Pages

Tuesday, March 9, 2010

Malaysian Night 2010

Malaysian Night ticketsTiket masuk berharga 15 dollar sekeping/sekepala

Nebraska University Malaysian Students Association (NUMSA) sekali lagi menganjurkan acara tahunan; Malaysian Night yang telah pun berlangsung Sabtu lepas, 6 Mac 2010 bertempat di Centennial Room, City Union. Tahun ni tahun ke berapa Malaysian Night diadakan, kurang pasti pula saya. Lagipun, tahun ni pertama kali kami turut serta. Tahun lepas kami masih belum tiba di Lincoln ni lagi. Tahun ni temanya Mystique: The Musical.

Kami bertolak dari rumah pukul 6.41 PM seusai solat Maghrib. Dari rumah ke City Union tu hanya makan masa 10 minit je tapi dalam pukul 7.20 PM baru kami dapat masuk ke dewan (Centennial Room) gara-gara tak dapat parking! Payah betul nak cari parking. Pusing punya pusing, tak jumpa juga parking. Handicapped parking banyak la. Bagusnya kat sini, orang takkan parking kat tempat OKU walaupun tempat parking susah nak cari. 20 minit kami cari parking. Takde pilihan lain, kami parking kat tempat 'larangan' juga..

tow away zoneTawakkal je parking kat sini. Alhamdulillah kereta tak kena tunda penat

Sampai-sampai je, Syafiq kata, "Lambatnya sampai..orang dah habis buat persembahan dah". Hehe..kesian kat dia. Takde rezeki kami nak tengok Syafiq main kompang sebab persembahannya di awal majlis.

Masa kami masuk ke dewan, tengah sesi berucap, diikuti dengan persembahan sketsa 1. Saya tak fokus sangat sebab Safiyyah menangis aje. Entah kenapa, sejak kecil lagi Safiyyah tak suka kat tempat-tempat bising. Pernah sekali dulu masa umurnya 3 bulan, kami bawa Safiyyah ke majlis kenduri kahwin...muzik dipasang kuat masa tu...melalak-lalak je la dia kat situ. Cepat-cepat kami makan dan terus balik. Memang tak dapat nak beramah-mesra dan jumpa sedara-mara yang ada. Sampai sekarang dia masih tak suka dengan tempat-tempat yang bingit.


Antara yang hadir. Memang ramai. Sepenuh-penuh dewan sebab penyertaan terbuka, bukan terhad kepada Malaysians je. Cina Malaysia sini ramai tapi ni first time la saya jumpa sebab yang selalu bersama kami hanya Sek Yee je, tu yang selalu tak ingat ada chinese lain wujud kat sini jelir. Yang Melayunya kami-kami je la, yang selalu saya cerita dalam previous entries kenyit



Sketsa dan nyanyian #1

Masa sketsa 1 ni berlangsung, suami saya bawa Safiyyah ke luar dewan sebab dia tak berhenti-henti menangis. Reda sikit, suami saya masuk balik ke dewan tapi kejap je la...pastu Safiyyah menangis balik. Makanan pulak dah sampai masa tu. Saya pulak la ambil turn pujuk Safiyyah kat luar dewan sementara suami saya makan. Alhamdulillah lepas tu Safiyyah terlena. Dia memang mengantuk pun masa tu, tu yang asyik mengamuk je.


Muzammil tengah perform. Masa Muzammil buat persembahan pun saya tak dapat nak tengok sebab masa tu kat luar dewan dengan Safiyyah



Persembahan Noraniza Idris. Noraniza Idris invisible masa ni...hanya 'penari-penarinya' je yang boleh nampak..eheh..


Safiyyah dah betul-betul lena baru bawa dia masuk dalam dewan balik. Lena sungguh la masa tu! Tapi tak lama la dia tidur pun. Kejap orang bersorak la, bertepuk tangan la, bergelak ketawa la...tu yang boleh tersedar tu. Pastu sambung balik nangis. Huhu. Suami saya bawa Safiyyah ke luar dewan semula sementara saya makan. Sikit je yang terluak. Masa makan nasi tu ok lagi tapi bila makan ayam, terus rasa takleh nak telan. Masin sungguh ayam tu. Pada orang lain ok je, tak rasa masin tapi saya ni bukan jenis makan masin, tu yang terasa sangat masinnya tu. Pastu semua pulak saya rasa masin termasuk nasi tu..

nasi dan kebab ayam3-4 suap je saya makan. Memang tak boleh nak telan. Makanan kami ni special, takde dalam menu list sebab request makanan halal kat committee member. Diorang order makanan ni di kedai Arab


