Pages

Wednesday, March 24, 2010

Winter pergi, Spring datang

Yay...sekarang ni dah masuk musim bunga (Spring)! Spring ni pun Spring pertama bagi kami sekeluarga kenyit. Spring secara rasminya bermula pada 20 Mac lepas. Cuaca masih lagi sejuk tapi tak la sesejuk Winter. Lega sangat-sangat sebab dah tak perlu pakai jaket yang tebal-tebal! penat

Masa saya upload gambar-gambar berlatar belakangkan salji sebelum ni, ramai yang bagi komen begini: "Wah...bestnya!", "Seronoknya dapat main salji!"

Hakikatnya, ramai yang tak suka Winter bila dah laluinya sendiri. Rata-rata yang saya dengar dari mulut kawan-kawan yang pernah merasai kesejukan Winter: "Ala...nak Winter dah...tak bestnya..", "Tak nak Winter dah...tak suka!"...sengihnampakgigi

Tapi...ada juga yang suka macam sorang kawan saya yang pernah belajar di US dulu. Dia memang tak sabar nak tunggu Winter. Itu la first time saya dengar orang suka Winter..senyum

Saya?? Saya takde la tak suka tapi tak bermakna saya suka sangat Winter. Kalau di Nebraska ni, rasanya orang tak suka Winter sebab kesejukan yang melampau. Suhu pernah mencecah hampir -20 darjah celcius! Memang sejuuuuukkkk sangat!

Nak tahu apa yang seronok dan tak menyeronokkan masa Winter? Haa...meh baca list bawah ni: kenyit


Yang seronoknya...
  1. Dapat main salji! menari Nak-nak yang jakun tak pernah jumpa salji macam saya sengihnampakgigi
  2. Boleh buat snowman, main sledding, skating. Err..tapi hari tu buat snowman je...yang lain tak main pun jelir
  3. Siang pendek, malam panjang. Puasa time ni memang best! Pukul 5 dah masuk Maghrib dah kenyit
  4. Boleh malaram pakai winter jacket, boot...ahaha..!
  5. Boleh bergambar dan posing sakan dengan berlatar belakangkan suasana musim sejuk yang sebenar. Terserlah kejakunan! Hihi..
  6. Sekolah dan kampus tutup bila ribut salji melanda. Time ni memang ditunggu-tunggu oleh student menari
  7. Mata terjaga/terpelihara. Saya rasa ni la hikmah terbesar musim sejuk dijadikan. Kalau tak tu...ramai je yang pakai baju macam tak pakai baju, nak-nak masa Summer..huhu..


Model-model pakaian Winter merangkap model kamera sengihnampakgigi. Gambar ni masa buat snowman dulu..
Dari kanan: Suhaizi yang dah pulang ke Malaysia, Muzammil, Sek Yee dan Syafiq



Yang tak seronoknya...
  1. Kena pakai baju berlapis-lapis dan tebal lengkap dengan gloves, earmuff, snowcap (untungnya yang bertudung takyah pakai earmuff dan snowcap peace). Leceh la! Mula-mula tu rasa macam best la sebab dapat merasa pakai pakaian Winter tapi lama-lama dah rasa tak best dah..huhu..
  2. Kulit dan bibir jadi kering merekah, adakala boleh sampai berdarah. Oh, suami saya pernah berdarah tangannya sebab kulit kering sangat sedih. Kalau tangan lelaki pun boleh berdarah, apatah lagi la kulit perempuan yang memang fitrahnya lebih lembut dan halus berbanding lelaki..
  3. Tak dapat nak keluar jalan lama-lama dan tak dapat nak ambil angin petang-petang kat taman/playground sebab terlampau sejuk
  4. Langsung takleh nak ke mana-mana kalau ribut salji melanda. Memang gerun la time ribut salji. Kuat sangat anginnya!
  5. Siang pendek, malam panjang. Oh, untuk yang ni ada juga tak best bila waktu siang lebih pendek sebab masa untuk berjalan-jalan terhad (isk..berjalan je yang diingat! adus). Jalan waktu malam tak syok...tak nampak pemandangan sekeliling, lagipun ni kawasan kampung...memang sangat tak meriah di waktu malam, sunyi sepi aje..
  6. Winter blues/gloominess (antara jenis depression) akibat daripada tak terdedah dengan cahaya matahari dalam tempoh yang agak lama. Alhamdulillah, ni takde la kami alami..kami happy je macam biasa. Lagipun dengan kehadiran si kecil, suasana muram pun jadi ceria gitu. Tengok keletahnya je pun dah cukup menggembirakan love
  7. Kebarangkalian nak gemuk agak tinggi hah. Faham-faham je la...waktu-waktu sejuk perut asyik lapar je...kejap-kejap nak makan. Buat masa ni saya dan suami masih maintain lagi kenyit, tak mengalami pertambahan berat badan (err..saya maintain underweight??)


