Pages

Sunday, March 21, 2010

Strawberry Topping

Menjawab pertanyaan Aisyah pasal strawberry topping untuk cheesecake (untuk kek lain pun boleh juga) tempoh hari...


credit picture: strawberry


Strawberry topping

Bahan-bahan:
2 cawan strawberi
1/3 cawan gula
1 sudu kecil vanilla ekstrak

Cara-caranya:
1. Strawberi dibelah 4
2. Separuh daripada strawberi yang dibelah tadi dimasukkan dalam periuk kecil, separuh lagi dibiar tepi. Masukkan gula dan vanilla dalam periuk tadi
3. Masak atas dapur dengan api sederhana sehingga pekat sambil dikacau. Padamkan api dan masukkan dalam mangkuk kecil
4. Lenyekkan strawberi yang dah dimasak tadi dengan garpu dan masukkan baki strawberi yang diasingkan di awal tadi. Gaul sebati. Sejukkan dalam peti sejuk


* boleh dituang terus atas kek yang dah sejuk atau nak dekat masa menghidang tapi kalau untuk cheesecake, biar cheesecake tu sejuk semalaman dalam peti sejuk dulu, baru diletak topping tu

9 comments:

sarahfazalul said...

wow, senang je rupanya..i'll try to make it someday iAllah. tapi nak kena panjat cameron highland la dulu =p

annie said...

slllrrrpppp......

*sgt terliur tgk gambar stoberi yg gebu itu*

deena farhana said...

dah letih2 dr holiday, jom kita wat cake la plak...hehe :)

Alimaz-Kembara Terasing said...

stoberi is my peberet....

ummumishkah said...

owh strawberi!!! kena p cameron ni.. :)

Chik Na said...

gerammmnya tengok buah strawbery tuh..nyam nyam nyam

temp. housewife said...

knur ada cuba buat blueberry topping guna resipi yg lebih kurang sama. tapi tak letak pun atas cheesecake sbb hubby dgn Tini tak suka mkn blueberry. lps tu mkn jelah topping letak kat tepi cheesecake yg dah dipotong.

Nadiah Sidek said...

sarah: yup, senang je, kan? ;)

annie: pandai akk pilih gambar kat google, kan? hehe..

deena: ala..angin rajin nak buat kek tak mai lg la :p

alimaz: oo..sy pulak tak minat sgt sbb rsnya yg masam2 tu

ummumishkah: sabar..sabar..biar baby dlm perut tu keluar dulu baru gi cameron ek..hihi..

chik na: yum!

temp.hw: nadiah ni lagi la kak..buat je..tak mkn pun..tak minat..cheesecake pun mmg tak mkn :p

aLyNnZ said...

oo..mudah juga kn..bhn2 pun x lar bnyk..slalunyer alin beli yg segera punyer..lek umah just panaskn atas api..

pas ni leh larr try buat..
thanks ya nadiah..