Selesai makan, saya tengok persembahan sekejap tapi rasa bosan pulak. Pada saya, persembahan malam tu agak membosankan. Mungkin terlalu banyak sketsa dan ada beberapa part sketsa yang saya tak berkenan. Hati saya pun masa tu takde kat situ sejak sampai di sana. Entah kenapa. Pastu saya keluar la, teringatkan suami yang dah lama dukung Safiyyah. Keluar je dewan...la...bukannya Safiyyah tidur...duk main kejar-kejar dengan papanya! Mati-mati saya ingat Safiyyah tidur. Dah tu ummi Safiyyah pun join jugak la senyumkenyit. Main kejar-kejar la kami 3 beranak kat luar tu ihikhik.



Punya la seronok Safiyyah berjalan dan berlari kat luar dewan tu. Suka la tu dapat berjalan kat tempat luas senyumkenyit


Atas kiri: Pintu gerbang
Atas kanan: Sedikit pengenalan tentang Malaysia
Bawah kanan: Congkak dan rangoli (rangoli kan namanya kak Love?)
Bawah kiri: Lelong..lelong..! Hehe...sesuka hati je nak lelong barang orang. Sweater dan coat disangkut kat luar je. Kalau kat Malaysia buat gini, lama dah hilang ni



Our little princess love

Tengah syok berkejaran kat luar dewan, Muzammil pulak join sekali. Dia pun kata bosan dengan persembahan-persembahan tu semua. Dia lagi la...banyak kali rehearsal tengok benda yang sama, lagi la berganda bosannya. Kata Muzammil, last year Malaysian Night much better than this year; tak terlalu lama dan persembahan pun lebih menarik. Dah Muzammil ada sekali, apa lagi...ambil kesempatan la kami...tak pasal-pasal Muzammil jadi jurugambar tak berbayar untuk kami sengihnampakgigi

Orang semua duk dalam dewan, kami sakan bergambar di luar dewan ihikhik

Saya stay kat luar dewan sampai majlis tamat. Muzammil dan suami saya dah masuk sebelum tu lagi. Terpaksa la, dah Safiyyah tak nak masuk dalam dewan. Tengok ramai orang keluar dewan, baru kami masuk ke sana senyum

Bergambar kenangan sebaik sahaja majlis berakhir
Gambar atas bersama
MSD Chicago Director, Dr. Roslan Jamaludin (3 dari kanan) dan NUMSA Advisor, Leen-Kiat Soh (4 dari kanan)

26 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam...comei safiyyah pakai gaun...

Sari said...

budak2 mmg ler cenggitu, mana ble dduk setempat, kena la nadiah n suami melayannya yer...anyway sronk tgok nadiah n family kat tmpt org, byk pengalaman n luas pemandangan,hehe

~: Nour aka UmmiNor:~ said...

perangai bebudak kot, tak suka tempat bising2 tp x jugak, anak sy yg no 2 tu ok plak....pernah attend annual dinner hubby masa pregnant 7 bulan, muzik kat luar bukan main bising, anak dlm perut sibuk dok menendang :P

husna said...

comel sungguh safiyyah pakai gaun kembang!

al-lavendari said...

terhibur juga saya tengok persembahan dari SMK Subang Jaya tu .. Dress Safiyyah macam Cinderella !

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Seronok dapat berkumpul ramai2 macam ni kan.. Beginilah hidup ornag yg ada anak kecil, kena sentiasa bergilir2 jaga anak...:)

aLyNnZ said...

alahai tomei nyer saffiyah wif her pin flower dress like princess..
geramnyerr..br nk komen lama x update pic saffiyah..

owhh saffiyah sukerkn ketenangan..first time alin bwk danish ketempat bising pd kenduri kawin bestfriend alin time umur danish blum pun 2bln..tawakal jer time tuu kami g br3 sblm smpai alin bf danish smpai kenyang effectnyer kompang dipalu danish still tido..danish bg chance mamanyer nk jumpa member lama.dh set dlm mind klau danish nangis xselesa mkn cpt2 xpyh tunggu pengantin berarak terus cabut..

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

ala..lala... safiyyah, comel nyeerr!! gigit kang! :)

Love2cook Malaysia said...