Gambar kenangan Winter 2009/2010 love

15 comments:

Tirana said...

Spring cantik - dipenuhi dengan bunga-bunga yang berwarna-warni...

deena farhana said...

hohoho....nak jugakkk golek2 kat saljii.....

Sari said...

nnti amik gmbr2 summer plak tau..dpt tgok pun dh cukup sronok..(pejam mata jap berangan ader kat sana masa nadiah amik gmbar..hehe)

husna said...

hahhahaha..
husna pon sll dengaq cerita org yang lalui winter dh serik.
nanti kak nadiah tangkap gambaq bunga la plak.. banyak2 skit letak sini ek.

transformed housewife said...

setuju...........winter tak best. walaupun kat Hamilton tak de snow, tapi sejuk tu boleh tahan . bil api cecah $400 sbln. nasib 3 bln je, kalau lama lg parah.

Nida n' Hanafi said...

Alamak mencinya.. sana dah masuk spring sini pulak nak masuk autumn... :(

yatie chomeyl said...

sini pun dh msk spring jugak..sakura dah mula keluar berbunga2 hehe..

Nadiah Sidek said...

tirana: yup..tak sabar nak tunggu pokok berbunga ;)

deena: nnt deena jumpa salji sendiri..entah sanggup ke tidak golek2 kat salji..hihi

sari: nadiah pun selalu berangan gak bila tgk gmbr2 kwn2 kat oversea :D

husna: masalahnya, pokok pun tak berdaun lagi :p

temp.hw: a'ah..heater mahal..nasib baik duk umah ni free..blh pasang 24 jam! ngee~

nida: hehe..ni lg sorg tak suka musim sejuk

yatie: cepatnya bunga sakura keluar

sarahfazalul said...

cukup je husband akak habis Phd, dengan beberapa kali winter kat sana, iALlah akak dah tak underweight =)

Unknown said...

salam nadiah,besnye dapat rasa semua musim kat sana..sweet memory..

aLyNnZ said...

bg alin yg blum merasa winter mmg teruja sgt n mmg teringin sgt..setakat nie dpt larr merasa winter olok2 kat genting itu pun kena refresh every 45min spy suhu kekal sejuk..jd larr kn?

oo..xtau plak xnmpk cahaya boleh stress..thanks to saffiyah ya..part siang kejap pun best gak pose pun kejap jerr hehe ngelat tull..haha..saffiyah pkai bj winter cun comei abiss..pasni nie leh simpan smua bj winter tuhh next year larr br dpt tgk saffiyh ngn bj winterr..

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

klu kat dubai, winter la yang dinanti2kan. sebab hr lain panas giler! time pring ok agi, matahari terang, tapi angin seejjuukkkk!!!

summer? nangis la macam kena bakar. siang dok umah je, malam baru jalan.

xoxo

Ummu Ammar said...

Nadiah..

Akak ni suka sejuk sbb akak jenis x tahan panas..masa kt Mesir dulu..musim sejuk la yg dinantikan..walaupun xde salji tp sejuk sgt..tersenyum pun bibir boleh berdarah..tp kalau winter bersalji..agaknya akak bleh tahan ke tdk ye?

Anonymous said...

Adeh payah benar nk bg kumen kat cn sejak tenet asyk prob. Nasib baek dpt gak bc entry2 kat cn..hehe.

Welcome spring!!! Nanti jgn lupe upload picture2 manrik tyme spring ek.. especilly photo safiyyah dgn bunga2 mst comey.. =)

Nadiah Sidek said...

sarah: hehe..naik pun biarlah setakat normal je..jgn terlebih sudah :p

ibunafis: insyAllah it will be our sweet memories :)

alynnz: next winter, baju lain lak sbb dia kan makin membesar. kita ye la..tak besar2 dah..hihi..

paij: oh, ye tak ye jgk ye. sana mmg selalu panas, kan? ptt la suka winter

ummu ammar: nadiah pun tak brp tahan panas2. kalau akk teringin nak ke tmpt bersalji, cari tmpt yg suhunya tak terlalu rendah. yg tu rasanya insyaAllah blh bertahan :)

meen: ala..nak foto safiyyah je ke? foto akk tak nak tgk ke? :p