Pages

Tuesday, March 30, 2010

Celoteh Safiyyah: Anniversary Celebration

Semalam ulang tahun perkahwinan ke-2 ummi dan papa Safiyyah. Kesian kat ummi dan papa tak dapat celebrate 2nd anniversary diorang kat luar sebab papa tengah banyak kerja...asyik terperuk kat ofis je. Safiyyah pun cari idea la macam mana nak gembirakan ummi dengan papa. Fikir punya fikir, Safiyyah decide masak untuk diorang...mesti diorang suka! love


Masa ni Safiyyah tengok-tengok bahan apa yang ada dalam kabinet yang boleh Safiyyah masak



Isy, susahnya nak buat pilihan! Banyak sangat benda dalam ni. Dah la ummi tak susun elok-elok...nak cari pun susah adus. Takpe la...nanti Safiyyah kemaskan kabinet ni. Oh, masa ni papa gi kelas. Ummi pulak, Safiyyah suruh dia tidur...senang la Safiyyah nak buat kerja. Kalau tak ummi asyik kacau Safiyyah je...tak dapat Safiyyah buat kerja dengan aman penat


Ni antara bahan-bahan pilihan Safiyyah kenyit. Err...apa ye yang boleh dimasak dengan bahan-bahan ni semua soal


Cari idea dulu la...


Ni cara Safiyyah cari idea tau. Kalau aunties/uncles ketandusan idea, boleh la guna cara Safiyyah ni. Dijamin berkesan senyumkenyit


Tak lama pastu Safiyyah dapat idea dah nak masak apa. Kan dah kata dah cara tu memang berkesan untuk cari idea. Tapi tak jadi guna semua bahan-bahan yang Safiyyah keluarkan tu...Safiyyah ambil bahan-bahan lain pulak sebab tak tahu nak masak apa dengan bahan-bahan tu.

Mula-mula Safiyyah buat kek. Pastu baru Safiyyah masak nasi beriani + ayam beriani + acar timun. Ingatkan nak buat ayam masak merah tapi tukar fikiran lak. Dah selalu sangat ummi masak ayam masak merah...tukar selera la pulak..


Pineapple Upside Down CakeKek anniversary ummi dan papa: Pineapple Upside Down Cake
Ingatkan nak buat kek yang ada buttercream/icing...boleh tulis "Happy Anniversary" atasnya tapi tak jadi sebab ummi dengan papa bukan minat sangat kek yang ada cream tu. Kebetulan lak Safiyyah terdengar papa request kat ummi buat Pineapple Upside Down Cake untuk anniversary...tu yang Safiyyah buat tu. Nasib baik menjadi!
penat Risau gak sebab ni 1st time Safiyyah buat kek upside down ni.


Nasi Beriani+Ayam Beriani+Acar TimunNasi beriani + ayam beriani + acar timun
Tercair pulak kuah ayam beriani tu. Ummi dengan papa dah tak sabar sangat nak makan..tu yang cepat je tutup api tu. Dah siap makan baru panaskan balik kuah tu
sengihnampakgigi, bagi pekat sikit. Acar timun tu pulak, papa yang tolong buatkan. Kebetulan masa Safiyyah tengah sibuk masak, papa balik...tu yang suruh papa buatkan aje tu. Kasar-kasar papa potong timun dan carrot tu. Papa tengah tak rajin la tu. Takpe la...janji kenyang...kan papa kan? senyumkenyit


Happy je ummi dan papa semalam walaupun hanya celebrate anniversary kat rumah. Tambah-tambah, Safiyyah yang masakkan, laaaaagi diorang happy. Pasni boleh la Safiyyah masak lagi untuk ummi dengan papa...kenyit

Ok la...tu je la celoteh Safiyyah hari ni. Safiyyah takde blog sendiri...tu yang tumpang blog ummi ni. Ummi tak bagi Safiyyah buat blog sendiri. Ummi jeles la tu sebab nanti dah takde sape nak gi blog ummi, semua nak gi blog Safiyyah je sengihnampakgigi

Jumpa lagi nanti (tu pun kalau ummi bagi guna lagi la blog ummi)...babai


ros Safiyyah ros

29 comments:

aLyNnZ said...

wahh..bestnyerr ada n3 pic saffiyah tap alin x bc lg n3 nie..excited nyer pasal..

aLyNnZ said...

owhh..pandainyer saffiyah wat pineapple kek tuu..sure masam2 manis kn rasanyerr? siap ngan ns beriani lg..complete larr acara mkn2 nie..pandai nak dara sorang niee..blh diharap..senang larr ummi nanti..

Sitisifir10 said...

Boleh makcik hantar anak2 makcik kursus memasak dengan saffiyyah?? makcik tak sabar2 nk rasa air tangan anak2 makcik :D

Raihan said...

makcik rehan rasa tercabar hokayyy...
makcik kalau buat kek upside down ni..siap2 satu dapur tu boleh terbalik kongkang...

safiyyah, sapa ajar buat kek nih haaaa? meh ajar makcik pulak :P

Confession of a Coffeeholic Mama-Miya said...

pandai sungguh nak buat dish for anniversary celebration eek? cute aje...

anyway, happy anniversary!!

temp. housewife said...

wah pandai Safiyyah masak. :D

kakyong said...

kakak anis & aliya pun tak sabar2 nak belajar dgn safiyyah ni...
meleleh air liur dr kejauhan... ;)

Nida said...

