



Hari ke-2 di Tanger Outlet Center lepas check out


Tengahari kami teruskan perjalanan ke Amana Villages, tak jauh dari situ pun tapi drive slow je, duk tengok-tengok pemandangan sekeliling, siap berhenti tepi jalan untuk bergambar lagi, jadi makan masa la sikit nak sampai ke Amana Villages tu senyumkenyit


Alhamdulillah cuaca hari Ahad tu ok, cantik je bila bergambar



Siap bergambar ala-ala honeymoon lagi love. Mentang-mentang la Safiyyah tidur..ehe..



Amana VillagesAmana Villages Cantik betul tempat ni!



Bergambar kenangan di sekitar perkampungan Amana yang mendamaikan



Aksi Safiyyah di perkampungan Amana senyumkenyit


p/s: DST dah bermula balik sejak Ahad lepas!

21 comments:

deena farhana said...

super nice vacation...best la leh gi jalan2...safiyah pun hepy je.. :)

ibuaiman said...

salam...

seronoknyer dapat berjalan-jalan kat tmpt org...

bila lah saya akan dapat peluang macam ini juga..huhu

arin said...

gie travel camnih mmg best.pengalaman bawak keta tempat orang and such. rindu nya nak berjalan2 gini.

husna said...

oh. patut la lama tak update blog..
dok tunggu entry terbaru kak nadiah..
husna pon sll berangan nak naik travel trailer tu. hehehhee.

cantik sungguh gambaq yang nampak langit luas masa perajalanan ke amana villages

temp. housewife said...

travel trailer tu banyak jugak kat sini. kami pun pernah nak sewa, tapi bila kira2 balik lg murah duduk motel dan sewa van.

aLyNnZ said...

wahh..saffiyah g holiday yer? cantiknyer enviroment kt sana..teringin plak nk g tp pulus blum mencukupi..

Sari said...

waa..lagi best nadiah punya cuti2...terasa smpai ipoh ni sronoknya..hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

Oooo dah gi vacation erk. Patutlah love tercari2 Safiyyah kat sini! Nice pictures! And seriously that motel looks haunted...kekeke! Seram gak! ;)

Dayah said...

bestnye jalan2..Iowa tempat lecturer dayah dulu..dia salu crita psl sana...

Nadiah Sidek said...

deena: our 1st vacation ;)

ibuaiman: ni pun ambil kesempatan sbb suami belajar di negara org..dpt la merasa jln2 kat sini :)

arin: a'ah, mmg best la kak arin

husna: akk pun suka gambar tu ;)

temp.hw: tu la kak..mahalkan harganya

Nadiah Sidek said...

alynnz: takpe, kumpul2 duit dulu..ada rezeki nnt blh la bercuti ke negara org :)

sari: hehe..

love: kak love rindu kami ye? :D

dayah: oo..lecturer husband pun study di iowa dulu

Nida said...

mak oiii.,.. canggihnya kereta tu... sana dah nk mula panas NZ nak mula sejukk....

ummikhayra said...

wahhhh seronoknya holiday.... izza pun holiday.. nadiah pun holiday... letak gambar banyak2 lagik... nak tengok... :)

ummumishkah said...

nice trip sis.. bilalah kami boleh sampai sana.. :)

yatie chomeyl said...

suka tgk pic ala2 honeymoon u and ur hubby tu ;)

sarahfazalul said...

sukanya tengok gambar-gambar tu..boleh terasa kegembiraan percutian akak =)

Norhayati Ahmad said...

cantekkk..bilalah k yt bleh sampai kat situ..

Nadiah Sidek said...

nida: memang canggih sgt kereta tu

ummikhayra: a'ah..cuma tmpt percutian je berbeza ;)

ummumishkah: ada rezeki nnt sampai la tu :)

yatie: ambil kesempatan masa safiyyah tido..hehe..

sarah: mmg happy ;)

k'yati: kumpul2 la duit pastu ajak hubby jln2 kat negara org :)

ibu_arifa said...

amboi..kereta tu..bestnyer..merasa lah naik kereta canggih + mahal yer..

perghh..byk shopping nampak.. bestnyer kalo byk duit time ni kan.

hahaha..gambar ala2 honeymoon tu.. syoknyer..bestnyer safiyyah dah sampai perkampungan Amana tu.

Za's said...

rasa mcm sya dok sana pulak...cantek la gambar2 tu..pandai org yg tangkap!

Nadiah Sidek said...

ibu arifa: tu la..merasa la dpt naik kereta canggih tu ;)

za's: model2nya menambah-cantikkan gmbr2 tu, kan? hahaha..