Whoa, bersemangat Safiyyah jalan tuh! So cute, mcm selebriti terlewat for function. hehehe...really adorable! ;)

Syigim said...

nadiah, comelnye u satu family pakai pink ye. ur husband pun pastel pink shirt kan? suka sgt tgk color coordination ni! hihihihi....

teringat masa msian night kat melbourne, some of us saje je gatal gi jadik waitress..so we served mlm tu hihi.. sonok sbb xperience, bz n dpt masuk free. hihi. makanan mmg halal. camne plak u guysnye msian night xhalal & u have to order special ones ye? xpatut la mcm tu...coz it's msian night kan..bukan intl night..

transformed housewife said...

mcm tak rugila tak dpt tengok semua persembahan ye. kalau banyak sgt persembahan mmg membosankan. mungkin ada persembahan yg syok sendiri kot. hehe

Ummu Ammar said...

Tomeinya safiyyah..

Biasanya kanak2 memang tak selesa suasana camtu..luar dewan gak tempat favourite dia..bleh bergerak bebas..

sarahfazalul said...

safiyyah kata kat ummi die, "ummi, i need freedom, ok?"

terus lari-lari..ehehe

btw kak nadiah, suka tengok safiyyah yang looked so adorable in that gown. cute!

shila said...

cutenye safiyyah.. gown dia pun cute.. bertambah2 cute la little princess kak nadiah tu... ;)

Nadiah Sidek said...

alimaz: tq :)

sari: tu la..mmg takmo duk diam

umminor: tak semua bdk yg tak suka bising2. mcm safiyyah kategori yg tak suka la ;)

husna: husna takmo pakai gaun kembang jgk ke? hihi..

al-lavendari: hehe..persembahan yg tu not bad la

nida: yup..kena gilir2..tak larat jaga sorg2..hihi

alynnz: ok la tu..senang nak bawak danish ke kenduri. safiyyah tak suka..huhu..

Nadiah Sidek said...

paij: gigit la~ hehe..

love: "mcm selebriti terlewat for function" - hehe..safiyyah nmpk kelam-kabut aje ye kak love :D

syigim: a'ah, tema pink mlm tu. tak plan pun. bkn senang ni nak pakai baju sama warna ;). hmm..kalau syigim tgk list committee member, mesti tak rasa pelik knp mknn tak halal. diorg order kat kedai cina. tu yg kena request halal food tu

temp.hw: mmg tak rugi tak tgk kak :)

ummuammar: tu la..luar dewan jgk jd pilihan hati ;)

sarah: hehe..tu la..dah dpt lps bebas..nak amik gmbrnya pun bkn main payah lg..asyik lari je dr ummi & papanya :p

shila: ummi safiyyah tak cute ke? ahaha..

Chik Na said...

anak-anak chik na pun masa kecik dulu tak suka pergi tempat yang ramai orang jugak..

comel tul safiyyah pakai gaun ngan gaya jalan terkedek-kedek tuh

yatie chomeyl said...

safiyyah tak suka benda2 lagha, bagus betul safiyyah ni :)

Love2cook Malaysia said...

Haha, no la Nadiah. She is steadily walking there but like in a hurry! As if the function gonna start! Owh, so cute! I just watched the vdo again...muaaxxxxx!

Nadiah Sidek said...

chik na: sesetgh bdk mmg tak suka tmpt2 bising, kan?

yatie: ameen..hrpnya sampai bila2 safiyyah tak suka benda2 lagha :)

love: hihi..tak puas tgk lagi ye

nadnye said...

saffiyah comel la ngan reben pink .. kiut, ikut muka saper la agaknya..mamanya?
Kalau Sarah, dah confirm dah takde reben tu..

Seronok berkumpul ramai2 camnie walaupun show kadang2 syok sendiri.. :P

HuMayRah HaYatI said...

mmm..budak2 jiwanyer masih suci..x suka hiburan yang melalaikan mcm konsert...kalu bleh sepatutnyer x payah nak adakan program mcm tu..cuba ubah program lain yang lebih bermanfaat..tp apakan daya kita tak der kuasa nak ubah..

ibu wawa said...

apapun, kak wa paling suka tengok safiyyah pakai gaun. memang comel!

Nani~~{@ said...

lajunye safiyyah jalan..nak g mana tu:)

munira said...

safiyyah sangat comel!
sangat fotogenik!

errrr i put u in my lik list ye? :)
salam perkenalan!

ibu_Arifa said...

comey nyer safiyyah..berkenan sgt dgn baju tu..warna + kembang + potongannyer cantik sgt. sesuai dgn tuan badan yg pakai tu.
dah lesen penuh gayanyer safiyyah ni berjalan yer..

dulu pernah bawa dalila ke kenduri keluarga angkat, masa dia baru 60 hari..mujur dia asyik tidur jer..