Hahaha.... pandai safiyyah.. kalau Ummi kacau, Safiyyah bagi je susu botol kat ummi.. mesti ummi tak kacau lagi..hehe

Norhayati Ahmad said...

pandainyer safiyyah masak..bila nak masak utk aunty yati..

fa10 said...

terliur pulak aunty tengok kek upside down safiyyah tu.... mintak sikit boleh?

Nadiah Sidek said...

alynnz: lawak la alin ni. ada pulak komen dulu baru baca entry :p

sitisifir: anak2 makcik mesti lg pandai masak ;)

raihan: makcik mai la sini..blh safiyyah ajarkan :p

mama-miya: hehe. tq!

temp.hw: ;)

kakyong: meh sini..kita main masak2 sama2 ek ;)

nida: ala..ummi tak suka susu la..mcm mana tu? :p

k'yati: aunty yati dtg la sini..

sarahfazalul said...

kak nadiah, inilah entry yang paling chumil! sukeee!

sis, happy 2nd anniversary. moga Allah letakkan kalian berdua dalam kebajikan (^^,)

safiyyah, aunty nak nasi beriani jugak!

ibunafis said...

salam safiyyah n umminye..
hepy anniversary buat ummi n papa safiyyah,bestnye celebrate makan2 dr air tangan safiyyah..heeee..

husna said...

pandai safiyyah masak!
sodapnyaa..
bukak blog kak nadiah pagi2, meleleh ayaq liuq..lapaq dan2.
nasik briyani nampak sangat sodap, ada gajus, kismis..
kek pon sodap..

Alimaz-Kembara Terasing said...

sedapnya kek...

Ummu Ammar said...

Memang mak cik berkenan benor dgn Safiyyah ni nak jadikan menantu - pandai masak, pandai amik hati ibubapa, comel plak tu..:)

Fariz Finie Family™ said...

wah..wah... special tu untk 2nd anniversary..
rajin safiyah yer..:)
kek tu pun nampak sedap..

Ummi Salsabila said...

wah..pandainya safiyyah masak!! meh msk2 dgn kak aufa meh..

same je perangai dorang ni kan..suke mengemas n menyepah.kihkih

annie said...

haha....commmmelllll nye!
Happy 2nd anniversary bt kak nadiah n suami ;)

yatie chomeyl said...

hepi annivessary dear.

btw, those pineapple upside down cake loook sooooooooooooo yummy, mind sharing the recipe with me chef safiyyah? ekekee

mamalieyna said...

hikhik..comelnya omelan safiyyah ni! mesti dia senyum sorang2 next time bila baca ni..hehe..

best ape, smbt anniversary dgn masakan dr air tgn anak sendiri.. wink! ^_^.. nmpk best kek tu..!

Maryam said...

Salam Kak Nadiah!
lama tak berkunjung ke rumah akk!
inilah n3 yg paling ngetop gituh!
waduh tak sangka Safiyyah lg pandai memasak drpd acik Maryam...
ni jeles ni... boleh lah acik pinang nanti wakakakakaka...jgn mare kak gurau je!
btw hepy 2nd anniversary kak!
moga Allah sentiasa memberi taufiQ dan hidayah kpd kak Nadiah sekeluarga!
sambut fly kiss ni utk Safiyyah di Nebraska drpd acik di Lipis ni kiki!

Maryam said...

Salam Kak Nadiah!
lama tak berkunjung ke rumah akk!
inilah n3 yg paling ngetop gituh!
waduh tak sangka Safiyyah lg pandai memasak drpd acik Maryam...
ni jeles ni... boleh lah acik pinang nanti wakakakakaka...jgn mare kak gurau je!
btw hepy 2nd anniversary kak!
moga Allah sentiasa memberi taufiQ dan hidayah kpd kak Nadiah sekeluarga!
sambut fly kiss ni utk Safiyyah di Nebraska drpd acik di Lipis ni kiki!

Amirul Faiz Abd. Razak said...

Wahh safiyyah.. berbakat besar dalam masakan, sedap nampaknya tuh.
Saya akan gunakan cara safiyyah untuk cari idea tu. :D

AshAnas said...

pandainye safiyyah masak... happy anniversary kak nadiah!

Chik Na said...

sedapnya nasi beriani

Chik Na said...

hepi anniversary...

Nadiah Sidek said...

sarah: mai la sini kalau nak nasi beriani yg safiyyah masak ;)

ibunafis: mmg best mkn dr air tgn safiyyah :D

husna: husna tgh diet, kan? rugi la..haha..

alimaz: ;)

ummu ammar: hihi..

finie: *wink*

ummi salsabila: meh sini kak aufa..kita masak sama2 ;)

Nadiah Sidek said...

annie: tq :)

yatie: tq dear :). no probemo! nanti dah dpt resipi, blh la mintak nazhan masakkan. ehe..

mamalieyna: hehe..

maryam: haha..nak meminang jgk ke? kena isi borang la nmpk gayanya :D

amirul: guna..jgn tak guna :D

ashanas: tq shira :)

chik na: tq chik na :)